Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 18.04 LTS

Buat yang baru mengenali sistem operasi Ubuntu, selamat datang ke dunia Linux. Untuk anda yang sudah lama pula, selamat mengulangkaji pelajaran lama.

Ubuntu 18.04, barangkali bukanlah versi Ubuntu yang teramat dinanti-nantikan. Justeru tiada lagi situasi laman sesawang Ubuntu.com bagai dilanggar garuda akibat trafik yang melampau, sepertimana keluarnya versi 12.04 kalau tak salah saya.

Namun sedikit sebanyak disebabkan Gnome dikenali dengan cirinya yang boleh menggunakan extension untuk mengubahsuai paparan antaramuka dan kepenggunaan desktop, maka perasaan di hati ingin tahu juga sejauh mana ia telah berubah dalam Ubuntu.

Kita tahu Gnome Shell dalam Ubuntu tidak sama paparan rupa bentuk wajahnya seperti kebiasaan. Ianya diubah supaya masih mempunyai rasa ‘asal’ sepertimana Unity.

Oleh itu artikel ini hadir, bagi memberikan sedikit panduan khususnya kepada pemula, tentang apa yang patut atau boleh dilakukan dalam Ubuntu 18.04 ini.

1. Tukar pelayan mirror untuk melajukan muat turun kemas kini dan aplikasi.

Baiklah. Perkara ini amat penting. Kebiasaannya pelayan mirror lalai tidak begitu optimum kelajuannya bagi lokasi kita. Jadi, buka Software & Updates – Ubuntu Software – Download from – klik pada Other… – Select Best Server.

Ia akan mula melakukan ping bagi mendapatkan pelayan yang paling laju untuk lokasi anda sendiri. Apabila pelayan sudah pun dipilih oleh sistem, klik pada Choose Server.

2. Pasangkan integrasi Gnome Shell Extension.

Apalah ertinya menggunakan Gnome Shell tanpa memanfaatkan pula Gnome Shell Extension. Dengan adanya pelbagai extension ini, anda akan dapat mengubah shell ini menjadi rupa bentuk atau ciri yang anda mahu.

Untuk itu, gunakan perintah ini bagi memasangnya:

sudo apt install chrome-gnome-shell

Setelah itu, anda boleh pasangkan sama ada pelayar web Google Chrome atau Chromium bagi menggunakan laman GNOME Shell Extensions.

Jangan lupa, pasangkan juga extension bagi pelayar web Chrome/Chromium iaitu GNOME Shell integration.

3. Pasang Gnome Tweak Tool.

Gnome Tweak Tool adalah alat yang bagus untuk mengubahsuai persekitaran meja GNOME. Untukm memasangkannya, gunakan baris perintah:

sudo apt install gnome-tweak-tool

Atau,

sudo apt install gnome-tweaks

Mudah sahaja bukan?

4. Kemas kini sistem operasi.

Apalah guna pula jika kita telah menukar pelayan mirror kepada pelayan yang lebih dekat dan laju dengan kita, kalau sistem operasi tidak dikemaskini. Untuk mengemaskini, gunakan perintah:

sudo apt update && sudo apt upgrade

Atau anda boleh juga gunakan Software Updater.

5. Pasang Codec Tambahan.

Secara lalainya, Ubuntu tidak menyokong codec dari pihak ketiga dan mana-mana pemacu proprietari. Tetapi anda boleh pasangkan ia dengan perintah:

sudo apt install ubuntu-restricted-extras

Ini amat membantu khususnya bagi pelayar Firefox ketika ingin menggunakan laman seperti Netflix.

6. Aktifkan ‘Minimize On Click’.

Ini juga secara lalai tidak diaktifkan. Saya tidak beberapa faham keputusan pembangun Ubuntu untuk menyahaktif ciri ini dari mula sedangkan ia amat berguna dan ‘menyelesakan’. Ciri ini membolehkan pengguna untuk minimize atau maximize mana-mana aplikasi dengan mengklik pada ikonnya di dock.

Untuk aktifkan Minimize On Click, ianya semudah menggunakan perintah di bawah pada Terminal:

gsettings set org.gnome.shell.extensions.dash-to-dock click-action ‘minimize’

7. Aktifkan Night Light.

Ini merupakan antara ciri yang paling saya suka dalam Windows 10. Jadi apabila ia diimplementasikan pada Ubuntu, sudah tentulah saya amat menghargai ciri ini kerana ia akan membantu mengurangkan stress pada mata ketika menggunakan PC/laptop pada waktu malam, seterusnya memudahkan diri untuk tidur.

Untuk mengaktifkannya, anda boleh hala ke Settings – Devices – Displays – Night Light.

8. Nyahaktif Perekodan Data.

Salah satu ciri yang membuatkan ramai penggemar atau peminat Ubuntu berpaling tadah adalah perekodan data. Ianya memang akan digunakan bagi menambah baik lagi Ubuntu di masa akan datang, tetapi tidak semua berpegang pada pendapat yang sama, termasuklah saya.

Untuk waktu pertama kali log masuk ke Ubuntu 18.04, anda akan diberi peluang bagi menyahaktif log data ini.

Tetapi jika anda terlepas pandang, anda boleh nyahaktifkan ia melalui Settings – Privacy – Problem Reporting – OFF.

9. Nyahpasang ‘Bloat’.

Agak kelakar istilah ‘bloat’ diguna pakai bagi sistem operasi Linux. Namun itulah hakikatnya. Dalam Ubuntu 18.04 ini bagi saya terdapat beberapa aplikasi yang sekiranya tiada dalam sistem pun tidak menjejaskan apa-apa.

Aplikasi-aplikasi tersebut adalah Aisleriot Solitaire, Amazon, GNOME Mahjongg, GNOME Mines, GNOME Sudoku. Anda boleh nyahpasang dengan mudah menggunakan Ubuntu Software.

Anda ada nak tambah lain-lain bloatwares yang anda rasakan tidak perlu?

10. Hidupkan Repository Universe dan Multiverse.

Sebenarnya untuk sesetengah orang ia tidak perlu, tetapi ia penting bagi memasang aplikasi yang berguna seperti GNOME Tweak Tool. Untuk itu, anda boleh aktifkan keduanya melalui Software & Updates.

Inilah dia sedikit sebanyak apa yang telah saya lakukan apabila memasang Ubuntu 18.04. Banyak lagi sebenarnya tips yang boleh dikongsikan, tetapi cukuplah dahulu 10 perkara penting. Maaf sekiranya tutorial dan tips-tips agak tunggang-langgang. Diharap artikel ini dapat membantu anda dalam menggunakan Ubuntu 18.04 seharian.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

2 Comments

Apa pendapat anda?

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x