WhatsApp Akan Berhenti Berfungsi Pada 1 Januari 2021?

WhatsApp Akan Dihentikan Bermula Tahun 2021

Tular pula berita yang mengatakan aplikasi WhatsApp akan berhenti berfungsi pada telefon pintar bermula pada 1 Januari 2021. Walau kedengaran palsu, di sini kami ingin menjelaskan bahwasanya berita ini benar. WhatsApp juga melalui kenyataan rasmi mereka turut mengesahkan berita ini dan tidak merancang untuk menarik balik keputusan mereka.

Ini bukanlah cerita baru. Perkara ini sudahpun dilaporkan sejak Disember tahun 2019 yang lalu dan mereka memberikan pengguna masa sehingga 1 tahun untuk mencari penyelesaian dan menyelesaikan masalah yang akan timbul dengan keputusan mereka tersebut.

Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Anda semua tidak perlu menggelabah dan membuat teori konspirasi tidak tentu hala. Sebenarnya, WhatsApp cuma akan berhenti berfungsi pada telefon pintar ‘kuno’ sahaja. Ia akan berhenti berfungsi secara rasmi pada peranti dengan sistem operasi Android 4.0.3 ke bawah dan juga iOS 9 ke bawah.

Ini bermakna, bermula 1 Januari 2021, peranti dengan sistem operasi yang tersebut tidak lagi boleh menerima dan menghantar sebarang mesej dan panggilan WhatsApp, tidak boleh memuat naik dan memuat turun sokongan mesej mereka dan juga tidak boleh memasang dan mengemaskini aplikasi WhatsApp mereka secara rasmi pada gedung aplikasi rasmi seperti Play Store dan Apps Store.

Apa Tindakan Yang Perlu Diambil?

Langkah yang boleh diambil adalah kemaskini dengan segera sistem operasi telefon pintar anda untuk terus menggunakan WhatsApp. Buat pengguna iPhone, berita baik buat anda kerana iPhone 4S,5, 5S, 5C, 6 dan 6S masih lagi menerima kemaskini ke iOS 9.

Buat pengguna android, mungkin akan menerima masalah kerana kemaskini sistem operasi telefon android jarang sekali mempunyai rekod yang baik. Anda boleh cuba memasang custom ROM pada telefon anda untuk menggunakan versi android terkini.

Untuk pengguna kebanyakan ataupun untuk warga senior, langkah paling mudah adalah dengan membuat salinan mesej ke Google Drive menggunakan tetapan di dalam aplikasi WhatsApp sebelum 31 Disember 2020 berakhir. Seterusnya, anda bolehlah belikan mereka telefon android yang baru. Sebolehnya, carilah telefon dengan Android 10 tersiap supaya peranti baru tersebut boleh mempunya jangka hayat sistem yang lebih lama.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x