Utama Blog Laman 133

Firmware OxygenOS Open Beta Memberi Petunjuk, Skrin Takuk OnePlus 6

0
Abaikan gambar ini. hahaha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus. Benci atau suka, tahun ini merupakan tahun skrin takuk. Ampa pun dah tahu brand lain berlumba² untuk mengikuti jejak iPhone X.

OnePlus juga tidak mahu ketinggalan dengan khabar angin mengatakan OnePlus 6 bakal keluar dengan 19:9 skrin takuk, dan OnePlus 6T bakal keluar dengan fingerprint sensor bawah skrin.

Baru² ini, OnePlus telah melepaskan binaan Android 8.1 Oreo pertama dalam OxygenOS, siaran Beta iaitu Open Beta 6 untuk OnePlus 5 dan Open Beta 4 untuk OnePlus 5T. Dalam firmware tersebut, terdapat satu nama peranti iaitu “Enchilada.” Nama tersebut berada dalam kedudukan sama dalam barisan kod firmware nama peranti OnePlus yang lain.

Ini nama peranti OnePlus yang sedia ada. Antaranya :

  • OnePlus One = bacon
  • OnePlus 2 = oneplus2
  • OnePlus X = onyx
  • OnePlus 3/3T = oneplus3
  • OnePlus 5 = cheeseburger
  • OnePlus 5T = dumpling

Dalam apk Settings pada OxygenOS Open Beta yang terkini, terdapat code-name nama “enchilada” yang satu barisan kod dengan “cheeseburger” dan “dumpling.” Ini mengesahkan kemungkinan besar nama nama “enchilada” tu merujuk peranti OnePlus akan datang, iaitu OnePlus 6.

Kredit gambar : XDA

Fail firmware OxygenOS Open Beta 4 pada OnePlus 5T mendedahkan OnePlus 6 mempunyai paparan takuk dan barisan kod “screendecor_up_img_enchilada_1” boleh didapati dalam firmware tersebut. Kemungkinan besar digunakan sebagai overlay untuk menguji aplikasi oleh jurutera OnePlus di mana prototaip OnePlus 6 masih dalam ujian.

Kredit gambar : XDA

Overlay sebegini juga dijumpai dalam fail firmware Huawei P20. Meskipun ini bukan bukti yang kukuh yang kemungkinan besar peranti flagship OnePlus akan datang mempunyai skrin paparan takuk, tapi hasil keputusan yang diperolehi membuatkan lagi orang ramai percaya dengan gambar tiris yang lalu.

Ini gambar yang tiris yang lalu.

Ini skrin paparan yang dikatakan OnePlus 6 yang pakai Android 8.1 Oreo. Kredit gambar : ITHome
Kamera belakang tak la lawa macam Samsung Galaxy S9+, fingerprint pun comel bawah flashlight. Kredit gambar : ITHome

Jadi apa pendapat ampa? Suka atau tidak? Jangan kutuk-kutuk, akhirnya pakai juga. xD

Nah, gambar Beef Enchilada.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Black Lightning: Sebuah Siri ‘Hibrid’ Antara The Flash Dan Daredevil

0

Pada awal kemunculan Black Lightning dalam trailer, banyak suara sumbang kedengaran. Tetapi setelah siri ini ke udara, masing-masing ligat memuji.

Mana tidaknya, ia seperti The Flash yang agak komikal, dalam masa yang sama dekat juga dengan realiti seperti Daredevil, bahkan The Punisher. Semakin hari, episod tampak semakin ‘gelap’ (no pun intended).

Konflik antara penduduk Freeland dengan The One Hundred diperlihatkan dengan pelbagai senario, dari penjualan dadah Green Light kepada pembunuhan ketua perhimpunan/perarakan aman yang membantah aktiviti The One Hundred, dan tempias dari serangan tersebut mengenai pula pada Khalil Payne, teman lelaki Jennifer Pierce, anak perempuan Jefferson.

Bagi yang tidak mengetahui, The One Hundred adalah anggota kumpulan samseng/kongsi gelap yang menjalankan pelbagai aktiviti haram, seperti peras ugut untuk mendapatkan wang perlindungan, dan menjual dadah terlarang.

Apa yang menarik, Black Lightning tidak dimulakan dari cerita asal bagaimana Jefferson Pierce mendapatkan kuasa elektrik itu, namun ia bermula dari waktu Jefferson sudah pun bersara sebagai superhero dan membesarkan dua orang anaknya – sambil dibantu oleh bekas isteri dalam klausa Hak Jagaan Bersama, Lynn Pierce.

Jefferson dibantu oleh seorang pakar komputer, Peter Gambi yang telah pun membantu beliau sebelum persaraan lagi. Gambi juga adalah individu yang telah meyakinkan Jefferson supaya kembali menyarung sut superhero sebagai Black Lightning, kerana dia percaya penduduk Freeland masih memerlukan bantuan darinya.

Namun, tidak seperti Alfred Pennyworth yang sentiasa telus kepada Bruce Wayne a.k.a Batman, Gambi adakalanya bertindak merahsiakan sesuatu perkara yang tampak mustahak untuk diketahui oleh Jefferson. Contohnya ketika Gambi terlihat kehadiran Tobias Whale di perarakan melalui satu rakaman CCTV, dan kemudian dengan secara penuh kesedaran memadam klip video tersebut.

“They all wanna go to heaven, but don’t none of them wanna die.” – Tobias Whale.

Drama tidak berakhir antara kedua watak ini sahaja, kerana terdapat organisasi yang lebih besar dari The One Hundred, dan hanya menunggu masa sahaja sebelum Black Lightning dapat menjejak mereka.

Jalan cerita yang dimulakan dengan niat ‘kecil’ Jefferson menyarung kembali sutnya untuk melindungi kedua anak perempuan beliau, akhirnya membawa kepada penemuan perkara-perkara lain yang lebih besar dari kongsi gelap berskala taman.

Siri ini akan ke udara/bersiaran setiap minggu dan disiarkan di Netflix. Anda boleh daftar satu akaun baru untuk mendapatkan akses percuma selama sebulan. Selamat menonton!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Pluto TV: Satu Lagi Alternatif Live TV Percuma Yang Tidak Boleh Dilepaskan

0

Pluto TV, satu nama yang agak asing bagi orang Malaysia. Namun ramai yang tidak tahu, jika mereka pandai memanfaatkan aplikasi ini, maka tidak susah untuk memotong Astro lagi kerana meskipun tidak terdapat saluran seperti Fox, NBC, CBS, dan sebagainya lagi, tetapi cukuplah lebih dari 70 saluran siaran televisyen langsung untuk dinikmati ketika waktu lapang.

Jadi, apa itu Pluto TV?

Pluto TV ialah sebuah perkhidmatan penyiaran siaran televisyen dalam talian percuma yang menawarkan lebih dari 75 saluran. Antara saluran adalah dari rangkaian seperti CNBC, Cheddar, Nerdist, The Onion, CNET, NASA TV, PopSugar, Awesomeness TV dan pelbagai lagi siaran dari saluran yang… mungkin kurang dikenali orang.

Berikut disenarai antarai saluran yang ditawarkan oleh Pluto TV:

  • Activate
  • News 24/7
  • NBC News ( & MSNBC)
  • CNBC
  • TYT Network
  • Newsmax TV
  • Newsy
  • RT America
  • Sky News
  • The Weather Network
  • Business News 24/7
  • Bloomberg TV
  • Cheddar
  • Fear Factor
  • Pro-Wrestling
  • Fight
  • Glory Kickboxing
  • Xtreme Sports Channel
  • Sports News
  • World Poker Tour
  • Funny AF
  • Stand-up TV
  • MST3K
  • Fail TV
  • The Onion
  • Cracked
  • The Feed
  • Hive
  • Anime All Day
  • Minecraftv
  • IGN
  • CNET
  • Geek & Sundry
  • Nerdist
  • Internet Gold
  • THC
  • Man Up
  • Eye Candy
  • NatureVision TV
  • SLOW TV
  • 4K TV
  • Crime Network
  • Shout! Factory TV
  • Classic TV
  • Live Music Replay
  • Kids TV
  • RocketJump
  • After School Cartoons
  • Classic Toons TV
  • Awesomeness TV
  • What?!
  • POPSUGAR
  • Xive TV
  • Science TV
  • DocuTV
  • NASA TV
  • Drive-In Movies
  • Horror 24/7
  • Classic Movies Channel

Ya, mungkin ada antara ‘saluran’ yang disebutkan di atas tidak masuk akal, contohnya IGN, CNET, Nerdist. Itulah antara ‘ciri’ Pluto TV, ia mendapatkan kandungan juga dari YouTube, Vimeo, Dailymotion dan lain-lain laman penstriman.

Selain itu, Pluto TV juga bekerjasama dengan Lionsgate, MGM, Warner Brothers, serta lebih dari 90 lagi rakan kongsi untuk membawakan kepada pengguna Video On Demand, juga secara percuma.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin menggunakannya, adalah disarankan supaya menukar alamat IP anda kepada alamat IP US menggunakan VPN/SSH Tunnel/Proksi untuk mendapatkan kesemua saluran yang telah ditulis di atas.

Mungkin ada antara saluran yang tetap tidak dipaparkan, itu anda kena pandai-pandailah ‘cari’ sendiri. Tukar alamat IP kepada UK pula, barangkali?

Apa yang anda perlu lakukan ialah muat turun dan pasangkan aplikasi Pluto TV, kemudian daftarkan satu akaun melalui aplikasi tersebut. Sejurus selepas itu anda boleh terus menggunakan Pluto TV, tanpa perlu melalui apa-apa pengesahan.

Cuma jangan lupa aktifkan VPN/proksi anda dan tukarkan IP anda kepada IP US. Itu sahaja. Jika anda tidak aktifkan pun tidak mengapa, cuma anda tidak akan dapat saluran penuh yang mungkin hanya ditawarkan kepada penduduk yang menetap di Amerika Syarikat sahaja.

Muat turun: Pluto TV

Via: Pluto TV | Watch Free TV & Movies Online and Apps

Views: 82

Iklan Newspaper Inline

OxygenOS Open Beta 6, Memberi Sistem Android 8.1 Oreo Pada OnePlus 5

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus, bahagian perisian. Pasti ampa semua dah tahu kan yang OnePlus melepaskan kemaskini OxygenOS Open Beta 6 untuk OnePlus 5 yang memberi sistem Android 8.1 Oreo. Ya, Android P dah keluar, sabaq sat laa.

Bila OnePlus 5 mendapat Open Beta 6, maka OnePlus 5T juga akan dapat tapi tak serentak macam kemaskini sebelum ini yang 4 peranti OnePlus (3/3T, 5/5T) mendapat kemaskini serentak. Ada ciri-ciri untuk OnePlus 5T yang terdapat dalam Open Beta 6 ini.

Mari kita lihat apa yang ada dalam OxygenOS Open Beta 6 :

  • Sistem
  • Naik taraf sistem Android 8.1 Oreo.
  • Menambah lebih banyak gaya jam (ada pun empat)
  • Pengoptimuman sokongan isyarat skin penuh (ni untuk OnePlus 5T tau)
  • Kemaskini patch keselamatan Android 2018-02-1
  • Telefon
  • Menambah isyarat menjawab panggilan hanya angkat telefon.
  • Mod Permainan
  • Menambah pengoptimuman baru dalam mod permainan untuk pengalaman permainan lebih baik.
  • Ciri baru iaitu menyekat pemberitahuan, penjimatan bateri, serta menghentikan kecerahan adaptif.
  • Aplikasi
  • OnePlus Switch, menyokong pemindahan data untuk backup aplikasi.
  • OnePlus Gallery, menyediakan antaramuka pengguna yang baru, termasuk fungsi tong sampah.

Dah tau apa yang ada dalam OB6 kan, ni pula barang-barang yang diperlukan untuk pasang :

Cara pemasangan terbahagi kepada dua, iaitu cara bersih atau kotor. Boleh rujuk artikel ini Kemaskini OxygenOS Open Beta 2, Android Oreo Pada OnePlus 5 cuma nak ingatkan kalau pasang OxygenOS, dia akan ganti stock recovery, jadi kena pasang balik TWRP lah hahaha. Untuk tak mau kena bootloop, pasang dahulu ROM, dah masuk elok baru reboot masuk TWRP (lepas pasang semula TWRP), pindah fail yang ampa sedut tu, lalu pasang lah.

Ini sedikit screenshot nak kongsi dengan ampa mengenai OB6 ni.

Terdapat satu program baru, iaitu Program Peningkatan Kestabilan Sistem.
Lawa kan Gallery yang baru ni? Siap ada tong sampah untuk tengok benda apa yang kita buang.
Gambar-gambar yang masuk dalam tong sampah ni, akan hilang sendiri lepas sebulan. Boleh la tengok balik padam gambar apa.
Macacm mana sekecil ni terlepas dalam OB6 ni? hahaha
Jawab panggilan hanya angkat telefon, tapi kena on dulu la hat ni. Lokasi Settings>Gesture>Answer calls by gesture.
Penambahan ciri baru dalam Gaming Mode.
Nav bar nampak macam kecil sikit berbanding sebelum-sebelum ni. Abaikan UI Play Store yang lama ni. hahaha
Ada empat, yang classic tu yang lama. Seperti biasa, ada nombor 1 dekat jam tu warna merah kecuali nombor dekat minit dan gaya Digital tu.
Sapa suka reka bentuk macam ni? Adakah ini menguatkan lagi OnePlus 6 keluar skrin takuk?
Ni graf bateri OnePlus 5 saya, tak guna sangat telefon.
Ini About Phone OnePlus 5 saya, yang memakai kernel Flash Kernel v3.15.r1 dan tulisan Google Product Sans.

Ini merupakan kemaskini pertama Android 8.1 Oreo pada Open Beta, jadi macam biasa la bila benda baru ni, ralat pun ikut sekali. Mungkin lepas dapat maklum balas dari pengguna yang pakai OB6 ni, kemaskini Open Beta seterusnya lebih baik. Mungkin reka bentuk pengguna yang baru, mungkin penambahbaikan kamera. Mungkin la.

Sekian sahaja ulasan dari saya, selamat menikmati Android 8.1 Oreo dalam OxygenOS Open Beta 6 pada OnePlus 5 ya.

Sedikit video mengenai Android P. Saja bagi ampa cuci mata hahaha. Kredit video, The Verge.

 

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Pembantu Digital Amazon, Alexa Kini Berhantu? Alexa Ketawa Tanpa Disuruh

0

Segala perkara yang berlaku ada sebab dan ada jawapannya. Tiada sesuatu yang terjadi tanpa ‘trigger and effects’.

Beberapa minggu ini media mula dipenuhi dengan berita yang mengatakan bahawa mana-mana peranti Amazon yang mempunyai pembantu digitalnya iaitu Alexa, kini mula dihantui dengan hilai tawa Alexa.

Menurut wakil Amazon, mereka telah pun mengenalpasti punca sebenar Alexa ketawa meskipun tidak diarahkan berbuat demikian.

Amazon sedang berusaha untuk menambah baik frasa “Alexa, laugh”, dan menukarkan ia kepada “Alexa, can you laugh?”. Mereka juga menukar respons Alexa daripada terus ketawa kepada “Sure, I can laugh”, kemudian barulah diikuti dengan ketawa.

Disebabkan frasa tersebut, maka terjadinya ‘false positive’, atau bahasa mudahnya Alexa telah ‘salah faham’ mengenai apa sebenarnya yang diarahkan disebabkan mungkin perkataan tersebut mempunyai persamaan bunyi dengan perkataan lain.

Contohnya ada pengguna yang mengarahkan “Alexa, lamp off”. Malangnya Alexa mengenalpasti arahan ‘lamp off’ sebagai ‘laugh’.

Namun yang menjadi persoalan ialah Alexa ketawa tanpa ‘trigger’, tanpa sebarang arahan dan sesetengah pengguna yang mengalami situasi ini mengatakan yang ia agak menakutkan.

Anda boleh tonton dan cuba dengar sendiri bagaimanakah Alexa ketawa melalui video berikut.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Sumpahan Filem Tomb Raider Telah Berakhir Dengan Alicia Vikander

0

Sebagai seorang yang meminati permainan konsol dan PC, saya memang menantikan filem reboot arahan Roar Uthaug ini. Semalam penantian saya dan isteri untuk menonton berbaloi sama sekali. Kami menghadiri majlis PREMIERE tayangan Tomb Raider di GSC Mid Valley Megamall. 

SINOPSIS

Lara Croft ialah anak kepada seorang pengembara yang hilang ketika misi mencari makam di sebuah pulau yang tidak diketahui di Jepun. Dan kemudian dia menjumpai pulau tersebut dimana tempat ayahnya menghilangkan diri.

ULASAN

Pertama sekali apabila anda menonton, sila jangan bandingkan antara filem yang terdahulu. Alicia Vikander ialah versi lain daripada Lara Croft sebelum ini. Kalau anda menonton filem Lara Croft lakonan Angelina Jolie, beliau digambarkan sebagai seorang yang hebat dari segi kemahiran untuk terus hidup, pandai, berkarisma dan seksi.

Alica memegang watak Lara Croft yang digambarkan lebih lemah, kurus, menangis macam budak-budak dan paling penting ialah mempunyai masalah keluarga iaitu kehilangan ayah kandungnya.

Dalam versi Alica, memang saya melihat begitu lemah sekali watak Lara Croft ini. Dan paling penting sekali, Lara Croft tidak pernah memegang sebarang pistol (anda nilaikan sendiri perasaan saya ketika itu). Bagi saya filem ini hanyalah sekadar filem yang menyuruh saya mengembara bersama Lara Croft.

Tiada sebarang unsur seram dalam babak-babaknya, walhal kalau anda sendiri bermain permainan Tomb Raider anda akan merasai sedikit elemen seram di dalam permainan tersebut. Namun, filem ini sebenarnya menghampiri keadaan terbaik walaupun ada cacat celanya.

Ia sepatutnya lebih bersifat ke arah logik kerana menerapkan elemen pengembara seperti Indiana Jones (?). Tetapi ianya tidak berlaku di dalam filem ini. Setiap babak, akan membuatkan anda tertanya apakah yang akan berlaku kepada Lara Croft tu sendiri. Dan, adakalanya anda merasakan ada babak yang sebenarnya tidak perlu diadakan kerana bagi saya sangat membosankan.

Dari segi kesan visual memang menakjubkan dan menarik bagi saya. Cuma, kelemahan dari aspek plot dan jalan cerita adalah sangat kecil dan mungkin anda boleh melupakan kelemahan tersebut.

PENUTUP

Sebuah filem yang menghampiri tahap sempurna. Boleh ditonton kerana kesan visual dan efek yang menarik. Filem ini sebenarnya mengikut jalan cerita permainan video yang sebenar, jadinya:

Oleh itu OMG Hackers memberikan penarafan Durian Buruk sebanyak:

5/10

Jumpa lagi pada ulasan filem akan datang!

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Huawei Dan Leica: Sejauh Mana Keterlibatan Leica Dalam Menentukan Standard Kualiti Kamera Huawei

1

Huawei telah memperkenalkan Huawei P9 dengan kerjasama Leica untuk memperlihatkan kepada dunia kamera telefon berkembar. Kebolehan kamera ini untuk membuat bokeh tiruan atau lebih dikenali sebagai faux-keh telah mengubah segalanya.

Mungkin sesetengah sumber akan berkata Leica hanya meminjamkan namanya kepada Huawei untuk tujuan kekuatan publisiti. Namun itu tidak benar.

Mereka sememangnya benar-benar telah melakukan kerjasama dua hala untuk mencipta sebuah kamera mudah alih yang boleh diletakkan dalam poket anda (baca: telefon pintar).

Idea asal dari Huawei ialah menggabungkan sensor warna RGB dan sensor Monochrome. Tujuannya adalah untuk mendapatkan gambar seakan yang dilihat oleh mata – warna yang tepat dan jitu.

Dari situ, Leica meminjamkan kepakaran mereka dalam menambahbaik Modulation Transfer Function (MTF) pada lensa untuk mendapatkan kecerunan lancar teduhan dan pencahayaan.

Bagi menjadikan setiap gambar yang diambil menepati standard yang telah ditetapkan oleh Leica, Huawei telah menghantar para jurutera mereka ke makmal Leica (dan juga Leica menghantar pakar mereka ke Huawei Shanghai) untuk menyiapkan reka bentuk optikal bagi kamera dan menaiktaraf kualiti pengimejan.

Kita perlu faham, mereka bukan sahaja perlu membuat penalaan terhadap satu kamera, bahkan kedua-dua belah kamera perlu mencapai dan menepati piawaian dari Leica. Jadi ia adalah satu tempoh masa yang sangat panjang sebelum memperoleh pengiktirafan rasmi Leica, yang akhirnya kamera tersebut boleh dikatakan sebagai sebuah ‘kamera Leica di dalam poket anda’.

Untuk model akan datang, Huawei bakal menempatkan tiga buah lensa dengan label ‘Leica’. Kita sudah sedia maklum dalam model Mate 10/Mate 10 Pro Huawei telah pun memperkenalkan kamera yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan. Mungkinkah kolaborasi keduanya (Leica dan Huawei AI) akan menjadi satu penanda aras baru? Kita hanya perlu tunggu dan lihat apa yang Huawei akan perkenalkan nanti.

Gambar Hadapan Artikel Oleh: Robin Wong

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

OpenCat: Kucing Robotik Dengan Kecerdasan Buatan

0

Rongzhong Li, seorang pembantu profesor di Wake Forest University di North Carolina, dan pencipta OpenCat: kucing robot bersumber terbuka.

Menurut Li, apa yang menariknya OpenCat bukan bermula sebagai seekor kucing. Ia dimulakan sebagai kamera pan/tilt untuk Raspberry Pi. Disebabkan ia mempunyai dua lampu inframerah di sebelah kamera, ia kelihatan seperti muka seekor kucing. Dari situ, Li perlahan-lahan menyiapkan tubuh kucing pula.

Projek Li ini bermula sejak tahun 2016 dan kucing robotik yang dibina telah pun melalui tujuh versi. Cabaran menyiapkan sebuah robot yang lengkap dengan anggota serta pergerakannya ialah kekurangan sumber dan bahan rujukan, di mana kedua perkara tersebut hanya terdapat pada syarikat-syarikat dan makmal berskala besar.

Algoritma pergerakan buat masa ini diimplementasikan pada papan Arduino 32KB, 16MHz. Li bercadang untuk menukar kepada papan 256KB, 48MHz untuk meningkatkan lagi prestasi adaptasi aktif disamping membenarkan kod-kod tambahan dari pengguna masa hadapan.

Menyokong modul pergerakan tersebut adalah sebuah Raspberry Pi. Ia bertanggungjawab untuk setiap anggota secara terperinci. Fokusnya adalah kepada persoalan yang lebih serius seperti “Siapakah aku? Dari mana aku datang? Ke mana aku hendak pergi?”. Ia menjana aktiviti pemikiran dan menghantar baris-baris perintah kepada Arduino.

Alat kawalan jauh digunakan untuk memintas kawalan robot terhadap tubuhnya. Namun ia masih mengekalkan nalurinya sendiri yang tertentu, seperti keengganan untuk melompat ke bawah tebing.

Anda boleh tonton sendiri OpenCat beraksi pada video di bawah.

Kongsikan kepada rakan anda sekiranya anda rasa artikel ini menarik!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Three Billboards Outside Ebbing, Missouri: Sebuah Paparan Komedi Gelap Dalam Filem

0

SINOPSIS

Seorang ibu yang kecewa bertindak mencabar polis tempatan untuk menyelesaikan pembunuhan anak perempuannya apabila mereka gagal menangkap pembunuh tersebut. Filem ini membariskan pelakon seperti Frances McDormand, Woody Harrelson, Sam Rockwell, John Hawkes, dan Peter Dinklage.

ULASAN

Sekalung tahniah kepada Penulis/pengarah Martin McDonagh (Seven Psychopaths, In Bruges) kerana telah berjaya dengan filem ini. Tidak hairanlah jika pelakon mereka mendapat anugerah Oscar kerana lakonan mereka sungguh mantap dan bertenaga.

Pada dasarnya, filem ini sebenarnya sangat berkesan, daripada lakonan sehingga penulisan skrip, Martin McDonagh telah memberikan yang terbaik. Tidak kurang juga saya memberikan pujian kepada Mildred Hayes (Frances McDormand), Dixon (Sam Rockwell) dan juga Willoughby (Woody Harrelson) kerana berjaya menghayati watak masing-masing.

Pada jangka masa anda menonton filem ini, sememangnya plot dan jalan cerita berkembang dengan baik sekali. Dan paling penting, penamat cerita ini tidaklah anda akan rasa sama seperti cerita lain yang anda tonton.

Saya nampak satu kesukaran apabila membuat filem seperti ini adalah mengimbangi di antara drama dan komedi. Tetapi dalam filem ini anda akan dapat keseimbangan yang bagus. Ia penuh dengan unsur perkataan kasar dan lucah dalam lawak tetapi setiap babak komedi yang ada ialah satu perkara yang anda tidak boleh lupakan selepas menonton.

Setiap watak dalam filem ini memang ada peranan masing-masing. Setelah anda selesai menontonnya, anda akan membandingkan diri sendiri, adakah anda masih sebenarnya mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi? Tidak ada satu watak dalam filem ini seperti watak klise yang biasa kita lihat, seperti mana filem yang telah pun kita tonton sebelum ini.

Pada akhir filem, masih ada sebuah keadilan walaupun semua dendam dan amarah manusia yang dipaparkan hanyalah disebabkan papan-papan tanda.

PENUTUP

Filem jenaka gelap terbaik yang saya pernah tonton ketika ini. Filem ini akan membuatkan anda menangis, gembira dan berfikir seketika tentang diri sendiri. Berbeza dengan filem lain kerana filem ini sangat dekat dihati.

Oleh itu OMG Hackers memberikan penarafan Durian Buruk sebanyak:

8/10

Jumpa lagi pada ulasan filem akan datang!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

AKU : Sebuah Monolog Kehidupan – Bab 4; Babi Hartanah!

0

 

“Muda-muda dah beli rumah, dasar babi hartanah!”

“Beli rumah buat loan, lepas tu sewakan, dasar babi hartanah!”

“Buat apa nak beli rumah, bukannya nak duduk lama. 5 tahun je. Jangan jadi babi hartanah!”

 

Ini ayat-ayat biasa yang aku dengar bila bab membeli rumah atau hartanah. Ya, aku tahu memang ada spesis yahudi dalam bidang hartanah dan tak kurang juga ada yang lebih yahudi dalam menyewa sehingga rumah yang baru boleh bertukar jadi macam tandas pecah lepas lari tak bayar sewa. Apa yang aku nak cerita hari ini adalah kepada golongan mereka yang mampu dan sebenarnya boleh berusaha untuk membeli hartanah, tapi sibuk memaki orang di sana sini kononnya pembeli hartanah ini semuanya babi hartanah. Walhal, diri sendiri berkereta mewah.

 

Aku bukanlah nak mengajar cara membeli hartanah. Aku bukan broker. Cuma kira-kira tu boleh la…bayangkan, kau beli Nissan Almera baru. Loan 10 tahun. RM0 downpayment. Kau seronok. Lepas saja dapat kunci, terus pergi kedai aksesori, tambah itu ini. Habis pula modal dekat RM3000. Walhal, RM3000 tu kalau disimpan buat bayar muka, kuranglah sikit bayar bulanan. Ambil full loan dekat RM70,000. Bayar bulan-bulan dekat RM850 +/-. Ok, serap dulu bab ini.

 

Tengok pula kos menyewa. Kita ambil purata lah. Mungkin dalam RM400 untuk rumah bujang. Tuan rumah kau bayar bulan-bulan dekat RM400 juga dekat bank untuk rumah tu sebab loan 20 tahun. Nampak tak? Kau yang bayar, nama rumah nama orang lain? Babi hartanah kan? Patutnya bayar sikit sudah la, dah la kau dah tolong bayar loan dia. Bijak kan kau?

TAK

 

Sebab kau dah beli Almera baru dan bayar bulan-bulan RM850. Kenapa kau bayar bulan-bulan 2 kali ganda daripada bayar bulanan untuk rumah? Sebab kau bodoh. Jangan triggered. Baca perenggan atas. Ini ditujukan kepada golongan yang layak, mampu, dan boleh cari jalan untuk membayar harga sebuah hartanah dengan mengorbankan nafsu mereka dan lebih bijak berbelanja. Kerana alasan kau tak duduk lama, kau tak ada duit pendahuluan, kerana ada orang dah beli, kerana lokasi rumah tak strategik, macam-macam lagi.

 

 

Aku membebel hari ini bukan nak mengajar kau cara beli rumah. Cuma aku nak tanamkan mindset kepada kau semua. Bila dah ada anak, kau tak ajar dia rasa kesusahan. Semua kau beri. Mainan mahal-mahal penuh satu rumah. Akhirnya anak kau jadi manja, jadi lembab. Bila besar, dia ulang dua kali silap kau dalam berbelanja dan mula menyumpah seranah sana sini. Hartanah ini semakin berkurang. Beli lah dan simpan lah. Walaupun kau tak suka, jika mampu lebih baik kau beli. Mungkin hari ini tanah tu di hujung dunia, tapi mana tahu 5 tahun hadapan dia dah duduk tepi jalan?

 

Beli hartanah ini bukan untuk kau sahaja, tapi untuk keturunan. Orang tua aku bersusah payah beli tanah 2 hektar di hulu kampung. Sekarang aku adik beradik senang. Buat pinjaman semata-mata untuk rumah sahaja sebab tanah dah ada. Bila aku dah ada duit, aku beli lagi tanah, untuk anak-anak aku senang buat rumah. Aku tak nak anak-anak aku menyewa sampai tua, duduk rumah atas langit. Duit yang ada keluar bulan-bulan tu, fikir-fikirkan lah mana yang kau nak belanjakan. Mana yang lebih penting?

 

“Aku bukan nak mengajar, cuma aku nak suruh kau berfikir dan tengok dunia dari sudut berbeza.”

 

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline