Utama Blog Laman 95

Boom Audio App Bersama Apple Music/Spotify/TIDAL : Yang Mana Bagus?

0

Eksperimentasi Boom Audio App bersama Apple Music, Spotify dan TIDAL

Perkakasan yang digunapakai untuk eksperimentasi ini ialah iPhone 11 Pro Max dan AirPods Pro pada 80% bunyi kelantangan. Pilihan lagu yang digunakan untuk eksperimentasi ini ialah (jangan tanya kenapa);
  1. Kingslayer, BRING ME THE HORIZON feat. BABYMETAL
  2. Through The Fire and Flames,  untuk vokal, gitar, bass dan drum
  3. Playing With Fire, BLACKPINK untuk bass dan lain-lain
Spotify

Nota: Post ni panjang, jadi sila skip ke bahagian keputusan dan keputusan eksperimentasi boleh berubah jika lagu, perkakasan dan perisian EQ serta telinga yang berbeza.

Apple Music

Apple Music ni agak sedih sikit sebab EQ dia hanyalah bergantung pada EQ dekat telefon dan pilihan kami Late Night. (Boom tak boleh guna sekali sebagai sokongan EQ sebab isu DRM. Terima kasih Apple)
Ternyata boleh la beda layan dan keputusan dia;

Kingslayer dan Through The Fire and Flames
Boleh tahan dia punya ‘rhythm’ dan bahagian ‘shredding’, bass, drum dan vokal, tiada yang wow sangat.

Playing With Fire
Boleh laa, beat bass dia lembut, vokal ok takda bingit.

Spotify Premium

Untuk Spotify, kami guna EQ yang diubah manual, tak pakai ‘preset‘.
Ternyata sedap lagi kalau bandingkan dengan Apple Music dan keputusan dia;

Kingslayer, Through The Fire and Flames
Sedap dia punya ‘rhythm’ dan bahagian ‘shredding’, bass, drum dan vokal.

Playing With Fire
Beat bass dia kuat, tumbukan padu dan vokal jelas.

TIDAL HiFi

Untuk TIDAL, dia ada HiFi, Master, dan 360 Reality Audio tapi 360 Reality Audio hanya sesuai dengan ‘earphones‘ Sony dan hanya 2 lagu sahaja sebab Playing With Fire dalam TIDAL ada versi live ja. nahhh, terima kasih ja la.
Ada yang ok, ada yang tak ok dan keputusan dia;

Kingslayer (360 Reality Audio)
Agak bingit pada vokal yang menganggu gitar dan bass tapi drum dia ok la sama naik dengan vokal.

Through The Fire and Flames (HiFi)
Boleh tahan dia punya bass, drum dan vokal serta ‘rhythm’ dan bahagian ‘shredding’ agak jelas daripada Spotify. Cuma bunyi kelantangan kena buka tinggi lagi baru terasa nikmat.

Boom

Untuk Boom, dia ada EQ, 3D Surround, Full Bass dan Intensity yang membuatkan dia boleh kalahkan 3 aplikasi tadi. Cuma bunyi kelantangan kena turun sikit sebab pekak oi hahaha,
Ternyata sedap lagi kalau bandingkan dengan Apple Music, Spotify dan TIDAL dan keputusan dia;

Kingslayer
Vokal bahagian Oli jerit ok takda masalah cuma bahagian Su-chan ja ada bingit pada 2:09-2:19. Drum punya pukulan agak puas dan bass tenggelam sikit sebab drum serta gitar takda masalah.

Through The Fire and Flames
Boleh tahan dia punya bass, drum dan vokal yang jelas serta bahagian ‘shredding’ terasa nikmat dia.

Playing With Fire
Beat bass dia kuat, tumbukan padu dan vokal jelas cuma bahagian Rose pada ayat “buljangnan” rasa macam dia semboq tepi telinga. hahaha

Tidal Music

Sapa yang menang? Yang mana berbaloi?

1. Boom
2. Spotify
3. TIDAL HiFi
4. Apple Music

Jujur kami kata Boom la yang menang dengan segala mak nenek fungsi dia sajikan. hahaha

Pro Tips : Kalau nak jimat, tidak perlu beli TIDAL HiFi pun sebab Boom memang dah ada fungsi sedemikian. Jadi langgan Premium pun ok jadi la. hahahaha
Untuk langgan Boom (tengah ada diskaun), boleh pilih sama ada
– 1 bulan = RM3.99 Android|RM7.99 iOS
– 6 bulan = RM11.99 Android|RM20.90 iOS
– 1 tahun = RM20.99 Android|RM32.90 iOS
– Seumur hidup = RM82.99 Android|RM167.90 iOS

Oh ya, jika ampa beli dekat Android, konon boleh guna dekat iOS memang silap banyak la. Kami terpaksa refund sebab ingatkan boleh. hahahaha

Jangan tanya kenapa Android murah lagi daripada iOS. hahaha

* PC pun ada jugak. Depa tengah bagi diskaun tu.

Tahniah kerana berjaya baca habis ulasan ‘noob’ dari kami. Telinga dah berair selepas lakukan eksperimentasi ni. ~(>_<~)

AirPods Pro memang noob tanpa EQ. Ia patut berterima kasih pada EQ dalam aplikasi membuatkan ia enak. Nak harapkan Adaptive EQ? Nahhhhhh

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Dynalink Android TV Box

0

Android Box Paling Hangat Diperkatakan

Abam ada perasan Android TV Box ini sedang hangat diperkatakan oleh peminat setia Android Box.
Semuanya kerana harganya yang murah (29.99USD) sekiranya dipesan secara terus dari laman seperti Walmart.
9To5Google ada mengatakan bahawa ia adalah ADT-3 yang dijenamakan semula, yang juga bermaksud ia ‘mesra Google’.
Android TV Box ini menggunakan pemproses Amlogic S905Y2, pemproses lama tetapi masih berkuasa. Ia merupakan ‘Netflix certified’ dan menyokong pelbagai servis penstriman lain.

Selain itu, box ini juga mempunyai:

  • 2GB RAM+8GB storan
  • Dual-band WiFi
  • Bluetooth 4.2
  • HDMI 2.1
  • MicroUSB (power input)
  • Chromecast 4K video streaming
  • Sokongan Dolby Audio.
*Kelemahan bagi Amlogic S905Y2 ialah ia tidak mempunyai sokongan ethernet.
**Tapi box ni menggunakan Android TV 10. Mi Box S pun belum dapat lagi Android TV 10. Hmmm.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara Guna Arch Linux Untuk Pemalas

0

Tips Arch Linux Buat Si Pemalas

Untuk yang guna Arch Linux, kalau hangpa dah malas sangat nak install sesuatu dari AUR tapi nak main ‘auto’, bolehlah guna pamac.
Pamac ni package manager dari Manjaro, tetapi dah ada yang bawa masuk ke dalam Arch melalui AUR.

pamac
pamac
pemasangan
Pamac boleh dimuat turun di:
Kalau nak sokongan Flatpak dan Snap dalam pamac, boleh ubah PKGBUILD pada baris ke 4/5 kepada:
ENABLE_FLATPAK=1
ENABLE_SNAPD=1
Kemudian, macam abam sendiri, abam gunakan gabungan pamac dan juga pacaur (AUR Helper).
Nak tau cara pasang pamac dan pacaur, boleh rujuk sini:
(Cara pasang keduanya sama saja).

Nak lagi mudah, pasang pamac dulu, kemudian pasangkan pacaur melalui pamac.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Nikmati IPTV Dengan Hypnotix Dalam Linux

0

Gunakan Linux Sebagai Pusat Media di Rumah

Korang punya pasal, abam install Linux Mint semata-mata nak cuba Hypnotix yang katanya didatangkan sekali. Hampeh, rupanya kena pasang sendiri jugak.

Hypnotix ni ialah aplikasi IPTV dan disertakan dengan saluran IPTV percuma dari beberapa buah negara. Saluran yang dimasukkan berjumlah 2340 kesemuanya.
Untuk sesiapa yang dah pandai tu, anda boleh masukkan sendiri URL M3U yang pilihannya ada dalam aplikasi. Jadi, anda boleh kembangkan lagi saluran yang dah sedia banyak itu.

Banyak pilihan negara
Kualiti IPTV
Linux Mint boleh dimuat turun di:
Manakala Hypnotix pula di:

*Abam dah cuba pasang dalam Arch, tapi video tak keluar. Sesiapa yang nak mencuba tu boleh pasang sama ada Linux Mint, Ubuntu, atau lain² distro berasaskan Debian/Ubuntu.

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

Tiga Siri Netflix Yang Berat Untuk Ditonton

0

Hari ni abam nak kongsikan tiga siri di Netflix yang agak ‘deep’. Seperti biasa, apa yang abam kongsi pastinya terdiri dari thriller, horror, dan sci-fi.

Tanpa melengahkan masa, jom lihat tiga siri tersebut.

Paranormal

Paranormal

Paranormal ialah kisah di mana seorang professor bernama Refaat, cuba menidakkan kewujudan dunia paranormal dengan mengatakan kesemua yang berlaku ada penjelasannya.

Kedengaran seperti cliche, tetapi apabila cerita sudah bermula, kita boleh menelusuri jalan hidup Refaat bersama dunia paranormal dengan gaya yang jarang dipersembahkan.

Misteri demi misteri mula terungkai, sehingga berlakunya beberapa kematian.

Mujurlah Refaat bukan seorang penakut. Disebabkan itu kita mampu melihat situasi paranormal dari sudut berbeza.

Anda boleh tonton Paranormal di pautan:

https://www.netflix.com/title/80214886

Somewhere Between

Somewhere Between

Ini ialah cerita yang menggabungkan dunia multiverse dan time travel. Memang cukup menarik!

Siri mengisahkan mengenai Laura Price, seorang penerbit berita di San Francisco, cuba membantu polis memburu seorang pembunuh bersiri.

Malangnya, anak Laura diculik dan dibunuh oleh si pembunuh bersiri itu.

Laura membuat cubaan membunuh diri akibat terlalu bersedih. Tetapi Laura tidak mati, dan kembali ‘terjaga’ beberapa bulan ke belakang, iaitu sebelum kematian anaknya.

Dapatkah Laura menangkap si pembunuh sebelum kejadian anaknya diculik?

Anda boleh tonton Somewhere Between di:

Glitch

Glitch

Apa perasaan anda, jika anda melihat ada manusia yang telah mati, tetapi bangkit dari kubur?

Itulah dia premis cerita ini. Tujuh orang bangkit dari kematian masing² tetapi tidak mempunyai memori tentang hidup mereka sebelum ini.

Nak berjumpa dengan ahli keluarga? Sudah tentu sukar hendak dijelaskan bagaimana mereka ini hidup semula.

Hendak teruskan kehidupan? Mereka sudah pun direkodkan sebagai manusia yang telah mati. Jadi bagaimana?

Anda boleh tonton Glitch di sini:

https://www.netflix.com/title/80108495

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

The Call : Apabila Kematian Datang Dari Masa Lalu

0

The Call: Apabila Kematian Datang Dari Masa Lalu

Korang yang dah lama follow, mesti tahu yang abam ni ‘addicted’ dengan filem² thriller dan horror. Rasa berdebar bagai dipam-pam jantung, merancakkan lagi tontonan sampai terasa nak baling TV dengan batu.

Itulah dia perasaannya bila menonton The Call, sebuah filem thriller dari Korea Selatan.

Filem ini menceritakan tentang Seo-yeon, seorang perempuan yang hidup di tahun 2019. Dia melawat ibunya yang kurang sihat di sebuah rumah lama mereka.

The Call

Apa yang menjadi permulaan kepada satu perjalanan getir yang perlu ditempuh oleh Seo-yeon ialah sebuah telefon lama. Masih ingat tak telefon sebesar tapak kaki siap antena? Haa, itulah telefonnya.

Pada suatu hari yang nyaman, Seo-yeon menerima panggilan daripada telefon tersebut. Apa yang peliknya? Ianya datang dari seorang perempuan yang hidup di rumah yang sama, 20 tahun sebelumnya.

Ya, perempuan bernama Oh Young-sook itu membuat panggilan dari masa lalu, memberitahu Seo-yeon dirinya sedang diseksa oleh ibunya.
Senang cerita filem ini, berkisar di sekitar situasi pertembungan multiverse dan perjalanan masa (dengan peranan telefon).
The Call

Pada awalnya, semua kelihatan seperti tidak ada apa², semuanya membahagiakan. Berdasarkan maklumat diberi oleh Seo-yeon, Young-sook keluar dari rumahnya secara senyap² untuk mencegah sebuah kebakaran yang membunuh ayah Seo-yeon.

Dengan serta-merta realiti hidup Seo-yeon berubah.

Ayahnya masih hidup, dan Seo-yeon dapat meneruskan kehidupan dengan rasa bahagia, sementara Young-sook masih terseksa.

Apakah realiti akan berubah lagi buat Seo-yeon?
Siapakah Young-sook yang sebenarnya?
Anda boleh tonton filem The Call di sini:

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Wang Tunai Semakin Kurang Digunakan – Trend Neobanking

0

Pembayaran Tanpa Sentuh Semakin Jadi Pilihan

Situasi pandemik telah mengurangi penggunaan wang tunai kerana rakyat bimbangkan masalah jangkitan.Ini merupakan satu berita baik untuk aplikasi/servis penghantaran wang secara digital seperti PayPal dan Square.

(Square lebih kurang sama seperti PayPal, tetapi aplikasinya lebih menarik sedikit).

Stok bagi syarikat mereka meningkat tahun ini kerana orang ramai menghindari bil fizikal dan duit syiling, membeli-belah dalam talian dan menghantar pembayaran secara digital di dunia yang semakin tidak bersentuhan.

Penggunaan mata wang kertas sudah menurun sebelum wabak coronavirus lagi, demikianlah menurut satu penyelidikan dari Federal Reserve Bank of San Francisco.

Saham PayPal melonjak ke 65% sementara Square meningkat lebih dua kali ganda setakat ini pada tahun 2020. Kedua-dua saham berada pada tahap tertinggi sepanjang masa.

Penganalisis juga bersetuju bahawa Square (dan PayPal) menjadi versi moden cawangan bank komuniti tempatan untuk milenium dan Gen Z.

Orang tua seperti admin Mamu pun lebih memilih aplikasi wang digital seperti BigPay untuk membayar di mana².

Pun begitu, wang tunai tetap mempunyai ciri tersendiri yang tidak dapat diganti oleh bentuk digital. Anonimiti dan keselamatan wang tunai yang relatif tetap menarik buat mereka yang menggunakannya.

Penggunaan wang tunai mungkin tidak akan berakhir, namun pergerakan ekonomi digital semakin bercambah dan memudahkan setiap urusan pembayaran ke akaun individu atau syarikat, lalu menjadikan transaksi lebih lancar.

Rujukan: https://news.theceomagazine.com/…/reserve-bank…/

https://edition.cnn.com/…/square-paypal…/index.html

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

China Menguji Penggunaan Yuan Digital

0

Yuan Digital Sebagai Matawang Baru China?

China seperti biasa memang lebih terkedepan dalam penggunaan wang digital.

Dalam perkembangan terbaru, negara itu sedang melakukan ujian mata wang digital ke tahap baru dengan memberikan lebih daripada 10 juta yuan (RM6.2 juta) dalam sebuah loteri.

Ya, wang digital diberikan dalam bentuk loteri.

Tidak seperti mata wang crypto ‘konvensional’, dalam hal ini sebuah bank pusat mengawal yuan digital iaitu People’s Bank of China.

People’s Bank of China memberikan 50,000 warganegara terpilih secara rawak – ‘paket merah’ (angpau) bernilai 200 yuan (RM125), untuk dibelanjakan di beberapa ribu peruncit khas di daerah Luohu, Shenzhen.

Ini bukan sahaja dibuat untuk menguji teknologi yang terlibat, tetapi meningkatkan belanja pengguna setelah terjadinya pandemik COVID-19.

Pemenang akan diminta untuk memuat turun aplikasi Renminbi untuk menerima wang digital. Selepas itu, mereka dilaporkan dapat membeli barang dari farmasi tempatan, pasar raya dan juga Walmart.

Sumber dari: Reuters.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Gionee: Telefon Pintar China Yang Memasang Malware Trojan Horse

0

Beli Telefon Dapat Malware?

Gionee, sebuah syarikat telefon pintar China telah didakwa kerana memasang Malware Trojan Horse kepada penggunanya.

Sebuah mahkamah di China telah menuduh syarikat itu dengan sengaja memasang perisian hasad berbahaya pada telefon pintar mereka.

Logo Gionee

Menurut tuduhan tersebut, Gionee telah menjangkiti sekitar 20 juta telefon pintar dengan sejenis malware Trojan Horse melalui aplikasi dari Disember 2018 hingga Disember 2019.

Laporan itu menyatakan bahawa aplikasi dipasang adalah cara syarikat untuk mendapatkan keuntungan dari penggunanya melalui penggunaan iklan yang tidak diminta dan juga beberapa lagi kaedah tidak sah yang lain.

Zhipu Technology Co. Ltd, yang merupakan anak syarikat Gionee, bertanggungjawab menempatkan trojan melalui perisian menggunakan aplikasi Story Lock Screen.

Gionee bukan Gwiyomi

Kemudian, ada dijelaskan lagi perisian tersebut dikemas kini pada telefon pintar Gionee yang terjejas secara automatik tanpa pengetahuan pengguna.

Pembuat telefon pintar China itu dapat menjana sekitar $4.2 juta dengan menjangkiti sekitar 21.75 juta telefon pintar dari Disember 2018 hingga Oktober 2019.

Mahkamah China secara rasmi telah mendapati Zhu Ying, Xu Li, Jia Zhengqiang, dan juga Pan Qi kesemuanya bersalah atas tuduhan mengawal peranti mudah alih secara haram.

Xu Li, Zhu Ying, dan Jia Zhengqiang telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, sementara Pan Qi dipenjara selama enam bulan.

Masing-masing dikenakan denda sebanyak CNY 200,000.

Sumber: https://www.news18.com/…/gionee-found-guilty-of…

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Power Bank Mengandungi Malware

0

Cas Bateri Telefon, Dapat Malware

Power Bank Mengandungi Malware?! Huru hara juga apabila memikirkan telefon pintar tetap boleh dijangkiti dan digodam walaupun dengan cara mengecas bateri menggunakan powerbank.

Sewaan powerbank semakin popular di China

Di China, salah satu bisnes yang berkembang maju ialah penyewaan power bank.

Dengan sedikit bayaran, pengguna boleh menyewa lalu membawa power bank ke mana² sebelum memulangkannya ke stesen berhampiran.

Siap ada vending machine…

Industri ini begitu pesat dan pada tahun 2020 ini, pengguna power bank sewa mencecah 220 juta di sana. Ini menarik minat para pelabur untuk mencuba industri baru.

Namun, dalam setiap perkara yang memudahkan, kadangkala ada terselit ‘sesuatu’ yang bakal menyusahkan.

Bahagian Keselamatan Dalam Talian Kementerian Keselamatan Awam memberi amaran di akaun rasmi WeChat mereka pada hari Ahad lalu bahawa power bank mempunyai potensi digunakan untuk menghantar Trojan Horse dan malware lain.

Setelah telefon pintar dijangkiti, perisian hasad dapat mencuri maklumat peribadi, termasuk senarai kenalan, gambar, video, dan sebagainya lagi.

Sebelum ini, kita menerima ancaman ‘BadPower’, iaitu jangkitan malware terhadap adapter pengecasan pantas:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1804033413071150&id=266747313466442

Kini, mungkin juga power bank memerlukan perlindungan antivirus atau daripada modifikasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: https://www.todayonline.com/…/china-police-warn-shared…

Views: 2

Iklan Newspaper Inline