Utama Blog Laman 55

Michael Bay Membuat Semula (Remake) Filem Aksi Ini

0

Buat yang dah lama mengikuti penulisan abam, pasti mengetahui bahawa abam amat meminati filem aksi dari Indonesia ini iaitu The Raid: Redemption dan The Raid 2: Berandal. Keduanya adalah filem yang dijadikan sebagai penanda aras untuk setiap filem aksi lain yang diterbitkan selepasnya.

Nampaknya, kali ini filem tersebut mendapat perhatian daripada seorang pengarah bombastik (pun intended) iaitu Michael Bay. Dikatakan Bay sedang menghasilkan semula filem seni mempertahankan diri itu untuk Netflix.

Sumber dari laman Deadline mengatahakan bahawa Michael Bay berkolaborasi bersama pengarah asalnya iaitu Gareth Evans beserta Patrick Hughes untuk penghasilan semula filem tersebut. Ia akan diterbitkan oleh Michael Bay dan XYZ Films, manakala Patrick Hughes (The Hitman’s Bodyguard) akan mengarahkannya dan James Beaufort menulis skrip bersama Hughes.

Filem ini pernah memperoleh kejayaan besar apabila ia ditayangkan di Festival Filem Toronto 2012. Ia telah ‘diambil’ oleh Sony Pictures Classics, namun tajuknya ditukar kepada The Raid: Redemption atas sebab undang-undang.

Jalan cerita kali ini akan mengalih latar asal Indonesia ke ‘Badlands’ Philadelphia — iaitu sebuah kawasan sebahagian daripada Philadelphia Utara dan Hilir Timur Laut yang terkenal dengan tawaran dadah dan keganasan berkaitan dadah.

‘Pasukan petugas elit’ daripada DEA akan berusaha melalui peniaga peringkat bawahan untuk mendapatkan ketua penjenayah yang terbukti sukar dikesan. Jika keadaan berlaku sepertimana dalam filem asal, beberapa ahli pasukan petugas elit itu akan bertahan hingga ke penghujung filem, dengan segala-galanya diserahkan kepada seorang wira, iaitu ‘hero’ mereka.

Setakat ini, masih belum diketahui lagi siapakah barisan pelakonnya, dan apakah Iko Uwais akan membuat penampilan dalam filem tersebut.

Sumber: Deadline

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

NVIDIA SHIELD TV/TV Pro Menerima Kemas Kini SHIELD Experience 9.0

0

Saya baru kemas kini SHIELD TV Pro semalam, dan sukacita dimaklumkan bahawa peranti itu sudah pun menerima Android TV 11.

Seperti yang dapat dijangka, kemas kini ini membawakan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan pada sistem operasi, terutamanya dari segi kelancaran dan prestasi.

Antara aplikasi yang ditambah termasuk Google Play Movies & TV, IMDb TV, Apple TV, iflix, dan sebagainya lagi. Untuk pemilik SHIELD TV di A.S., mereka ditawarkan langganan enam bulan Peacock Premium tanpa kos tambahan.

Tak pasti pula jika kita boleh ‘trick’ dengan menggunakan VPN, tetapi untuk sesiapa yang rajin tu, bolehlah cuba sendiri. Untuk menebus tawaran ini, pemilik SHIELD baharu mesti menyediakan akaun Google baharu atau log masuk ke akaun sedia ada, melanggan melalui sepanduk Premium Peacock pada tab ‘For You’ atau tab ‘Apps’ dan menyediakan bentuk pembayaran yang sah.

Penambahan lain pula adalah khusus untuk para gamer. Ahli GeForce NOW Founders layak mendapat diskaun eksklusif untuk keahlian RTX 3080. Kemas kini SHIELD menyediakan semua ahli GeForce NOW dengan faedah baharu.

Contohnya Twitch telah dikemas kini untuk membolehkan permainan dan penstriman dijalankan serentak dalam kualiti tinggi. Sokongan untuk papan kekunci dan tetikus Bluetooth tambahan juga telah ditambah.

Anda boleh baca semua changelog yang lain di: Shield Experience Upgrade 9.0

Buat yang berminat nak beli SHIELD TV atau SHIELD TV Pro, bolehlah berbuat demikian di:

SHIELD TV/SHIELD TV Pro

Memang tak rugi gais. Bab prestasi tak payah pening lagi, bab ‘certified by Google’ dan Netflix pun sama. Manakala ciri tambahan lain seperti ‘AI Upscaling’ memang memuaskan hati.

Untuk peranti penstriman lain yang disyorkan dalam kempen ‘Cut The Cord 2022’ yang dijalankan oleh kami (omghackers.com), anda boleh rujuk:

Peranti Penstriman Untuk Kempen ‘Cut The Cord 2022’

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

All of Us Are Dead: Netflix Melancarkan Siri Seram Zombi Korea Terbaru

0
All of us are Dead Yoon Chan-young as Lee Cheong-san in All of us are Dead Cr. Yang Hae-sung/Netflix © 2021

Sebelum ini, saya pernah mempromosikan sebuah drama bersiri bertajuk ‘Hellbound’. Hellbound berasal dari webtoon thriller bertajuk ‘The Hell’, dan diadaptasi ke drama bersiri di Netflix.

Kini, sebuah lagi drama seram yang menarik akan menjengah Netflix dalam masa terdekat ini.

‘All of Us Are Dead,’ yang diarah berdasarkan komik digital di webtoon – ‘Now at Our School’ oleh Joo Dong-geun, bakal melayari platform penstriman pada 28 Januari.

Berikut ialah sinopsis rasmi ringkas: “Sekumpulan pelajar terperangkap di sekolah menengah dan mendapati diri mereka dalam situasi yang teruk ketika mereka berusaha untuk diselamatkan daripada pencerobohan zombi di sekolah mereka.”

Siri 12 episod itu diarahkan oleh Lee Jae-Kyu, pengarah filem Intimate Strangers, The Fatal Encounter, dan The Influence, serta pernah mengarahkan drama bersiri termasuk The King 2 Hearts, Beethoven Virus , dan Fashion 70s. Kim Nam-soo juga berkhidmat sebagai pengarah siri itu, yang ditulis oleh Chun Sung-il.

Siri ini dibintangi oleh Yoon Chan-young, Park Ji-hoo, Cho Yi-hyun, Park Solomon dan Yoo In-soo. All of Us Are Dead menambah kandungan Korea Netflix yang semakin meningkat, diterajui oleh ‘Squid Game,’ siri asli Netflix yang paling banyak ditonton sepanjang masa. Squid Game kini menjadi pesaing utama untuk Emmy 2021.

Siri popular lain adalah termasuk thriller angkasa lepas ‘The Silent Sea’ dan semestinya drama seram akhir zaman – ‘Hellbound.’

Anda boleh tonton ‘teaser’ All of Us Are Dead di: All of Us Are Dead Teaser

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

PRISM+ X270, Monitor Mampu Milik Yang Terbaik Untuk Permainan

0

Ampa pernah tak dengar jenama PRISM+? Mungkin ada yang nampak mamu buat ulasan model PRISM+ X290 ataupun nampak iklan depa kat merata tempat.

PRISM+ ni merupakan jenama monitor dari jiran negara kita, iaitu Singapura yang mana telah pun menapak produk depa dekat pasaran negara kita. Produk depa ni jugak merupakan salah satu pilihan utama penduduk rakyat Malaysia yang mana nak cari monitor untuk bekerja, main permainan, tengok graf matawang dan banyak lagi.

Terima kasih pada pihak PRISM+ yang mana sudi bekerjasama lagi kali ke-2 dengan kami dan maka dengan ini, kita teruskan ulasan mengenai produk yang depa hantaq, iaitu PRISM+ X270.

Spesifikasi Monitor

Saiz Skrin 27-inci
Ukuran Tinggi 367mm, lebar 616mm (tanpa stand)
Kelengkungan 1500R
Berat Anggaran 4.85kg (tanpa stand)
Resolusi Tertinggi DisplayPort: 1920 x 1080 @ 165Hz
HDMI: 1920 x 1080 @ 120Hz
Nisbah Aspek 16:9
Nisbah Kontras 3000:1
Masa Tindak Balas 1ms MPRT
Sokongan Warna 16.7 juta, 8-bits, 102% sRGB
Kecerahan 250cd/m2
Teknologi Cahaya Belakang E-LED
Sudut Pandangan 178° (H) / 178° (V) 
Jenis Panel VA, Samsung
Port dan Sambungan 1x DP 1.2, 2x HDMI 1.4
Teknologi Pencegahan Pengoyakan AMD FreeSync, kemampuan G-Sync
Keserasian VESA  75mm x 75mm
Apa ada dalam kotak Kabel kuasa, kabel DisplayPort dan tapak tersuai untuk keserasian VESA
Ciri-ciri Gameplus, ECO (mod visual), sinar biru rendah, bebas kerlipan,  Bezel-Sifar, DCR dan cahaya biru pada belakang monitor.


PRISM+ X270 ni merupakan monitor permainan yang bersaiz 27 inci dengan paparan melengkung yang mana kadar lengkungan dia 1500R, mempunyai kadar segar sehingga 165Hz, warna gamut 102% sRGB yang mana nisbah kontras sebanyak 3000:1 untuk hitam manis, putih berseri dan meriah dengan warna untuk santapan mata, dan banyak lagi.

Sebelum kami teruskan ulasan, nak habaq mai yang PRISM+ X270 ni ada 3 jenis tau. Iaitu;

  1. X270
  2. X270 240Hz
  3. X270 PRO

Apa beza ketiga-tiga model tersebut? Depa ni lebih kurang lagu ni la;

  1. X270 = Biasa
  2. X270 240Hz = Menarik, ada sokongan HDR dan kasar segar sehingga 240Hz
  3. X270 PRO = Luar Biasa, ada sokongan HDR dan WQHD, luas mata memandang.

Menarik kan yang dua model tu? Tapi jangan kecewa nah sebab ulasan kami hat biasa tu, X270. hahahaha

Sebelum tu, kami nak habaq yang monitor kami guna sebelum ni, Acer XV240Y P. Jadi tobat rasa beza dengan PRISM+ X270 sebab panel skrin dan fungsi mereka berbeza. Kecuali X270 240Hz dan X270 PRO.

Nota: Kami guna monitor ni hampir sebulan.

Reka Bentuk

Monitor PRISM+ X270

Terdapat pelapis matte pada skrin yang rasa lembut disentuh, cantik dipandang. Tidak seperti skrin monitor yang lain yang mana menggunakan pelapis ‘glossy’, apabila tiba babak gelap, boleh nampak muka sendiri dalam skrin. Ia menggunakan konsep reka bentuk minimalis dan anggun.

Sisi belakang monitor PRISM+ X270

Kami sedikit kecewa dengan bingkai monitor ni sebab dia pakai plastik. Ya, jenama lain pun ada yang guna bingkai plastik, tapi PRISM+ X270 ni lain dari yang lain. Walaupun luaran dia biasa tapi isi dalam luar biasa! Bak kata Wahid Senario, “luar setinggan, dalam kondo”.

Eh, ada lampu biru laaa

Tapi dia ada lampu biru di bahagian tapak vesa. (berkelip-kelip atau normal)

Butang

Butang pada PRISM+ X270, tapi sayang tiada label dekat sini

Butang dia tak banyak, ada 5 yang mana mempunyai fungsi mereka tersendiri serta ada lampu penunjuk warna biru. Iaitu

  1. Menu/Pilih
  2. Bawah
  3. Atas
  4. Keluar
  5. Kuasa

Butang dia agak mengelirukan sebab tiada label kerana ia berpandukan pada OSD (On-Screen Display). Tapi jika ampa raba butang tu, butang kuasa terdapat tektur yang membezakan ia dengan butang yang lain.

I/O Port

Port I/O yang terdapat pada PRISM+ X270

PRISM+ X270 mempunyai port Kuasa (DC), 1x DP 1.2, 2x HDMI 1.4, dan Suara (Audio). Jika ampa guna ke semua port yang ada, boleh akses setiap port dalam OSD.

Salah tolak sudut pandangan akan korbankan kabel DisplayPort.

Cuma kami nak nasihatkan hati-hati tolak PRISM+ X270 ke atas sebab jika silap cara, jadi lagu ni la. Kabel DP kami hampir barai disebabkan terlebih condong PRISM+ X270 ke atas dan kabel stress sikit.

Untuk elak perkara ni terjadi dekat ampa, beli la monitor arm. Bukan setakat kabel selamat, malah bebas nak ubah kedudukan monitor mengikut citarasa ampa.

Skrin

Monitor atas ialah Acer Nitro XV240Y P yang digunakan sebagai monitor kedua dan untuk main permainan Rocksmith (sebab main gitar posisi berdiri). Monitor bawah semestinya PRISM+ X270.

PRISM+ X270 ni menggunakan panel berteknologi VA (Vertical Alignment), yang mana mempunyai kontras terbaik, prestasi warna yang baik dan seimbang dari segala aspek. Jika kita nak bandingkan dengan panel TN (Twisted Nematic) dan IPS (In-Plane Switching), VA ni dok tengah-tengah la.
*Panel VA satu ja masalah, kena ada posisi monitor yang ngam baru nampak cantik.

Kadar Segar

Tangkapan layar tetapan kadar segar dalam Windows 11

PRISM+ X270 ni mampu menyajikan kadar segar sehingga 165Hz! Permainan ampa lancar dan licin seperti mentega kena api sebelum letak burger dan daging. Aduh, lapaq la pulak.

Kami selesa dengan 120Hz, walaupun ada 165Hz. Sebab kami ni ada ‘motion sickness’ orang putih kata. Guna hat paling tinggi, tak sampai 1 jam mula la pening dan sakit kepala.

Masa tindak balas 1ms

Tangkapan layar permainan Apex Legends dengan Legends Valkrie bersama R-301 dan Volt dalam tempat latihan menembak.

Bagi yang main permainan FPS (First Person Shooter), masa tindak balas amat penting kerana jika lambat sikit, balik lobi awai laaa. X270 ni mempunyai masa tindak balas 1ms.

Kami banyak main Apex Legends sebab dah melabur BattlePass dalam tu. Sebut pasal melabur, pakaian Valkyrie (Cloud Marauder) lawa oii. hahahaha

Jadi, tiada alasan terlepas sasaran. Kecuali kalau ping internet tinggi atau nasib tidak baik. Orang kata skill main peranan tapi jika nasib tidak baik, balik lobi la kita.

Penyegerakan Adaptif

Tangkapan layar tetapan NVIDIA Control Panel bahagian tetapan G-SYNC

Penyegerakan adaptif amat penting pada monitor, lagi-lagi monitor permainan kerana ia dapat menghindari gambar permainan ampa cacat. Kami agak terkejut yang PRISM+ X270 ni mempunyai sokongan G-Sync! Monitor lama kami takda fungsi ni dalam tetapan NVIDIA.

Untuk maklumat lanjut mengenai G-Sync, boleh baca artikel ini (ada sampai 15 bahagian tau)
G-SYNC 101

OSD (On-Screen-Display)

Lagu ni la bentuk rupa Menu OSD pada PRISM+ X270

Menu OSD amat penting dalam monitor kerana ia membenarkan, membantu pengguna terokai fungsi yang ada dalam monitor. 

OSD PRISM+ X270 mempunyai 6 menu utama, iaitu Brightness, Image, Color Temp., OSD Setting, Reset dan Misc.
*Boleh rujuk buku panduan untuk lebih lanjut.

Nota: Terdapat satu fungsi yang tak dapat kami aktifkan dalam menu RESET, iaitu MPRT. Mungkin model X270 240Hz atau X270 PRO boleh guna.

Mod Visual

Mod visual dia nama ECO dan agak pelik kenapa nama ECO

PRISM+ X270 mempunyai 6 mod visual di bawah nama ECO, iaitu Standard, Game, RTS, FPS, Movie dan Text untuk kegunaan aktiviti ampa. Tiada informasi lebih lanjut mengenai mod visual, jadi kami dok guna Standard ja la dengan aktifkan fungsi DCR yang mana jadikan warna hitam lebih menawan. Cuma, ampa akan rimas skrin punya kecerahan berubah secara automatik.
*Sebagai contoh, jika masuk gua, dia gelap tapi bila keluar gua, dia pelan-pelan cerah. Lagutu laa

Seperti mana depa habaq dalam buku panduan, mod Standard sahaja pun dah memadai sebab ia sesuai untuk digunakan pada semua aktiviti.

Gambar skrin yang diambil menggunakan kamera telefon

Kami secara jujurnya suka mod DCR ni sebab ia nak seakan-akan monitor Acer kami yang panel IPS tu. Malah warna hitam dia memang hitam manis. Tapi kalau nak aktifkan mod DCR, tak boleh ubah mod lain (hanya Standard sahaja) dan kecerahan serta kontras juga tidak dapat nak ubah kerana DCR sendiri akan ubah untuk ampa secara automatik, mengikut apa benda yang ada dalam skrin.

Cuma tak semua permainan yang nampak cantik dengan mod DCR. Sebagai contoh permainan GTA San Andreas – Definitive Edition main dengan mod DCR on, tak nampak muka orang, lagi-lagi waktu malam. 

Jenuhhh kena hambat dengan polis sebab terlanggaq depa. hahahaha

Nota: Kami ambik gambaq guna telefon, tapi tak begitu sama apa yang nampak dengan mata.

Fungsi Gameplus (lain monitor, lain nama)

Bantuan sasaran pada jarak dekat amat membantu bila sasaran dalam permainan agak besar

Fungsi ni dalam PRISM+ X270 agak menarik untuk pemain yang perlukan bantuan sasaran sama ada tetapan sasaran dalam permainan tidak mencukupi atau nak menembak tanpa membidik.
*Untuk jarak dekat ok la, kalau jarak jauh, tak kena sangat pun. Bergantung pada mekanikal permainan

Harga
Tanda harga PRISM+ X270 ialah RM2,099 tapi ada promosi (rasanya promosi depa ni tak habis, ada ja promosi hahaha) RM1,049.

Berminat? Boleh klik pautan bawah ini untuk beli
Lazada PRISM+ X270|PRISM+ X270
PRISM+ X270 240Hz
PRISM+ X270 PRO
* Kalau stok habis, tambah sikit ambik X270 240Hz atau X270 PRO

Jangan risau, depa tak hantaq dari Singapura. Depa hantaq dari gudang depa dekat Malaysia, terus ke rumah ampa. (Lalamove atau lain-lain)

Kesimpulan

Ini la susun atur komputer permainan kami dengan tetapan 2 monitor pada keluasan meja 100cm. hahahaha

Setiap monitor ada baik dan buruk, susah nak jumpa monitor yang sempurna kerana setiap orang mempunyai pelbagai citarasa. 

Monitor yang kami guna sebelum PRISM+ X270 ialah Acer Nitro XV240Y P. Tapi kelebihan PRISM+ X270 ni skrin lebih besar dan melengkung serta menu OSD dia ringkas gila.

Bagi kami, PRISM+ X270 ni amat berbaloi untuk monitor permainan tapi kami cadangkan ambik versi X270 240Hz (kalau nak kadar segar tertinggi dan HDR) atau X270 PRO (ada HDR dan WQHD) kerana PRISM+ X270 ni hanya pengenalan untuk siri ini.

Pada awalnya kami agak kecewa sebab takda HDR tapi rupa-rupanya ada model lain iaitu X270 240Hz dan X270 PRO yang ada HDR. Oleh kerana itu, kami sarankan ambik model tersebut jika ampa nak HDR dan memang berbaloi!

Sampai kat sini kami buat ulasan dan jumpa lagi pada ulasan akan datang. Saraba da!

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Tuntut Kad SIM 5G Anda Melalui Yes – Ya, Ianya Percuma Sahaja

0

Kami sudah pun mengulas serba sedikit mengenai kelajuan 5G oleh DNB yang diuji menerusi kad SIM Yes. Anda boleh baca ulasan tersebut di sini: Kelajuan 5G DNB Melalui Kad SIM Prabayar YES.

Setakat ini, kelajuan 5G maksimum yang pernah saya sendiri dapat ialah 2.1Gbps di sekitar kawasan Cyberjaya. Dapatan tersebut saya telah kongsikan di halaman kami iaitu di: 5G Cyberjaya.

Buat masa ini hanya telco Yes sahaja yang menawarkan 5G pada pelan prabayar dan pascabayar mereka. Telco seperti unifi yang dikatakan telah menandatangani persetujuan untuk turut sama memanfaatkan 5G DNB, nampaknya masih belum aktif mempromosikannnya. Masih belum ada tanda-tanda bahawa unifi akan menawarkan 5G dalam tempoh terdekat ini.

Begitupun, anda sudah boleh menuntut kad SIM prabayar 5G secara percuma di laman rasmi Yes. Anda hanya perlu ke pautan ini: YES | First to 5G – Registration.

Anda tidak perlu membayar untuk tawaran ini, tidak seperti sewaktu saya hendak mendapatkannya, yang mana saya perlu membayar sebanyak RM30 terlebih dahulu (emoji-sedih.jpg).

Anda hanya perlu mengisi maklumat diri pada ruangan borang yang disediakan di pautan, dan kad SIM tersebut akan terus dihantar ke rumah. Untuk mengaktifkan kad SIM, anda perlu muat turun aplikasi MyYes dan daftarkan ia menerusi aplikasi tersebut.

5G kini hanya berada di kawasan terpilih di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, dan Kuala Lumpur. Buat anda yang berada dalam kawasan, maka sambar peluang ini untuk mencubanya. Tidak rugi kerana ia percuma sahaja.

Kelajuan 4G yang ditawarkan hanyalah 7Mbps sahaja. Sememangnya tidak begitu memuaskan, tetapi kelajuan 5G boleh mencecah antara 300Mbps hingga 1Gbps di kawasan yang berada dalam liputan. Tambahan pula penggunaan rangkaian 5G adalah percuma sehingga bulan Mac ini.

Jangan lepaskan peluang untuk merasa teknologi terbaru. Pastikan peranti anda menyokong 5G, dan kawasan kediaman serta tempat kerja anda masih berada dalam liputan rangkaiannya.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Dompet e-CNY Tersedia Di Gedung Aplikasi Menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk

0

China telah membuat langkah penting ke hadapan dalam usahanya untuk membangunkan mata wang digital yang berdaulat dengan membuka aplikasi dompet e-CNY untuk dimuat turun oleh orang awam di gedung aplikasi iOS dan Android negara itu.

Versi percubaan aplikasi yuan digital, yang sebelum ini boleh dimuat turun hanya melalui pautan peribadi, adalah percuma untuk digunakan.

Tetapi pendaftaran pengguna baharu adalah terhad kepada bandar China yang telah ditetapkan, iaitu bandar yang menjalani ujian yuan digital seperti Shenzhen, Suzhou, Xiongan, Chengdu, Shanghai, Hainan, Changsha, Xian, Qingdao dan Dalian, serta lokasi Sukan Olimpik Musim Sejuk tahun ini, yang dihoskan oleh Beijing.

Langkah itu dibuat hanya beberapa minggu sebelum Tahun Baharu Lunar, apabila rakyat di tanah besar China lazimnya bertukar-tukar hadiah wang dalam bentuk ‘paket merah’ digital.

Yuan digital, yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Mata Wang Digital di bawah Bank Rakyat China, bertujuan untuk menggantikan wang kertas dan syiling China.

Tetapi kaedah pembayaran digital komersil seperti Alipay dan WeChat Pay, yang kedua-duanya membenarkan pengguna menambah wang ke akaun mereka, memindahkan wang dan membuat pembayaran dengan kod QR atau NFC sama seperti aplikasi e-CNY – sudah pun sangat popular, memberikan sedikit insentif kepada pengguna untuk beralih kepada yuan digital.

Pun begitu, kira-kira 140 juta penduduk China telah membuka akaun yuan digital setakat Oktober 2021, dengan transaksi terkumpul mencecah 62 bilion yuan (AS$9.7 bilion) sejak dilancarkan.

Untuk menarik pengguna mencuba yuan digital, pihak berkuasa China telah memberikan wang tunai elektronik melalui loteri. Pada Oktober 2020, Shenzhen mengeluarkan 50,000 paket merah digital yang mengandungi 200 yuan setiap satu. Dua bulan kemudian, Suzhou menawarkan sejumlah 20 juta yuan digital kepada 100,000 orang penduduk.

Sumber: China digital currency: e-CNY wallet lands in app stores ahead of Winter Olympics 2022

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Individu Ini Menerima Jantung Khinzir Yang Diubahsuai Secara Genetik

0

Seorang lelaki AS telah menjadi orang pertama di dunia yang mendapatkan pemindahan jantung dari khinzir yang diubah suai secara genetik. David Bennett berada dalam keadaan baik tiga hari selepas prosedur eksperimen selama tujuh jam di Baltimore.

Pemindahan itu dianggap sebagai harapan terakhir untuk menyelamatkan nyawa Bennett, walaupun belum jelas apa peluang jangka panjangnya untuk bertahan hidup lebih lama.

Doktor di Pusat Perubatan Universiti Maryland telah diberikan dispensasi khas oleh pengawal selia perubatan AS untuk menjalankan prosedur itu, atas dasar bahawa Bennett akan meninggal dunia. Bagi pasukan perubatan yang melakukan pemindahan tersebut, ia menandakan kemuncak penyelidikan bertahun-tahun lamanya.

Pakar Bedah, Bartley P. Griffith dalam satu kenyataan mewakili Sekolah Perubatan Universiti Maryland berkata pembedahan itu akan membawa dunia selangkah lebih dekat dalam menyelesaikan krisis kekurangan organ.

Menurut OrganDonor.gov, krisis itu bermakna seramai 17 orang di AS telah pun mati dalam tempoh sehari sewaktu menanti pemindahan organ, dengan lebih daripada 100,000 orang berada dalam senarai menunggu.

Kemungkinan menggunakan organ haiwan untuk apa yang dipanggil sebagai xenotransplantation untuk memenuhi permintaan pemindahan organ telah lama dipertimbangkan, dan menggunakan injap jantung khinzir adalah perkara biasa. Pada Oktober 2021, pakar bedah di New York mengumumkan bahawa mereka telah berjaya memindahkan buah pinggang khinzir kepada seorang pesajit. Pada masa itu, operasi tersebut adalah percubaan perubatan paling maju dalam bidang setakat ini.

Bagaimanapun, malangnya penerima buah pinggang berkenaan telah mati otaknya (brain dead) tanpa harapan untuk sembuh.

Bennett bagaimanapun berharap pemindahan ini akan membolehkannya meneruskan kehidupan seperti biasa. Dia terlantar di katil selama enam minggu sebelum pembedahan, dipasang pada mesin yang memastikannya hidup selepas disahkan menghidap penyakit jantung terminal.

Apa yang akan berlaku seterusnya masih lagi tidak jelas dan tidak dapat dijangka. Khinzir yang digunakan dalam pemindahan itu telah diubah suai secara genetik untuk menyingkirkan gen yang menghasilkan gula (yang mana ia akan mencetuskan tindak balas imun pada manusia).

Sumber: Man receives first successful transplant of pig heart into human body

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

China Giat Membanteras Bitcoin: Apakah Masa Depan Bitcoin?

0

Panas juga hantaran Bitcoin. Satu pujian harus diberikan kepada para peminat dan pengkomen. Ini membuktikan kadar kesedaran kripto dan capaian pendedahan yang tinggi kepada rakyat Malaysia walau dilabel sebagai negara membangun.

Matawang kripto menjadi pilihan atas beberapa faktor, Kalau nak bercerita penuh tentang kripto, satu tahun pun tak kan habis saya rasa. Sedangkan orang besar dalam sektor kewangan juga sukar memahami dan menerima wang kripto.

Secara ringkasnya, matawang kripto menjadi pilihan kerana transaksi boleh dijalankan tanpa melalui bank. Rekod transaksi disimpan pada satu lejar awam yang tidak boleh diubah dan selamat yang dinamakan blockchain. Dalam lejar ini pula, setiap transaksi dan identiti pembuat transaksi tidak dapat dikesan.

Tapi hari ini kita ingin melihat kepada trend terkini terhadap matawang kripto. Matawang kripto tidak ada nilai tetap. Ia bergantung kepada permintaan. Semakin tinggi permintaan, semakin tinggi lah nilainya.

Bitcoin Tidak Lagi Kebal Dari Dikesan Pihak Berkuasa

Antara kejadian besar dalam berita kriptowang adalah penangkapan penjenayah siber DarkSide dalam pemerasan kepada Colonial Pipeline. DarkSide telah melakukan peras ugut kepada syarikat petroleum berkenaan dan meminta bayaran dalam bentuk Bitcoin. Ironinya, DarkSide berjaya dikesan kerana menggunakan transaksi Bitcoin. Sumber : NY Times

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat mengumumkan mereka telah berjaya mendapatkan semula 63.7 daripada 75 Bitcoin yang telah dibayar oleh Colonial Pipeline dalam pemerasan ugut tersebut. Menurut jurucakap, transaksi kriptowang, walaupun tidak terikat dengan mana-mana institusi negara, masih boleh dijejak kerana rekod lejar transaksi mereka tersimpan di dalam blockchain.

Kesemua 23 akaun DarkSide telah dijejak oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Bitcoin telah dirampas oleh AS. Menyoroti berita ini juga, nilai Bitcoin mengalami penurunan buat seketika. Sumber : NY Times 

Dalam perkembangan kes serangan yang sama, AS sekali lagi menuduh Russia selaku seteru mereka sebagai dalang dalam serangan Colonial Pipeline. DarkSide dikatakan sebagai kumpulan pengganas siber yang berpusat di Russia. Sumber: The Moscow Times 

Kelahiran Yuan Digital

China, selaku kuasa ekonomi besar dunia bertindak memperkenalkan matawang digital mereka sendiri, Yuan Digital. Dalam usaha mempromosi matawang baru mereka ini, kerajaan China juga telah memberikan jutaan Yuan Digital kepada awam. Sumber : CNBC

Yuan Digital adalah projek kerajaan China selama 7 tahun sebelum ia akhirnya menjadi realiti. Ia juga turut menggunakan teknologi blockchain. Apa yang membezakan Yuan Digital dan matawang kripto yang lain adalah Yuan Digital mempunyai sistem berpusat dan boleh digunakan sebagai legal tender. Sumber: Sanction Scanner

Secara kebetulan pula, selepas pelancaran Yuan Digital, China semakin agresif dalam membanteras matawang kripto di negara mereka. Walaupun berada dalam dua sistem yang berbeza dan tidak dianggap sebagai pesaing antara satu sama lain, Yuan Digital adalah antara khabar angin paling popular dalam kalangan penggiat. Ia dikatakan menjadi punca utama dalam pembanterasan matawang kripto oleh kerajaan China. Sumber: CNBC

Serangan Terhadap Bitcoin?

Pertama sekali, kita kembali ke tahun 2018 di mana matawang kripto telah digunakan sebagai alat serangan diplomatik antara dua kuasa besar melalui perang proksi.

Venezuela pada tahun 2018 telah mengumumkan akan melancarkan matawang kripto mereka sendiri yang akan berpusat terus dengan sistem kewangan mereka. Matawang kripto yang diberi nama “Petro” itu dinilai terus berdasarkan rizab petroleum Venezuela.

Presiden Venezuela ketika itu, Nicolas Maduro dalam ucapan pelancaran Petro berkata, Petro adalah satu usaha menentang Amerika Syarikat. Maduro juga menyifatkan Petro sebagai ‘kriptonit’ bagi Superman (AS).

Bertindak balas dengan pengumuman ini, presiden AS pada ketika itu, Donald Trump mengugut untuk mengenakan sekatan terhadap Venezuela. Russia yang berminat dalam usaha Venezuela telah bertindak dengan melabur ke dalam Petro secara rahsia dalam usaha mereka untuk mengelak daripada sekatan ekonomi yang sama, Namun begitu, penglibatan Russia dalam Petro tidak dapat disembunyikan juga. Sumber: Time.com

Berbalik kepada masa kini, pembanterasan China terhadap matawang kripto terutamanya Bitcoin telah menyebabkan nilai Bitcoin turun mendadak. Namun, pada masa yang sama juga, jumlah orang yang ramai meninggalkan matawang tersebut telah membuka ruang keuntungan yang lebih besar. Sumber: SCMP 

Dengan pembanterasan China, ramai pelabur dan pemain Bitcoin telah mengalihkan pusat operasi mereka. Antara destinasi utama yang disebut sebagai syurga kripto adalah tidak lain dan tidak bukan Russia. Russia dilihat sebagai negara pemain terbesar dalam hash Bitcoin.

Selain Russia, negara pilihan lain dalam perpindahan besar-besaran pelabur China adalah Iran, Kazakhtan dan juga cuba teka? Ya, Malaysia. Ini kerana tiga negara ini masih lagi belum membuat dasar kerajaan rasmi tentang matawang kripto. Sumber: Finance Magnates

Kerajaan Malaysia juga pernah berusaha untuk mewujudkan matawang kripto kita sendiri pada tahun 2018 dengan nama cadangan Harapan Coin. Namun sehingga kini sejauh mana perkembangan kriptowang ini masih tiada perkembangan. Sumber: Berita Harian

Bencana Evergrande, Kejatuhan Saham China dan Kesan Kepada Bitcoin

Evergrande, sebuah firma pembangunan hartanah gergasi di China telah mengalami kerugian demi kerugian. Terlibat dengan banyak projek yang terikat dengan parti pemerintah, Evergrande dilihat gagal menyiapkan sebarang projek yang diberikan kepadanya.

Ini termasuklah projek pembangunan penempatan penempatan semula yang diarahkan oleh parti pemerintah. Secara ringkasnya, Evergrande telah menjadi syarikat gajah putih. Saiz pelaburan yang besar pada Evergrande dan pelbagai masalah kewangan. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan kejatuhan nilai sekali lagi pada Bitcoin. Sumber: Yahoo Finance 

Bitcoin secara amnya tidak terlibat dengan bursa saham. Namun begitu, Bitcoin dan kriptowang sering digunakan pelabur saham sebagai simpanan sekuriti modal pelaburan mereka. Dan apabila pasaran saham merudum, Bitcoin juga turut terkesan walau tidak secara langsung dan pada masa yang sama.

Ini kerana, pelabur mula sedar akan bahaya dan risiko Bitcoin yang tidak stabil. Pelaburan emas pula, sebaliknya menunjukkan trend yang baik. Sumber: CNBC 

Namun begitu, nilai Bitcoin didapati telah mula pulih setelah bantuan kewangan disalurkan untuk menyelamatkan Evergrande tapi tidak sepenuhnya. Sumber: Reuters 

Serangan Ke Atas Bitcoin.org

Bitcoin.org adalah laman web komuniti Bitcoin. Walaupun tidak terikat secara terus dengan Yayasan Bitcoin, namun penubuhan Bitcoin.org pada tahun 2008 adalah sebagai usaha sumber-terbuka untuk merancakkan perkembangan Bitcoin. Sumber: Be In Crypto

22 September 2021 lepas, laman web Bitcoin.org telah dipasang dengan iklan berbentuk scam dengan mesej tawaran untuk menggandakan Bitcoin mereka sekiranya mereka menderma Bitcoin mereka. Kononnya, pulangan dua kali ganda ini adalah hasil daripada Yayasan Bitcoin sendiri.

Laman web ini telah ditutup hampir 24 jam selepas mesej dari scammer ini dimuat naik. Tidak lama kemudian, laman web ini juga telah diserang dengan DDoS. Scam terbaru ini telah menyebabkan kerugian sebanyak $17,700USD. Sumber:
1) https://www.coindesk.com/tech/2021/09/23/bitcoinorg-appears-hacked-by-giveaway-scam/
2) https://www.dailymail.co.uk/news/article-10019843/Crypto-website-Bitcoin-org-hacked-pop-asking-visitors-send-money-earn-double.html

Konspirasi Matawang Kripto

Begitu banyak kospirasi tentang matawang kripto terutama sekali pada Bitcoin. Ada pihak berpendapat serangan ke atas bitcoin adalah satu serangan balas terhadap perpindahan beramai-ramai pemain kripto ke Russia. Sesetengah pihak melihat ini sebagai ancaman terutama sekali bagi pihak yang tidak seteru dengan Russia.

Bitcoin.org walau tidak berkait secara langsung dengan Yayasan Bitcoin adalah ‘muka depan’ bagi Bitcoin. Serangan ke atas laman web ini dilihat sebagai ancaman kepada Bitcoin itu sendiri bagi sesetangah pihak.

Ingatkah anda kepada aktiviti torrent dan p2p? Dahulunya dilihat sebagai aktiviti yang kebal, kini menjadi satu jenayah. Ya, memang fail adalah milik anda dan disimpan oleh anda. Namun pemilikan fail tertentu kini boleh disabitkan jenayah dan anda dikira melanggar undang-undang.

Sama juga dengan kriptowang. Ya, memang wang kripto anda masih lagi berada dalam simpanan anda. Serangan ke atas matawang kripto bukan bermakna wang kripto anda dicuri, tapi serangan ke atas nilai matawang kripto itu sendiri. Sama seperti serangan proksi ke atas matawang negara musuh tertentu dengan inflasi dan kejatuhan nilai matawang.

Apa pun, dengan kajian dan pembacaan lanjut kriptowang, kita secara tidak langsung mula membuka minda dengan geopolitik dan pasaran ekonomi global. Itu belum lagi masuk cerita kriptowang yang lain di pasaran. Tak masuk lagi spekulasi pasaran GPU.

Ada orang melihat matawang kripto sebagai pelaburan. Ada yang melihat ia hanya sebagai hobi. Ada yang jadikan ia periuk nasi. Jadi jangan melenting hanya kerana ada berita yang tidak menyenangkan hati anda kerana berita adalah berita. Ia bukan cerpen dan cerita waktu tidur.

Spekulasi itu biasa tambahan pula dalam bidang dan ekonomi yang penuh berisiko. Saya sendiri melalui zaman kegawatan ekonomi asia. Perniagaan tembakau keluarga saya jatuh muflis dengan modal saham sebanyak lebih RM 1 Juta lesap. 20 tahun kami menanggung hutang, rumah dan tanah digadai, disita bank.

Tapi, itulah pelaburan. Kecil risiko, kecil pulangan. Tak sanggup risiko, jangan melabur. Tak tahan spekulasi, beli lah emas. Sekian daripada saya untuk kali ini. Maaf atas kebodohan, kekasaran bahasa ataupun sebarang salah silap. Sesungguhnmya:

Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Saya budak baru belajar,

Kalau salah tolong komenkan.

Apa pandangan anda semua? Apa konspirasi dan teori yang anda fikir? Komen dan bincangkan di bawah.

#OMGHNews #OMGHINfo #Bitcoin

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

5G Di Malaysia Akan Diteruskan Menerusi DNB

0

Ok gais, abam baru terbaca berita ini, yang diterbitkan oleh The Malaysian Reserve.

Kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan pelaksanaan rangkaian borong tunggal (SWN) untuk pelancaran 5G di negara ini, dan ia akan berjalan seperti yang dirancang, demikian menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa.

Secara jujurnya, meskipun hasrat ini tidak disukai oleh telco utama, tetapi sedikit sebanyak perancangan untuk pengembangan rangkaian tidak perlu lagi difikirkan oleh pihak mereka.

Ini juga bererti, di mana saja kita berada, semua akan menggunakan rangkaian 5G yang sama. Semestinya, terdapat kelemahan pada model SWN ini seperti yang telah dialami di negara-negara lain, namun daripada kita terus menerus menunggu, dan menantikan jawapan tentang ‘kebenaran beroperasi’ 5G untuk telco, adalah lebih baik gunakan masa ini supaya rangkaian 5G dikembangkan dengan lebih pesat.

Pada masa ini, hanya Telekom Malaysia Bhd (Unifi Mobile) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES) telah mendaftar untuk rangkaian 5G DNB dan perjanjian perkhidmatan pajakan gentian untuk mempercepatkan penggunaannya di seluruh negara.

Kelajuan 5G yang telah saya uji di Putrajaya.

Bagaimanapun, Annuar berkata memandangkan beberapa syarikat telekomunikasi (telco) lain masih belum memeterai perjanjian dengan DNB sebagai penyedia perkhidmatan, ini mungkin melambatkan proses pelancaran.

Pada abam, asalkan harga langganannya adalah munasabah, dan pelannya juga tidak lagi ‘memperbodohkan’ pengguna dengan terma mengelirukan (contohnya ‘unlimited data’), tiada masalah siapa pun yang mengendalikannya.

Difahamkan bahawa DNB mengenakan cas kurang daripada 20 sen untuk setiap 1GB penggunaan data 5G. Berapa pula cas yang telco akan kenakan pada pelanggan, itu kita terpaksa tunggu bersama.

Gambar oleh: Digital News Asia

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Elon Musk Berhasrat Untuk Menanam Mikrocip Pada Otak Manusia

0

Ini bukan teori konspirasi ya. Elon Musk nampaknya cuba ‘buat hal’ lagi.

Dalam temu bual video strim langsung baru-baru ini dengan Sidang Kemuncak Majlis Ketua Pegawai Eksekutif Wall Street Journal, jutawan – Elon Musk berkongsi perancangan akan datang untuk Neuralink.

Syarikat teknologi antara muka otak yang diasaskan bersama oleh Elon Musk pada 2016 itu menyasarkan untuk mula menanam mikrocip pada manusia seawal tahun ini. Implan itu telah pun diuji ke atas seekor monyet yang kelihatan sedang bermain MindPong.

Elon Musk merujuk kepada implan Neuralink sebagai suatu penemuan yang ‘mendalam’ kerana ia mungkin memberikan penyelesaian untuk membantu individu yang mengalami kecederaan saraf tunjang dalam memulihkan kesihatan mereka dengan mendapatkan kefungsian seluruh badan.

Implan itu sedang menunggu kelulusan daripada FDA, tetapi Elon Musk cukup yakin teknologi itu akan melepasi garis panduan yang diperlukan. Menurut Business Insider, Elon Musk pada asalnya berjanji untuk mula menguji implan pada manusia menjelang akhir 2021.

Walau bagaimanapun, Musk mempunyai sejarah menyediakan garis masa yang terlalu optimistik. Hanya masa yang akan menentukan sama ada teknologi baharu ini akan tersedia untuk manusia tidak lama lagi.

Anda bagaimana? Teringin hendak bermain MindPong dalam otak?

Views: 2

Iklan Newspaper Inline