Dadabots: ‘Artis’ Kecerdasan Buatan Dengan Album Janaan Bergenre Black Metal

Biasanya apabila disebut tentang kecerdasan buatan, maka kita hanya akan terfikir bahawa rangkaian neural ciptaan manusia ini hanya mampu melakukan perkara-perkara yang tidak memerlukan pemikiran kreatif. Semuanya begitu ‘robotik’.

Tetapi Dadabots telah membuktikan sebaliknya. Ia adalah satu bentuk kecerdasan buatan yang menjana muzik baharu setelah ‘diperdengarkan’ kepadanya lagu yang diingini.

Album pertama yang dikeluarkan pada tahun lepas dimulakan dengan genre Black Metal, setelah ia diperdengarkan kepada band Krallice, sebuah band Black Metal dari Bandar New York.

Album tersebut berjudul Coditany of Timeness, dijana setelah Dadabots dilatih mendengar album ‘Diotima’ oleh Krallice.

Nama album, dan tajuk lagu-lagunya, disusun oleh satu kecerdasan buatan lain. Manakala kulit albumnya dibuat oleh satu bentuk algoritma berbeza pula. Pendek kata kesemua yang ada pada Dadabots adalah hasil dari janaan kecerdasan buatan sepenuhnya.

Selaku peminat muzik metal, saya boleh katakan album yang dijana tidaklah begitu teruk, bagi sebuah algoritma/kecerdasan buatan. Apa jua yang ia fikirkan sebagai satu olahan ‘muzik’ (yang sebenarnya hanyalah bunyi bising dan bingit) merupakan hasil dari latihan yang diulang berjuta-juta kali.

Coditany tiada maksudnya dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris itu sendiri, Timeness juga sama. Apakah ini juga bererti kecerdasan buatan mula mencipta bahasa mereka sendiri?

Anda boleh mendengar album penuh Dadabots – Coditany of Timeness di sini: Coditany of Timeness by DADABOTS

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x