Pembangunan Aplikasi Popcorn Time Dihentikan Kerana Ia Sudah Tiada Peminat

Aplikasi Popcorn Time telah beberapa tahun bersama dengan para peminatnya. Ia digelar sebagai ‘Netflix Untuk Para Lanun’ kerana betapa mudahnya untuk strim filem-filem baru dan lama asalkan kelajuan internet mencukupi, kerana ia menggunakan protokol BitTorrent untuk dijalankan.

Terdapat beberapa kontroversi yang menyelubungi Popcorn Time sebelum ini, contohnya ia pernah mengalami zaman kejatuhan kerana para pembangun telah ditemui oleh pihak berkuasa, domain yang dimiliki oleh mereka pula tidak dapat dipindak milik, dan pelbagai lagi masalah yang menimpa.

Pernah juga ada beberapa pembangun lain yang membuat ‘fork’ kepada kod aplikasi lalu mengatakan bahawa merekalah yang mengendalikan aplikasi ‘asli’.

Itu semua tidak pernah menggugat aplikasi penstriman lanun ini.. hinggalah pada minggu ini, pembangunnya mengambil keputusan untuk menamatkan segala aktivit dan pembangunan aplikasi berikutan pengurangan minat dari kalangan pengguna baharu dan lama.

Penurunan populariti ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada persaingan aplikasi lanun lain yang menyebabkan perisian itu kelihatan tidak lagi relevan. Laman penstriman lanun dan kotak penstriman khusus telah melonjak dalam populariti selama bertahun-tahun, dengan berkesan mengambil alih peranan Popcorn Time sebagai medium hiburan di rumah.

Peralihan keutamaan juga mempunyai kesan yang jelas pada jumlah bilangan pengguna Popcorn Time. Beberapa tahun yang lalu berjuta-juta orang kerap menggunakan perisian itu tetapi kebanyakannya kini beralih kepada alternatif yang lebih mudah.

Perubahan ini juga diringkaskan oleh graf Google Trends yang disiarkan oleh Popcorn Time sebagai sebahagian daripada mesej perpisahannya. Minat terhadap aplikasi itu terus berkurangan, dan zaman ia menyaingi Netflix sudah pun berlalu.

Rest in peace, Popcorn Time.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x