Utama Blog Laman 127

DesignEvo: Reka Logo Anda Sendiri Secara Kreatif Dengan Mudah

0

Secara jujur, saya memang tak mahir menggunakan perisian penyunting gambar seperti Adobe Photoshop ataupun GIMP. Saya minat dengan seni reka bentuk, tetapi apabila mula melihat paparan antaramuka Photoshop, oh tidak. “Mungkin ini bukan masanya lagi”, begitulah monolog yang sering berlegar di fikiran setiap kali membuka GIMP.

Tetapi ia tidak lama. Keinginan untuk membuat sesuatu reka bentuk sekurang-kurangnya gambar yang paling ringkas masih lagi membuak-buak.

Kemudian, DesignEvo secara tiba-tiba hadir. Pada awalnya ia kurang menarik minat hati, cuma setelah saya paksa diri untuk mencubanya, ternyata keputusan itu tidak salah. Laman ini bukan sahaja mudah difahami dan mudah digunakan, malah ia juga percuma.

Dari paparan hadapan seperti ini, anda dapat lihat pelbagai pilihan menanti. Terdapat lebih dari 3500 templat logo yang anda boleh gunakan untuk mencipta logo anda sendiri secara kreatif.

Walaupun anda bukan pereka profesional, anda tetap akan mampu membuat logo asas yang menarik, tanpa perlu pengetahuan yang mendalam mengenai bagaimana anda harus mengendalikan sesuatu aplikasi.

Anda juga boleh memilih ‘Start From Scratch’, jika anda sememangnya bertaraf pro dan ingin bikin sendiri logo tersebut. Berikut adalah dua contoh logo yang saya telah buat dengan menggunakan sepenuhnya laman DesignEvo.

Ok, ok, anda nampak kan walaupun ia datang dari templat, ia masih lagi boleh digubah menjadi lebih menarik lagi, asalkan saja anda mempunyai pelbagai idea. Apa yang saya tunjukkan hanya sekadar gambaran sahaja.

Jika anda perhatikan pada gambar di atas, pada ruangan sebelah kanannya terdapat pratonton bagi gambar/logo yang sedang anda ubahsuai. Di sebelah kirinya pula terdapat pilihan untuk menukar jenis teks (font), menambah ikon dan bentuk-bentuk simbol tertentu, atau menukar warna latarnya.

Setelah anda siapkan reka bentuk logo yang anda mahu, dan berpuas hati dengannya, anda diberi pilihan sama ada untuk pratonton gambar tersebut, simpan, ataupun muat turun.

Ya, secara ringkasnya, memang itu sahaja yang anda perlu lakukan. Ia tidak terlalu rumit dengan pelbagai ‘tools’, yang hanya dapat difahami sekiranya anda benar-benar berdedikasi dan komited dalam usaha untuk memahirkannya.

DesignEvo amat mudah, hinggakan pemula seperti saya pun dapat menyiapkan satu bentuk rekaan logo.

Oh ya, sebelum saya sudahkan artikel ini, jika anda berminat untuk menggunakan laman ini, pihak DesignEvo sendiri ada menyediakan kod kupon bagi pembaca setia omghackers.com.

Hanya perlu masukkan kod DEMD55CPF ketika anda memilih bagi plan Basic atau Plus untuk mendapatkan diskaun sebanyak 80%.

DesignEvo terdapat dalam versi laman sesawang, Mac, dan juga mobile (iOS & Android).

Versi laman sesawang: https://www.designevo.com/apps/logo/
Versi Mac: https://www.designevo.com/desktop/ (Versi Windows masih dalam pembangunan)
Versi mobil: https://www.designevo.com/for-mobile/

Baiklah. Harap anda akan mencuba mana-mana versi aplikasi DesignEvo yang menarik ini. Semoga sedikit sebanyak ia dapat membantu merealisasikan hasrat anda untuk mereka sendiri logo idaman.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 18.04 LTS

0

Buat yang baru mengenali sistem operasi Ubuntu, selamat datang ke dunia Linux. Untuk anda yang sudah lama pula, selamat mengulangkaji pelajaran lama.

Ubuntu 18.04, barangkali bukanlah versi Ubuntu yang teramat dinanti-nantikan. Justeru tiada lagi situasi laman sesawang Ubuntu.com bagai dilanggar garuda akibat trafik yang melampau, sepertimana keluarnya versi 12.04 kalau tak salah saya.

Namun sedikit sebanyak disebabkan Gnome dikenali dengan cirinya yang boleh menggunakan extension untuk mengubahsuai paparan antaramuka dan kepenggunaan desktop, maka perasaan di hati ingin tahu juga sejauh mana ia telah berubah dalam Ubuntu.

Kita tahu Gnome Shell dalam Ubuntu tidak sama paparan rupa bentuk wajahnya seperti kebiasaan. Ianya diubah supaya masih mempunyai rasa ‘asal’ sepertimana Unity.

Oleh itu artikel ini hadir, bagi memberikan sedikit panduan khususnya kepada pemula, tentang apa yang patut atau boleh dilakukan dalam Ubuntu 18.04 ini.

1. Tukar pelayan mirror untuk melajukan muat turun kemas kini dan aplikasi.

Baiklah. Perkara ini amat penting. Kebiasaannya pelayan mirror lalai tidak begitu optimum kelajuannya bagi lokasi kita. Jadi, buka Software & Updates – Ubuntu Software – Download from – klik pada Other… – Select Best Server.

Ia akan mula melakukan ping bagi mendapatkan pelayan yang paling laju untuk lokasi anda sendiri. Apabila pelayan sudah pun dipilih oleh sistem, klik pada Choose Server.

2. Pasangkan integrasi Gnome Shell Extension.

Apalah ertinya menggunakan Gnome Shell tanpa memanfaatkan pula Gnome Shell Extension. Dengan adanya pelbagai extension ini, anda akan dapat mengubah shell ini menjadi rupa bentuk atau ciri yang anda mahu.

Untuk itu, gunakan perintah ini bagi memasangnya:

sudo apt install chrome-gnome-shell

Setelah itu, anda boleh pasangkan sama ada pelayar web Google Chrome atau Chromium bagi menggunakan laman GNOME Shell Extensions.

Jangan lupa, pasangkan juga extension bagi pelayar web Chrome/Chromium iaitu GNOME Shell integration.

3. Pasang Gnome Tweak Tool.

Gnome Tweak Tool adalah alat yang bagus untuk mengubahsuai persekitaran meja GNOME. Untukm memasangkannya, gunakan baris perintah:

sudo apt install gnome-tweak-tool

Atau,

sudo apt install gnome-tweaks

Mudah sahaja bukan?

4. Kemas kini sistem operasi.

Apalah guna pula jika kita telah menukar pelayan mirror kepada pelayan yang lebih dekat dan laju dengan kita, kalau sistem operasi tidak dikemaskini. Untuk mengemaskini, gunakan perintah:

sudo apt update && sudo apt upgrade

Atau anda boleh juga gunakan Software Updater.

5. Pasang Codec Tambahan.

Secara lalainya, Ubuntu tidak menyokong codec dari pihak ketiga dan mana-mana pemacu proprietari. Tetapi anda boleh pasangkan ia dengan perintah:

sudo apt install ubuntu-restricted-extras

Ini amat membantu khususnya bagi pelayar Firefox ketika ingin menggunakan laman seperti Netflix.

6. Aktifkan ‘Minimize On Click’.

Ini juga secara lalai tidak diaktifkan. Saya tidak beberapa faham keputusan pembangun Ubuntu untuk menyahaktif ciri ini dari mula sedangkan ia amat berguna dan ‘menyelesakan’. Ciri ini membolehkan pengguna untuk minimize atau maximize mana-mana aplikasi dengan mengklik pada ikonnya di dock.

Untuk aktifkan Minimize On Click, ianya semudah menggunakan perintah di bawah pada Terminal:

gsettings set org.gnome.shell.extensions.dash-to-dock click-action ‘minimize’

7. Aktifkan Night Light.

Ini merupakan antara ciri yang paling saya suka dalam Windows 10. Jadi apabila ia diimplementasikan pada Ubuntu, sudah tentulah saya amat menghargai ciri ini kerana ia akan membantu mengurangkan stress pada mata ketika menggunakan PC/laptop pada waktu malam, seterusnya memudahkan diri untuk tidur.

Untuk mengaktifkannya, anda boleh hala ke Settings – Devices – Displays – Night Light.

8. Nyahaktif Perekodan Data.

Salah satu ciri yang membuatkan ramai penggemar atau peminat Ubuntu berpaling tadah adalah perekodan data. Ianya memang akan digunakan bagi menambah baik lagi Ubuntu di masa akan datang, tetapi tidak semua berpegang pada pendapat yang sama, termasuklah saya.

Untuk waktu pertama kali log masuk ke Ubuntu 18.04, anda akan diberi peluang bagi menyahaktif log data ini.

Tetapi jika anda terlepas pandang, anda boleh nyahaktifkan ia melalui Settings – Privacy – Problem Reporting – OFF.

9. Nyahpasang ‘Bloat’.

Agak kelakar istilah ‘bloat’ diguna pakai bagi sistem operasi Linux. Namun itulah hakikatnya. Dalam Ubuntu 18.04 ini bagi saya terdapat beberapa aplikasi yang sekiranya tiada dalam sistem pun tidak menjejaskan apa-apa.

Aplikasi-aplikasi tersebut adalah Aisleriot Solitaire, Amazon, GNOME Mahjongg, GNOME Mines, GNOME Sudoku. Anda boleh nyahpasang dengan mudah menggunakan Ubuntu Software.

Anda ada nak tambah lain-lain bloatwares yang anda rasakan tidak perlu?

10. Hidupkan Repository Universe dan Multiverse.

Sebenarnya untuk sesetengah orang ia tidak perlu, tetapi ia penting bagi memasang aplikasi yang berguna seperti GNOME Tweak Tool. Untuk itu, anda boleh aktifkan keduanya melalui Software & Updates.

Inilah dia sedikit sebanyak apa yang telah saya lakukan apabila memasang Ubuntu 18.04. Banyak lagi sebenarnya tips yang boleh dikongsikan, tetapi cukuplah dahulu 10 perkara penting. Maaf sekiranya tutorial dan tips-tips agak tunggang-langgang. Diharap artikel ini dapat membantu anda dalam menggunakan Ubuntu 18.04 seharian.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Streams R Us: Strim Video-Video Filem Tanpa Iklan Secara Percuma

0

Kita dah puas juga disajikan dengan pelbagai aplikasi untuk strim video-video kegemaran, terutamanya drama dan filem. Aplikasi-aplikasi tersebut punya pelbagai ciri menarik, tidak kurang juga terkadang menyusahkan dek kerumitannya.

Bagaimana jika saya perkenalkan kepada anda satu aplikasi yang teramat mudah untuk digunakan. Hanya perlu pilih video, klik main dan strim sepuasnya?

Ya, aplikasi tersebut adalah Streams R Us.

Dikatakan ia adalah aplikasi yang disertakan sekali dengan Gears TV dan Reloaded IPTV, namun ia telah dihentikan pembangunannya atas sebab-sebab *ehem*Hak Cipta*ehem*.

Akan tetapi ada sumber yang juga mengatakan bahawa pembangunannya telah disambung oleh individu lain, yang berminat untuk mengemaskini aplikasi dan senarai video-videonya. Ini terbukti apabila saya sendiri mencari video *ehem*Black Panther*ehem* dan ternyata video tersebut ada tersenarai di dalamnya dan apabila dimainkan, ia juga adalah dalam resolusi definisi tinggi (HD).

Senyum kau ye..

Apa pun mari kita sama-sama lihat bagaimana cara untuk memuat turun dan memasang Streams R Us ini.

Pertama sekali, anda perlu muat turun aplikasi DroidAdmin a.k.a Filelinked di sini: Filelinked

Kemudian, setelah pasangkan ia, masukkan kod 74747474 untuk mengakses stor Cb74. Cari ‘Streams R Us’ dan klik pada butang anak panah ke bawah untuk muat turun.

Apabila ia telah siap dimuat turun, anda boleh klik pada butang ‘main’ untuk memasangnya.

Tunggu sehingga ia selesai muat turun data yang diperlukan.

Untuk log masuk, gunakan nama pengguna ‘free’ dan kata laluan ‘sru’.

Setelah itu, anda boleh klik pada ‘Watch Movies’. Dua pilihan yang lain anda boleh abaikan kerana ia tidak lagi dipedulikan.

Anda akan diberikan 4 pilihan. Search, Ten Random, Wall View, dan Genre View. Jika anda ingin mencari semua video-video yang ada, hanya klik pada Wall View dan anda akan dipaparkan dengan ratusan video-on-demand.

Beginilah bagaimana rupanya Wall View tersebut. Anda boleh terus pilih, klik dan mainkan mana-mana video yang anda mahu.

Klik pada ‘Play Movie Now’.

Tunggu sebentar untuk prebuffer.

Siap! Video yang anda mahu sudah boleh terus distrim dan ditonton tanpa sebarang tetapan lain yang anda perlu lakukan.

Kontra? Kalau pun ada satu kontra ialah setiap video tiada sarikata dan tiada kemudahan/kebolehan untuk memuat naik sarikata pilihan sendiri. Itu sahaja.

Baiklah. Jika anda berminat untuk baca lagi artikel-artikel seperti ini, jangan lupa, kongsikan dengan semua rakan-rakan anda. Setiap trafik yang masuk ke blog dan page di Facebook adalah amat bermakna buat kami. Terima kasih.

Views: 17

Iklan Newspaper Inline

Kembalikan Always-On-Display Pada OnePlus 5/5T/6

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita, kali ini mengenai produk OnePlus. Sebelum OnePlus 6 dilancarkan, katanya ada ciri Always-On-Display (AOD) tapi depa buang AOD tu sebelum produk tersebut dilancarkan! Katanya bimbang akan penjimatan bateri.

Kami pakai custom ROM yang mana terdapat elemen AOD, nak kata bateri kuat, boleh tahan laa. Tapi, menarik juga AOD ni sebab kawan kami pakai Samsung Galaxy S8, AOD dia menarik. Macam OxygenOS kena angkat telefon, baru keluar ambient display tu. Nak tak nak kena pasang custom ROM la untuk main AOD.

Tapi, kali ni, tak perlu nak pasang custom ROM untuk layan AOD ni, kerana AOD dekat OnePlus 6 yang depa buang tu kini boleh dipakai oleh OnePlus 5/5T malah OnePlus 6 pun boleh! Tapi untuk ampa yang dah root telefon la. Lihat gambar kat bawah ni

Kalau notifikasi masuk, dia keluar macam ni la
Tak perlu nak angkat untuk lihat ambient display tu.
Kalau tutup proximity sensor, dia akan padam. Jangan risau dalam poket dia akan terpadam. hahaha

Pasti ampa tak sabaq kan? Untuk ampa yang dah root telefon tu, boleh la muat-turun fail bawah ni. Bagi yang tak root lagi tu, kena root dulu laa.

Benda ni kena pasang melalui Magisk. Menariknya pasang melalui magisk ni, sekiranya tiba-tiba telefon ampa jadi tak betul, boleh untick module dan reboot. Telefon ampa kembali waras, berbanding pasang melalui TWRP, kena pasang dirty ROM untuk mewaraskan kembali telefon ampa tu.

Tekan logo tambah tu untuk cari fail yang ampa download tadi. Tengok tu, ada yang saya tak tick sebab tak ngam dengan kamera OOS. Tak perlu nak pasang dirty ROM.

Bila pasang, masuk Settings>Display>Ambient Display dan ampa akan jumpa tetapan dia. Seperti gambar kat bawah.

Tekan When to show tu, tukar kepada Always on. Display period tu kami buat 8AM-8AM, lepas tu dia jadi kelabu gutu.

Ralat yang setakat la kami perasan ialah brightness AOD tu dia ikut kecerahan yang kita tetapkan dekat paparan. Kalau ampa tetapkan rendah, gelap la AOD tu. kalau tetapkan cerah, terang la AOD tu. hahaha. Mungkin ada kemaskini untuk penambahbaikan AOD ni. Mungkin? Atau OnePlus kembalikan balik secara rasmi.

Maka dah siap la pemasangan AOD pada OnePlus 5/5T/6 ampa. Kami pasang AOD ni pada OxygenOS Open Beta 11 pada OnePlus 5. Untuk model lain dan ROM OxygenOS lain (Official atau Open Beta), boleh la cuba dan bagi maklum balas kat bawah ni tau. Ingat, hanya OxygenOS yang pakai Android 8.1 Oreo tau!.

Selamat mencuba!

Jika ada sebarang masalah, boleh rujuk pautan ni > XDA Developers

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Cara Memuat Turun ISO Windows 10 Tanpa Menggunakan Media Creation Tool

0

Media Creation Tool adalah aplikasi kecil yang digunakan untuk memuat turun ISO Windows 10 dengan pilihan varian yang diingini.

Ianya boleh didapatkan melalui laman rasmi Microsoft di sini. Pautan tersebut akan menghala dan memaksa anda supaya memuat turun fail ISO Windows 10 menggunakan Media Creation Tool. Cuma, ada sesetengah pengguna lebih gemar memuat turun secara terus kerana sebagai contoh, muat turun melalui Internet Download Manager (IDM) semestinya lebih pantas berbanding melalui Media Creation Tool tersebut.

