Ulasan Tanix TX3 Mini Android Box: Model TV Box Bajet Dengan Prestasi Cemerlang

Sebelum ini terdapat lambakan Android TV Box di pasaran dengan spesifikasi rendah, beserta harga yang agak tinggi.

Kemudian apabila pengguna sudah semakin bijak memilih sebelum membeli, perlahan-lahan market mula dibanjiri pula dengan pelbagai jenis dan jenama, serta beraneka spesifikasi bagaikan kuih raya di Mydin.

Kini terdapat pilihan yang memudahkan para pengguna, dari spesifikasi rendah, kepada pertengahan, hinggalah spesifikasi tinggi. Semuanya untuk memenuhi selera dan permintaan.

Tanix TX3 Mini

Kebanyakan pengguna awal termasuk saya dan rakan selalu membeli Android Box dengan spesifikasi rendah terlebih dahulu. Ini kerana waktu itu harganya juga agak ‘boleh tahan’. Sekarang, harga tersebut sudah boleh memberikan spesifikasi pertengahan dari jenama berbeza.

Perkenalkan Tanix TX3 Mini, sebuah peranti Android Box bajet yang menggunakan S905W Quad core ARM Cortex-A53.

Ia juga mempunyai 2GB DDR3 RAM, beserta 16GB eMMC. Apa yang menarik, selalunya kita dihadapkan dengan versi Android yang sudah terkebelakang. Namun dengan TX3 Mini ini, sekurang-kurangnya ia memanfaatkan ‘kuasa’ dan pengoptimuman Android Nougat 7.1.2.

Apa Kelebihan TX3 Mini?

Baiklah, ianya bukan Android Box dengan spesifikasi lebih tinggi, contohnya didatangkan bersama 3GB RAM, namun dengan 2GB yang ada padanya sudah cukup untuk menjalankan sistem operasi Android (rooted) yang dikhususkan untuk TV Box ini.

Paparan antaramuka launcher juga mudah untuk difahami. Buat pemula, ianya tidak menimbulkan perasaan ‘takut’ kerana sekali pandang sahaja sudah tahu apa yang ingin ‘disampaikan’.

Paparan antaramuka ‘launcher’ TX3 Mini.

Apa Yang Anda Dapat Dalam Kotak?

Untuk bahagian buka kotak ini, anda akan mendapat sebuah TX3 Mini TV box, satu alat kawalan jauh 13 butang tanpa papan kekunci, satu kabel HDMI yang disertakan dengan dua penutup, satu pembekal kuasa, dan satu manual pengguna.

Sedikit Konklusi

TX3 Mini ini boleh dibeli melalui penjual-penjual yang aktif di Facebook. Anda boleh cari mereka sendiri di mana-mana group yang ada. Ianya berharga bajet, dalam lingkungan RM180 hingga RM230 mengikut penjual.

Meskipun harganya murah/bajet, namun spesifikasinya bagus, mampu menjalankan aplikasi-aplikasi ‘wajib ada’ pada Android Box seperti Kodi dengan begitu baik sekali, tanpa sebarang lag. Diulangi, tiada lag.

Ia juga seperti mana-mana TV Box boleh digunakan untuk penstriman melalui Netflix, YouTube, dan pelbagai lagi aplikasi yang anda boleh rujuk melalui blog ini. Secara rumusan ringkas, Tanix TX3 Mini amat berbaloi jika anda baru hendak mencuba mengenali Android Box. Ianya tidak mahal, bersaiz kompak, serta… ehhh, ada jam.

Ya, ia ada paparan jam pada bahagian depan peranti tersebut.

Nampak elegan bukan?

Mungkin buat anda yang sudah lama ‘menceburi’ dan menggunakan Android Box, anda ingin naik taraf peranti sedia ada. TX3 Mini mampu memainkan video 4K pada 30fps. Mungkin anda inginkan peranti yang mampu memainkan video 4K pada 60fps, dan jika itu pilihan anda, anda perlu cari model lain yang menggunakan pemproses lebih maju dari ini.

Tetapi, jika 4K@30fps sudah mencukupi buat anda, jangan tengok model lain lagi. Sambar sekarang model ini sebelum ia kehabisan.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

3 Comments

Apa pendapat anda?

3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
joy

kenapa aku beli TX3 ni bila run video dari youtube, quality picture adalah 1080 full HD. tetapi bila keluar di TV tak HD!!!! Gambar kabur dan tak sharp.

Anonymous

Salam..nak tnya this android box boleh free streaming channel apa selain subscribted streaming network netflix iflix etc

spot_imgspot_img
3
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x