Saya cukup tidak bersetuju dengan pandangan “postpaid adalah pelan untuk orang kaya. Orang miskin pakai prepaid cukup lah”. Bagi saya, golongan kurang berkemampuan sebaiknya menggunakan postpaid berbanding prepaid kerana ia lebih fleksibel.
Pelan postpaid membenarkan anda guna dulu baru bayar. Berbeza dengan pelan prepaid yang memerlukan anda bayar dulu baru guna. Sekiranya pengguna dalam keadaan ekonomi yang mendesak, setidak-tidaknya mereka masih lagi boleh menggunakan pelan mereka pada bulan tersebut seperti biasa. Menjelang hujung bulan, mungkin mereka sudah ada kelegaan untuk membayar bil.
Untuk itu, saya mencadangkan kerajaan memaksa telco untuk menilai semula penawaran pelan postpaid mereka. Harga kuota juga sudah perlu disemak semula. Cukup-cukuplah menawarkan harga kuota zaman batu ini.
Kalau tak boleh untuk semua, sekurang-kurangnya berikan harga cadangan ini kepada golongan sasar yang layak. Berdasarkan pengiraan saya, telco sebenarnya lebih dari mampu untuk berikan RM1 per 10GB. Saja mereka tak mahu.
Saya antara peminat tegar Xiaomi. Selain daripada harga telefon pintar yang kompetitif dan kebolehan untuk unlock bootloader, MIUI juga masih lagi mengekalkan kebolehan pengguna untuk melakukan pelbagai modifikasi sistem.
Contohnya, VoWiFi. Di Malaysia, telco sudahpun menyokong VoWiFi. Namun, pilihan ini hanya disokong secara rasmi di beberapa model telefon terpilih. Akan tetapi, jika anda menggunakan MIUI, anda boleh membuka sendiri pilihan ini dengan cara unlock VoWiFi. Mudah saja.
VoWifi berikan anda kualiti panggilan yang lebih baik.
Untuk Unlock VoWiFi:
Buka aplikasi Phone
Taip *#*#869434#*#*
Popup “VoWiFi carrier check was disabled” akan muncul
Buka tetapan Sim Card anda dan hidupkan pilihan untuk membuat panggilan menggunakan Wi-Fi.
Restart mungkin diperlukan.
Selepas unlock, akan keluar pilihan VoLTE dan VoWiFi seperti ini.
Untuk Unlock VoLTE:
Buka aplikasi Phone
Taip *#*#86583#*#*
Popup “VoLTE carrier check was disabled” akan muncul
Buka tetapan kad sim dan aktifkan togol VoLTE
Restart telefon anda
VoWiFi hanya berfungsi pada WiFi yang menyokong VoWiFi. Contohnya, saya menggunakan nombor Celcom. Saya menggunakan Wi-Fi Unifi Mobile menggunakan hotspot. VoWiFi dapat digunakan kerana Unifi Mobile menyokong VoWiFi.
Sekiranya VoWiFi tidak aktif juga, anda berkemungkinan masih lagi menggunakan kad sim lama dan tidak menyokong fungsi ini. Anda perlu menukar kad sim anda kepada kad sim baru yang menggunakan cip lebih maju.
Dalam hantaran saya yang lepas, ada saya cadangkan pakej internet fiber 10mbps pada harga RM30 sebulan sebagai pakej minima dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan kebolehcapaian dan keberadaan jaringan internet kepada rakyat.
Macam biasalah, pencinta telco pastinya menghentam sebarang cadangan yang kelihatan ‘janggal’ dan ‘luar kebiasaan’ bagi telco kesayangan mereka. Katanya saya tak pandai kira lah, saya tak kerja di telco lah. Tak apa, saya LUKIS.
Apa yang menyeronokkan ketika akhir tahun? Ya, jualan akhir tahun atau Year End Sale. Apa yang menyeronokkan untuk dibeli? Ya, beli telefon pintar yang murah.
Tetapi untuk mereka yang menyasarkan telefon pintar berharga di bawah RM1000, usah bimbang. Di sini kami senaraikan beberapa peranti menarik yang boleh diteliti sebelum di-add-to-cart dan di-check-out dengan senyuman.
