Utama Blog Laman 58

Sistem Operasi Telefon Pintar Pilihan Pemberi Maklumat CIA

0

Edward Snowden ialah salah satu nama yang paling terkenal dalam kalangan pemberi maklumat (whistleblower) yang berkaitan CIA dan NSA.

Selepas bekerja dengan CIA dan NSA, pada 2013 dia melarikan diri dari AS dan membocorkan beribu-ribu dokumen rahsia NSA, mendedahkan maklumat kerajaan yang sangat rahsia kepada dunia.

Sebagai pemberi maklumat AS berprofil tinggi, dia masih tidak dapat kembali ke sana. Snowden kini tinggal di bawah suaka Rusia, yang memberikannya pemastautin tetap tanpa had pada tahun 2020.

Disebabkan kami sering bercakap mengenai isu privasi dan keselamatan pada telefon pintar, sudah tentu agak menarik untuk diketahui apakah sistem operasi yang menjadi pilihan pemberi maklumat terkenal ini.

Jika anda adalah jenis orang yang tidak begitu mempercayai Google atau Apple untuk mengendalikan maklumat peribadi, anda pasti tertarik dengan saranan Snowden untuk menggunakan GrapheneOS.

Ia merupakan sebuah projek tanpa-keuntungan, dan sumber terbuka yang dibangunkan oleh organisasi kecil diketuai oleh jurutera keselamatan Daniel Micay. GrapheneOS bermatlamat sebagai sistem operasi mudah alih memfokuskan kepada privasi dan keselamatan dengan keserasian aplikasi Android.

Bagaimana rupa GrapheneOS ini?

Stock Android – tanpa kesemua aplikasi Google serta perkhidmatannya. Itulah dia GrapheneOS. Mungkin ia bukan satu pengalaman baharu, tetapi menjanjikan lebih privasi kepada sesiapa yang menggunakannya.

Tambahan pula, secara mudah faham, GrapheneOS menampilkan enkripsi storan yang dipertingkatkan. Ini bermakna ia akan menjadi sangat sukar bagi sesiapa, bahkan penggodam profesional, untuk mendapatkan akses kepada fail anda.

Perkara asas lain seperti cara Wi-Fi berfungsi, penjejakan selular, mahupun apa-apa sahaja yang bergantung kepada pihak ketiga seperti penyedia perkhidmatan internet anda, dan sesuatu boleh membuat anda dikenal pasti juga berkemungkinan besar telah diubah suai.

Jika tidak, sekurang-kurangnya anda akan mendapat khidmat nasihat tentang cara anda boleh menggunakannya dengan kaedah paling selamat oleh pasukan GrapheneOS.

Untuk pemasangan dan lain-lain informasi, anda bolehlah ke pautan: GrapheneOS

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Trojan Android Ini Dapat Melenyapkan Wang Dalam Bank Anda Melalui Satu Panggilan Telefon

0

Pemilik peranti Android kini perlu memberi perhatian kepada satu lagi kempen penipuan (scam). Pakar keselamatan siber dari Cleafy mengatakan bahawa mereka telah melihat peningkatan dalam jangkitan trojan akses jauh (Remote Access Trojan – RAT) Android sepanjang tahun lalu.

Menurut Cleafy, BRATA – sejenis perisian hasad yang pertama kali ditemui di Brazil kini telah sampai ke Itali. Penggodam menggunakan trojan untuk mencuri butiran perbankan daripada pengguna Android dan seterusnya mencuri semua wang dari akaun bank mereka.

Seperti yang dijelaskan oleh pakar keselamatan siber, versi baharu malware BRATA ini sukar untuk dikesan.

Pertama, pelaku ancaman menghantar mesej teks SMS yang mengandungi pautan ke laman web yang kelihatan seakan teks itu dari pihak bank. Ini adalah taktik yang dikenali sebagai smishing (pancingan data dengan SMS).

Jika mangsa mengklik pautan, laman yang dilawati akan menggesa mereka memuat turun aplikasi anti-spam. Laman ini juga memberitahu mangsa bahawa pengendali bank akan menghubungi mereka tidak lama lagi untuk membincangkan aplikasi yang mereka muat turun.

Di sinilah BRATA mempunyai kekuatan tersendiri berbanding kempen perisian hasad Android yang lain. Sebaik sahaja anda melawati laman web dan menawarkan maklumat anda, anda akan menerima panggilan daripada pengendali penipuan tersebut.

Pelaku ancaman berkenaan kemudiannya akan cuba mempengaruhi anda untuk memuat turun aplikasi hasad. Mereka akan menggunakan pelbagai teknik kejuruteraan sosial untuk meyakinkan anda bahawa mereka bekerja dengan bank.

Sekiranya anda terpedaya, anda mungkin akhirnya memasang aplikasi yang boleh digunakan oleh penggodam untuk mengawal telefon anda.

Sumber: Mobile banking fraud: BRATA strikes again

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Diskaun 80%, Aplikasi Dan Laman MyBayar Saman Kecundang

0

Berhubung dengan pengumuman kerajaan untuk memberikan diskaun sebanyak 80% bagi kompaun kesalahan trafik, ramai pengguna nampaknya mula berpusu-pusu ke laman dan aplikasi dalam talian MyBayar Saman.

Tidak kurang juga ada yang baru ingin membuka akaun mereka dalam portal tersebut. Saya sendiri, telah lama membuka akaun MyBayar Saman. Menyangkakan urusan akan lebih mudah dengan portal ini dan tidak perlu lagi beratur di kaunter, sangkaan saya meleset sama sekali.

Bermula jam 12:01 tengah malam pada 9 Disember lagi, portal tersebut sudah gagal diakses! Baik pada aplikasi mudah alih mahupun laman sesawang mereka. Itu pun bagi saya yang sudahpun memiliki ID di MyBayar Saman. Untuk mereka yang baru sahaja ingin membuka akaun MyBayar Saman pula, nasib malanglah bagi mereka.

Sekarang sudah masuk jam 4 pagi. Setelah seharian mencuba dari semalam, masih lagi tidak mampu diakses oleh saya. Nampak gaya ke kaunter juga lah saya pagi ini. Malaysia maju? Angan-angan saja lah. Hal remeh seperti ini pun masih lagi gagal segagalnya lagi.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Nvidia Shield TV Bakal Dinaiktaraf Ke Android 11

0

Peranti yang menjalankan Android TV kebiasaannya mempunyai jangka hayat yang baik. Cuma, apabila diperiksa versi sistem operasi, selalunya ia akan ‘tersekat’ pada versi lama. Sokongan terhadap sistem operasi biasanya hanya diberi selama beberapa tahun sebelum terhenti.

Bagaimanapun, pengguna Shield TV/TV Pro masih boleh menarik nafas lega kerana nampaknya model asal juga dikhabarkan akan menerima kemas kini Android 11 tidak lama lagi.

Google Play Console pada masa ini menyenaraikan semua model aktif Shield TV, iaitu kesemua model yang ada, sebagai model yang menyokong Android 11 dan SDK versi 30 yang berkaitan. Penyenaraian yang dikemas kini dalam Play Console telah ditemui oleh @AndroidTV_Rumor.

Walaupun sokongan dalam Play Console ini bukanlah pengesahan yang jelas lagi pasti tentang Android 11 yang akan dilepaskan kepada siri Shield TV, tetapi bolehlah dikatakan ia sebagai satu bukti bahawa sokongan terhadap sistem operasinya tetap akan hadir walaupun untuk model lama.

Paling menarik, kemas kini ini akan dilepaskan kepada Nvidia Shield TV model tahun 2015, yang menggunakan Android versi 5 pada asalnya, dan terkini ia juga menerima versi Android 9. Meskipun usianya sudah menjangkau enam tahun, Shield masih utuh sebagai peranti Android TV yang sentiasa disokong pembangun.

Sumber: @AndroidTV_Rumor

Ulasan Nvidia Shield TV Pro: Nvidia Shield TV Pro: Penanda Aras Terbaik Untuk Peranti Penstriman Terkini

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Rusia Mula Menyekat TorProject.org Dan Rangkaian Tor

0

Dalam usaha untuk mengawal apa yang rakyatnya boleh dan tidak boleh akses di internet, Rusia terus menerus membangunkan sistem untuk menghalang akses kepada laman web dan perkhidmatan tertentu.

Daripada kandungan yang melanggar akta hak cipta kepada propaganda pengganas, Rusia bertekad untuk melaksanakan sekatan ke atas pengguna Internet tanpa mengambil kira implikasi yang lebih luas.

