More

    Michael Bay Membuat Semula (Remake) Filem Aksi Ini

    Buat yang dah lama mengikuti penulisan abam, pasti mengetahui bahawa abam amat meminati filem aksi dari Indonesia ini iaitu The Raid: Redemption dan The Raid 2: Berandal. Keduanya adalah filem yang dijadikan sebagai penanda aras untuk setiap filem aksi lain yang diterbitkan selepasnya.

    Nampaknya, kali ini filem tersebut mendapat perhatian daripada seorang pengarah bombastik (pun intended) iaitu Michael Bay. Dikatakan Bay sedang menghasilkan semula filem seni mempertahankan diri itu untuk Netflix.

    Sumber dari laman Deadline mengatahakan bahawa Michael Bay berkolaborasi bersama pengarah asalnya iaitu Gareth Evans beserta Patrick Hughes untuk penghasilan semula filem tersebut. Ia akan diterbitkan oleh Michael Bay dan XYZ Films, manakala Patrick Hughes (The Hitman’s Bodyguard) akan mengarahkannya dan James Beaufort menulis skrip bersama Hughes.

    Filem ini pernah memperoleh kejayaan besar apabila ia ditayangkan di Festival Filem Toronto 2012. Ia telah ‘diambil’ oleh Sony Pictures Classics, namun tajuknya ditukar kepada The Raid: Redemption atas sebab undang-undang.

    Jalan cerita kali ini akan mengalih latar asal Indonesia ke ‘Badlands’ Philadelphia — iaitu sebuah kawasan sebahagian daripada Philadelphia Utara dan Hilir Timur Laut yang terkenal dengan tawaran dadah dan keganasan berkaitan dadah.

    ‘Pasukan petugas elit’ daripada DEA akan berusaha melalui peniaga peringkat bawahan untuk mendapatkan ketua penjenayah yang terbukti sukar dikesan. Jika keadaan berlaku sepertimana dalam filem asal, beberapa ahli pasukan petugas elit itu akan bertahan hingga ke penghujung filem, dengan segala-galanya diserahkan kepada seorang wira, iaitu ‘hero’ mereka.

    Setakat ini, masih belum diketahui lagi siapakah barisan pelakonnya, dan apakah Iko Uwais akan membuat penampilan dalam filem tersebut.

    Sumber: Deadline

    Arya Putrahttps://omghackers.com/
    A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

    Artikel Terkini

    Artikel Berkaitan

    Subscribe
    Notify of
    guest
    0 Comments
    Inline Feedbacks
    View all comments
    0
    Would love your thoughts, please comment.x
    ()
    x
    %d bloggers like this: