Kerajaan Mempertimbangkan Pembatalan DNB Sebagai Pemborong Tunggal 5G

Kerajaan sedang mempertimbangkan semula model borong tunggal (single wholesale model) untuk pelancaran rangkaian 5G selepas menerima maklum balas dari syarikat telekomunikasi dan pemain industri.

Menurut menteri komunikasi dan multimedia, Annuar Musa, syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan masih mempersoalkan kerajaan berhubung cadangan model pelancaran 5G.

DNB ialah syarikat kenderaan tujuan khas (special purpose vehicle – SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh kementerian kewangan. Pelan awal adalah untuk menjadikan ia sebagai penyedia tunggal infrastruktur untuk rangkaian 5G, kemudian menawarkannya kepada syarikat telekomunikasi dan peruncit dalam satu model borong.

Annuar berkata, isu itu dibangkitkan di Parlimen dan kerajaan kini akan mempertimbangkan sama ada akan membenarkan pelbagai pembekal beroperasi dan mewujudkan persaingan antara pemain industri.

DNB mengumumkan semalam bahawa rangkaian (5G) mereka sudah bersedia untuk ditawarkan mulai 15 Disember 2021. Bagaimanapun, nampaknya syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan masih ragu untuk mendaftar, dengan TM menjadi satu-satunya syarikat telekomunikasi yang mengesahkan penyertaan dalam percubaan rangkaian 5G.

“Kami berharap dapat membuat keputusan muktamad pada bulan depan,” kata Annuar.

Sumber: Govt to decide if 5G wholesale model will be scrapped, says minister

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x