Tak mengapa, biar kami saja yang pening kepala mencari peranti terbaik untuk anda. Anda hanya tinggal pilih dan hadiahkan kepada diri sendiri.
Agak sukar juga hendak mencari peranti 5G di bawah RM1000, tetapi ia tidak mustahil – terima kasih kepada chipset Dimensity. Kebanyakan peranti disenaraikan ini memang sesuai digunakan oleh abang dan kakak rider kita, atau mereka yang mencari peranti bajet.
Tanpa melengahkan masa lagi, ayuh kita lihat bersama.
Realme Narzo 50 5G
Untuk varian 6GB/128GB, anda boleh memiliki peranti dari Realme ini yang dilengkapi dengan 5G. Peminat Realme boleh sambar model ini kerana selain harganya yang berada dalam ‘sweet spot’, spesifikasi juga tidak menghampakan.
Mempunyai bateri berkapasiti 5000mAh, pembesar suara stereo, anda boleh mainkan lagu dalam senarai main dari pagi hingga ke petang tanpa bimbangkan kehabisan bateri.
Pernahkah Poco menghampakan kita? Jarang sekali. Poco antara jenama yang dicari apabila menginginkan peranti bajet, dan tidak salah jika dikatakan ia antara jenama yang begitu seimbang antara nisbah harga ke prestasi.
Sepertimana Realme Narzo 50 5G, ia memiliki bateri berkapasiti 5000mAh dan pembesar suara stereo, anda boleh bermain permainan seolah menggunakan peranti premium.
Entah kenapa, terasa agak keberatan hendak mengesyorkan model A23 5G. Secara peribadi, abam lebih menggemari chipset Dimensity berbanding chipset pertengahan dari Snapdragon yang digunakan pada model A23 5G tersebut iaitu Snapdragon 695 5G.
Model ini agak lama sedikit, iaitu model tahun 2021. Tetapi dengan mengetahui bagaimana Samsung menjaga bab kemas kini sistem operasi peranti-perantinya, ini tidak lagi menjadi isu.
A13 5G dikuasakan oleh Dimensity 700 yang telah teruji dan terbukti dalam soal prestasi dan penjimatan penggunaan kuasa bateri. Bateri telefon pintar ini juga berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan 15W.
Kalau tak kenal dengan Motorola, rugilah. Ramai yang suka dengan jenama ini kerana paparan antaramuka sistem operasinya yang agak minimal dan boleh dikatakan seperti ‘stock.’
Baterinya berkapasiti 5000mAh, ada pembesar suara stereo, dan kamera disertai OIS, apa lagi yang anda mahu?
Telefon ini agak ‘misteri’ kerana tiba-tiba sahaja ia ‘ada.’
Namun merujuk kepada laman web vivo Malaysia, ia mempunyai kamera beresolusi 50MP, bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W, skrin bersaiz 6.58 inci, 6GB + 2GB RAM serta dikuaasakan oleh Dimensiti 700.
Honor X7 sesuailah dibeli oleh para peminat jenama Honor dan peminat kameranya. Maklum saja, ada bau-bau bacang dan petai bersama jenama Huawei, pastinya ada sedikit sebanyak teknologi dari Huawei disematkan pada Honor.
Kita cuba untuk langkau bawah 1000 dulu buat masa ini kerana kebiasaannya peranti harga ini adalah dalam niche ‘entry level.’
Oleh itu tanpa melengahkan masa, kita terus ke senarai yang telah disusun dengan teliti:
1. Realme 9 Pro+
Realme 9 Pro+ menjadi pilihan kerana ia boleh dikategorikan sebagai antara peranti pertengahan yang mempunyai spesifikasi ‘killer.’
Selain Poco F4, Realme 9 Pro+ juga mempunyai OIS pada kamera utamanya. Sesuai digunakan oleh anda yang berminat dengan dunia videografi dalam bajet marhaen.
Buat peminat OPPO, ini peranti yang sesuai untuk anda. Dikuasakan oleh Dimensity 900, kamera 64MP, dan pengecasan pantas 65W yang mampu memenuhkan bateri berkapasiti 4500mAh dalam masa 31 minit.
Berita baiknya, ia mempunyai headphone jack dan sokongan storan SD mikro.
Ini pula untuk peminat vivo, vivo T1 5G dikuasakan oleh Snapdragon 778G. Mempunyai bateri berkapasiti 4700mAh, ia dapat dipenuhkan dengan cepat melalui teknologi Flash Charge 66W (50% dalam masa 18.2 minit).
Dengan 8GB RAM dan 4GB RAM tambahan (Extended RAM), anda dapat memainkan permainan terbaru tanpa bimbangkan tentang prestasi lagi.
Kita pastinya tidak akan lengkap tanpa model dari Samsung. Model ‘entry level’ dari Samsung ini sememangnya tidak menghampakan. Serius, ini antara model yang boleh diketengahkan apabila ia ada pelbagai ciri menarik.
Kameranya disertai OIS, skrin Super AMOLED 90Hz, mempunyai sokongan storan kad SD mikro, pembesar suara stereo, dan bateri berkapasiti 5000mAh, penggemar multimedia pasti tidak akan lepaskan peluang ini.
Ini antara peranti pertengahan dari Redmi yang memiliki teknologi pengecasan pantas 120W, tanpa perlu mengorbankan bajet bulanan anda. Ia dapat memenuhi kapasiti bateri 4500mAh dalam masa 15 minit, menjadikan Redmi Note 11 Pro+ sebuah peranti yang menyelesaikan masalah ‘battery anxiety.’
Tidak lupa juga ia mempunyai 5G, skrin AMOLED 120Hz, kamera 108MP, pembesar suara stereo dengan talaan JBL – nikmat sungguh buat mereka yang sedang menjadi pengganti telefon pintar yang sudah usang.
Peranti ini satu-satunya peranti 4G berbanding senarai di atas. Tetapi ia ada keistimewaan tersendiri yang tidak patut kita terlepas pandang.
Berbanding Infinix Zero 5G yang mempunyai 5G (duh!), skrinnya adalah AMOLED, 120Hz, dan turut mempunyai kamera beresolusi 108MP, kamera kedua 8MP (telefoto periskop) dengan 5 kali zoom serta kedua-dua kamera ada OIS. Kamera ketiga pula ialah kamera 8MP sudut ultra-lebar.
Sebut mengenai peranti Infinix, ini satu lagi peranti yang agak istimewa. Harganya murah, bawah RM1000, tetapi punyai 5G. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kamera 48MP dan 13MP telefoto 50mm (30 kali zoom), manakala kamera ketiga pula 2MP (bokeh).
Baterinya berkapasiti 5000mAh beserta pengecasan pantas 33W, sehari suntuk anda dapat menggunakannya sebelum perli dicas semula.\
Membuat pilihan telefon pintar bagi kalangan marhaen yang perlu menyimpan terlebih dahulu (atau membuat bayaran ansuran bulanan) adalah tidak mudah.
‘Tersilap’ memilih, hati merana. Wang bukan segalanya tetapi boleh kata segalanya memerlukan wang. Oleh itu, pemilihan ‘tepat’ untuk keinginan dan keperluan sendiri mengikut peribadi serta rasa hati adalah amat-amat kritikal lagi signifikan.
Pasti akan ada ‘kawan’ yang sibuk berkata,
“Alah, tambah sikit boleh dapat itu..”
Ya, abam memahami anda kerana kita ni lebih kurang saja. Setiap sen dibelanjakan itu sangat berharga buat kita.
Jadi, tanpa meleleh.. Ehh. Tanpa melengahkan masa, ayuh kita lihat senarai beberapa telefon pintar marhaen yang menarik untuk dinilaikan (dan dibeli):
1. Poco F4
Poco F4 merupakan naik taraf kecil atau ‘minor’ daripada model terdahulu iaitu Poco F3. Pun begitu, ia kini dikemaskini bersama ciri OIS pada kamera utama dan pengecasan pantas 67W.
Ini merupakan model vivo yang amat menarik untuk dimiliki, walaupun kebanyakan ‘tech vlogger’ hanya mempedulikan model Pro dan Pro Plus sahaja. Meski jua sudah keluar model penggantinya iaitu X80/X80 Pro, tetapi model ini masih relevan untuk digunakan.
Kameranya yang dikombinasi bersama optik dari Zeiss menjadikan ia antara peranti lingkungan bajet yang berbaloi berada dalam poket masing-masing.
