More

    Dabbe : The Possession

    Berdarah, Menggelikan, Memualkan, Kemurungan

    Speechless. Menung kejap lepas tengok filem ni.

    Abam warning awal la ye, sesiapa yang ada claustrophobic tolong jangan tengok. Jenguk, jeling, intai pun jangan.

    Dan mereka yang kemurungan juga tolong jangan tonton. Abam bimbang nanti berkecamuk pula perasaan dan minda anda.

    Ok kita teruskan.

    Dabbe

    Filem Dabbe: The Possession ini berkonsepkan ‘found footage‘, yang mana kalau kita lihat pada tahun ia ditayangkan pun kita tahu, jenis ini memang agak popular ketika itu.

    Filem ini dari Turki. Ia mengisahkan mengenai Doktor Ebru, seorang skeptik yang tidak percaya kepada kewujudan makhluk halus, jin, hantu, dan seumpama dengannya.

    Faruk pula adalah seorang ‘ustaz ruqyah’ (bolehlah dikatakan begitu). Ebru sedang memfilemkan dokumentari mengenai ‘Exorcism’ untuk kelasnya – kalau kita terjemahkan kepada bahasa Melayu, dalam konteks ini exorcism tu rawatan Ruqyah lah ya.

    Ebru mencabar Faruk untuk menyembuhkan seorang gadis bernama Kubra, yang dirasuk jin ketika majlis perkahwinannya berlangsung.

    Memang bunyinya agak klise, sama saja seperti jalan cerita lain yang biasa kita tonton.

    Mungkin..

    Tetapi kekuatan Dabbe bukan terletak pada seram yang dibuat-buat. Ia tidak memerlukan ‘jump scares’ (walaupun unsur itu ada).

    Dabbe

    Bukanlah tahap ‘keseraman’ yang menjadi ukuran kepada filem ini, tetapi di sepanjang filem anda akan ‘mengikuti’ perjalanan dua orang watak utama itu merungkai misteri di sebalik apa yang berlaku kepada Kubra dan keluarganya.

    Kalau anda merancang untuk habiskan sepanjang malam dengan menonton filem, maka filem ini adalah untuk anda. Durasinya agak lama juga, iaitu lebih kurang 2 jam.

    Paling tak boleh terima, katanya kesemua yang berlaku adalah berdasarkan peristiwa sebenar!

    Anda boleh tonton Dabbe: The Possession di pautan ini:

    https://www.netflix.com/title/81043541

    Tutup lampu, it’s movie time.

    Artikel Terkini

    Artikel Berkaitan

    Subscribe
    Notify of
    guest
    0 Comments
    Inline Feedbacks
    View all comments
    0
    Would love your thoughts, please comment.x
    ()
    x
    %d bloggers like this: