DESORDEN: Kumpulan Hacker Yang Berdendam Dengan Media Malaysia

Di BreachForum ketika ini ada sekumpulan hacker yang menggelar diri mereka sebagai DESORDEN. ID DESORDEN juga sudah berstatus “GOD” di BreachForum menunjukkan kumpulan ini sangat aktif menyerang dan membocorkan data-data berprofil tinggi.

Jika dilihat dari senarai data yang dibocorkan, DESORDEN banyak menyerang syarikat dan korporat berprofil tinggi dari Asia Tenggara seperti PERTAMINA, KTMD dan UOB. Antara negara yang terlibat adalah Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Kemboja dan India.

 

Serangan pertama kepada syarikat Malaysia adalah RedONE. Namun begitu, kumpulan ini mendakwa serangan ini telah ditutup dan disenyapkan oleh media tempatan. Satu bebenang telah dimuatnaik DESORDEN di BreachForum menceritakan konspirasi ini. Sehubungan dengan kejadian ini, serangan kedua dilancarkan kepada REDTONE.

DESORDEN juga telah mengugut untuk melancarkan serangan ketiga kepada syarikat telekomunikasi Malaysia sekiranya media masih lagi mahu menutup sebarang kes kebocoran data syarikat telekomunikasi Malaysia.

Tidak dapat dipastikan sama ada kebocoran data TM adalah berkaitan atau tidak kerana tiada maklumat atau pengakuan dari DESORDEN di BreachForum. Apa pun, ini bukti bahawa sekadar menyekat akses rakyat Malaysia kepada BreachForum tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

Bak kata orang Kelantan, air tidak akan berhenti mendidih jika hanya sekadar “put a lid on it”. Keselamatan data bukan hanya tanggungjawab pengguna. Jangan salahkan end user kalau server sendiri pun tak mampan. Kerajaan harus segera mewujudkan akta bagi memastikan data rakyat Malaysia lebih terjamin.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x