Utama Blog Laman 56

Krisis Tenaga Kazakhstan: Protes Membawa Kepada Kejatuhan Bitcoin Global

0

Mungkin ada yang sudah membaca berita dan sumber tentang krisis yang sedang berlaku di Kazakhstan. Penduduk mula membuat protes dan menentang kerajaan setelah harga minyak dan tenaga naik mendadak.

Keganasan sepanjang protes telah memaksa Russia untuk campur tangan. Sebagai latar belakang, Kazakhstan adalah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan oligarki. Yakni, pemerintahan dijalankan oleh satu keluarga dan diturunkan kepada pewaris-pewaris mereka yang seterusnya. Dengan sistem ini, rasuah dan korupsi berleluasa di negara tersebut.

Apa kaitannya dengan Bitcoin? Umum mengetahui China telah mengharamkan Bitcoin. Ini telah memaksa ramai pelombong dari China untuk berhijrah ke negara Eurasia lain dan Kazakhstan menjadi antara negara pilihan. Mungkin kerana undang-undang negara tersebut yang lebih lemah dan lebih longgar.

Kazakhstan juga masih lagi menggunakan sistem janakuasa yang dianggap “kuno”. Mereka masih lagi mengggunakan arang batu sebagai bahan bakar janakuasa tenaga elektrik negara. Ia tidak efisen, kotor dan tidak mampu menanggung beban tenaga yang tinggi. Perlombonan Bitcoin pula secara umumnya menggunakan tenaga elektrik yang tinggi. Pemerintah dan kerajaan Kazakhstan tidak menaiktaraf sistem janakuasa mereka walaupun menerima sebilangan besar pelombong Bitcoin ke negaranya.

Penghijrahan besar-besaran pelombong pelarian dari China dilihat antara faktor Kazakhstan tidak mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi. Ini telah memaksa kerajaan menaikkan harga tenaga dan bahan api. Awal Julai 2021 yang lalu juga, Kazakhstan secara terbuka mengalu-alukan kedatangan pelombong Bitcoin ke negaranya dengan harapan mampu menjana kewangan negara mereka melalui cukai khas perlombongan kripto.

Bertindak balas terhadap protes besar-besaran rakyatnya, kerajaan Kazakhstan telah memotong saluran internet di negaranya dalam usaha menyekat komunikasi pihak pembangkang dan perusuh sepanjang protes dan rusuhan berlangsung. Ini seterusnya memberi kesan langsung kepada pelombong Bitcoin. Tiada internet=tiada mining.

Sejak semalam, teka teki tentang saiz sebenar perlombongan Bitcoin di Kazakhstan telah mula terjawab. Nampaknya, Kazakhstan telah menjadi pusat perlombongan Bitcoin utama dunia dengan anggaran 12%-18% perlombongan Bitcoin global sedang dijalankan di Kazakhstan. Hash rate global juga secara purata telah menurun sebanyak lebih kurang 12% seperti yang dilaporkan di beberapa platform kripto utama. Nilai Bitcoin juga turut terkesan dengan penyusutan nilai sebanyak 6% kepada harga terendah 43,670USD untuk 1BTC.

Bitcoin adalah satu pasaran yang kompleks dan bebas undang-undang. Namun, sepanjang 2021 kita juga melihat bagaimana pasarannya terkesan secara langsung apabila krisis global berlaku.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Awas! Sindiket Penjualan Data Peribadi!

0

Kiriman seorang pembaca menunjukkan tawaran penjualan data peribadi kepada beliau. Tawaran dihantar menggunakan mesej WhatsApp dari nombor tidak dikenali. Sindiket dikatakan menyasarkan individu yang menjalankan perniagaan seperti insuran dan penapis air.

Sindiket berjaya mendapatkan nombor telefon sasaran melalui profil media sosial perniagan mereka. Tidak dapat dipastikan sumber data yang ada pada sindiket.

Inilah sebabnya kami tegaskan tentang keselamatan data peribadi anda. Tak bermakna anda bukan T20 data anda tidak bernilai. Janganlah menghina diri sebegitu rupa. Setiap orang itu berharga, begitu juga data peribadi.

Walaupun duit tak hilang, kalau kena spam hari-hari pun sakit juga. Dalam kes ini, laporan telah dibuat kepada pihak berwajib.

