Peranti Penstriman Untuk Kempen ‘Cut The Cord 2022’

Agak ramai juga yang meminta cadangan dari saya untuk peranti Android TV Box yang berbaloi dan berada dalam bajet bawah RM500.

Kalau hendakkan cadangan yang lebih ‘in-depth’, anda boleh masuk ke group Facebook Malaysian Malaysia Streaming – MMS. Dalam group itu ada ramai kawan yang boleh memberi pengesyoran berbagai jenis model peranti yang kena dengan minat dan bajet.

Tetapi untuk saya sendiri, jika anda mempunyai ‘bajet hensem’, semestinya Nvidia Shield TV Pro menjadi prioriti dalam cadangan kerana spesifikasi, prestasi, dan ciri istimewa yang ada padanya memberi lebih nilai pada wang.

Boleh ulasan Nvidia Shield TV Pro di sini: Nvidia Shield TV Pro: Penanda Aras Terbaik Untuk Peranti Penstriman Terkini

Buat anda yang ingin mencari peranti bajet, ada beberapa model yang boleh abam cadangkan untuk pembelian, (tanpa mengikut turutan) iaitu:

1. Mi Box S

Android TV Box ini telah pun ‘tried and tested’. Meskipun bukanlah terbaik dari segi prestasi, Mi Box S ialah TV Box yang mempunyai pensijilan oleh Google dan Netflix, bererti anda tidak akan hampa dengan status Widevine (L1).

Beli di: Mi Box S | Shopee

2. TiVo Stream 4K

Ini adalah satu lagi peranti yang mampu dimiliki oleh semua orang. Dengan harga di bawah RM300, anda akan mendapat Android TV Box yang mampu untuk strim kandungan 4K, Netflix, aplikasi IPTV, dan sebagainya lagi. Ia berbentuk kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.

Beli di: TiVo Stream 4K | Shopee

3. Mecool KM2

Ini juga antara peranti bajet di bawah harga RM300 yang berbaloi untuk dipertimbangkan. Ia disertakan bersama sistem operasi Android TV 10, Chromecast terbina dalaman, sokongan Google Assistant, 4K HDR, YouTube dengan resolusi 4K, dan sebagainya lagi.

Beli di: Mecool KM2 | Shopee

4. Dynalink Android TV Box

Antara peranti yang berbentuk unik, kecil, dan mempunyai pensijilan oleh Google, Dynalink tidak akan menghampakan anda. Ia dikuasakan oleh chipset Amlogic S905Y2, menyokong Dolby Atmos, dan Chromecast terbina dalaman. Harganya juga biasa boleh didapati di bawah RM300.

Beli di: Dynalink Android TV Box | Shopee

5. Strong LEAP-S1

Setakat ini abam tengok belum ada penjual dari Malaysia yang memasarkannya, tetapi peranti ini mempunyai ciri yang berbaloi untuk dilaburkan wang anda kepadanya. Ia tersedia dengan Android 10, menyokong USB 2.0 dan 3.0, mempunyai slot kad microSD, port LAN, menyokong ciri Dolby Atmos, Chromecast, dan semestinya Netflix.

Beli di: Strong LEAP-S1 | Shopee

Sebutan Terhormat (Honorable Mention):

1. Ematic Jetstream 4K

Saya tak jumpa penjualnya di Shopee atau Lazada. Kalau ada, anda beli sahaja ya. InsyaAllah tak menyesal.

2. Wallmart Onn

Ini pun saya tak jumpa lagi orang yang menjualnya. Agak sayang sebab harganya tak mahal sangat, dan spesifikasinya agak bagus juga. Kalau anda jumpa, macam biasa – sambar laju-laju.

3. Xiaomi TV Stick 4K

Kalau anda boleh cari versi 4K ni, hah, beli. Sesuai untuk gantikan Mi Box S sebagai versi yang mudah diusung ke hulu ke hilir, selitkan dalam bag untuk dibawa balik kampung, atau masukkan saja dalam poket.

4. Realme 4K Smart Google TV Stick

Sekali lagi, sesuai untuk anda yang minat dengan peranti berbentuk ‘stick’ seperti ini.

Boleh beli di: Realme 4K Smart Google TV Stick | Shopee

5. Roku

Peranti berjenama ‘Roku’ ini bukanlah peranti Android TV, kerana ia menggunakan Roku OS. Tetapi ia juga bagus digunakan sebagai alternatif. Ada banyak variasi atau versi, dari versi yang berbentuk ‘stick’, hinggalah ke versi berbentuk kotak. Harganya juga tidaklah terlalu membebankan, antara RM160+ hingga 400+.

Boleh beli di:

Roku Express/Express 4K/Premiere/Streaming Stick+/Ultra | Shopee

Beli Roku Stick di:

Roku Stick | Shopee

6. Amazon Fire TV Stick

Ini juga satu lagi peranti, yang bukan peranti Android TV. Ia menggunakan Fire OS. Namun untuk mereka yang sukakan kelainan, ianya menepati citarasa untuk mereka yang mahukan sesuatu selain peranti Android TV yang masih menyokong ciri seperti Dolby Atmos, Dolby Vision, dan penstriman 4K.

Beli di: Amazon Fire TV Stick | Shopee

7. Nvidia Shield TV

Kalau korang anda bajet lebih sikit, bolehlah dapatkan Nvidia Shield TV, versi ‘bukan Pro’ kepada Nvidia Shield TV Pro. Ia mungkin kekurangan beberapa ciri yang ada pada versi Pro, tetapi ciri lain seperti AI Upscaling, Dolby Audio, DTS-X surround sound, 4K HDR, Dolby Vision HDR, dan sebagai lagi – masih diimplimentasikan padanya.

Amat berbaloi sekiranya anda inginkan peranti yang lebih premium.

Buat pembelian di: Nvidia Shield TV | Shopee

Sekian sahaja perkongsian saya hari ni. Harapnya anda boleh mendapat manfaat dan berasa gembira dengan apa saja peranti yang anda beli.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x