Rusia Mula Menyekat TorProject.org Dan Rangkaian Tor

Dalam usaha untuk mengawal apa yang rakyatnya boleh dan tidak boleh akses di internet, Rusia terus menerus membangunkan sistem untuk menghalang akses kepada laman web dan perkhidmatan tertentu.

Daripada kandungan yang melanggar akta hak cipta kepada propaganda pengganas, Rusia bertekad untuk melaksanakan sekatan ke atas pengguna Internet tanpa mengambil kira implikasi yang lebih luas.

Atas arahan pihak berkuasa Rusia, penyedia perkhidmatan internet (ISP) di Rusia telah menyekat TorProject.org, domain utama alat anti-penapisan Tor yang memfokuskan ke arah privasi.

Tindakan itu dilakukan berikutan dakwaan bahawa perkhidmatan tersebut membantu orang ramai mengakses laman web yang disekat sebelum ini dan memudahkan jenayah, termasuk akses kepada web gelap (dark web).

Sejak awal Disember, usaha telah dijalankan untuk menyekat Tor. Menurut GlobalCheck, sistem TSPU (alatan teknikal untuk menentang ancaman) telah digunakan terhadap beberapa nod Tor.

Dalam satu post di forum Projek Tor semalam, telah didedahkan bahawa pengawal selia telekomunikasi Rusia iaitu Roskomnadzor telah memberi amaran bahawa ia akan mengarahkan penyekatan domain utama projek itu.

Tidak lama selepas itu di blog rasmi Tor, ia pula memberi amaran tentang penapisan/sekatan yang akan datang, yang menyatakan bahawa lebih daripada 300K pengguna harian, Rusia adalah negara dengan bilangan pengguna Tor kedua terbesar.

Tor menyarankan kepada penggunanya di Rusia untuk menggunakan laman web ‘mirror’ yang dihoskan oleh EFF, membuat tetapan ‘Tor bridges’, dan memasang aplikasi OONI Probe.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x