Sebagai seorang yang meminati permainan konsol dan PC, saya memang menantikan filem reboot arahan Roar Uthaug ini. Semalam penantian saya dan isteri untuk menonton berbaloi sama sekali. Kami menghadiri majlis PREMIERE tayangan Tomb Raider di GSC Mid Valley Megamall. 

SINOPSIS

Lara Croft ialah anak kepada seorang pengembara yang hilang ketika misi mencari makam di sebuah pulau yang tidak diketahui di Jepun. Dan kemudian dia menjumpai pulau tersebut dimana tempat ayahnya menghilangkan diri.

ULASAN

Pertama sekali apabila anda menonton, sila jangan bandingkan antara filem yang terdahulu. Alicia Vikander ialah versi lain daripada Lara Croft sebelum ini. Kalau anda menonton filem Lara Croft lakonan Angelina Jolie, beliau digambarkan sebagai seorang yang hebat dari segi kemahiran untuk terus hidup, pandai, berkarisma dan seksi.

Alica memegang watak Lara Croft yang digambarkan lebih lemah, kurus, menangis macam budak-budak dan paling penting ialah mempunyai masalah keluarga iaitu kehilangan ayah kandungnya.

Dalam versi Alica, memang saya melihat begitu lemah sekali watak Lara Croft ini. Dan paling penting sekali, Lara Croft tidak pernah memegang sebarang pistol (anda nilaikan sendiri perasaan saya ketika itu). Bagi saya filem ini hanyalah sekadar filem yang menyuruh saya mengembara bersama Lara Croft.

Tiada sebarang unsur seram dalam babak-babaknya, walhal kalau anda sendiri bermain permainan Tomb Raider anda akan merasai sedikit elemen seram di dalam permainan tersebut. Namun, filem ini sebenarnya menghampiri keadaan terbaik walaupun ada cacat celanya.

Ia sepatutnya lebih bersifat ke arah logik kerana menerapkan elemen pengembara seperti Indiana Jones (?). Tetapi ianya tidak berlaku di dalam filem ini. Setiap babak, akan membuatkan anda tertanya apakah yang akan berlaku kepada Lara Croft tu sendiri. Dan, adakalanya anda merasakan ada babak yang sebenarnya tidak perlu diadakan kerana bagi saya sangat membosankan.

Dari segi kesan visual memang menakjubkan dan menarik bagi saya. Cuma, kelemahan dari aspek plot dan jalan cerita adalah sangat kecil dan mungkin anda boleh melupakan kelemahan tersebut.

PENUTUP

Sebuah filem yang menghampiri tahap sempurna. Boleh ditonton kerana kesan visual dan efek yang menarik. Filem ini sebenarnya mengikut jalan cerita permainan video yang sebenar, jadinya:

Oleh itu OMG Hackers memberikan penarafan Durian Buruk sebanyak:

5/10

Jumpa lagi pada ulasan filem akan datang!