Laporan telah dibuat oleh sasaran yang terlibat kepada SKMM.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Peranti Penstriman Untuk Kempen ‘Cut The Cord 2022’

0

Agak ramai juga yang meminta cadangan dari saya untuk peranti Android TV Box yang berbaloi dan berada dalam bajet bawah RM500.

Kalau hendakkan cadangan yang lebih ‘in-depth’, anda boleh masuk ke group Facebook Malaysian Malaysia Streaming – MMS. Dalam group itu ada ramai kawan yang boleh memberi pengesyoran berbagai jenis model peranti yang kena dengan minat dan bajet.

Tetapi untuk saya sendiri, jika anda mempunyai ‘bajet hensem’, semestinya Nvidia Shield TV Pro menjadi prioriti dalam cadangan kerana spesifikasi, prestasi, dan ciri istimewa yang ada padanya memberi lebih nilai pada wang.

Boleh ulasan Nvidia Shield TV Pro di sini: Nvidia Shield TV Pro: Penanda Aras Terbaik Untuk Peranti Penstriman Terkini

Buat anda yang ingin mencari peranti bajet, ada beberapa model yang boleh abam cadangkan untuk pembelian, (tanpa mengikut turutan) iaitu:

1. Mi Box S

Android TV Box ini telah pun ‘tried and tested’. Meskipun bukanlah terbaik dari segi prestasi, Mi Box S ialah TV Box yang mempunyai pensijilan oleh Google dan Netflix, bererti anda tidak akan hampa dengan status Widevine (L1).

Beli di: Mi Box S | Shopee

2. TiVo Stream 4K

Ini adalah satu lagi peranti yang mampu dimiliki oleh semua orang. Dengan harga di bawah RM300, anda akan mendapat Android TV Box yang mampu untuk strim kandungan 4K, Netflix, aplikasi IPTV, dan sebagainya lagi. Ia berbentuk kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.

Beli di: TiVo Stream 4K | Shopee

3. Mecool KM2

Ini juga antara peranti bajet di bawah harga RM300 yang berbaloi untuk dipertimbangkan. Ia disertakan bersama sistem operasi Android TV 10, Chromecast terbina dalaman, sokongan Google Assistant, 4K HDR, YouTube dengan resolusi 4K, dan sebagainya lagi.

Beli di: Mecool KM2 | Shopee

4. Dynalink Android TV Box

Antara peranti yang berbentuk unik, kecil, dan mempunyai pensijilan oleh Google, Dynalink tidak akan menghampakan anda. Ia dikuasakan oleh chipset Amlogic S905Y2, menyokong Dolby Atmos, dan Chromecast terbina dalaman. Harganya juga biasa boleh didapati di bawah RM300.

Beli di: Dynalink Android TV Box | Shopee

5. Strong LEAP-S1

Setakat ini abam tengok belum ada penjual dari Malaysia yang memasarkannya, tetapi peranti ini mempunyai ciri yang berbaloi untuk dilaburkan wang anda kepadanya. Ia tersedia dengan Android 10, menyokong USB 2.0 dan 3.0, mempunyai slot kad microSD, port LAN, menyokong ciri Dolby Atmos, Chromecast, dan semestinya Netflix.

Beli di: Strong LEAP-S1 | Shopee

Sebutan Terhormat (Honorable Mention):

1. Ematic Jetstream 4K

Saya tak jumpa penjualnya di Shopee atau Lazada. Kalau ada, anda beli sahaja ya. InsyaAllah tak menyesal.

2. Wallmart Onn

Ini pun saya tak jumpa lagi orang yang menjualnya. Agak sayang sebab harganya tak mahal sangat, dan spesifikasinya agak bagus juga. Kalau anda jumpa, macam biasa – sambar laju-laju.

3. Xiaomi TV Stick 4K

Kalau anda boleh cari versi 4K ni, hah, beli. Sesuai untuk gantikan Mi Box S sebagai versi yang mudah diusung ke hulu ke hilir, selitkan dalam bag untuk dibawa balik kampung, atau masukkan saja dalam poket.

4. Realme 4K Smart Google TV Stick

Sekali lagi, sesuai untuk anda yang minat dengan peranti berbentuk ‘stick’ seperti ini.

Boleh beli di: Realme 4K Smart Google TV Stick | Shopee

5. Roku

Peranti berjenama ‘Roku’ ini bukanlah peranti Android TV, kerana ia menggunakan Roku OS. Tetapi ia juga bagus digunakan sebagai alternatif. Ada banyak variasi atau versi, dari versi yang berbentuk ‘stick’, hinggalah ke versi berbentuk kotak. Harganya juga tidaklah terlalu membebankan, antara RM160+ hingga 400+.

Boleh beli di:

Roku Express/Express 4K/Premiere/Streaming Stick+/Ultra | Shopee

Beli Roku Stick di:

Roku Stick | Shopee

6. Amazon Fire TV Stick

Ini juga satu lagi peranti, yang bukan peranti Android TV. Ia menggunakan Fire OS. Namun untuk mereka yang sukakan kelainan, ianya menepati citarasa untuk mereka yang mahukan sesuatu selain peranti Android TV yang masih menyokong ciri seperti Dolby Atmos, Dolby Vision, dan penstriman 4K.

Beli di: Amazon Fire TV Stick | Shopee

7. Nvidia Shield TV

Kalau korang anda bajet lebih sikit, bolehlah dapatkan Nvidia Shield TV, versi ‘bukan Pro’ kepada Nvidia Shield TV Pro. Ia mungkin kekurangan beberapa ciri yang ada pada versi Pro, tetapi ciri lain seperti AI Upscaling, Dolby Audio, DTS-X surround sound, 4K HDR, Dolby Vision HDR, dan sebagai lagi – masih diimplimentasikan padanya.

Amat berbaloi sekiranya anda inginkan peranti yang lebih premium.

Buat pembelian di: Nvidia Shield TV | Shopee

Sekian sahaja perkongsian saya hari ni. Harapnya anda boleh mendapat manfaat dan berasa gembira dengan apa saja peranti yang anda beli.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Pembangunan Aplikasi Popcorn Time Dihentikan Kerana Ia Sudah Tiada Peminat

0

Aplikasi Popcorn Time telah beberapa tahun bersama dengan para peminatnya. Ia digelar sebagai ‘Netflix Untuk Para Lanun’ kerana betapa mudahnya untuk strim filem-filem baru dan lama asalkan kelajuan internet mencukupi, kerana ia menggunakan protokol BitTorrent untuk dijalankan.

Terdapat beberapa kontroversi yang menyelubungi Popcorn Time sebelum ini, contohnya ia pernah mengalami zaman kejatuhan kerana para pembangun telah ditemui oleh pihak berkuasa, domain yang dimiliki oleh mereka pula tidak dapat dipindak milik, dan pelbagai lagi masalah yang menimpa.

Pernah juga ada beberapa pembangun lain yang membuat ‘fork’ kepada kod aplikasi lalu mengatakan bahawa merekalah yang mengendalikan aplikasi ‘asli’.

Itu semua tidak pernah menggugat aplikasi penstriman lanun ini.. hinggalah pada minggu ini, pembangunnya mengambil keputusan untuk menamatkan segala aktivit dan pembangunan aplikasi berikutan pengurangan minat dari kalangan pengguna baharu dan lama.

Penurunan populariti ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada persaingan aplikasi lanun lain yang menyebabkan perisian itu kelihatan tidak lagi relevan. Laman penstriman lanun dan kotak penstriman khusus telah melonjak dalam populariti selama bertahun-tahun, dengan berkesan mengambil alih peranan Popcorn Time sebagai medium hiburan di rumah.

Peralihan keutamaan juga mempunyai kesan yang jelas pada jumlah bilangan pengguna Popcorn Time. Beberapa tahun yang lalu berjuta-juta orang kerap menggunakan perisian itu tetapi kebanyakannya kini beralih kepada alternatif yang lebih mudah.

Perubahan ini juga diringkaskan oleh graf Google Trends yang disiarkan oleh Popcorn Time sebagai sebahagian daripada mesej perpisahannya. Minat terhadap aplikasi itu terus berkurangan, dan zaman ia menyaingi Netflix sudah pun berlalu.

Rest in peace, Popcorn Time.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Beko TBV8104BX : Pengisar Serbaguna

0

Pengisar adalah salah satu produk yang kebanyakan orang ada di rumah ataupun digunakan di restoran. Kegunaannya adalah pelbagai dari mengisar cili atau bawang mahupun untuk mengisar ais batu dengan buah-buahan untuk dibuat minuman.

Kali ini Mamu berpeluang mencuba pengisar vakum dari Beko iaitu Beko TBV8104BX. Sebelum kita ke ulasan produk, maari kita tengok serba sedikit tentang jenama Beko ini.

Beko merupakan jenama perkakasan elektronik yang berasal dari Turki dan mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia.

Selama bertahun-tahun, Beko telah bergabung tenaga dengan pelbagai kelab sukan dan perusahaan lain untuk memenuhi satu tujuan: untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk Live Like A Pro.

Kolaborasi kukuh Beko dengan kelab dan perusahaan menghubungkan Beko kepada peluang yang lebih luas dalam kehidupan sihat. Kolaborasi ini menyokong matlamat hidup sihat Beko pada skala global.

Video Unboxing

Dari luaran, kotak pengisar ini agak besar dan ada beberapa ciri yang tertulis di kotaknya. Hangpa boleh tengok gambar di bawah yang Mamu sertakan. Klik gambar untuk gambar lebih besar.

Spesifikasi Teknikal Pengisar Beko

Kuasa  1000W
Material Jug Tritan
Kapasiti Jug 1.7L
Fungsi Pengisar Vakum, Vakum & Kisar, Smoothie, Sos, Pengisar Ais, Auto-clean
Jenis Motor AC
Volt 220-240V
Frekuensi  50-60Hz
Dimensi Pengisar Tinggi 43cm, Lebar 17.5cm, Kedalaman 25cm
Berat  4.4kg

 

Inilah pengisar Beko yang telah Mamu pasang semua bahagian dia. Dari depan ada satu tombol untuk hangpa kawal kelajuan pengisar, butang untuk tetapan Pulse Blend. Kiri dan kanan ada 3 butang untuk pra-tetapan pengisar ini. Mari kita tengok dengan lebih dekat apa fungsi dan bahagian yang ada pada pengisar ini yang buatkan Mamu teruja menggunakannya selama sebulan lepas.

Tombol ini merupakan kawalan utama untuk hangpa hidupkan, tetapkan kelajuan pengisar ataupun untuk menggunakan tetapan yang sedia ada. Dari tombol ini hangpa hanya perlu pusing ke tetapan yang perlu contoh untuk gunakan tetapan yang sedia ada, hangpa hanya perlu pusing ke On guna pra tetapan yang disediakan.

Kawalan tombol ini agak besar dan sesuai untuk kegunaan di dapur & setiap tahap pusingan hangpa akan dapat rasa klik pada tombol tersebut untuk senang hangpa tetapkan kelajuan tahap mana hangpa perlukan pengisar ini mengisar bahan yang telah hangpa masukkan.

Pada bahagian sisi kiri ada 3 butang yang telah ditetapkan untuk hangpa gunakan iaitu :

  1. Fungsi Smoothie : butang ini untuk hangpa buat air smoothies ala Starbucks blended
  2. Fungsi Ice : butang ini untuk hangpa gunakan untuk kisarkan ais secara kasar atau halus untuk dimasukkan
  3. Fungsi Sauce : ini antara ciri yang ramai suka. Hangpa hanya perlukan masuk bahan untuk buat sos & tekan saja butang ini. Tunggu sebentar & siap sudah sos untuk hangpa gunakan untuk masakan ataupun untuk cicah dengan keropok lekor.

Di sisi kanan pula, ada 3 butang tetapan iaitu :

  1. Vacuum
  2. Vacuum+Blend
  3. Auto Clean : fungsi untuk hangpa cuci bekas pengisar ini tanpa perlu buka setiap bahagian utama pengisar

Mesti hangpa tertanya-tanya apa fungsi sebenarnya Vacuum dan juga Vacuum+Blend? Mari Mamu terangkan serba sedikit tentang fungsi ini.

Sesetengah nutrien boleh hilang semasa membuat jus. Teknologi Pengisar Vakum mengeluarkan udara di dalam jag sebelum mengisar, menghapuskan sebarang pengoksidaan bahan di dalamnya. Hasilnya, sebahagian besar vitamin dan nutrien dipelihara dan jus hangpa kekal segar lebih lama.

Bawah pengisar ini pula ada 4 tapak getah untuk menahan pengisar ini dari bergerak dari tempat hangpa letakkan.

Dengan kuasa setinggi 1000w, pengisar ini memerlukan kipas untuk menyejukkan motor yang menjanakan kuasa pada pisau pengisar.

Ini pula adalah tuas pembuka untuk hangpa keluarkan bahagian balang pengisar. Terdapat logo Beko di tuas ini yang menampakkan lagi eksklusif produk ini.

Ini merupakan bahagian yang penting dalam teknologi vakum pada pengisar Beko ini. Ini adalah injap yang mengawal fungsi vakum pada pengisar ini yang akan mengeluarkan udara dari dalam balang pengisar hangpa.

Injap vakum ini berada pada berdekatan dengan tuas pembuka yang Mamu terangkan sebelum ini. Cara nak buka injap vakum ini untuk tujuan mencuci adalah senang. Hangpa hanya perlu tekan di kiri dan kanan untuk keluarkan injap vakum.

Tanpa ini, pengisar hangpa takkan boleh berfungsi. Penutup ini juga ada fungsi tersendri. Getah pada penutup haruslah sentiasa dipasang untuk mengelakkan masalah backflow ketika tugas mengisar bahan hangpa. Jangan risau, getah ini juga boleh dicabut untuk dicuci selepas digunakan.

Bilah pisau pada pengisar ini menggunakan bahan tahan lasak dan juga tajam. Ada bilah kesemuanya dan ini juga boleh dicabut juga kalau hangpa kisar cili yang biasa akan tersangkut di bawah bilah pisau ini. (Auto clean function kan ada. Buat apa susah nak buka kan?)

Balang pengisar ini mampu memuatkan sehingga 1.5 liter bendalir. Kena ingat, bukan semua bahan hangpa boleh isi sehingga penuh ya. Ini serba sedikit sukatan yang perlu diambil kira sebelum mengisar bahan :

  • Tahap maksimum untuk bahan dicampur (1,500ml)
  • Tahap minimum untuk bahan sebati (250ml)
  • Tahap maksimum untuk bahan termasuk produk susu seperti susu dan susu soya untuk divakum (1,000ml)
  • Tahap maksimum untuk produk susu seperti susu dan susu soya divakum (700ml)

Ini merupakan cawan penyukat dan juga penutup bahagian injap vakum. Lepas hangpa dah guna pengisar, cawan ini boleh dikunci pada bahagian injap vakum untuk mengelakkan serangga seperti semut masuk ke dalam injap vakum.

Kertas yang penting untuk hangpa simpan & bila nak gunakan pengisar Beko ini iaitu kad waranti dan juga buku manual pengisar. Pengisar ini ada 2 tahun waranti dari tarikh pembelian. Waranti meliputi kerosakan pada pengisar dan bahagian pada pengisar ini.

Selama penggunaan Mamu dengan pengisar Beko ini, macam-macam minuman dan juga bahan dah Mamu gunakan. Ternyata pengisar ini banyak membantu Mamu dan juga isteri dalam menyediakan bahan kisar di dapur.

Dengan kuasa 1000w yang ada pada pengisar ini, hampir semua bahan dapat dikisar pada kadar yang sesuai untuk kegunaan. (Jangan la pi campak batu dengan besi. Memang la takleh kisar)

Mana nak beli pengisar ini hangpa tanya? Hangpa boleh lawati pautan di bawah yang Mamu telah sediakan untuk hangpa :

Beko Vacuum Blender

Facebook Beko Malaysia

Instagram Beko Malaysia

Laman Beko Malaysia

Setakat ini ulasan dari Mamu tentang pengisar vakum dari Beko. Sehingga bertemu lagi di ulasan akan datang.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Apa Itu Voice over New Radio (VoNR)?

0

Panggilan suara masih memainkan peranan utama dalam mana-mana sistem komunikasi telefon mudah alih. Walaupun data kini menjadi tumpuan bagi kebanyakan pengendali, suara masih merupakan elemen penting dalam tawaran keseluruhan dan tanpa perkhidmatan suara yang baik, ramai pengguna akan berhijrah (port out) ke pengendali lain yang mempunyai tawaran lebih baik.

Kebanyakan penggunaan 5G sedia ada kembali kepada 4G (Voice over LTE – VoLTE) atau perkhidmatan terdahulu yang lain untuk mengendalikan rangkaian suara. Walau bagaimanapun, apabila semakin banyak pengendali perlu menyediakan suara melalui rangkaian 5G, ciri ini menjadi lebih penting untuk pelan 5G yang ingin ditawarkan.

Pada peringkat awal penggunaan 5G, pembekal rangkaian telah menggunakan rangkaian 4G LTE sedia ada sebagai rangkaian utama dan kemudian menggunakan rangkaian 5G di sampingnya. Ini bermakna radio baharu 5G berfungsi sebagai sel sekunder dan teknologi teras kekal bersama teras paket yang telah berevolusi (Evolved Packet Core – EPC) bagi rangkaian 4G.

Hasilnya, suara itu dibawa ke atas sistem 4G VoLTE dan ini mengakibatkan beberapa cabaran teknikal yang perlu diatasi kerana sambungan itu terbahagi secara efektif ke atas 4G dan 5G.

Kita menyaksikan perkhidmatan data 5G Stand Alone (SA) sedang dilancarkan di seluruh dunia. Maka oleh itu adalah sangat penting bagi Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) untuk menyediakan perkhidmatan seperti panggilan suara dan panggilan video.

Untuk mencapai matlamat ini, piawaian 3GPP telah menentukan bahawa rangkaian 5G mesti menyediakan perkhidmatan suara menggunakan 5G RAN, 5GC dan IMS.

Teknologi radio 5G dikenali sebagai Radio Baharu (New Radio atau singkatannya, NR), dan perkhidmatan panggilan suara menggunakan 5G RAN, 5G Core dan IMS dirujuk sebagai Voice over New Radio – VoNR.

Secara mudah faham untuk para pembaca, Voice over New Radio (VoNR), atau nama lainnya, Voice over 5G (Vo5G) ialah kaedah panggilan suara yang dikendalikan melalui rangkaian 5G.

Menggunakan Voice over 5G New Radio, panggilan suara akan dapat memanfaatkan kependaman rendah rangkaian 5G serta dapat memberikan kualiti audio yang lebih baik. Ia juga dapat memungkinkan para pengguna untuk menyediakan aktiviti data berkelajuan tinggi pada masa yang sama, seperti yang sering diperlukan untuk pembentangan, demonstrasi, persidangan video dan seumpama dengannya.

Penyelesaian VoNR yang dipertingkatkan ini juga dijangka boleh digunakan bersama perkhidmatan realiti maya tambahan atau lain-lain perkhidmatan sepertinya. Dalam jangka masa yang lebih panjang, Vo5G atau VoNR akan membolehkan rangkaian 5G sahaja, iaitu rangkaian kendiri 5G (5G SA), untuk menyediakan semua perkhidmatan lain yang diperlukan darinya.

Dengan 5G ditetapkan untuk menjadi penjanaan komunikasi mudah alih yang dominan, mempunyai keupayaan suara bertaraf pertama adalah satu keperluan utama.

Untuk jangka pendek, kebanyakan pengendali akan menggunakan kaedah untuk kembali kepada perkhidmatan 4G-VoLTE, atau 3G, atau 2G sedia ada. Ini akan membolehkan mereka melancarkan perkhidmatan 5G secepat mungkin. Untuk jangka panjang, teknologi dan pendekatan VoNR adalah perkara yang kebanyakan pengendali wajib aplikasikan pada rangkaian 5G mereka.

Views: 14

Iklan Newspaper Inline

5G Di Malaysia: Sebuah Penantian Yang Berakhir Dengan Penantian Sekali Lagi

0

Kita sudah menunggu terlalu lama untuk mendapatkan perkhidmatan 5G di negara ini. Apa yang menyedihkan, nampaknya kita masih perlu terus menerus menunggu kerana jika mengikut perancangan dan peta masa DNB, 5G hanya akan meliputi seluruh kawasan Malaysia sekitar 80% hanya pada tahun 2031, yang bermaksud kita ada masa lebih kurang 9 tahun lagi untuk menikmati 5G tanpa kawasan ‘dead spot’.

Ini belum lagi mengambil kira telco-telco di Malaysia yang tidak sefahaman dengan DNB, kerana mereka ingin melancarkan 5G sendiri.

Sepertimana kita sedia maklum, dua telco yang menyahut seruan DNB untuk menggunakan 5G dikendalikan syarikat tersebut ialah YTL Communications (Yes) dan TM (unifi Mobile). Buat sementara waktu ini, pengguna pascabayar unifi Mobile masih belum dapat memanfaatkan 5G, tetapi pengguna prabayar dan pascabayar pelan FT5G dari Yes sudah dapat menikmatinya.

Malangnya, telco utama di Malaysia iaitu Maxis, Digi, Celcom, dan U Mobile masih belum mahu bekerjasama dengan DNB, dan ini adalah dapat difahami kerana mereka ingin menawarkan 5G sendiri berbanding sekadar ‘menumpang’.

Tidak lupa juga, 5G yang tersedia hanya dapat dinikmati sehingga akhir bulan Mac 2022 sahaja (secara percuma). Selepas itu, terserah kepada telco untuk mengenakan cas mereka sendiri. Kawasan liputan pula adalah amat-amat terhad, yang bererti sekiranya anda tidak bermastautin di kawasan tersebut (iaitu sekitar Putrajaya, Cyberjaya, dan Kuala Lumpur), anda akan kembali menggunakan 4G yang ditawarkan oleh Yes.

Kelajuan 5G yang telah saya uji di Putrajaya.

Kita juga maklum, rangkaian 4G dari Yes dan unifi (serta kelajuannya) adalah amat tidak memuaskan. Saya sendiri pernah menggunakan unifi Mobile dan hanya dapat ‘bertahan’ selama 6 hari sahaja sebelum ‘port out’ dan kembali ke Maxis. Anda boleh ikuti perkongsian saya tentang unifi Mobile dengan mencari menggunakan kata kunci ‘unifi Mobile’ di halaman Facebook kami.

Disebabkan perkara ini, apabila saya menggunakan kad SIM Yes 5G, saya juga terpaksa menyediakan sandarannya iaitu kad SIM oleh Maxis. Mujurlah saya memang menggunakan pelan MaxisONE Prime, menjadikan saya tidak beberapa bimbang sekiranya terpaksa berpatah balik ke 4G.

Apa yang saya ingin cadangkan kepada pihak DNB ialah, buat masa ini sebelum rangkaian 5G mereka lebih menyeluruh di Malaysia dan lebih stabil lagi, saya rasa adalah lebih baik sekiranya DNB melancarkan pelan ‘5G Home Internet’ – sebagai alternatif kepada fiber di kawasan yang sudah pun dipenuhi dengan menara 5G DNB (kita bolehlah samakan pelan ini dengan Maxis Home 4G WiFi, atau unifi Air yang menawarkan pelan beserta peranti penghala).

Ini dapat mengukuhkan lagi pendapatan ‘sampingan’ DNB disamping kerjasama mereka dengan telco Yes dan unifi. Juga, sedikit sebanyak dapat meningkatkan kredibiliti ulasan 5G mereka kerana semestinya di kawasan yang tersedia kemudahan 5G ini, kelajuan dan liputan pasti memuaskan – sekurang-kurangnya 100Mbps seperti yang dijanjikan.

Ia juga bersesuaian dengan status 5G semasa yang masih tidak menyokong ciri panggilan suara. Ciri Voice over 5G New Radio (VoNR) adalah penting, kerana tanpanya, pengguna perlu menggunakan pula panggilan suara VoLTE yang didasari oleh 4G.

Secara konklusi, buat sementara waktu ini lebih baik kita nantikan tawaran 5G dari telco-telco lain dahulu. 5G dari DNB bolehlah dikatakan sebagai memuaskan kualitinya, namun sebagai pengguna internet, kita tidak dapat bergantung kepada 5G sepenuhnya, tambahan pula untuk individu yang sering keluar negeri.

Kita tidak selalunya memerlukan internet berkelajuan tinggi sehingga 200-300Mbps apatah lagi 1Gbps, tetapi kita pastinya perlu kepada internet yang stabil di seluruh pelusuk negeri, dan 5G yang ada kini masih di peringkat percubaan semata serta tidak meluas liputannya. Sesiapa yang sudah menggunakannya bolehlah disebut sebagai ‘beta tester’, dan mereka yang berada di luar kawasan liputan pada ketika ini bolehlah disebut sebagai ‘berputih mata’.

Sabarlah semua. 5G di Malaysia, belum dapat dinikmati oleh sekalian jelata.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Bahaya Video Youtube Pada Kanak-Kanak!

0

Ramai ibubapa memberi gajet dan telefon pintar kepada anak-anak mereka pada masa kini. Ini dipengaruhi juga oleh faktor ibu bapa tidak mahu anak mereka ketinggalan dalam penguasaan teknologi. Tambah buruk, ibu bapa tidak mahu tewas dalam perlumbaan pemilikan gajet terbaru dan tercanggih oleh anak-anak mereka.

Tapi, sedarkah ibu bapa bahawasanya trend ini sangat berbahaya kepada anak-anak anda? Terutama sekali anak-anak yang mula menggunakan dan menonton video di telefon pintar dan gajet mereka seawal usia bayi?

Kanak-kanak terutamanya bagi yang berumur bawah 5 tahun masih lagi dalam peringkat perkembangan asas. Pada tahap umur ini, kanak-kanak seharusnya banyak bermain dan meneroka kesemua deria mereka.

Pada tahap ini juga, kanak-kanak juga perlu belajar kemahiran sosial dan kawalan tingkahlaku seperti bermain bersama rakan sebaya, berkongsi mainan, mengambil giliran dan cara berkomunikasi bersama rakan sebaya.

Menonton video youtube secara berlebihan akan merencatkan perkembangan kanak-kanak kerana kanak-kanak akan tertumpu kepada gajet dalam masa yang lama. Kanak-kanak yang banyak menonton gajet tidak akan meneroka deria mereka yang lain. Mereka hanya duduk dan menonton video dalam posisi yang sama dalam masa yang lama.

Video youtube juga kebanyakannya mempunyai gambar dan video yang bergerak laju. Gambar dan cahaya yang berkelip pantas ini akan menjadi seumpama dadah kepada otak kanak-kanak yang sedang berkembang. Kanak-kanak kemudiannya akan menjadi ketagih dengan gajet dan video.

Kanak-kanak yang ketagih dengan gajet pula akan memupuk lebih banyak lagi kesan buruk dalam aspek tingkahlaku dan perkembangan kemahiran mereka.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Rangkaian Kendiri 5G Singtel, Pertama Di Asia Tenggara Mencapai 5.4Gbps

0

Masih lagi kita berkisar tentang 5G, dan disebabkan hangpa suka bandingkan dengan negara luar, maka kita cuba toleh sebentar ke negara jiran iaitu Singapura.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Singtel berkata ia adalah syarikat telekomunikasi pertama di Asia Tenggara (SEA) yang mencapai kelajuan muat turun 5.4Gbps dengan rangkaian kendiri 5G (5G SA).

Singtel berkata bahawa kejayaan ini dapat dicapai melalui gabungan Radio-Dual Connectivity (NR-DC) baharu dengan peralatan rangkaian capaian radio 5G Ericsson, pelaksanaan penyelesaian rangkaian Teras 5G dwi-mod, dan peranti ujian yang menyerupai telefon pintar moden dengan Sistem Modem-RF Qualcomm Snapdragon X65 5G terbina dalamnya.

NR-DC menggabungkan frekuensi jalur pertengahan dan mmWave untuk menambah baik atau mempercepatkan sambungan.

Dalam kes Singtel, mereka menggunakan spektrum 3.5GHz dan 28GHz, iaitu jalur 5G yang diberikan kepada mereka selepas mengundi melalui IMDA. Selain itu, modem 5G yang disebutkan juga terdapat dalam pemproses Qualcomm untuk telefon Android gred perdana tahun 2022.

Kejayaan ini dibina atas usaha Singtel ke arah 5G yang lebih mudah diakses, lebih pantas dan lebih baik untuk pengguna Singapura. Singtel menambah bahawa kejayaan itu membolehkan syarikat tersebut memberikan prestasi terbaik untuk aplikasi sensitif kependaman.

Idea baharu dan inovatif dapat dirangsang menerusi teknologi ini, antaranya seperti permainan awan, media imersif, AR, VR, XR, serta kenderaan autonomi atau kawalan robotik.

Sumber: HardwareZone

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Xiaomi Siri 12 Dilancarkan Secara Rasmi!

0

Xiaomi 12 baru sahaja dilancarkan di China semalam secara rasmi. Untuk model Xiaomi 12, kamera utama menggunakan Sony IMX766. Bagi Xiaomi 12 Pro, ia hadir dengan sistem 3 kamera, masing-masing sebesar 50MP dengan kamera utama menggunakan Sony IMX707.

Kedua-dua model dikuasakan oleh pemproses mercu Snapdragon 8 Gen1. Turut dilengkapi dengan sistem audio berkualiti tinggi dengan speaker stereo simetri. Xiaomi turut memperkenalkan teknologi perisian baru kamera mereka yang boleh mengikut objek sambil merakam video.

Admin baru sahaja beli Mi 11 Pro, Xiaomi 12 Pro dah keluar. Rasa macam nak jual pun ada. Kalau nak kejar yang baru, memang tak terbeli. 😭

Views: 0

Iklan Newspaper Inline