Atas arahan pihak berkuasa Rusia, penyedia perkhidmatan internet (ISP) di Rusia telah menyekat TorProject.org, domain utama alat anti-penapisan Tor yang memfokuskan ke arah privasi.

Tindakan itu dilakukan berikutan dakwaan bahawa perkhidmatan tersebut membantu orang ramai mengakses laman web yang disekat sebelum ini dan memudahkan jenayah, termasuk akses kepada web gelap (dark web).

Sejak awal Disember, usaha telah dijalankan untuk menyekat Tor. Menurut GlobalCheck, sistem TSPU (alatan teknikal untuk menentang ancaman) telah digunakan terhadap beberapa nod Tor.

Dalam satu post di forum Projek Tor semalam, telah didedahkan bahawa pengawal selia telekomunikasi Rusia iaitu Roskomnadzor telah memberi amaran bahawa ia akan mengarahkan penyekatan domain utama projek itu.

Tidak lama selepas itu di blog rasmi Tor, ia pula memberi amaran tentang penapisan/sekatan yang akan datang, yang menyatakan bahawa lebih daripada 300K pengguna harian, Rusia adalah negara dengan bilangan pengguna Tor kedua terbesar.

Tor menyarankan kepada penggunanya di Rusia untuk menggunakan laman web ‘mirror’ yang dihoskan oleh EFF, membuat tetapan ‘Tor bridges’, dan memasang aplikasi OONI Probe.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

China Berjaya Mengubahsuai Cuaca Dalam Memastikan Langit Cerah

0

Bagaimana jika anda boleh memanggil hujan ke lokasi atau ‘membersihkan’ awan hujan gelap dengan menggunakan teknologi dan sains?

Penyelidik universiti di Beijing mengatakan bahawa ‘pihak berkuasa cuaca’ China berjaya menggunakan pengubahsuaian cuaca untuk memastikan langit cerah semasa perayaan besar tahun ini.

Parti Komunis China menyambut ulang tahun keseratusnya pada 1 Julai dengan sambutan yang besar.

Perayaan itu berlangsung di Dataran Tiananmen dan melibatkan puluhan ribu hadirin yang ikut serta. Menurut kertas penyelidikan dari Universiti Tsinghua, pihak berkuasa cuaca China menggunakan pengubahsuaian cuaca untuk memastikan langit kekal cerah.

Pengubahsuaian cuaca bukanlah satu idea baharu. Kerajaan China dilaporkan telah berusaha mengubahsuai cuaca sejak tahun 2008 lagi.

Berdasarkan kertas kajian baharu daripada penyelidik di Universiti Tsinghua, negara itu kini telah berjaya mencipta hujan buatan dan mengurangkan pencemaran udara.

Makalah itu diterbitkan pada 26 November, dalam jurnal yang dipanggil sebagai Sains Alam Sekitar. Penyelidikan menunjukkan bahawa kerajaan China menggunakan teknik pembenihan awan untuk memaksa hujan pada petang sebelum acara perayaan. Hujan ini mengurangkan jumlah pencemaran PM2.5 kepada lebih daripada dua pertiga jumlahnya.

Hal ini membantu meningkatkan kualiti udara pada masa itu daripada keadaan ‘sederhana’ kepada ‘baik’.

Percubaan pengubahsuaian cuaca bermula pada petang sebelumnya, dan apabila acara bermula pada pukul 8 pagi, cuaca berada dalam keadaan mendung. Sejurus upacara itu berlangsung, hujan lebat turun di dataran.

Pembenihan awan adalah teknik pengubahsuaian cuaca yang telah wujud bertahun lamanya. Terdapat beberapa kaedah berbeza yang boleh digunakan termasuk penggunaan garam, cas elektrik, dan juga denyutan laser inframerah.

Dengan memaksa hujan turun beberapa jam sebelum acara dijalankan, kerajaan China dapat menurunkan tahap pencemaran kepada ‘kualiti’ yang diingini oleh mereka. Malangnya, kerajaan China tidak berkongsi sebarang butiran tentang jenis pembenihan awan yang digunakan.

Sumber: China ‘modified’ the weather as Communist Party marked centenary in Beijing

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Berikan Garmin Di Musim Percutian Ini Dengan Promosi Bermusim Dan Hadiah Mingguan

0

Kuala Lumpur, Malaysia, 1 Disember 2021 – Garmin Malaysia mengalu-alukan penghujung tahun penuh peristiwa dengan promosi istimewa dan hadiah mingguan yang menarik untuk peminat merasai semangat menghadiahkan diri sendiri dan orang tersayang. Kini jam tangan pintar Garmin menjadi mampu milik daripada siri premium Fenix, siri lasak Instinct, jam tangan golf Lily dan Garmin Approach S12 GPS, dari sekarang hingga 16 Disember 2021.

Ada sesuatu untuk semua orang pada percutian ini dan Garmin Malaysia teruja untuk menambah keceriaan dengan pemberian jam tangan pintar mingguan yang berlangsung selama tiga minggu berturut-turut di mana peserta boleh berpeluang memenangi hadiah misteri.

Hadiah Mingguan Give A Garmin
Nantikan di laman Instagram Garmin Malaysia untuk menantikan hadiah jam tangan seterusnya! Dengan tiga jam tangan pintar untuk dimenangi, peserta perlu:

1. Ikuti @Garminmalaysia dan @Aecotechnologies di Instagram.
2. Teka dan ulas model garis jam tangan yang betul.
3. Tag tiga rakan dalam komen.

Dalam tiga langkah mudah, tiga pemenang bertuah akan diumumkan pada 17 Disember di Instagram Garmin Malaysia.

Jualan Akhir Tahun Garmin Malaysia

Dalam usaha yang baik untuk mempromosikan kepentingan pemantauan kesihatan, Garmin Malaysia juga telah mengumumkan promosi eksklusif pada siri jam tangan dengan kegunaan yang sejajar dengan gaya hidup harian rakyat Malaysia yang sibuk.

Pantau kecergasan anda semasa anda mengemudi hutan bandar dengan siri Fenix 6, pada harga diskaun:

The Fenix 6 Series New Promo Price Original Price
Garmin Fenix 6 Pro Solar RM 3,399 RM 3,950
Garmin Fenix 6 Sapphire RM 3,299 RM 3,820
Garmin Fenix 6X Sapphire RM 3,499 RM 3,999
Garmin Fenix 6X Pro Solar

(Titanium)

RM 3,999 RM 4,550

Terokai semula kawasan luar rumah dengan Garmin Instinct yang kini berharga:

The Instinct Series New Promo Price Original Price
Garmin Instinct Solar RM 1,599 RM 1,860
Garmin Instinct Solar Tactical RM 1,799 RM 2,099

Berpakaian dengan rangkaian Garmin Lily yang bergaya:

The Lily Series New Promo Price Original Price
Garmin Lily (Silicone Band) RM 799 RM 920
Garmin Lily (Leather Band) RM 999 RM 1,150

Akhir sekali, Garmin Approach S12, jam tangan golf GPS yang membolehkan anda mengekalkannya dengan ringkas di atas padang.

The Approach S12 New Promo Price Original Price
Garmin Approach S12 RM 799 RM 930

Ketersediaan

Promosi ini terpakai di semua Kedai Jenama Garmin, Peruncit Sah, laman web Rasmi Aeco Technologies, Shopee dan Lazada.

###

Mengenai Garmin

Garmin International, Inc. ialah anak syarikat Garmin Ltd. (Nasdaq: GRMN). Garmin Ltd. diperbadankan di Switzerland, dan anak syarikat utamanya terletak di Amerika Syarikat, Taiwan dan United Kingdom. Garmin dan vívomove ialah tanda dagangan berdaftar dan Body Battery dan Garmin Pay ialah tanda dagangan Garmin Ltd. atau anak syarikatnya. Semua jenama lain, nama produk, nama syarikat, tanda dagangan dan tanda perkhidmatan adalah hak milik pemilik masing-masing. Hak cipta terpelihara.

Selama 30 tahun yang lalu, Garmin telah mempelopori navigasi GPS baharu serta peranti dan aplikasi tanpa wayar yang direka untuk mereka yang menjalani gaya hidup aktif. Garmin menyediakan lima pasaran utama, termasuk automotif, penerbangan, kecergasan, marin dan rekreasi luar.

Untuk maklumat lanjut, lawati bilik akhbar maya Garmin di garmin.com/newsroom, atau ikuti kami di facebook.com/garmin, instagram.com/garmin, twitter.com/garminnews, atau youtube.com/garmin.

Android ialah tanda dagangan Google LLC. SPOTIFY dan logo Spotify adalah antara tanda dagangan berdaftar Spotify AB. Amazon Music dan semua logo berkaitan adalah tanda dagangan Amazon.com, Inc. atau sekutunya. Apple ialah tanda dagangan Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara lain.

Notis mengenai Kenyataan Pandangan Ke Hadapan:

Keluaran ini termasuk kenyataan yang berpandangan ke hadapan mengenai Garmin Ltd. dan perniagaannya. Kenyataan sedemikian adalah berdasarkan jangkaan semasa pengurusan. Peristiwa dan keadaan yang berpandangan ke hadapan yang dibincangkan dalam keluaran ini mungkin tidak berlaku dan keputusan sebenar mungkin berbeza secara material akibat faktor risiko yang diketahui dan tidak diketahui serta ketidakpastian yang mempengaruhi Garmin, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor risiko yang disenaraikan dalam Laporan Tahunan mengenai Borang 10-K untuk tahun berakhir 29 Disember 2018, difailkan oleh Garmin dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (Nombor fail Suruhanjaya 0-31983). Salinan Borang 10-K tersebut boleh didapati di https://www.garmin.com/en-US/company/investors/earnings/. Tiada kenyataan yang berpandangan ke hadapan boleh dijamin. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan hanya bercakap pada tarikh ia dibuat dan Garmin tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak secara terbuka sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya.

Kejuruteraan di dalam untuk kehidupan di luar, produk Garmin telah merevolusikan kehidupan untuk pengembara, atlet dan peminat luar di mana-mana sahaja. Komited untuk membangunkan produk yang meningkatkan pengalaman dan memperkayakan kehidupan, Garmin percaya setiap hari adalah peluang untuk berinovasi dan peluang untuk mengalahkan semalam. Untuk maklumat lanjut, lawati bilik akhbar maya Garmin di garmin.com.my/news/pressroom atau ikuti kami di facebook.com/GarminMalaysia, instagram.com/GarminMalaysia dan Youtube.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pasukan Perhubungan Media (Ariff Communications):
Fajar Pang: dawn@artofariff.com | +6017 630 9193
Carmiela: carmiela@artofariff.com | +6011 5751 8543
Aisya Hanem: aisya@artofariff.com | +6010 220 4207

Ibu pejabat GARMIN Malaysia: (AECO Technologies), 43, Jalan Jejaka 2, Taman
Maluri, Cheras

Kedai jenama Garmin di Malaysia:
1. Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur
2. KL East Mall, Kuala Lumpur
3. Digital Mall, Petaling Jaya
4. 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
5. Decathlon, Bandar Sri Damansara
6. Jalan Lagenda, Melaka
7. Queensbay, Pulau Pinang
8. Juru Autocity, Pulau Pinang
9. Bukit Indah, Johor
10. Mid Valley Southkey, Johor
11. Kuantan East Coast Mall, Pahang
12. Kuching Vivacity Megamall, Sarawak (Penjual Semula GARMIN Premium)

Untuk maklumat lanjut tentang GARMIN Malaysia dan rangkaian tawarannya, lawati
www.garmin.com.my dan https://aeco.com.my/.

Ikuti kami di semua media sosial Garmin Malaysia:
Instagram : https://www.instagram.com/garminmalaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/GarminMalaysia/
Twitter: https://twitter.com/GarminMalaysia

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kerajaan Mempertimbangkan Pembatalan DNB Sebagai Pemborong Tunggal 5G

0

Kerajaan sedang mempertimbangkan semula model borong tunggal (single wholesale model) untuk pelancaran rangkaian 5G selepas menerima maklum balas dari syarikat telekomunikasi dan pemain industri.

Menurut menteri komunikasi dan multimedia, Annuar Musa, syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan masih mempersoalkan kerajaan berhubung cadangan model pelancaran 5G.

DNB ialah syarikat kenderaan tujuan khas (special purpose vehicle – SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh kementerian kewangan. Pelan awal adalah untuk menjadikan ia sebagai penyedia tunggal infrastruktur untuk rangkaian 5G, kemudian menawarkannya kepada syarikat telekomunikasi dan peruncit dalam satu model borong.

Annuar berkata, isu itu dibangkitkan di Parlimen dan kerajaan kini akan mempertimbangkan sama ada akan membenarkan pelbagai pembekal beroperasi dan mewujudkan persaingan antara pemain industri.

DNB mengumumkan semalam bahawa rangkaian (5G) mereka sudah bersedia untuk ditawarkan mulai 15 Disember 2021. Bagaimanapun, nampaknya syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan masih ragu untuk mendaftar, dengan TM menjadi satu-satunya syarikat telekomunikasi yang mengesahkan penyertaan dalam percubaan rangkaian 5G.

“Kami berharap dapat membuat keputusan muktamad pada bulan depan,” kata Annuar.

Sumber: Govt to decide if 5G wholesale model will be scrapped, says minister

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Nvidia Shield TV Pro: Penanda Aras Terbaik Untuk Peranti Penstriman Terkini

0

Kebanyakan orang mencari media penstriman yang terbaik untuk diletakkan dalam rumah sebagai ‘hub’ hiburan sekeluarga. Terdapat banyak peranti penstriman di zaman ini, tetapi yang benar-benar menonjol kerana ciri, spesifikasi, serta prestasinya adalah Nvidia Shield Pro.

Saya berkesempatan mendapatkannya dan di sini biar saya beri tahu anda bahawa inilah antara peranti yang amat berbaloi saya beli di tahun 2021.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, mari kita lihat dulu segmen buka kotaknya.

Jika anda hendak tahu spesifikasi penuhnya, saya sarankan anda baca sendiri di laman web rasmi: SHIELD TV Pro Streaming Media Player

Apa yang anda perlu tahu tentang Nvidia Shield TV Pro? Ia merupakan peranti Android TV kategori premium yang menawarkan prestasi unggul dengan dikuasakan oleh Nvidia Tegra X1+ dan 3GB RAM. Storan dalaman yang ditawarkan ialah 16GB, tetapi boleh ditambah lagi melalui slot kad SD.

Saya membelinya pada harga RM989 menerusi seorang penjual. Ya, harganya adalah jauh lebih mahal berbanding Mi Box S yang masih saya miliki hingga kini. Sekarang Mi Box S saya gunakan sebagai peranti penstriman yang digabung bersama projector Lumos Ray untuk hiburan hujung minggu di ruang bilik tidur utama, manakala Shield TV Pro pula digunakan di ruang tamu.

Shield TV Pro merupakan satu peranti berbentuk agak ‘petak’ dan bersaiz besar. Casisnya diperbuat daripada plastik, tetapi kualiti tinggi dapat dirasakan pada hasil binaan akhir.

Shield TV Pro mempunyai model ‘standard’ yang lebih kecil iaitu Shield TV (tanpa Pro, duh), dan ia mempunyai beberapa kelebihan yang jelas, antaranya seperti ketersambungan. Shield TV Pro mempunyai dua port USB 3.0 Type-A, output HDMI 2.0, dan bicu Gigabit Ethernet. Bagaimanapun, anda perlu membeli sendiri kabel HDMI kerana ia tidak disediakan dalam kotak.

Peranti ini menggunakan alat kawalan jauh dengan reka bentuk segi tiga panjang. Agak sedikit sukar untuk membukanya pada permulaan bagi tujuan penukaran bateri, tetapi apabila sudah terbiasa, tiada masalah lagi.

Apa yang saya suka ialah butangnya mempunyai lampu berwarna putih yang akan menyala apabila dipegang.

Proses penetapan awal memakan masa yang sedikit panjang, kerana tidak seperti Mi Box S, pengguna perlu juga menanti tetapan khas Shield TV Pro oleh Nvidia untuk dikemaskini. Setelah saya salin akaun Google dari peranti Poco F3 ke Shield TV Pro, segalanya kembali terasa lancar apabila ia selesai boot ke home screen.

Home screen semestinya menggunakan paparan antaramuka Android TV yang mesra alat kawalan jauh dan navigasinya. Secara lalai, Shield TV Pro masih menggunakan Android 9, yang pada saya agak mengejutkan juga kerana peranti high end seperti ini seharusnya sudah dinaik taraf ke Android 10, sekurang-kurangnya.

Seperti biasa, disebabkan ia adalah ‘certified Android TV device’ oleh Google, maka ia dipenuhi dengan aplikasi Google keluar-dari-kotak. Terdapat aplikasi penstriman lain juga (semestinya) seperti Netflix, tetapi anda boleh memasang dan menambah aplikasi lain dari Google Play Store.

Tetapi jika anda hanya inginkan sebuah peranti penstriman, maka Shield TV Pro ialah sebuah peranti yang agak ‘berlebihan’ untuk ciri itu. Jika anda inginkan pengalaman baru, maka ia akan dapat memberikan anda pengalaman tontonan yang luar dari kebiasaan, dengan ciri AI Upscaling yang mampu menaikkan resolusi HD kepada 4K.

Terus-terang, ciri AI Upscaling amatlah memuaskan hati. Saya menonton rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu di Netflix yang memaparkan resolusi HD, tetapi dengan AI Upscaling, resolusinya tampak lebih ‘tajam’, jelas, dan agak jitu. Inilah dia ciri moden yang membezakan antara Shield TV Pro dengan yang lainnya.

Ciri audio juga sangat baik, jika anda mempunyai sistem bunyi sekeliling untuk menggunakannya. Shield TV Pro menyokong suite audio Dolby penuh, termasuk Dolby Atmos, ditambah bunyi sekeliling DTS-X (pass-through) dan main semula audio resolusi tinggi sehingga 24-bit/192 kHz melalui HDMI.

Saya tiada kelengkapan audio dengan sokongan Dolby Atmos buat masa ini, tetapi jika kena dengan bajetnya, maka tidak perlu lagi berfikir panjang, pasti saya akan ‘sambar’ dan gabungkan dengan Shield TV Pro.

Saya bukanlah seorang ‘gamer’, maka peranti ini sememangnya agak ‘overkill’. Namun, jika anda ingin mendapatkan peranti penstriman dengan kebolehan gaming yang mantap, tiada calon lain lagi yang mampu memenuhi kriteria ini. Apa pun, anda masih memerlukan alat kawalan permainan yang boleh dibeli pada harga sekitar RM200+. Shield TV Pro menawarkan GeForce Now, iaitu sebuah perkhidmatan yang bolehlah disamakan dengan Google Stadia.

Konklusi

Pada pendapat saya, untuk kategori peranti penstriman, Nvidia Shield Pro akan dapat bertahan untuk masa yang lama, tambahan lagi dengan spesifikasinya yang tinggi, ia bukan sahaja sesuai untuk strim kandungan, malah juga untuk bermain permainan.

Kalau anda sudah lama menyimpan untuk membelinya, saya katakan: beli sahaja.

Biar sekarang terasa sedikit menyesal kerana menghabiskan wang, tetapi untuk jangka masa panjang, anda boleh tersenyum puas setiap kali Shield TV Pro dihidupkan.

Anda boleh beli Nvidia Shield TV Pro di: Shopee

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Ameca: Robot Humanoid Dengan Ekspresi Wajah Seperti Manusia

0

Engineered Arts, pereka dan pengilang robot humanoid yang berpangkalan di UK, baru-baru ini mempamerkan salah satu ciptaannya dalam sebuah video yang disiarkan di YouTube.

Robot itu yang dipanggil sebagai Ameca, dipamerkan di saluran YouTube sedang membuat satu siri ekspresi muka yang luar biasa seakan-akan manusia.

Pada permulaan video, Ameca kelihatan seperti terjaga dari ‘tidur’, kerana wajahnya menunjukkan campuran kekeliruan dan kekecewaan apabila ia membuka matanya.

Tetapi apabila Ameca mula melihat tangan dan lengannya, robot itu membuka mulut dan mengangkat kening seolah-olah kagum. Di penghujung video menunjukkan Ameca tersenyum dan menghulurkan tangan menyambut ke arah penonton.

Engineered Arts berkata robot itu pada masa ini belum lagi dapat berjalan, dan keupayaan itu akan ‘diberikan’ pada masa akan datang. Mereka turut menjelaskan bahawa keupayaan AI diserahkan kepada pembangun dan mereka hanya mengendalikan fungsi badan ultra-realistik untuk Ameca.

Maklumat lanjut mengenai Ameca boleh dilihat di: Ameca: The Future Face Of Robotics

Anda boleh tonton pergerakan dan ekspresi wajah Ameca di sini: Ameca Humanoid Robot AI Platform

Views: 0

Iklan Newspaper Inline