More

    Gionee: Telefon Pintar China Yang Memasang Malware Trojan Horse

    Beli Telefon Dapat Malware?

    Gionee, sebuah syarikat telefon pintar China telah didakwa kerana memasang Malware Trojan Horse kepada penggunanya.

    Sebuah mahkamah di China telah menuduh syarikat itu dengan sengaja memasang perisian hasad berbahaya pada telefon pintar mereka.

    Logo Gionee

    Menurut tuduhan tersebut, Gionee telah menjangkiti sekitar 20 juta telefon pintar dengan sejenis malware Trojan Horse melalui aplikasi dari Disember 2018 hingga Disember 2019.

    Laporan itu menyatakan bahawa aplikasi dipasang adalah cara syarikat untuk mendapatkan keuntungan dari penggunanya melalui penggunaan iklan yang tidak diminta dan juga beberapa lagi kaedah tidak sah yang lain.

    Zhipu Technology Co. Ltd, yang merupakan anak syarikat Gionee, bertanggungjawab menempatkan trojan melalui perisian menggunakan aplikasi Story Lock Screen.

    Gionee bukan Gwiyomi

    Kemudian, ada dijelaskan lagi perisian tersebut dikemas kini pada telefon pintar Gionee yang terjejas secara automatik tanpa pengetahuan pengguna.

    Pembuat telefon pintar China itu dapat menjana sekitar $4.2 juta dengan menjangkiti sekitar 21.75 juta telefon pintar dari Disember 2018 hingga Oktober 2019.

    Mahkamah China secara rasmi telah mendapati Zhu Ying, Xu Li, Jia Zhengqiang, dan juga Pan Qi kesemuanya bersalah atas tuduhan mengawal peranti mudah alih secara haram.

    Xu Li, Zhu Ying, dan Jia Zhengqiang telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, sementara Pan Qi dipenjara selama enam bulan.

    Masing-masing dikenakan denda sebanyak CNY 200,000.

    Sumber: https://www.news18.com/…/gionee-found-guilty-of…

    Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
    Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

    Artikel Terkini

    Artikel Berkaitan

    Subscribe
    Notify of
    guest
    0 Comments
    Inline Feedbacks
    View all comments
    0
    Would love your thoughts, please comment.x
    ()
    x
    %d bloggers like this: