Atas Artikel

Pengisar adalah salah satu produk yang kebanyakan orang ada di rumah ataupun digunakan di restoran. Kegunaannya adalah pelbagai dari mengisar cili atau bawang mahupun untuk mengisar ais batu dengan buah-buahan untuk dibuat minuman.

Kali ini Mamu berpeluang mencuba pengisar vakum dari Beko iaitu Beko TBV8104BX. Sebelum kita ke ulasan produk, maari kita tengok serba sedikit tentang jenama Beko ini.

Beko merupakan jenama perkakasan elektronik yang berasal dari Turki dan mempunyai banyak cawangan di seluruh dunia.

Selama bertahun-tahun, Beko telah bergabung tenaga dengan pelbagai kelab sukan dan perusahaan lain untuk memenuhi satu tujuan: untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk Live Like A Pro.

Kolaborasi kukuh Beko dengan kelab dan perusahaan menghubungkan Beko kepada peluang yang lebih luas dalam kehidupan sihat. Kolaborasi ini menyokong matlamat hidup sihat Beko pada skala global.

Video Unboxing

Dari luaran, kotak pengisar ini agak besar dan ada beberapa ciri yang tertulis di kotaknya. Hangpa boleh tengok gambar di bawah yang Mamu sertakan. Klik gambar untuk gambar lebih besar.

Spesifikasi Teknikal Pengisar Beko

Kuasa  1000W
Material Jug Tritan
Kapasiti Jug 1.7L
Fungsi Pengisar Vakum, Vakum & Kisar, Smoothie, Sos, Pengisar Ais, Auto-clean
Jenis Motor AC
Volt 220-240V
Frekuensi  50-60Hz
Dimensi Pengisar Tinggi 43cm, Lebar 17.5cm, Kedalaman 25cm
Berat  4.4kg

 

Inilah pengisar Beko yang telah Mamu pasang semua bahagian dia. Dari depan ada satu tombol untuk hangpa kawal kelajuan pengisar, butang untuk tetapan Pulse Blend. Kiri dan kanan ada 3 butang untuk pra-tetapan pengisar ini. Mari kita tengok dengan lebih dekat apa fungsi dan bahagian yang ada pada pengisar ini yang buatkan Mamu teruja menggunakannya selama sebulan lepas.

Tombol ini merupakan kawalan utama untuk hangpa hidupkan, tetapkan kelajuan pengisar ataupun untuk menggunakan tetapan yang sedia ada. Dari tombol ini hangpa hanya perlu pusing ke tetapan yang perlu contoh untuk gunakan tetapan yang sedia ada, hangpa hanya perlu pusing ke On guna pra tetapan yang disediakan.

Kawalan tombol ini agak besar dan sesuai untuk kegunaan di dapur & setiap tahap pusingan hangpa akan dapat rasa klik pada tombol tersebut untuk senang hangpa tetapkan kelajuan tahap mana hangpa perlukan pengisar ini mengisar bahan yang telah hangpa masukkan.

Pada bahagian sisi kiri ada 3 butang yang telah ditetapkan untuk hangpa gunakan iaitu :

  1. Fungsi Smoothie : butang ini untuk hangpa buat air smoothies ala Starbucks blended
  2. Fungsi Ice : butang ini untuk hangpa gunakan untuk kisarkan ais secara kasar atau halus untuk dimasukkan
  3. Fungsi Sauce : ini antara ciri yang ramai suka. Hangpa hanya perlukan masuk bahan untuk buat sos & tekan saja butang ini. Tunggu sebentar & siap sudah sos untuk hangpa gunakan untuk masakan ataupun untuk cicah dengan keropok lekor.

Di sisi kanan pula, ada 3 butang tetapan iaitu :

  1. Vacuum
  2. Vacuum+Blend
  3. Auto Clean : fungsi untuk hangpa cuci bekas pengisar ini tanpa perlu buka setiap bahagian utama pengisar

Mesti hangpa tertanya-tanya apa fungsi sebenarnya Vacuum dan juga Vacuum+Blend? Mari Mamu terangkan serba sedikit tentang fungsi ini.

Sesetengah nutrien boleh hilang semasa membuat jus. Teknologi Pengisar Vakum mengeluarkan udara di dalam jag sebelum mengisar, menghapuskan sebarang pengoksidaan bahan di dalamnya. Hasilnya, sebahagian besar vitamin dan nutrien dipelihara dan jus hangpa kekal segar lebih lama.

Bawah pengisar ini pula ada 4 tapak getah untuk menahan pengisar ini dari bergerak dari tempat hangpa letakkan.

Dengan kuasa setinggi 1000w, pengisar ini memerlukan kipas untuk menyejukkan motor yang menjanakan kuasa pada pisau pengisar.

Ini pula adalah tuas pembuka untuk hangpa keluarkan bahagian balang pengisar. Terdapat logo Beko di tuas ini yang menampakkan lagi eksklusif produk ini.

Ini merupakan bahagian yang penting dalam teknologi vakum pada pengisar Beko ini. Ini adalah injap yang mengawal fungsi vakum pada pengisar ini yang akan mengeluarkan udara dari dalam balang pengisar hangpa.

Injap vakum ini berada pada berdekatan dengan tuas pembuka yang Mamu terangkan sebelum ini. Cara nak buka injap vakum ini untuk tujuan mencuci adalah senang. Hangpa hanya perlu tekan di kiri dan kanan untuk keluarkan injap vakum.

Tanpa ini, pengisar hangpa takkan boleh berfungsi. Penutup ini juga ada fungsi tersendri. Getah pada penutup haruslah sentiasa dipasang untuk mengelakkan masalah backflow ketika tugas mengisar bahan hangpa. Jangan risau, getah ini juga boleh dicabut untuk dicuci selepas digunakan.

Bilah pisau pada pengisar ini menggunakan bahan tahan lasak dan juga tajam. Ada bilah kesemuanya dan ini juga boleh dicabut juga kalau hangpa kisar cili yang biasa akan tersangkut di bawah bilah pisau ini. (Auto clean function kan ada. Buat apa susah nak buka kan?)

Balang pengisar ini mampu memuatkan sehingga 1.5 liter bendalir. Kena ingat, bukan semua bahan hangpa boleh isi sehingga penuh ya. Ini serba sedikit sukatan yang perlu diambil kira sebelum mengisar bahan :

  • Tahap maksimum untuk bahan dicampur (1,500ml)
  • Tahap minimum untuk bahan sebati (250ml)
  • Tahap maksimum untuk bahan termasuk produk susu seperti susu dan susu soya untuk divakum (1,000ml)
  • Tahap maksimum untuk produk susu seperti susu dan susu soya divakum (700ml)

Ini merupakan cawan penyukat dan juga penutup bahagian injap vakum. Lepas hangpa dah guna pengisar, cawan ini boleh dikunci pada bahagian injap vakum untuk mengelakkan serangga seperti semut masuk ke dalam injap vakum.

Kertas yang penting untuk hangpa simpan & bila nak gunakan pengisar Beko ini iaitu kad waranti dan juga buku manual pengisar. Pengisar ini ada 2 tahun waranti dari tarikh pembelian. Waranti meliputi kerosakan pada pengisar dan bahagian pada pengisar ini.

Selama penggunaan Mamu dengan pengisar Beko ini, macam-macam minuman dan juga bahan dah Mamu gunakan. Ternyata pengisar ini banyak membantu Mamu dan juga isteri dalam menyediakan bahan kisar di dapur.

Dengan kuasa 1000w yang ada pada pengisar ini, hampir semua bahan dapat dikisar pada kadar yang sesuai untuk kegunaan. (Jangan la pi campak batu dengan besi. Memang la takleh kisar)

Mana nak beli pengisar ini hangpa tanya? Hangpa boleh lawati pautan di bawah yang Mamu telah sediakan untuk hangpa :

Beko Vacuum Blender

Facebook Beko Malaysia

Instagram Beko Malaysia

Laman Beko Malaysia

Setakat ini ulasan dari Mamu tentang pengisar vakum dari Beko. Sehingga bertemu lagi di ulasan akan datang.

Bawah Artikel

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments