Utama Blog Laman 136

Hidup Tanpa Astro Edisi 2018: Cara Terbaik Bebas Dari Bil Melampau [#CutTheCord]

2

Kita teruskan tahun ini dengan kempen #CutTheCord dan #CutTheCable.

Cut The Cord/Cut The Cable ialah kempen kami yang membawa maksud, menggugurkan/menamatkan langganan televisyen satelit untuk menggunakan alternatif video dan siaran televisyen atas talian.

Benar, kempen ini bukan untuk semua orang, namun buat mereka yang dapat memanfaatkannya kami ucapkan tahniah, kerana telah berjaya mengubah gaya hidup anda menjadi lebih baik dan menjimatkan.

Fakta: Astro telah sekian lama mencengkam rakyat Malaysia dengan hak eksklusif penerbitan pelbagai saluran televisyen dengan bayaran langganan bulanan yang sangat tinggi.

Maaf Astro, ini adalah hakikat dan saya rasa anda juga tidak akan dapat menafikannya. Plan yang ditawarkan juga agak ‘berselirat’ dengan pilihan A, ditambah pilihan B sekiranya mahu, dan lain-lain lagi.

Antara pilihan-pilihan pakej ditawarkan Astro.
Bayaran bulanan yang dikenakan.

Contoh pakej langganan: [Super Pack Plus 4 = 225.78 x 12 = RM2709.36 (Harga promosi tu!)]

Kita dilayan seakan tidak punya pilihan lain selain melanggan Astro sahaja untuk menonton rancangan kegemaran. Saya faham kita rakyat Malaysia ni bukan siapa-siapa pun. Ibarat mentimun, memukul sakit, digilis pun sakit.

Kita tidak mampu ‘melawan’ sebuah syarikat penerbitan berskala besar dan gergasi seperti Astro.

Tetapi betulkah begitu? Benarkah kita tiada pilihan?

Secara teknikalnya tidak. Kita bukanlah hendak ‘berlawan’ dengan mereka, sebaliknya hanyalah ingin mencari dan menggunakan alternatif mesra rakyat marhaen (dari segi pendapatan). Bukankah lebih bagus jika dapat berjimat?

Berikut ialah panduan dari omghackers.com akan bagaimana caranya untuk anda mengurangkan belanja bulanan yang digunakan bagi membayar bil Astro.

Rakyat Malaysia masih mempunyai pilihan, asalkan saja mereka mempunyai:

1. Kemahuan untuk berubah.
2. Bersedia belajar dan buat perkara baru.
3. Internet yang stabil – 4Mbps ke atas adalah digalakkan.

Bab langganan internet ini saya serahkan kepada anda untuk menentukan ia sendiri. Saya tidak akan ‘menentukan’ ia untuk anda kerana ia adalah subjek yang subjektif (Wah, ayat).

Saya bahagikan cara membebaskan diri dari Astro kepada 3 bahagian iaitu:

  1. Dapatkan akaun atau servis penstriman (bahasa lainnya silalah langgan).
  2. Strim dari sumber-sumber percuma.
  3. Dapatkan Android TV Box bagi melengkapkan matlamat ini.

Bahagian Pertama: Akaun/Servis Strim

Akaun strim terbahagi kepada dua jenis. Satu, untuk anda strim rancangan-rancangan kegemaran anda, secara terus atau istilah lainnya On Demand. Kedua, untuk anda strim rancangan-rancangan televisyen secara langsung.

Bagi jenis yang pertama, antara contoh-contohnya ialah Netflix, iflix, Hulu, HBO GO, Screambox dan sebagainya lagi. Dengan akaun-akaun ini, anda boleh strim pelbagai filem dari pelbagai genre. Anda tidak lagi perlu menunggu ia disiarkan dengan waktu yang telah ditetapkan, sebaliknya anda boleh terus strim dan mainkan mana-mana filem yang anda suka.

Dengan memanfaatkan servis seperti Netflix, anda tidak akan terlepas mana-mana rancangan yang anda gemari kerana tiada apa-apa siaran langsung padanya. Terdapat beribu-ribu video yang terdiri dari filem dan drama, seperti The Dark Knight, Guardians of the Galaxy Vol. 2, The Conjuring, dan lain-lain lagi. Banyak, sangat banyak pilihan!

Selain itu, Netflix dan iflix juga mempunyai pilihan rancangan istimewa yang khusus untuk para pelanggannya iaitu Netflix Originals dan Only On iflix. Oleh itu, ciri unik pada kedua servis penstriman ini sekurang-kurangnya menjadikan ia berbaloi dijadikan sebagai ganti kepada televisyen purba. Ahhh, maksud saya televisyen berkabel anda.

Untuk jenis kedua pula, antara yang boleh dicuba ialah Sling TV. Sling TV adalah perkhidmatan penstriman yang membolehkan anda strim pelbagai saluran televisyen secara langsung melalui internet. Selain itu, DirecTV juga boleh dipertimbangkan sekiranya anda seperti saya, berminat dengan saluran-saluran seperti FOX, FX, CNN, Cartoon Network, Disney dan semestinya Food Network. Oh ya, terdapat juga pelbagai siaran langsung sukan, jika anda memang jenis tidak dapat hidup jika tidak menonton aksi-aksi kesukanan.

Pelbagai saluran di Sling TV.
Antara pilihan saluran pada DirecTV.

Bahagian Kedua: Penstriman Percuma

Untuk bahagian kedua ini, kami telah pun menghuraikan ia kepada pelbagai pecahan aplikasi-aplikasi yang (contohnya) terdiri dari:

  1. Kodi
  2. Terrarium TV
  3. FreeFlix HQ
  4. TeaTV
  5. Alternatif-Alternatif Kodi
  6. Smart YouTube TV
  7. Popcorn Time

Bab penstriman percuma ini tidak terhad hanya kepada aplikasi-aplikasi, malah laman-laman yang menempatkan pelbagai video untuk distrim juga jatuh kepada kategori ini. Anda boleh rujuk contoh pada post Apa Yang Abam Buat Bila Abam Berhentikan Langganan Ast**?.

Baca juga: 10 Laman Terbaik Muat Turun Serta Strim Filem Dan Drama

Baca juga: 10 Laman Tempat Muat Turun Dan Strim Filem

Bahagian Ketiga: Android TV Box

Jadi, untuk menggabungkan bahagian pertama dan kedua, kita memerlukan bahagian ketiga ini, iaitu peranti penstriman. Peranti untuk penstriman boleh juga terbahagi kepada pelbagai jenis, namun jenis yang paling popular, mudah diingati, dan mudah pula didapati ialah Android TV Box atau lebih dikenali dengan nama Android Box.

Dengan peranti ini, anda dapat memasang pelbagai aplikasi yang akan menjalankan kesemua servis-servis penstriman yang telah anda langgan itu. Antara contoh peranti yang pernah kami ulas ialah Tanix TX3 Mini.

Setelah kesemua anda sediakan dan tetapkan, anda akan dapat menikmati saluran-saluran, rancangan-rancangan, dan filem-filem kegemaran anda di televisyen. Barulah lengkap segala keperluan anda untuk menonton di kaca skrin besar.

Tidak lupa juga, peranti seperti ini dapat memainkan apa juga video yang anda muat turun, atau strim video-video menarik di YouTube. Semuanya dengan kuasa sistem operasi Android.

Apa yang penting, anda kajilah dulu sebaik mungkin peranti yang anda ingin beli, sebelum membuat sebarang pembelian. Terdapat berbagai jenis dengan spesifikasi mengikut bajet anda. Pilihlah dengan betul.

Kita sudah berada di penghujung artikel. Sebuah artikel panduan untuk anda tamatkan langganan Astro, sudah pun tamat (Wah, peningnya ayat ini).

Saya tidak menggalakkan anda melanggan mana-mana servis penstriman lanun, seperti WDHD, MYIPTV, Moon HD, dan sebagainya lagi. Anda mungkin akan terdedah dengan tindakan undang-undang dari pihak yang berkenaan. Maklum sajalah, barang cetak rompak.

Tetapi saya juga tiada kuasa untuk menghalang anda. Buatlah apa sahaja, asalkan fikir dahulu untung ruginya. Sekian sahaja panduan dan tips dari saya. Seperti biasanya, jangan lupa kongsikan artikel ini dengan semua rakan, ahli keluarga, teman sepejabat, bos, cleaner, budak Milo, dan sesiapa sahaja yang anda rasa dapat memanfaatkan isi kandungan dari artikel ini.

Terima kasih dan jumpa lagi pada artikel akan datang.

#CutTheCord #CutTheCable #GengStreaming

Views: 48

Iklan Newspaper Inline

Maze Runner The Death Cure: Sebuah Filem Tentang Perasaan

0

SINOPSIS

Seperti biasa, filem ini adalah satu filem yang tidak perlu ditunggu sebenarnya tetapi disebabkan saya telah menonton siri filem sebelum ini, saya gagahkan juga menonton siri terakhir dalam filem ini. Filem ini mengisahkan Thomas dan rakan-rakannya cuba menyelamatkan Minho selepas siri sebelumnya Minho telah ditangkap oleh pihak WICKED dan juga Teresa berpaling tadah.

Film Maze Runner The Death Cure ialah kejadian selepas 6 bulan selepas filem Maze Runner The Scorch Trials. Thomas yang pada masa itu memimpin kumpulan Glader dalam usaha untuk melarikan diri. Mereka berjuang menuju misi terakhir yang paling berbahaya untuk menyelamatkan Minho telah dibawa ke “The Last City” iaitu tempat dimana satu makmal yang membuat kajian penghasilan penawar bagi virus zombie ini.

Cerita ini lebih tertumpu kepada bagaimana Thomas dan rakan-rakannya yang lain sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan kawan baiknya iaitu Minho ini.  Satu-satunya perkara yang saya sebutkan ialah filem ini pasti bukan untuk kanak-kanak bawah umur, dan untuk orang dewasa secara emosinya dalam filem ini selama tiga tahun yang lalu, ia melalui saat terakhir pengakhiran yang terbaik.

Saya cadangkan pada anda untuk tidak menonton jika anda tidak bersedia dari segi mental dan emosi untuk saat-saat sedih.

ULASAN

Jarang sekali sebenarnya kita dapat menonton filem yang benar-benar menyentuh perasaan. Filem lain kebiasaannya lebih tertumpu kepada anasir baik dan jahat. Tetapi jika anda menonton filem ini, anda akan mendapati bahawa:

  1. Filem ini sebenarnya bukan lebih misi menyelamatkan dunia, tetapi sebenarnya lebih kepada misi menyelamatkan kawan-kawan yang hanya ingin menyelamatkan sesama sendiri dan bersedia meletakan diri dalam bahaya apabila diperlukan.
  2. Kekuatan utama filem ini adalah sebenarnya lebih mempersoalkan moral anda selepas keluar panggung wayang. Adakah anda sanggup mengorbankan diri anda demi kebaikan manusia sejagat ataupun anda sanggup mementingkan diri sendiri?.
  3. Siri ini sebenarnya tiada jawapan bagi persoalan anda, namun lebih kepada bermain pada emosi penonton agar lebih menghayati watak baik dan jahat. Semua watak dalam filem ini   (kecuali mungkin Janson) hanya melakukan apa yang mereka rasa betul iaitu menyelamatkan diri. Betul kan?

Kesan CGI dalam filem ini amat terbaik. Realistik dan memang teliti. Plot dan jalan cerita bagi saya ianya biasa sahaja, cuma apa yang boleh katakan ia terlalu mudah difahami dan tidak membuatkan penonton berfikir terlalu lama. Hanya perlu bermain emosi dan air mata sahaja.

PENUTUP

Secara keseluruhan, ia jauh dari yang terbaik, dan bagi mereka rasa filem ini tidak bagus mungkin adalah pada pendapat masing-masing yang mungkin tidak akan menemui apa-apa di sini untuk suka, tetapi filem Maze Runner: The Death Cure adalah sangat baik daripada yang saya harapkan. Kadang-kadang itulah yang anda perlukan sebuah filem.

Oleh itu OMG Hackers memberikan penarafan Durian Buruk sebanyak:

6/10

Jumpa lagi pada review filem akan datang!

Views: 11

Iklan Newspaper Inline

Kemaskini Pelayar Web Firefox Anda Sekarang!

0

Mozilla telah melepaskan kemaskini bagi pelayar webnya untuk menampal kerentanan terbaru yang kritikal, yang membolehkan penggodam menjalankan kod hasad dari exploit tersembunyi di dalam kod paparan antaramuka Firefox.

Dalam versi 58.0.1, Mozilla telah memperbaiki lebih dari 30 kerentanan, serta menambah baik enjin grafik dan mengoptimumkan prestasi pelayar.

Exploit tersebut mengambil kesempatan ke atas komponen Chrome UI pada Firefox yang membenarkan pihak ketiga untuk menjalankan perintah pada elemen itu atau pada komputer hos. Elemen-elemen Chrome UI (yang tiada kena mengena dengan Google Chrome) adalah seperti bar menu, toolbar, atau mana-mana elemen paparan antaramuka yang dicipta oleh addon.

Jurutera Mozilla yang berpangkalan di Berlin, Johann Hofmann berkata, komponen tersebut tidak terpisah dari kod yang dijalankan di halaman laman sesawang. Laman sesawang hasad dapat menjalankan kod yang dibuat untuk elemen paparan antaramuka Firefox.

Penggodam kemudian boleh menyembunyikan HTML tanpa kawalan (unsanitized HTML) di dalam kod tersebut yang akan menjalankan perintahnya sendiri tanpa terikat kepada komponen Chrome UI. Kod akan dijalankan dengan kebenaran tahap/peringkat pengguna semasa. Sekiranya komputer sedang berada dalam akaun admin, maka kod itu dijalankan dengan perintah peringkat sistem/administrator.

Untuk semua pengguna, adalah disarankan agar anda mengemaskini versi terbaru Firefox. Versi yang dijangkiti atau terdedah kepada kerentanan ini adalah 56, 57, dan 58. Versi yang anda patut gunakan sekarang ialah 58.0.1.

Kemaskini boleh dimuat turun di pautan ini: Firefox 58.0.1

> Gizmodo

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Siccin: Filem Seram Paling Menakutkan Yang Menjadi Bualan Hangat Di Festival Sundance

0

 

Ditayangkan pada awal minggu lepas, filem ini kini telah dilabel sebagai generasi baru filem seram!. Kenapa?

Filem ini adalah berkaitan dengan kebiasaan kita mewarisi tabiat buruk ibu dan bapa kita. Filem seram baru ini yang bertajuk Hereditary, mengambil idea ini untuk segala kesimpulan yang paling melampau, paling mengerikan, dan apa yang paling penting trailler telah pun keluar di semua laman sosial internet.

Dibintangi Toni Collette, Gabriel Byrne dan Ann Dowd, mengisahkan bahawa keluarga Graham mengalami peristiwa pelik dan aneh setelah kematian nenek mereka. Ditayangkan pada festival Sundance pada minggu lepas, filem ini dipanggil sebagai filem seram paling gila tahun ini dengan penuh dengan kejutan yang menakutkan sepanjang masa.

Filem ini cuba membongkarkan misteri menakutkan keluarga mereka, dan akhirnya menemui satu titik hitam yang penah terjadi pada keluarga mereka. Semakin mereka menemui sesuatu benda buruk, dan semakin jugalah mereka nampak sebenarnya mereka mewarisi pekara yang sangat jahat.

Ia menerima beberapa ulasan paling bagus pada festival filem Sundance tahun ini dan dalam masa sebulan, pengkritik telah mengisytiharkan bahawa filem ini sudah menjadi filem yang paling menakutkan untuk tahun ini. Seperti mana mungkin anda tahu, Festival Sundance selalunya menjadi tempat terkenal pelancaran filem.

Filem seram iaitu Saw, The Witch dan Get Out pada tahun lalu telah ditayangkan di festival ini. Filem Hereditary menerima pujian untuk tahun ini dengan skala 100% pada laman Rotten Tomatoes.

Filem ini akan ditayangkan secara rasmi di Amerika Syarikat pada 8 Jun ini. Jika anda seorang peminat filem seram, filem ini sepatutnya anda nantikan!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Super Blue Blood Moon 31 Januari 2018 : Para Puntianak Dalam Ketakutan

0
Blood Moon

 

 

 

Tanggal 31 Januari 2018 iaitu hari ini, seluruh dunia kecoh memperkatakan fenomena besar yang akan berlaku pada malam ini. Mana tidaknya, 3 fenomena bulan akan berlaku serentak pada masa yang sama. Super Moon, Blue Moon, dan Blood Moon akan berlaku serentak yang akan dikenali sebagai Super Blue Blood Moon. Mengikut kepercayaan zaman gelap, pada malam ini, keturunan Serigala Jadian ataupun Werewolf akan mendapat kekuatan luar biasa dan akan memburu sarang-sarang puntianak dengan rakus. Tapi cerita itu saya biarkan terpendam di dalam fikiran peminat siri filem Underworld sahaja lah. Penulisan saya pada hari ini akan memfokuskan kepada sisi astronomi fenomena ini.

 

Femomena Super Moon.

Super Moon

Fenomena Super Moon adalah fenomena yang berlaku apabila bulan berada dalam keadaan paling dekat dengan bumi apabila mengelilingi orbitnya. Orbit bulan menglilingi bumi tidak berbentuk bulat sepenuhnya, tetapi sebaliknya, berbentuk sedikit bujur. Apabila berada di titik paling dekat dengan bumi, kedudukan tersebut dipanggil Perigee dan apabila berada pada titik kedudukan paling jauh, ia dipanggil Apogee. Apabila berada di titik Perigee, pada ketika itulah fenomena Super Moon terjadi. Pada fenomena ini, bulan akan kelihatan 12% lebih besar, dan 30% lebih terang daripada kebiasaannya.

 

Jarak Perigee dan Apogee dalam bentuk gambar rajah.

 

Perbandingan penampakan di antara bulan pada kedudukan Perigee dan Apogee.

 

 

Tidak seperti namanya, Blue Moon tidak berwarna biru.

 Blue Moon

Jangan tertipu dengan namanya. Ia tidak bermaksud bulan akan kelihatan berwarna biru. Blue Moon adalah fenomena di mana telah berlaku 2 purnama penuh dalam bulan yang sama di dalam kalendar masihi. Bak kata pepatah inggeris, “once in a blue moon” yang bermaksud perkara yang sangat jarang berlaku, fenomena Blue Moon ini juga satu fenomena yang jarang sekali berlaku. Untuk bulan ini, purnama penuh telah pun berlaku pada 2 Januari 2018 yang lepas dan sekali lagi pada hari ini iaitu 31 Januari 2018.

 

Bagi peminat Blood Moon, anda tidak akan kecewa kerana seperti namanya, Blood Moon sememangnya berwarna kemerahan seperti sedang “berdarah”.

Blood Moon

Tidak seperti Blue Moon, Blood Moon sememangnya mencipta nama dengan rupanya yang seakan berdarah. Pada fenomena ini, bulan akan kelihatan agak kemerahan daripada biasa. Akan tetapi, jangan  terpedaya. Fenomena ini bukanlah kerana bulan sedang berdarah, atau berlaku peperangan di atas permukaan bulan, atau berlakunya reaksi pada permukaan bulan mahupun oleh kerana konspirasi badan angkasa. Bulan seperti yang kita ketahui, tidak menghasilkan cahayanya sendiri seperti sebuah bintang. Sebaliknya, bulan memantulkan cahaya matahari pada permukaannya yang putih dengan debu angkasa. Pada fenomena Blood Moon, cahaya matahari akan sedikit terhalang di sebalik bayang bumi dan akan mengurangkan jumlah cahaya matahari yang terpantul pada permukaan bulan. Peristiwa ini berlaku semasa gerhana bulan.

 

Gerhana bulan akan berlaku dalam 3 tahap iaitu Penumbra awal, Umbra, dan akhir sekali Penumbra akhir. Pada Penumbra, gerhana separuh akan berlaku pada awal dan akhir kitaran gerhana. Gerhana penuh akan berlaku pada tahap Umbra. Bulan akan kelihatan merah sepenuhnya pada tahap Umbra.

 

Gambar rajah proses kitaran gerhana bulan.

Rakyat Malaysia, Jangan Lepaskan Peluang!

Seperti yang telah saya ceritakan, peristiwa ini sangat jarang berlaku. Mungkin kita tidak akan mampu melalui peristiwa ini lagi dalam 100 tahun akan datang sekali pun. 3 peristiwa sekaligus adalah kegilaan para peminat astronomi dan ahli kaji bintang. Kita bertuah kerana mampu mengalami peristiwa ini di Malaysia. Gerhana akan bermula pada pukul 6:51 PM dan berada pada gerhana penuh pada pukul 8:51 PM 10:57 PM. Gerhana akan tamat pada jam 12:08 PM. Sila rujuk poster rasmi daripada Agensi Angkasa Malaysia di bawah untuk lebih maklumat.

Syabas Agensi Angkasa Malaysia untuk infografik yang lengkap dan beresolusi tinggi.

 

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

TeaTV: Alternatif Terbaik Kepada Terrarium TV!

0

Bagaimana dengan aplikasi FreeFlix HQ? Adakah anda berpuas hati dengannya? Jika masih belum puas, maka cadangan dari kami juga masih belum berakhir. Oleh itu tanpa melengahkan masa, kita terus sahaja kepada tajuk artikel, iaitu TeaTV.

Jika dilihat pada paparan antaramuka penggunanya, masih lagi ia tidak ubah seperti Terrarium TV.

Ya, berkemungkinan inspirasi reka bentuk antaramukanya memang diambil dari Terrarium TV. Jadi, apakah keistimewaan aplikasi TeaTV ini?

TeaTV memudahkan pengguna newbie untuk mengendalikan aplikasi tersebut. Tidak seperti Terrarium TV mahupun FreeFlix HQ, secara asasnya TeaTV telah meringkaskan menunya, dan tidak lupa juga ia meringkaskan operasi.

Sebagai contoh, jika anda klik pada sesuatu tajuk, anda akan dibawa terus kepada filem yang anda pilih, kemudian apabila klik atau tekan sahaja pada butang main, ia akan terus berikan kepada anda pilihan-pilihan pautan untuk distrim.

Pelbagai pilihan pautan, tak ubah seperti Terrarium TV.

Kemudian, setelah anda pilih, secara automatik pula ia akan paparkan pula menu pilihan seperti gambar di bawah, juga tidak ubah seperti? Ya, anda telah teka dengan tepat, Terrarium TV.

Boleh muat turun terus melalui ADM, yeah.

Tetapi semua ini tidak perlu anda dengan bersusah-payah menetapkannya terlebih dahulu, tidak seperti…? Ya, betul, tidak seperti Terrarium TV. Ini adalah kerana TeaTV telah pun ‘siapkan’ kesemua tetapan seperti sumber sarikata, sumber pautan, dan sebagainya lagi untuk anda.

Menu tetapannya cukup-cukup ringkas, bahkan seakan tidak lagi perlu untuk diubah. Mereka yang baru berjinak dengan aplikasi penstriman pasti akan berasa lega kerana tidak perlu pening kepala dengan pelbagai pilihan tetapan yang kadangkala seperti terlebih teknikal.

Serius, ringkas bukan?

Melalui butang menu kecil di bawah, anda diberi pilihan Discover, Movies, TV Shows, dan Anime. Mudah? Betul, cukup mudah. Buat apa perlu pening kepala, untuk memahami sesuatu aplikasi?

Anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala?

Oh maaf, copyright infringement, advertisement by Panadol.

Paparan muka depan yang cukup mudah untuk difahami.

Seperti biasa, jika anda mahu pasangkan aplikasi ini, anda boleh dapatkan ia melalui pautan yang diberikan di bawah:

>>> TeaTV

Juga seperti biasa, jangan dilupa untuk kongsikan artikel ini dengan sahabat handai, makcik pakcik, nenek, atuk, onyang, oppa, annyeonghaseyo, kucing, dan sesiapa sahaja yang anda jumpa ya. Terima kasih dan hastalavista!

Oklah, saya nak layan John Wick. Jumpa lagi di artikel akan datang.

Layan movie dulu gais!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

FreeFlix HQ: Aplikasi Penstriman Yang Lebih Baik Dari Terrarium TV

4

Nampaknya semakin hari semakin ramai yang memberikan perhatian terhadap kempen #CutTheCord. Alternatif demi alternatif dibongkarkan, sesuai dengan peredaran masa.

Kami kerap juga menulis tentang aplikasi Terrarium TV, yang menjadi fenomena setelah Kodi beransur-ansur hilang magisnya. Terrarium TV menjadi aplikasi utama buat para peminat filem, yang enggan lagi bersusah-payah menyiapkan tetapan Kodi.

Namun Terrarium TV bukan satu-satunya aplikasi penstriman yang unggul. Terdapat banyak lagi alternatif kepada Kodi yang pernah ditulis dan dibincangkan di sini, yang mana Terrarium TV hanyalah salah satu sahaja daripada pelbagai lagi aplikasi alternatif.

FreeFlix HQ – satu aplikasi penstriman yang bukan sahaja menjadi alternatif unggul buat Kodi, ia juga adalah satu alternatif terbaik kepada Terrarium TV.

Apa yang menariknya tentang FreeFlix HQ ini? Baiklah, mari kita tengok sama-sama.

Paparan antaramuka, tak ubah seperti Terrarium TV.

Pertamanya, aplikasi ini tidak ubah seperti Terrarium TV, dari segi paparan antaramuka penggunanya. Sekali pandang, sudah tahu mana yang harus diklik, dengan panduan Material Design yang meskipun tidak secara menyeluruh, namun cukup untuk memudahkan kepenggunaan.

Terdapat Live TV!

Kedua, FreeFlix HQ mempunyai pelbagai pilihan kategori strim, dari filem, drama, kartun, hinggalah kepada siaran televisyen! Ya, siaran televisyen langsung!.

Dari siaran televisyen Amerika Syarikat, Afghanistan, Malaysia, dan pelbagai lagi negara yang mana anda hanya perlu pilih sahaja melalui senarainya.

Pelbagai pilihan strim televisyen langsung.

 

Strim BBC World News.

 

Strim Food Network. 🙂

Selain itu, sekiranya anda mempunyai fail m3u sendiri, anda boleh import ia untuk distrim melalui FreeFlix HQ. Menarik bukan?

Pilihan import fail m3u diberikan.

Jangan dilupakan juga, FreeFlix HQ adalah aplikasi penstriman filem dan drama. Apa yang menarik, ia akan terus strim dari sumber pautan yang anda pilih bersama dengan sarikatanya. Jika sarikata tersebut tidak tepat, anda boleh ubah melalui butang ‘CC’ di atas pemain video.

Tidak seperti Terrarium TV, FreeFlix HQ memberi peluang kepada pengguna untuk menyahaktif iklan yang dipaparkan melalui butang derma menggunakan PayPal dengan jumlah 10USD, atau lebih mengikut kemahuan anda. Jadi, anda tidak perlu lagi mencari aplikasi crack semata-mata untuk menghilangkan paparan iklannya.

Baguslah begitu, kan?

Baiklah, rasanya cukup dahulu buat masa ini artikel pengenalan kepada FreeFlix HQ. Kami akan kemaskini lagi di masa akan datang sekiranya terdapat apa-apa berita menarik yang berkaitan dengan aplikasi ini.

Buat anda yang ingin memasangnya pada telefon mahupun Android Box, anda boleh muat turun fail apk di laman rasmi: FreeFlix HQ

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan serta ahli keluarga anda supaya mereka juga dapat memanfaatkan FreeFlix HQ. Terima kasih buat semua yang menekan butang share. 🙂

Views: 10

Iklan Newspaper Inline

Smart YouTube TV: Aplikasi Klien YouTube Khusus Untuk Android TV Box Dan Smart TV

0

Mutakhir ini, trend #CutTheCord yang telah kami jalankan sejak beberapa tahun yang lalu telah menunjukkan hasilnya. Ramai yang telah beralih kepada penstriman berbanding bergantung harap kepada satu syarikat, diulangi, satu syarikat untuk memberikan servis siaran televisyen.

Selain Netflix, iflix, Terrarium TV, Kodi, bla bla bla, aplikasi YouTube juga tidak ketinggalan dalam mendapat pembaharuan dan penambahbaikan. Khususnya aplikasi YouTube for Android TV, paparan antaramukanya juga sudah pun dikemaskini menjadi lebih serasi dengan paparan dan kaedah operasi televisyen (Smart TV).

Namun, dengan adanya pembangun yang suka melakukan modifikasi pintar terhadap setiap aplikasi yang keluar, menjadikan ia lebih baik dan sempurna. Aplikasi Smart YouTube TV adalah manifestasi kepada kejayaan pengubahsuaian.

Apa yang baharu dalam Smart YouTube TV?

  • Sokongan resolusi 4K.
  • Dapat dijalankan tanpa servis Google (Google Play services).
  • Direkabentuk untuk skrin televisyen.
  • Sokongan kawalan asal.
  • Papan kekunci carian pelbagai bahasa.
  • Sepenuhnya setempat (bahasa).
Gambar ihsan dari Smart YouTube TV.

Jika anda lihat pada gambar di atas, sewaktu aplikasi ini boot untuk pertama kalinya ia akan memberikan kepada anda selaku pengguna akan peluang, untuk memilih mana-mana pelancar (launcher) yang serasi dengan peranti anda.

Anda tetap boleh pilih untuk paparan 4K, namun jika peranti anda tidak menyokong resolusi 4K, tidak mampu untuk memainkan resolusi tersebut, atau kelajuan internet tidak mencukupi, anda boleh padamkan cache dan data untuk kembali semula kepada paparan pilihan pelancar.

Pilihan resolusi sehingga 4K.

Apa yang menarik, aplikasi ini juga akan sentiasa menetapkan resolusi maksima secara automatik, tidak seperti aplikasi untuk telefon pintar yang mana pengguna terpaksa bersusah payah menukarnya secara manual kepada resolusi definisi tinggi penuh sekiranya mereka mahu.

Resolusi 1080p ditetap secara automatik.

Baiklah, jika anda mahu pasangkan ia pada Android TV Box atau Smart TV anda, silalah muat turun fail apk Smart YouTube TV melalui pautan di bawah:

>>> Smart YouTube TV

Cubalah dahulu ya, saya nak layan video 4K ni.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Projek Montauk: Eksperimentasi Misteri, Merentasi Masa, Dan Kawalan Minda

2

Pada artikel lepas, kami telah menulis tentang Projek MKULTRA. Ya, kali ini kami menulis tentang satu projek yang berjalan ketika projek MKULTRA iaitu Projek MONTAUK.

Pada asalnya projek ini berasaskan kepada Projek Philadelphia (juga dikenali sebagai Projek Pelangi) adalah percubaan tentera laut pada bulan Oktober 1943 di mana kapal pemusnah yang mengawal USS Eldridge tidak kelihatan dalam radar. Dikatakan dalam sejarah, Kapal itu juga dihantar ke pelabuhan lebih dari 200 batu jauhnya, dan muncul semula ke tempat asal selepas 10 saat. Pada bulan tersebut juga, tentera Amerika Syarikat telah melakukan ujian rahsia pada kapal tentera laut di Philadelphia, Pennsylvania, untuk mencari cara untuk menghilangkan pergerakan kapal pada radar tentera Nazi supaya mereka dapat menghantar bekalan dan juga senjata dengan selamat ke Tentera Bersekutu di Eropah.

Tentera Laut tidak pernah mengakui mana-mana ujian ini berlaku, tetapi menurut ahli teori konspirasi sejak pada tahun 1955, ia bukan sahaja berhasil membuat kapal-kapalnya tidak dapat dilihat oleh radar, tetapi secara tidak sengaja berjaya menyebabkan kapal perang bergerak dengan baik dan laju. Namun begitu setelah berlaku kejadian negatif pada anak kapal tersebut, maka Projek Pelangi ataupun Projek Philadelphia tersebut dihentikan serta merta. Projek ini kemudiannya diubah kepada Projek MONTAUK setelah Projek MKULTRA dilancarkan.

Pada tahun 1969, peranti radar dan peranti perumahan di Montauk Point ditutup dan orang awam dilarang mendekati kawasan tersebut. Kerajaan Amerika telah memberikan sebahagian daripada tanah di Montauk Point tetapi mengekalkan hak untuk melakukan kerahsiaan dibawah tanah dan hak tanah tersebut boleh dipulangkan semula jika belaku ancaman sekuriti nasional. Kemudahan ini dikuasakan oleh stesen kuasa yang menggunakan gigawatt.

Di kemudahan bawah tanah di Montauk Point, dikhabarkan ada 30 hingga 50 ahli fizik dan jurutera bereksperimen dalam fizik kuantum dan zarah lubang hitam (BLACKHOLE). Projek Montauk bermula dengan penyelidikan fizik dan radar, kemudian diperluaskan kepada eksperimen pada manusia.

Tujuan utama hasil eksperimen ini adalah untuk memanfaatkan tenaga yang diperlukan untuk pemindahan tempat dan perjalanan masa. Oleh kerana terlalu banyak eksperimen ini dijalankan, mereka terdedah kepada bahayanya radiasi NEUTRON.

Program kawalan minda turut dimasukkan. Satu eksperimen menggunakan kerusi Montauk, dikatakan telah berjaya untuk mengesan manusia sekiranya manusia tersebut bergerak dalam kelajuan cahaya.

Khabar angin bahawa pemerintah AS telah melakukan eksperimen dalam peperangan psikologi di Montauk sama ada Camp Hero atau Montauk Air Force Station mulai tersebar berita tersebut pada pertengahan 1980-an.

Sebenarnya terdapat banyak lagi kisah-kisah yang berkaitan dengan projek ini, termasuk portal masa, makhluk aneh yang terhasil dari minda, dan pelbagai lagi kesan-kesan hasil eksperimentasi kronik yang telah dijalankan.

Kami kongsikan kepada anda sebahagian darinya sebagai introduksi. Sekiranya artikel seperti ini mendapat sambutan, kami akan sambung lagi. Terima kasih untuk sokongan yang ditunjukkan oleh anda.

 

Views: 18

Iklan Newspaper Inline

Kemaskini OxygenOS Open Beta 4 Pada OnePlus 5, Ada Sesuatu Yang Tersembunyi

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus. Kali ini mengenai perisian peranti OnePlus, iaitu OxygenOS Open Beta 4. Mengenai changelog kemaskini Open Beta 4 ni, boleh rujuk kat bawah ni.

Jadi, apa yang tersembunyi yang OnePlus tidak beritahu dalam changelog Open Beta 4? Ini yang saya perasan, iaitu aplikasi Notes serta penambahbaikan Face Unlock. Ketika saya pakai Open Beta 3 Hotfix, tiada benda alah ini. Jadi ini sesuatu yang menaik!

Kita mulakan dengan aplikasi Notes. Ia merupakan aplikasi yang anda boleh menyimpan nota, letak gambar dan buat senarai semak. Lihat contoh gambar di bawah.

Seterusnya ialah penambahbaikan Face Unlock. Masa saya pakai OxygenOS Open Beta 3 Hotfix pada OnePlus 5, tak macam ini. OnePlus menambah satu ciri baru iaitu Face Unlock assistive lightning yang membantu peranti anda kenal muka anda dan unlock peranti anda. Satu lagi masa nak menambah data muka kita untuk Face Unlock tu, ada garisan putih yang mengesan raut wajah kita kepada beberapa dot dan garisan. Tak silap Open Beta 3 takda, Hotfix pun tiada juga. kot.

Lihat gambar di bawah mengenai perkara di atas.

Lihat ada tambahan pilihan iaitu Face Unlock assistive lightning.
Bila kita tambah data muka, akan keluar dot dan garisan putih untuk mengecam muka kita. Abaikan muka saya tu. hahaha
Bila berada di tempat yang gelap, bila on skrin telefon, akan keluar ini dan ia membantu telefon kita mengenal kita dengan baik.

Itu sahaja yang saya perasan mengenai benda yang tersembunyi yang tiada dalam changelog OxygenOS Open Beta 4. Kenapa la OnePlus tak beritahu perkara ini dalam changelog mereka? Adakah mereka terlepas pandang?

Apa pendapat anda mengenai kemaskini OxygenOS Open Beta 4 pada OnePlus 5? Sila komen di bawah ya. ?

Views: 6

Iklan Newspaper Inline