Menggunakan Snapdragon 778G+ 5G, ia tidak kalah dari segi prestasi. Ada sahabat yang telah menguji cuba Night Mode telefon ini dan amat berpuas hati dengan hasilnya. Sesiapa yang menggunakan Honor pasti akan menyetujui perkara ini.
Bateri berkapasiti 4800mAh dan dengan pengecasan pantas 66W, anda tidak akan mengalami ‘battery anxiety.’
Ini adalah salah satu siri A dari Samsung yang amat baik dari aspek nisbah prestasi kepada nilai wang. Berbanding ‘adik-beradiknya’ iaitu A33 yang diturun taraf sedikit dari segi kamera, atau A73 yang menggunakan Snapdragon 778G 5G, ia tidak terkalah apa pun terutamanya di sudut kamera.
Kamera disertai OIS, dan dengan pembesar suara stereo, menjadikan peranti ini amat sesuai buat peminat dunia multimedia.
Ini merupakan peranti pilihan abam sendiri. Harga sedikit ‘keras’ berbanding peranti di atas, tetapi amatlah berbaloi.
Dikuasakan oleh Dimensity 8100-Ultra, kamera 108MP beserta OIS, pembesar suara stereo, bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 120W (bateri boleh penuh dari 0% dalam masa 19 minit!), ciri-ciri ini menjadikan Xiaomi 12T bukan sahaja boleh dilabel sebagai ‘entry-level flagship’, malah mungkin sekali ‘flagship killer’ untuk tahun ini.
Ramai penjual yang menjual Japan Set – dikatakan ia tidak mempunyai beberapa ciri. Contohnya tidak dapat ‘mute’ kamera, melainkan anda pasang Gcam (huh! Ironi di situ).
Model ini agak lama sedikit, tetapi juga masih relevan digunakan. Skrin segar semula 144Hz, ditala untuk permainan (gaming) beserta ‘physical pop-up gaming triggers’ – para gamers pasti berpuas hati.
Ia turut mempunyai pengecasan pantas 120W, oleh itu anda boleh bermain tanpa bimbangkan nilai semasa bateri.
Model ini terjual laku keras. Kebanyakan penjual habis stok storan 256GB. Barangkali kerana harganya yang mampu milik, diiringi oleh spesifikasi yang bagus, tidak hairan jika sukar untuk mencarinya. Kebanyakan stok yang ada adalah untuk storan 128GB.
Pun begitu, masih berbaloi jika ingin dijadikan sebagai sandaran. Pengecasan pantas 120W dan dapat memenuhkan bateri berkapasiti 4500mAh dalam masa 15 minit, ini sesuatu yang sukar diperoleh meskipun pada peranti mercu/perdana.
Model ini sering menjadi pilihan kaum hawa. Mungkin kerana pilihan warna yang lembut, saiz sedikit kecil, dan reka bentuk yang cantik menyebabkan ia jadi tarikan.
Tetapi jangan silap. Ia masih hadir dengan spesifikasi menawan. Dikuasakan oleh Snapdragon 778G 5G, skrin AMOLED beserta sokongan ciri Dolby Vision dan DR10+, penggemar multimedia tidak mudah bosan dengannya.
Jangan terlepas pandang. Walaupun bukan model mercu, OnePlus Nord 2T boleh dikatakan hampir ada semuanya, tanpa memasukkan apa yang anda tidak perlu.
Kameranya beresolusi 50MP dan turut hadir bersama OIS, pembesar suara stereo, dan dikuasakan oleh Dimensity 1300, OnePlus Nord 2T mungkin antara peranti pertengahan yang berbaloi dimiliki.
Saya sememangnya seorang peminat jam pintar. Sekian lama ‘mengidam’ Amazfit T-Rex, namun apakan daya, ada saja modal untuk tujuan itu keluar ke arah lain. Bagaimanapun, rezeki pada kali ini menemukan saya dengan sebuah jam pintar bajet yang mana reka bentuk luarannya saling tak tumpah kelihatan seperti Amazfit T-Rex, tetapi harganya pula berada dalam lingkungan bajet.
Jam pintar itu ialah Desquire Velocia Limited Edition.
Pakej jam pintar ini didatangkan dengan sebuah kotak kecil comel. Mari kita lihat apa yang berada di dalamnya.
Dalam kotak terisi dengan jam pintar Desquire Velocia Limited Edition, manual panduan pengguna, 2 pelindung skrin, 2 kit pencuci, bekas (casing) jam, dan satu kertas ‘pesanan’ oleh pekedai desquire.official.store.
Berikut saya setakan beberapa gambar jarak dekat (close up) aksesori yang disediakan di dalam kotak untuk tatapan anda.
Spesifikasi Desquire Velocia Limited Edition:
. Bluetooth 5.0
. Ciri kalis air – IP67
. Pengingat getaran
. Skrin IPS 1.3 inci 240*240
. Waktu bersedia 20 hari
. Waktu bekerja 5-7 hari
. Masa pengecasan 2.5 jam
. Pengecasan secara magnetik
Kepenggunaan:
Setelah beberapa minggu menggunakan Desquire Velocia ini, saya mendapati terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang nyata padanya. Ingin saya kongsikan kelebihan terlebih dahulu, yang mana antaranya ialah jangka hayat bateri yang amat baik. Selepas seminggu dicas penuh, bateri masih tinggal sebanyak 93%. Antara ciri yang saya aktifkan ialah pengesanan degupan jantung, penggunaan pengesanan oksigen dalam darah, kualiti tidur, dan semestinya penggunaan penuh pedometer.
Mungkin saya tidak menggunakan jam ini secara sepenuhnya untuk mode bersukan, tetapi pengoptimuman penggunaan kuasa bateri sememangnya agak bagus, dan saya andaikan jika anda gunakan ia secara optimum/maksimum sekalipun, bateri boleh bertahan lebih daripada seminggu.
Selain itu, ia juga dapat dicas dengan pantas. Jika mengikut ‘atas kertas’ ia boleh dicas penuh dalam masa 2.5 jam, saya pula sering mengecas bateri sebelum ia kehabisan kuasa, maka kuasa bateri dapat ditambah tanpa perlu menunggu terlalu lama.
Saya juga turut ingin berkongsi tentang kabel pengecasnya. Saya ada membeli satu kabel pengecas ‘after market’ dari Shopee untuk jam pintar Lokmat C16, tetapi malangnya jam itu telah pun rosak dan tidak dapat digunakan.
Namun, berita baik pula, walaupun kedudukan magnet kabel pengecas untuk jam pintar Lokmat itu agak sedikit jauh antara satu sama lain (lihat gambar di bawah untuk perbezaan), tetapi ia masih dapat digunakan untuk mengecas Desquire Velocia ini.
Gambar di bawah di sebelah kiri ialah kabel pengecas ‘after market’, manakala di sebelah kanan pula ialah kabel asal untuk Desquire Velocia.
Aplikasi:
Desquire Velocia menggunakan aplikasi Coolwear sebagai perantara dengan pengguna.
Pertama sekali, aplikasi ini akan memaparkan ciri-ciri yang sudah tersedia pada jam pintar yang terhubung dengannya. Seperti yang anda dapat lihat melalui tangkap layar, terdapat ciri pedometer, sensor pergerakan untuk aktiviti sukan, kadar degupan jantung, kualiti tidur, oksigen dalam darah, kawalan muzik, pengingat sedentari (badan tidak bergerak), notifikasi telefon pintar, dan sebagainya lagi.
Pendek kata, jam ini tampak ringkas dari segi ciri, tetapi apabila diteliti agak padat juga dengan pelbagai kefungsian yang nyata untuk pengguna termaju. Cuba anda lihat pada tampilan tangkap layar yang dikongsikan, dan nyatakan sendiri pendapat anda. Apa yang saya gemari, jarak masa sewaktu aplikasi cuba berhubung dengan jam adalah amat-amat pantas sekali, tidak seperti Amazfit Bip yang memerlukan beberapa minit sebelum terhubung ke aplikasi Zepp.
Jika di atas saya sudah menceritakan serba sedikit antara kelebihan jam yang saya suka, maka kali ini saya kongsikan pula antara kekurangannya, dan ‘kekurangan’ bagi jam ini ialah aplikasi lalai (default) iaitu Coolwear.
Mengapa saya katakan begitu? Salah satu ‘kelemahan’ yang saya agak kurang gemar ialah jumlah watch faces yang begitu sedikit sekali, manakala jumlah yang saya suka untuk gunakan pula adalah lebih sedikit lagi. Ini menyebabkan pilihan watch faces yang ada agak terhad, dan saya masih kurang pasti sekiranya ada aplikasi lain yang dapat digunakan bersama jam ini (jika ada, mohon kongsikan di ruang komen ya).
Tidak lupa juga, sensor bagi pedometer kadangkala pada saya agak sensitif lalu menjadikan kiraan langkah kaki berlebihan daripada yang sepatutnya. Bagi sensor kualiti tidur pula, kebiasaannya saya perhatikan yang saya perlu berjalan beberapa tapak terlebih dahulu sebelum ia dapat ‘mengesan’ saya sudah pun bangun dari tidur. Sama ada tepat atau tidak waktu yang ditunjukkan untuk aktiviti tidur saya, itu perlu pemerhatian dari seorang pakar.
Konklusi:
Jika anda inginkan sebuah jam pintar yang tampak mewah tetapi dijual pada harga marhaen, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Desquire Velocia ialah jam yang berada dalam kategori ini. Benar, dengan harga marhaen, kita tidak dapat memiliki ekspektasi tinggi untuknya, namun dalam masa yang sama ciri diberi sudah lebih mencukupi dan bukan sekadar tangkap muat.
Lebih 500 warga asing diberkas di sebuah pusat pengasingan barang di Shah Alam. Intipan yang telah dibuat selama sebulan oleh Jabatan Imigresen Malaysia telah membuahkan hasil dengan penangkapan warga asing daripada Indonesia, Nepal dan Bangladesh.
Turut disoal siasat adalah 5 orang warga Malaysia yang bertugas sebagai penyelia pusat. Antara alasan warga asing yang diberkas adalah permit dan passport dipegang oleh majikan apabila diminta menunjukkan permit pekerjaan.
Menurut seorang pekerja, gaji yang diterima adalah RM80 sehari. Warga asing yang diberkas terdiri daripada wanita dan lelaki.
Pancing data (phishing) dan penipuan dalam talian semakin meningkat, dan ia tidak terhad kepada satu-satu platform, lokasi atau taktik. Penipu semakin licik dan usaha dalam menangani masalah ini adalah cabaran berterusan yang hanya akan berjaya apabila semua pihak bekerjasama. Ini adalah usaha berterusan Twitter dalam mendidik orang ramai tentang keselamatan dalam talian dan keselamatan akaun. Twitter kerap mengeluarkan panduan untuk mengelakkan penipuan dalam talian melalui TweetThreadsdaripada akaunrasmi Twitter, dalam artikel-artikel Help Center, dan juga di blog.
Satu lagi bahagian yang kritikal ialah Peraturan Twitter. Kelakuan seperti menyamar sebagai individu, kumpulan atau organisasi untuk tujuan mengelirukan, memperdaya orang lain, atau menggunakan identiti palsu untuk mengganggu pengalaman orang lain di Twitter adalah bertentangan dengan peraturan yang ada. Twitter juga secara aktif menyingkirkan akaun spamdan mengunci akaun spam yang disyaki tidak dapat melepasi pengesahan manusia seperti captcha atau mengesahkan nombor telefon atau alamat emel.
Demi terus berkhidmat kepada perbualan umum, Twitter percaya betapa pentingnya untuk orang ramai dapat melihat perspektif yang berbeza. Atas tujuan ini, Twitter berusaha untuk mencipta tempat di mana orang ramai boleh mencari maklumat yang tulen dan mempercayai akaun yang mereka pilih untuk berinteraksi atau mengikuti. Sempena Bulan Kesedaran Keselamatan Siber, Twitter kongsikan enam petua tentang bagaimana anda juga boleh membantu dalam memerangi penipuan dalam talian agar anda mempunyai pengalaman yang selamat (dan menyeronokkan) di Twitter.
1. Cipta kata laluan akaun yang kukuh
Melindungi akses kepada akaun Twitter adalah penting. Cara mudah untuk melakukan ini adalah dengan memilih kata laluan yang kukuhdan unik untuk akaun Twitter anda (sekurang-kurangnya 10 aksara, sebaiknya dijana secara rawak dan disimpan dalam pengurus kata laluan).
2. Simpan dan jaga butiran akses peribadi sebaik mungkin
Jangan sesekali berkongsi nombor telefon, emel, @namapengguna, kata laluan atau kod laluan-sekali (OTP) anda dengan sesiapa sahaja. Tetapi, jika ada sebab untuk mempercayai akaun mungkin telah terjejas, tukar kata laluan anda dengan segera.
3. Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA)
Pengesahan dua faktormerupakan lapisan keselamatan tambahan. Proses ini memerlukan orang ramai menggunakan kod atau kunci keselamatandengan kata laluan untuk log masuk dan membantu memastikan hanya pemilik akaun sahaja yang boleh mengakses akaun tersebut. Menggunakan kunci keselamatan ialah cara paling teguh untuk melindungi akaun daripada penipu dan serangan pancingan data.
4. Kawal selia DM anda dengan teliti
Jika anda menerima DM yang mencurigakan, jangan muat turun sebarang lampiran atau klik pada mana-mana pautan dan jangan kongsi sebarang maklumat log masuk – buang DM tersebut dengan segera. Kemudian, semak tetapan DM akaun anda; kemas kini butiran untuk menentukansiapa yang boleh DM anda. Ingat, anda boleh mengawal dan memilih untuk tidak menerima DM daripada mereka yang anda tidak ikuti.
5. Laporkan ke Twitter
Sama ada anda fikir akaun anda telah terjejas, atau anda telah menerima DM spam, laporkannyasegera! Tindakan sedemikian adalah bertentangan dengan Peraturan Twitter. Ambil perhatian bahawa Twitter hanya akan menghubungi anda dalam aplikasi atau melalui emel yang dihantar daripada alamat emel @twitter.com atau @e.twitter.com. Twitter tidak akan pernah meminta anda memberikan kata laluan anda melalui emel, Mesej Langsung (DM) atau balasan.
6. Ikuti perkembangan terkini
Pastikan aplikasi Twitter, perisian komputer dan penyemak imbas anda dikemas kini dengan versi terkini – kemaskini dibuat atas sebab tertentu, iaitu melindungi keselamatan anda dalam talian.
Exterior view of the head office of communication and information technology company Nokia on April 14, 2015, in Espoo, Finland. Finland's Nokia announced on April 14, 2015 that it was in advanced talks to purchase all of its Franco-American rival Alcatel-Lucent. AFP PHOTO / LEHTIKUVA / MARKKU ULANDER +++ FINLAND OUT
Nokia juga tidak ketinggalan dalam membina teknologi 5G mereka sendiri. Selain daripada gergasi teknologi tanpa wayar Huawei, Nokia nampaknya cuba menyaingi gergasi Asia itu. Tidak mahu ketinggalan dalam dunia telefon semata-mata, syarikat gergasi Finland itu cuba menjenamakan semula syarikat mereka sebagai pelopor 5G dengan kejayaan terbaru teknologi 5G mereka.
Terdahulu, Nokia sudahpun membuat perjanjian tiga (3) tahun dengan U Mobile untuk memperkasakan jaringan 4G mereka. Pengarah urusan Nokia bagi wilayah Malaysia juga baru-baru ini berkata, Nokia kini melihat peluang untuk membantu kerajaan Malaysia mengembangkan lagi teknologi 5G terutama sekali 5G tanpa wayar.
Pembinaan infrastruktur 5G negara ketika ini dipelopori oleh DNB dengan khidmat daripada Ericsson. Dengan pelbagai konflik kepentingan dan risiko keselamatan, Malaysia juga nampaknya tidak terkecuali untuk tidak berurusan dengan Huawei. Banyak negara sudah melaporkan Huawei mencuri data dan harta intelek menggunakan kerjasama rasmi pembangunan telekomunikasi.
Amerika Syarikat juga seringkali mengugut negara-negara yang menjalinkan hubungan pembangunan dengan Huawei. Kehadiran Nokia dalam lapangan pembangunan 5G mungkin boleh jadi satu lagi alternatif untuk pembangunan 5G yang lebih ‘mesra Amerika’.