Dengan lebih banyak cara untuk menstrim video dalam talian berbanding sebelum ini, melindungi kandungan video dari lanun cetak rompak yang gemar memuat turun terus menjadi isu utama bagi pemegang hak cipta.
Perkara ini selalunya dapat dicapai melalui Pengurusan Hak Digital, yang sering dirujuk sebagai DRM. Secara ringkasnya, DRM ialah alat anti-cetak rompak yang menentukan masa dan tempat kandungan digital boleh diakses oleh pengguna.
Widevine DRM ialah salah satu pemain terkemuka dalam bidang ini. Teknologi milik Google digunakan oleh kebanyakan perkhidmatan penstriman terbesar termasuk Netflix, Disney+, dan Amazon. Oleh itu, adalah kritikal untuk memastikan DRM selamat dari dibolosi individu yang tidak bertanggungjawab.
DRM Widevine mempunyai beberapa tahap yang berbeza. Varian L1 adalah yang paling selamat, diikuti dengan L2 dan L3. Namun begitu, masih tidak mustahil untuk ia dipintas, dan nampaknya ada individu yang mula membocorkan kaedahnya.
Pengguna GitHub dengan nama ‘Widevinedump’ telah menerbitkan beberapa repositori yang membolehkan orang ramai memuat turun video HD daripada platform penstriman popular, termasuk Netflix, Disney+, dan Amazon. Ini termasuk ‘DISNEY-4K-SCRIPT’, ‘Netflix-4K-Script’, ‘WV-AMZN-4K-RIPPER’, ‘HBO-MAX-BLIM-TV-Paramount-4k-Downloader’, ‘APPLE-TV- 4K-Downloader’ dan beberapa lagi skrip yang lain.
Kod tersebut kelihatannya seperti kod yang agak lama dan mungkin tidak selamat untuk digunakan. Jika ada yang tegar untuk mencuba, berkemungkinan ia boleh menyebabkan penggunanya disekat oleh platform penstriman atau mungkin lebih teruk lagi.
Kemudian, kebanyakan darinya tidak disertakan dengan Content Decryption Module atau CDM bagi tujuan memuat turun kandungan 4K. Untuk mendapatkan akses terhadapnya, bakal pengguna dikehendaki untuk membelinya terlebih dahulu dari ‘leaker’ tersebut.
Pembocoran kod ini meskipun satu bentuk tamparan buat platform penstriman, tetapi pembocornya tampak seperti mempunyai agenda lain. Ia seakan sebuah agenda ‘dendam’ terhadap beberapa individu di Discord, yang telah berkongsi kod tersebut secara peribadi.
Penggunaan kod ini adalah jelas melanggar peraturan DMCA. Atas sebab itu, kemungkinan untuk akaun ini dipadam oleh GitHub tidak lama lagi adalah sesuatu yang kita boleh andaikan akan berlaku.
In a picture obtained from Iran's ISNA news agency on July 3, 2012, shows AN Iranian short-range missile (Fateh) launched during the second day of military exercises, codenamed Great Prophet-7, for Iran's elite Revolutionary Guards at an undisclosed location in Iran's Kavir Desert. AFP PHOTO/ISNA/ARASH KHAMOUSHI =AFP IS USING PICTURES FROM ALTERNATIVE SOURCES AS IT WAS NOT AUTHORISED TO COVER THIS EVENT, THEREFORE IT IS NOT RESPONSIBLE FOR ANY DIGITAL ALTERATIONS TO THE PICTURE'S EDITORIAL CONTENT, DATE AND LOCATION WHICH CANNOT BE INDEPENDENTLY VERIFIED == (Photo credit should read ARASH KHAMOUSHI/AFP/GettyImages)
Arab Saudi diketahui telah membeli peluru berpandu balistik dari China pada masa lalu tetapi tidak pernah dapat membinanya sendiri, sehinggalah kini – negara tersebut dikatakan sedang membina senjata itu dengan bantuan dari China.
Pegawai AS di pelbagai agensi, termasuk Majlis Keselamatan Negara di White House telah diberi taklimat dalam beberapa bulan kebelakangan ini mengenai satu risikan sulit yang mendedahkan pelbagai pemindahan berskala besar teknologi peluru berpandu balistik sensitif antara China dan Arab Saudi.
Pentadbiran Biden kini berhadapan dengan persoalan yang semakin mendesak tentang sama ada kemajuan peluru berpandu balistik Saudi boleh (secara mendadak) mengubah dinamik kuasa serantau dan merumitkan usaha untuk meluaskan syarat perjanjian nuklear dengan Iran untuk memasukkan sekatan ke atas teknologi peluru berpandunya sendiri.
Iran dan Arab Saudi adalah musuh ketat dan tidak mungkin Tehran akan bersetuju untuk berhenti membuat peluru berpandu balistik jika Arab Saudi telah mula mengeluarkannya sendiri. Sebarang tindak balas AS juga boleh menjadi rumit oleh pertimbangan diplomatik dengan China, kerana pentadbiran Biden berusaha untuk melibatkan semula Beijing dalam beberapa isu dasar lain, termasuklah hal ehwal iklim, perdagangan dan wabak (pandemik).
Ditanya sama ada terdapat sebarang pemindahan teknologi peluru berpandu balistik sensitif baru-baru ini antara China dan Arab Saudi, jurucakap Kementerian Luar Negeri China memberitahu CNN dalam satu kenyataan bahawa kedua-dua negara adalah “rakan kongsi strategik yang komprehensif” dan “telah mengekalkan kerjasama mesra dalam semua bidang, termasuk dalam bidang perdagangan ketenteraan.”
Pentadbiran Biden telah menyenaraihitamkan dan menyekat berpuluh-puluh institut penyelidikan kerajaan China dan firma teknologi sektor swasta, atas tuduhan institut-institut ini menggunakan teknologi persenjataan untuk diguna pakai di dalam dan luar negara.
AS memberi amaran bahawa entiti ini bekerja sebagai sebahagian daripada strategi kerajaan China yang lebih luas untuk membangunkan dan menggunakan bioteknologi, termasuk ‘senjata kawalan otak.’ Ia berkemungkinan akan digunakan dalam serangan dan sebagai juga sebagai sebahagian daripada tindakan kerasnya terhadap Uighur dan etnik minoriti Islam yang lain.
Penalti tersebut bertujuan untuk menghalang teknologi A.S. daripada dieksport lalu digunakan ke dalam projek ini dan menyekat akses mereka kepada sistem kewangan A.S.
Secara keseluruhan, 12 institut penyelidikan dan 22 firma teknologi China telah disenaraihitam oleh agensinya dan disekat daripada sebarang eksport atau pemindahan teknologi A.S., kecuali dalam kes terhad dengan lesen.
Setakat ini masih tidak jelas jenis persenjataan yang mungkin sudah wujud, tetapi pemimpin tentera China telah memberi petunjuk tertentu selama bertahun-tahun tentang bioteknologi sebagai usaha mewujudkan bentuk ‘keupayaan serangan’ baharu, termasuk senjata ‘kawalan otak’ dan ‘serangan genetik etnik tertentu.’
Saya berkesempatan mencuba rangkaian 5G yang telah dilancarkan oleh DNB melalui dua telco iaitu YTL Communications (Yes) dan TM (unifi Mobile).
Tapi disebabkan TM hanya menyediakan 5G pada pelan pascabayar sahaja (unifi Mobile), maka saya bergegas mencuba melalui Yes.
Setakat ini, dalam rumah hanya ada 2 hingga 4 bar sahaja. Kelajuan pula boleh mencecah secara konsisten sehingga 300Mbps (kelajuan dalam rumah).
Untuk pelan prabayar ini, perincian adalah seperti berikut:
YES Prepaid FT5G Unlimited
*RM30 sebulan.
*Kelajuan 4G 7Mbps sahaja.
*Kelajuan 5G tidak dihadkan.
5G tidak perlu bayaran tambahan sehingga 31 Mac 2022 (ini bermaksud selepas tarikh tersebut mungkin telco ini akan mengenakan cas tambahan).
*Data hotspot 9GB.
*Panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian.
*SMS tanpa had ke semua pengguna YES
*Bayar untuk setiap penggunaan SMS ke rangkaian lain.
Setakat ini kelajuan untuk strim juga tidak dihadkan, dan anda boleh lihat pada tangkap layar yang saya telah kongsikan, strim video 4K boleh mencecah sehingga 200Mbps.
Kelajuan muat naik (untuk kawasan rumah yang saya duduki ini) adalah sehingga 17Mbps. Mungkin agak ‘underwhelming’ atau tidak mengujakan untuk sesetengah orang, tetapi perkara ini masih boleh ditambah baik dan diperbaiki oleh pihak DNB.
Ping adalah antara 17-23ms. Ini juga satu sudut yang masih boleh dijadikan lebih baik.
Saya tak pasti berapa pula bayaran tambahan yang akan dikenakan apabila tamatnya tempoh percubaan sehingga 31 Mac 2022 tersebut. Besar harapannya agar ia tidak membebankan pengguna terutamanya dari kalangan marhaen.
Internet laju bukan untuk satu golongan (berada/kaya) sahaja. Ia adalah satu bentuk keperluan di zaman ini dan ia adalah untuk semua. Pada saya, untuk permulaan dan percubaan, ‘OK-lah’. Tetapi di masa hadapan, saya juga berharap kelajuannya dapat ditingkatkan lagi sehingga 1Gbps. Ini sejajar dengan pembangunan dan kelajuan 5G di negara luar.
Anda pun suka bandingkan dengan negara luar, kan?
Sekarang saya nak tunggu Maxis, Digi, dan U Mobile untuk melancarkan 5G mereka pula. Celcom? Ahhh.
Kemas kini artikel:
Kelajuan 5G di kawasan pejabat saya boleh mencecah sehingga 1.3Gbps:
Kelajuan untuk strim YouTube 4K 60fps dapat menghampiri 300Mbps secara konsisten:
Creative abstract cyber crime, online piracy and internet web hacking concept: 3D render illustration of the macro view of metal handcuffs and wooden judge mallet, gavel or hammer on laptop notebook computer keyboard with selective focus effect
Penstriman haram boleh menyebabkan kos yang tinggi di Malaysia untuk para lanun cetak rompak.
TorrentFreak melaporkan bahawa pada minggu lepas, Dewan Rakyat Malaysia meluluskan Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan) 2021 yang, antara lain, akan lebih langsung menangani cabaran penstriman haram. Pindaan Akta Hak Cipta ini dapat menghukum mereka yang membolehkan penstriman lanun.
Individu yang menawarkan perkhidmatan penstriman dan peranti yang ‘memudaratkan’ pemilik hak cipta boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM10,000 tetapi tidak lebih dari RM200,000, hukuman penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Undang-undang yang dikemas kini juga tidak menggalakkan syarikat sama ada mengambil bahagian dalam penstriman cetak rompak atau bertolak ansur dengan kewujudannya.
Melainkan pengurus syarikat boleh menunjukkan bahawa mereka tidak mengetahui tentang pelanggaran akta dan mengambil ‘semua usaha wajar’ untuk menghentikan perbuatan tersebut, mereka akan dianggap bersalah atas jenayah yang berkaitan.
Undang-undang hak cipta di seluruh dunia selalunya meliputi cetak rompak digital, tetapi sebahagian daripadanya direka bentuk untuk menangani muat turun dan lain-lain bentuk cetak rompak (dalam versi atau cara lama).
Itu adalah masalah buat Malaysia sebelum ini, yang tidak dapat menggunakan Akta Hak Cipta terhadap penjual peranti penstriman berorientasikan cetak rompak sehinggalah keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kes tersebut difailkan.
Potensi hukuman adalah berat, dan susunan ayat dalam kemas kini itu menunjukkan mungkin sukar bagi sesetengah syarikat untuk mengelak dari terlibat dengan pekerja yang melakukan penstriman haram secara ‘jalan belakang’.
Huawei telah lama menafikan kerjasama dengan kerajaan China untuk mengintip negara lain dan rakyat China sendiri. Tetapi menurut The Washington Post, pihaknya telah menyemak 100 slaid PowerPoint dari Huawei yang boleh menunjukkan bagaimana ia dapat dikaitkan dengan projek pengawasan/risikan China.
Walaupun kebanyakannya ditandakan sebagai dokumen sulit, ia dilaporkan telah disiarkan di laman web Huawei yang terbuka kepada orang ramai sehingga dipadam pada tahun lepas.
The Post telah menerbitkan beberapa slaid, termasuk satu yang memaparkan teknologi yang boleh membantu pihak berkuasa menganalisis rakaman suara dengan membandingkannya kepada pangkalan data besar ‘cap suara’ yang direkodkan (bayangkan cap jari, tetapi untuk suara).
Data tersebut sepatutnya membantu dalam hal-hal keselamatan negara, dan ini bermakna ia boleh digunakan untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam perbezaan pendapat politik, hal ehwal Hong Kong dan Taiwan serta perbincangan mengenai hubungan etnik.
Terdapat juga slaid yang menunjukkan sistem pemantauan penjara komprehensif, yang nampaknya telah dilaksanakan di penjara Mongolia Dalam dan wilayah Shanxi, serta pusat tahanan di wilayah Xinjiang. Tahanan kem Xinjiang, kebanyakannya ahli kumpulan etnik Uyghur, menuduh pengendali mereka melakukan kerja-kerja paksa, menyeksa dan menahan mereka tanpa tuduhan jenayah.
Ia memperincikan bagaimana teknologi pengawasan Huawei telah digunakan di Xinjiang sejak 2017 dan bagaimana teknologi pengecaman wajahnya membantu menangkap “beberapa orang suspek jenayah.”
Slaid itu juga menunjukkan sistem pengawasan/pemantauan yang boleh menentukan lokasi “orang berkepentingan politik” menggunakan peranti elektronik mereka. Ia dilaporkan sedang digunakan sekarang di Guangdong, yang merupakan wilayah paling ramai penduduk di China.
Jurucakap Huawei bagaimanapun memberitahu pihak The Post, bahawa syarikat itu tidak mempunyai pengetahuan tentang projek yang disebut dalam laporan Washington Post, dan ia menyediakan “perkhidmatan platform awan yang mematuhi piawaian industri biasa.”
ROIDMI Eve Plus Untuk Membebaskan Anda Pada Tahun 2022
Sama ada anda peminat teknologi canggih atau hanya seseorang yang mencari pengganti pembersih vakum manual besar anda yang mungkin dari tahun 70-an, pembersih vakum dan mop robot ‘mengosongkan diri’ ROIDMI Eve Plus – tanpa ragu, adalah pilihan tepat untuk anda.
Robot pembersihan ini boleh mengambil alih semua kerja pembersihan lantai dan ciri pensterilan stesen habuk akan melindungi kesihatan anda dan keluarga anda pada tahun akan datang.
Adakah anda bersedia untuk diskaun Tahun Baru?
Robot pembersihan yang paling ‘biasa’ pun nampaknya dapat membersihkan lantai dengan baik. Tetapi adakah ia benar-benar bersih? Setiap kali anda melangkau daripada mengosongkan dan mencuci dulang habuk, sisa itu membiakkan kumpulan bakteria yang mengancam kesihatan keluarga.
Bagaimana cara melakukan pembersihan yang paling banyak dengan usaha paling sedikit tanpa mempunyai potensi ancaman kesihatan? Robot vakum Xiaomi berteknologi tinggi ROIDMI Eve Plus adalah jawapannya.
Stesen habuk besar 3L ROIDMI Eve Plus mempunyai sistem pensterilan dan penyahbauan yang menyelesaikan masalah bakteria. Penghargaan diberikan kepada komitmen ROIDMI terhadap inovasi dan meningkatkan fungsi mesra pengguna.
Selain daripada ciri-ciri inovatif, ROIDMI Eve Plus sudah lebih berkuasa sebagai pembersih vakum robot dan mop. Motor digital tanpa berus menjana sedutan 2,700pa. Berus vakum hadapan dan pad mop belakang membolehkan robot membersihkan dengan lebih cekap beserta tangki air 250ml, menawarkan pilihan air yang berbeza untuk jenis lantai yang berbeza, sudah cukup untuk robot mengemop ruang seluas 250 meter persegi.
Habuk yang berkumpul di bawah sofa merupakan satu isu kepada pembersih biasa. ROIDMI Eve Plus sangat cemerlang dalam masalah sudut yang sukar dicapai. Ia boleh meluncur masuk dan keluar dari sudut di bawah katil dan sofa dengan mudah dengan sistem navigasi pintar dan ia tidak akan cuba memaksa dirinya masuk apabila ketinggian tidak mengizinkannya. Begitulah pintarnya ROIDMI Eve Plus.
Ingat, anda tidak mendapat diskaun yang begitu besar untuk ROIDMI Eve Plus setiap hari. Harga pembersih vakum robot ini sekarang mempunyai diskaun yang besar, jadi jangan lepaskan peluang terakhir untuk merebutnya.
Jika anda bercadang untuk membeli pembersih vakum dan mop robot yang mengosongkan diri ROIDMI Eve Plus untuk diri sendiri atau sebagai hadiah untuk rakan atau ahli keluarga yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja pembersihan rumah, ini adalah masa yang terbaik. Anda boleh menikmati harga pembersih vakum robot dengan diskaun yang besar dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Kebanyakan kita di Malaysia, pastinya gemar membandingkan antara apa yang diberikan atau ‘diamalkan’ oleh telco dalam Malaysia dengan negara luar. Sejak Malaysia mula melancarkan 5G melalui DNB selaku SPV, dua telco menyahut seruan iaitu TM (unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes).
Tidak pasti lagi apa yang ditawarkan oleh TM menerusi pelan pascabayarnya iaitu unifi Mobile, tetapi Yes menawarkan dua bentuk pelan 5G iaitu prabayar FT5G Unlimited RM30 dan pascabayar FT5G RM49.
Di AS pula, kurang seminggu yang lalu, Verizon mendedahkan tiga penambahan bandar baharu pada senarai liputan Verizon 5G Home Internet. Kini, Verizon sedang melancarkan penghala baharu pula kepada pelanggan mereka.
Penghala Verizon baharu ini ialah peranti Wi-Fi 6E triband, yang bermaksud ia boleh bersambung melalui jalur 6GHz ultra-lebar yang baru, serta jalur biasa 2.4GHz dan 5GHz.
Walaupun kebanyakan penghala menampilkan port LAN Ethernet yang mampu menerima kelajuan berwayar tidak lebih daripada 1Gbps, Verizon Router akan menampilkan port LAN 10Gbps.
Menarik? Sabar. Ada lagi ‘spesifikasi sampingannya’ yang lain, iaitu untuk pelan Verizon 5G Home Internet ini, ia tidak memerlukan sebarang kontrak, dan tiada had data yang dikuatkuasakan dalam terma.
Purata kelajuan muat turunnya ialah kira-kira 300Mbps, dengan kelajuan maksimum boleh mencecah sehingga 940Mbps.
Pembangunan teknologi Wi-Fi semakin berevolusi demi memenuhi keperluan pengguna.
Wi-Fi adalah seperti oksigen untuk dunia kita yang terhubung antara satu sama lain walaupun lokasi jauh dari mata. Ia adalah protokol rangkaian wayarles yang paling meluas digunakan hari ini, membawa lebih separuh daripada semua trafik internet.
‘Wi-Fi’ ialah istilah lengkap untuk ‘keluarga’ atau versi yang semakin berkembang dengan protokol 802.11 yang telah berevolusi lebih dari dua dekad.
Wi-Fi Alliance, organisasi yang memacu penerimaan dan evolusi Wi-Fi, telah mempermudahkan nama generasi Wi-Fi yang biasa digunakan dengan tatanama berangka. Sebagai contoh, Wi-Fi 4 = 802.11n, Wi-Fi 5 = 802.11ac , dan Wi-Fi 6 = 802.11ax.
Walaupun rangkaian Wi-Fi 4/5/6 terdapat di mana-mana, pertumbuhan pesat Internet of Things (IoT) telah memaksa sekali lagi evolusi untuk Wi-Fi tradisional dan pembangun perlu memikir semula bagaimana ia harus berfungsi. Penilaian semula itu telah mendedahkan jurang teknologi dan mentakrifkan semula peranan yang perlu dimainkan oleh protokol 802.11 dalam dunia peranti IoT berkuasa ultra-rendah dan disambungkan secara wayarles hari ini.
Permintaan yang lebih tinggi untuk sambungan jarak jauh dan keperluan kuasa rendah aplikasi IoT serta mesin-ke-mesin (M2M) mendorong keperluan jenis Wi-Fi lain yang dioptimumkan untuk IoT.
Terdapat tiga ‘naik taraf’ atau evolusi yang akan diperoleh dalam pembangun teknologi Wi-Fi, dan ia adalah Wi-Fi HaLow, Wi-Fi EasyMesh, dan Wi-Fi 7.
Protokol Wi-Fi HaLow (disebut sebagai “HEY-low”) mengisi jurang ini dengan menyediakan penyelesaian wayarles kuasa ultra-rendah yang menghubungkan bilangan peranti IoT lebih besar pada jarak lebih jauh dan pada kuasa yang jauh lebih rendah daripada Wi-Fi tradisional. Protokol itu telah disahkan oleh ‘kumpulan tugas IEEE 802.11ah’ pada 2016 dan digelar Wi-Fi HaLow oleh Wi-Fi Alliance.
WiFi EasyMesh pula ialah standard yang membenarkan penghala Wi-Fi (router) dan peranti sistem mesh untuk berkomunikasi antara satu sama lain tanpa mengira produk atau jenama.
Dengan Wi-Fi EasyMesh, penghala dan pusat akses boleh menghalakan peranti ke pusat akses yang dapat menyediakan perkhidmatan terbaik untuk peranti itu. Rangkaian Wi-Fi EasyMesh juga boleh mengubah suai struktur rangkaian berdasarkan keadaan yang berubah-ubah untuk memberikan pengalaman yang konsisten kepada pengguna.
Di tengah ‘kekabutan’ ini, muncul pula Wi-Fi 6E. Secara ringkasnya, WiFi 6E bermaksud WiFi 6 yang dilanjutkan kepada jalur (band) 6GHz. 6GHz ialah jalur frekuensi baharu antara 5.925GHz hingga 7.125GHz, membenarkan sehingga 1,200MHz spektrum tambahan.
Tidak seperti jalur sedia ada yang salurannya pada masa ini dipadatkan ke dalam spektrum terhad, jalur 6GHz wujud tanpa pertindihan atau gangguan. Akses kepada frekuensi 6GHz membawa lebih jalur lebar (bandwidth), kelajuan lebih pantas dan kependaman (latency) yang lebih rendah.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, aplikasi baru muncul mempunyai keperluan yang lebih tinggi untuk daya pemprosesan dan kependaman. Contoh biasa aplikasi ini termasuklah video 4K dan 8K, realiti maya (VR) dan realiti tambahan (AR), permainan dalam talian, pejabat jarak jauh, persidangan video dalam talian, dan pengkomputeran awan.
Wi-Fi 6, iaitu standard Wi-Fi terkini, tidak mencukupi walaupun ia didedikasi untuk meningkatkan pengalaman pengguna dalam senario penduduk/pengguna berketumpatan tinggi.
Oleh itu, IEEE akan mengeluarkan pindaan baharu dengan nama IEEE 802.11be EHT, atau nama lainnya – Wi-Fi 7. Wi-Fi 7 adalah standard Wi-Fi generasi akan datang yang bakal dilancarkan, juga dikenali sebagai IEEE 802.11be — extremely high throughput (EHT).
Anda boleh rujuk maklumat lanjut mengenai Wi-Fi 7 di: What Is WiFi 7?
Persoalan sedang ditimbulkan sama ada pelancaran rangkaian 5G yang diterajui kerajaan, sebuah entiti tunggal – akan meletakkan syarikat telekomunikasi swasta (telco) pada kedudukan yang tidak menguntungkan.
Sementara DNB, iaitu syarikat kenderaan tujuan khas (SPV) milik kerajaan sedang berusaha bekerjasama dengan telco untuk melancarkan 5G di negara ini, terdapat dua set pemikiran yang masih berlegar menjadi dilema sesama mereka.
Di satu pihak, dengan kerajaan sebagai pemilik tunggal spektrum dan infrastruktur 5G, syarikat telekomunikasi tidak akan dibebani dengan perbelanjaan modal pendahuluan yang berat berbanding infrastruktur 5G yang digunakan secara individu.
Tidak seperti Malaysia, banyak negara telah menggunakan pendekatan lelongan yang membolehkan kerajaan memperuntukkan gelombang frekuensi 5G kepada pembida tertinggi. Walau bagaimanapun, lelongan kompetitif akan membawa kepada kos permulaan yang lebih tinggi untuk syarikat telekomunikasi dan menyebabkan tekanan aliran tunai.
Model SPV Malaysia boleh mengelak isu sebegitu dan pada masa yang sama mewujudkan medan permainan sama rata. Sebaliknya, terdapat kebimbangan bahawa pendekatan Malaysia akan menjejaskan margin syarikat telekomunikasi dalam jangka panjang disebabkan kos tambahan.
Model SPV mungkin akan lebih mahal untuk dilaksanakan kerana ia akan diselaraskan secara berpusat. Kos tinggi yang dikaitkan dengan pelancaran entiti tunggal mungkin akan diserahkan kepada pengendali perkhidmatan dalam bentuk kos borong yang lebih tinggi.
Seterusnya pengendali akan mendapati sukar untuk mengeluarkan margin yang lebih tinggi daripada menjual perkhidmatan ini kepada pelanggan mereka.
Keuntungan yang lebih rendah juga bermakna kurang dana bagi pengendali untuk melabur dalam pembangunan perkhidmatan, dan melemahkan keupayaan pengendali untuk membezakan diri mereka daripada syarikat pesaing.
Perkhidmatan nilai tambah (value-addes services) akan menjadi kunci bagi pengendali untuk mengembangkan pengaruh 5G mereka dan memberikan lebih nilai kepada pelanggan melangkaui kelajuan yang lebih pantas.
Atas sebab ini, syarikat telekomunikasi perlu memberi tumpuan kepada kualiti perkhidmatan dan produk, memandangkan tiada pemilikan spektrum oleh mereka. Telco seperti Maxis dan Celcom berkemungkinan akan kehilangan ‘keistimewaan’ dalam rangkaian mereka kerana 5G menjadi komoditi yang dikongsi di bawah model rangkaian borong tunggal (single wholesale network – SWN).
Syarikat telekomunikasi mungkin perlu melihat cara untuk menginovasi produk yang digabungkan dan melibatkan diri secara aktif dengan pelanggan mereka untuk memberikan pengalaman pelanggan yang baik dan unik berbanding pesaing. Bagaimanapun, memandangkan terdapat pengurangan beban modal awal untuk syarikat telekomunikasi di bawah model SPV, ia membuka jalan untuk hasil dividen yang mampan bagi syarikat-syarikat lain seperti Digi.
Perlu diperhatikan bahawa syarikat telekomunikasi telah membelanjakan 11% hingga 15% dari hasil perkhidmatan mereka untuk melancarkan 3G di seluruh negara dan 13% hingga 16% pula untuk rangkaian 4G.
Di tengah-tengah kebimbangan mengenai pendekatan SPV untuk melancarkan 5G, penganalisis TA Securities Research, Wilson Loo percaya model entiti tunggal adalah ‘ideal’ untuk sektor telekomunikasi.
Beliau berkata syarikat telekomunikasi juga akan dapat terus fokus pada usaha untuk memenuhi sasaran sambungan mudah alih tetap dan 4G di bawah pelan infrastruktur digital nasional.
Telco akan mengelakkan beban belanja modal yang berat dan tekanan aliran tunai yang terlibat dalam pelancaran 5G jika digunakan secara individu (pelaburan dalam rangkaian 5G dianggarkan menelan belanja 25% hingga 75% – lebih dari 4G) manakala pengguna akan mendapat manfaat dari akses kepada perkhidmatan 5G pada tarif yang kompetitif.
Di samping itu, oleh kerana penggunaan 5G berkemungkinan akan meningkatkan permintaan untuk gentian, pemain talian tetap seperti Telekom Malaysia dan TIME Dotcom akan mendapat manfaat daripada pembangunan itu.
Namun begitu, risiko terbesar untuk pelancaran 5G adalah pada keupayaan SPV untuk melaksanakannya seperti yang dijanjikan. Kerajaan telah berkata bahawa SPV yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, akan diberikan spektrum 700MHz, 3,500MHz dan 28GHz untuk memiliki, melaksana dan mengurus infrastruktur 5G di seluruh negara selama 10 tahun.
Beroperasi melalui model borong, syarikat telekomunikasi akan dibenarkan untuk mengakses rangkaian dengan kadar dan terma yang dikawal. Secara keseluruhannya, RM15 bilion akan dilaburkan dalam tempoh 10 tahun dengan belanjawan didahulukan.
Perkhidmatan 5G disasarkan untuk tersedia secara terpilih mulai akhir 2021. Dengan spektrum 5G menjadi komoditi yang dikongsi, nampaknya persaingan akan semakin sengit dalam industri telekomunikasi di Malaysia.