Ada cara mudah bagaimana kita boleh melakukannya. Dalam tutorial kali ini, saya menggunakan pelayar Chrome.

Kemudian, buka laman Download Windows 10 Disc Image (ISO File).

Apa yang anda perlukan ialah pasang extension User Agent Switcher melalui Chrome Web Store terlebih dahulu.

Pasang – User-Agent Switcher for Chrome

Kenapa kita perlu menukar user agent? Supaya kita pula dapat ‘memaksa’ laman Microsoft memberikan pautan terus muat turun setelah ia ‘mengesan’ kita menggunakan peranti selain dari Windows. Untuk tutorial kali ini, anda boleh menukar user agent kepada iPad atau Android (KitKat).

Kemudian, laman akan dimuat semula dan akan bertukar, memberikan anda pilihan seperti di bawah.

Pilih Windows 10.

Klik ‘Confirm’, dan laman akan mengesahkan permintaan anda.

Pilih pula bahasa yang anda mahu dan sekali lagi klik ‘Confirm’.

Ini adalah pilihan terakhir yang diberikan. Anda boleh pilih untuk muat turun sama ada versi 64-bit atau 32-bit.

Jika anda menggunakan IDM, pautan tersebut akan dapat terus ‘ditangkap’ dan dimuat turun.

Sekian tutorial untuk hari ini. Selamat mencuba.

Nota: Laman sesawang menjadi hitam, adalah disebabkan penggunaan extension Super Dark Mode.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Teori Nora West-Allen: Speedster Baru The Flash Musim Ke 5

1

Bagi yang belum tonton lagi The Flash musim ke empat episod terakhir (23), sila langkau post ni. Manakala buat yang dah tengok, boleh la teruskan membaca.

Akhirnya identiti gadis misteri yang muncul pada musim ke empat ini didedahkan sebagai anak kepada Barry dan Iris iaitu Nora West-Allen (Jessica Parker Kennedy) yang datang dari masa depan. Mungkin sebagai satu bentuk penghormatan kepada ibunya, atas sebab itu dia diberi nama Nora, dan bukan Dawn seperti dalam komik.

Gambar dari ComicBook.com.

Menurut penerbit The Flash, sebenarnya Nora telah melakukan kesilapan besar sewaktu pertemuannya dengan anggota Team Flash sebanyak 4 kali. Kemungkinan kemuncak kepada kesilapan tersebut adalah sewaktu Nora dipercayai membantu bapanya (Barry) memusnahkan satelit yang sedang menjunam ke bandar.

Kita dapat lihat Nora kurang senang dan sebolehnya mengelak dari berjumpa dengan Iris. Teorinya, Nora membesar tanpa Barry, setelah Barry (sepatutnya) mati selepas memusnahkan satelit tersebut. Atas sebab itu Iris membesarkan Nora sebagai seorang ibu tunggal yang mungkin lebih tegas dan garang berbanding Barry.

Cuma di episod akhir Nora tidak dapat lagi membendung perasaan takut akibat kesilapan yang dilakukan olehnya lalu mendedahkan identiti diri. Jika benar Nora bertindak menyelamatkan bapanya dari kematian, ini bererti Nora juga telah mencipta Flashpoint versinya yang tersendiri – Flashpoint 2.0.


Kenapa ‘jika benar’? Kerana kita tahu jika mengikut kepada jalan cerita dalam komik, Nora adalah Dawn Allen, yang mempunyai seorang kembar bernama Don. Bersama-sama mereka berdua digelar sebagai Tornado Twins. Jika Don dibawa masuk ke dalam siri The Flash, ini bermaksud ada kemungkinan juga Don merupakan individu yang telah menyelamatkan Barry, atas kesepakatannya bersama Dawn (Nora).

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Tiada Lagi Sokongan Pembukaan Bootloader Pada Produk Huawei

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita, kali ini mengenai berita tentang produk Huawei. Seperti tajuk di atas, Huawei tidak lagi membenarkan pembukaan bootloader (unlock bootloader) pada produk mereka. Ini merupakan membalikkan sejarah sekian lama mereka menyokong komuniti pembangunan custom ROM. Tapi, Huawei belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Huawei menyediakan perkhidmatan memudahkan pengguna mereka untuk membuka bootloader peranti mereka pada halaman sokongan walaupun prosesnya sangat mudah untuk dilakukan. Tetapi, lebih kurang awal bulan ini, halaman sokongan tersebut secara tiba-tiba menghilangkan diri tanpa sebarang penjelasan. Huawei mengatakan mereka akan mengeluarkan kod kunci secara langsung melalui sistem sokongan e-mel.

Namun begitu, secara dramatiknya Huawei telah menghentikan semua sokongan untuk membuka bootloader. Kesemua peranti yang dijual selepas tarikh 24 Mei, tidak boleh membuka bootloader. Tapi, kesemua peranti yang dijual sebelum tarikh tersebut diberi masa selama 60 hari untuk membuka bootloader sebelum sokongan tersebut dihentikan.


Komuniti custom ROM pasti tidak gembira akan perkara ini dan peminat Huawei menjadi Super Saiyan di Reddit dan Twitter malah mereka nak berhijrah ke jenama lain. Ada pengguna yang tekad nak kembalikan semula Honor 10 dan P20 mereka di atas perubahan dalam polisi Huawei itu.

Selepas ampa mengetahui akan berita ini, pasti tak ambik kisah pasal membuka bootloader. Ada pengguna yang tujuan utama membeli peranti ia ada sokongan membuka bootloader yang membenarkan pengguna boleh melakukan apa saja pada peranti mereka. Tapi jika disekat akses bootloader, ini telah mencabuli hak pengguna!

Bawak bertenang, cuba kita lihat sudut lain, membuka bootloader ni meletakkan peranti kita dalam bahaya sekiranya tersilap langkah malah membenarkan tangan ghaib mengakses peranti kita. Salah satu sebab kenapa syarikat pengeluaran telefon pintar menyekat akses tersebut ialah untuk mengelak produk dikembalikan semula serta mendapat tinjuan yang buruk serta kalau telefon hilang atau dicuri, menyukarkan pihak tidak bertanggungjawab untuk memasang semula ROM untuk membuang keselamatan dalam peranti.

Jadi, apa pendapat ampa? Patutkah Huawei buat macam ni? Berapa ramai pengguna yang membuka bootloader untuk mencari kepuasan? Sila komen di bawah ya. 🙂

Sumber : Android Authority

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

VPNFilter: Malware Yang Mensasarkan Router Kini Menjangkiti 500,000 Peranti Seluruh Dunia

0

Adalah amat menakutkan apabila sesuatu malware itu mampu melakukan pemantauan atau risikan pada peranti yang dijangkiti, serta mampu untuk bertahan ketika peranti reboot.

Itulah dia kemampuan satu malware yang baru ditemui, dinamakan sebagai VPNFilter.

Tiada kena mengena dengan sebarang jenis VPN, malware ini dikod oleh para penggodam dari Rusia. Ianya dikenal pasti oleh bahagian risikan dari Talos oleh Cisco, yang mengatakan bahawa malware tersebut menggunakan kod dari jenis serangan malware sebelumnya.

Menurut Talos lagi, malware VPNFilter ini mempunyai ciri platform multi-tahap dan modular dengan keupayaan pelbagai untuk menyokong kedua-dua operasi perisikan/pengintipan dan pengumpulan data, juga serangan siber yang boleh memusnahkan peranti.

VPNFilter akan membenarkan penggodam mengawal selia komputer dari jarak jauh, lalu menggunakan ia untuk mengintip rangkaian yang digunakan, mencuri maklumat sulit seperti kata nama pengguna dan kata laluannya, melancarkan serangan kepada komputer-komputer lain, dan memuat lebih banyak malware.

Malware ini juga turut mempunyai ciri memusnah secara automatik yang akan membuatkan ia serta perisian pada peranti yang dijangkiti itu tidak dapat digunakan.

Gambar dari Kumpulan Risikan Talos: 3 Tahap VPNFilter

Buat masa ini, VPNFilter dikenal pasti mampu menjangkiti perusahaan dan pejabat kecil/router pejabat rumah dari Linksys, MikroTik, Netgear, dan TP-Link. Antara yang dijangkiti ialah:

  • Linksys E1200
  • Linksys E2500
  • Linksys WRVS4400N
  • Mikrotik RouterOS for Cloud Core Routers: Versions 1016, 1036, and 1072
  • Netgear DGN2200
  • Netgear R6400
  • Netgear R7000
  • Netgear R8000
  • Netgear WNR1000
  • Netgear WNR2000
  • QNAP TS251
  • QNAP TS439 Pro
  • Lain-lain peranti QNAP NAS yang menjalankan perisian QTS
  • TP-Link R600VPN

VPNFilter adalah ancaman yang dapat merebak dengan cepat dan luas, serta mempunyai keupayaan modular yang menyebabkan amat sukar bagi menyekat jangkitannya.

Kebolehan untuk memusnahkan peranti menunjukkan bahawa penyerang/penggodam sudah bersedia menjahanamkan peranti pengguna bagi menghapuskan bukti serangan.

Langkah pencegahan boleh dibaca dari sumber: Cisco’s Talos Intelligence Group Blog
Via: The Register

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Dadabots: ‘Artis’ Kecerdasan Buatan Dengan Album Janaan Bergenre Black Metal

0

Biasanya apabila disebut tentang kecerdasan buatan, maka kita hanya akan terfikir bahawa rangkaian neural ciptaan manusia ini hanya mampu melakukan perkara-perkara yang tidak memerlukan pemikiran kreatif. Semuanya begitu ‘robotik’.

Tetapi Dadabots telah membuktikan sebaliknya. Ia adalah satu bentuk kecerdasan buatan yang menjana muzik baharu setelah ‘diperdengarkan’ kepadanya lagu yang diingini.

Album pertama yang dikeluarkan pada tahun lepas dimulakan dengan genre Black Metal, setelah ia diperdengarkan kepada band Krallice, sebuah band Black Metal dari Bandar New York.

Album tersebut berjudul Coditany of Timeness, dijana setelah Dadabots dilatih mendengar album ‘Diotima’ oleh Krallice.

Nama album, dan tajuk lagu-lagunya, disusun oleh satu kecerdasan buatan lain. Manakala kulit albumnya dibuat oleh satu bentuk algoritma berbeza pula. Pendek kata kesemua yang ada pada Dadabots adalah hasil dari janaan kecerdasan buatan sepenuhnya.

Selaku peminat muzik metal, saya boleh katakan album yang dijana tidaklah begitu teruk, bagi sebuah algoritma/kecerdasan buatan. Apa jua yang ia fikirkan sebagai satu olahan ‘muzik’ (yang sebenarnya hanyalah bunyi bising dan bingit) merupakan hasil dari latihan yang diulang berjuta-juta kali.

Coditany tiada maksudnya dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris itu sendiri, Timeness juga sama. Apakah ini juga bererti kecerdasan buatan mula mencipta bahasa mereka sendiri?

Anda boleh mendengar album penuh Dadabots – Coditany of Timeness di sini: Coditany of Timeness by DADABOTS

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Facebook Mencipta Kecerdasan Buatan Muzikal Yang Mampu Belajar Dengan Sendirinya

0
Mark Zuckerberg, founder and chief executive officer of Facebook Inc., speaks during the Facebook F8 Developers Conference in San Francisco, California, U.S., on Tuesday, April 12, 2016. Zuckerberg outlined a 10-year plan to alter the way people interact with each other and the brands that keep advertising dollars rolling at the world's largest social network. Photographer: Michael Short/Bloomberg via Getty Images

Sebenarnya tahukah anda, setiap aplikasi, servis, atau ‘sesuatu’ yang mempunyai enjin cariannya sendiri besar kemungkinan juga mempunyai satu jabatan pengkaji kecerdasan buatan?

Samalah halnya dengan Facebook, mereka mempunyai satu jabatan yang dipanggil Facebook AI Research (FAIR), terdiri dari ramai saintis yang mengkaji akan rangkaian neural.

Baru-baru ini mereka mendedahkan kajian tentang bagaimana rangkaian neural yang dicipta mampu menterjemahkan muzik dari satu genre atau stail, dan satu set alat-alat muzik kepada jenis/genre yang lain.

FAIR menjadi pasukan penyelidik kecerdasan buatan pertama membuat kaedah pembelajaran tanpa pengawasan untuk mencipta muzik berketepatan tinggi dengan menggunakan rangkaian neural.

FAIR menggunakan pendekatan kaedah pengkodan auto yang kompleks, yang membolehkan rangkaian tersebut memproses audio dari input yang tidak pernah dilatih.

Lihat bagaimana contoh ia beraksi melalui video ini.

Sumber berita: TNW

Views: 2

Iklan Newspaper Inline