Individu Ini Menerima Jantung Khinzir Yang Diubahsuai Secara Genetik

Seorang lelaki AS telah menjadi orang pertama di dunia yang mendapatkan pemindahan jantung dari khinzir yang diubah suai secara genetik. David Bennett berada dalam keadaan baik tiga hari selepas prosedur eksperimen selama tujuh jam di Baltimore.

Pemindahan itu dianggap sebagai harapan terakhir untuk menyelamatkan nyawa Bennett, walaupun belum jelas apa peluang jangka panjangnya untuk bertahan hidup lebih lama.

Doktor di Pusat Perubatan Universiti Maryland telah diberikan dispensasi khas oleh pengawal selia perubatan AS untuk menjalankan prosedur itu, atas dasar bahawa Bennett akan meninggal dunia. Bagi pasukan perubatan yang melakukan pemindahan tersebut, ia menandakan kemuncak penyelidikan bertahun-tahun lamanya.

Pakar Bedah, Bartley P. Griffith dalam satu kenyataan mewakili Sekolah Perubatan Universiti Maryland berkata pembedahan itu akan membawa dunia selangkah lebih dekat dalam menyelesaikan krisis kekurangan organ.

Menurut OrganDonor.gov, krisis itu bermakna seramai 17 orang di AS telah pun mati dalam tempoh sehari sewaktu menanti pemindahan organ, dengan lebih daripada 100,000 orang berada dalam senarai menunggu.

Kemungkinan menggunakan organ haiwan untuk apa yang dipanggil sebagai xenotransplantation untuk memenuhi permintaan pemindahan organ telah lama dipertimbangkan, dan menggunakan injap jantung khinzir adalah perkara biasa. Pada Oktober 2021, pakar bedah di New York mengumumkan bahawa mereka telah berjaya memindahkan buah pinggang khinzir kepada seorang pesajit. Pada masa itu, operasi tersebut adalah percubaan perubatan paling maju dalam bidang setakat ini.

Bagaimanapun, malangnya penerima buah pinggang berkenaan telah mati otaknya (brain dead) tanpa harapan untuk sembuh.

Bennett bagaimanapun berharap pemindahan ini akan membolehkannya meneruskan kehidupan seperti biasa. Dia terlantar di katil selama enam minggu sebelum pembedahan, dipasang pada mesin yang memastikannya hidup selepas disahkan menghidap penyakit jantung terminal.

Apa yang akan berlaku seterusnya masih lagi tidak jelas dan tidak dapat dijangka. Khinzir yang digunakan dalam pemindahan itu telah diubah suai secara genetik untuk menyingkirkan gen yang menghasilkan gula (yang mana ia akan mencetuskan tindak balas imun pada manusia).

Sumber: Man receives first successful transplant of pig heart into human body

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x