Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita, kali ini mengenai produk OnePlus. Sebelum OnePlus 6 dilancarkan, katanya ada ciri Always-On-Display (AOD) tapi depa buang AOD tu sebelum produk tersebut dilancarkan! Katanya bimbang akan penjimatan bateri.

Kami pakai custom ROM yang mana terdapat elemen AOD, nak kata bateri kuat, boleh tahan laa. Tapi, menarik juga AOD ni sebab kawan kami pakai Samsung Galaxy S8, AOD dia menarik. Macam OxygenOS kena angkat telefon, baru keluar ambient display tu. Nak tak nak kena pasang custom ROM la untuk main AOD.

Tapi, kali ni, tak perlu nak pasang custom ROM untuk layan AOD ni, kerana AOD dekat OnePlus 6 yang depa buang tu kini boleh dipakai oleh OnePlus 5/5T malah OnePlus 6 pun boleh! Tapi untuk ampa yang dah root telefon la. Lihat gambar kat bawah ni

Kalau notifikasi masuk, dia keluar macam ni la
Tak perlu nak angkat untuk lihat ambient display tu.
Kalau tutup proximity sensor, dia akan padam. Jangan risau dalam poket dia akan terpadam. hahaha

Pasti ampa tak sabaq kan? Untuk ampa yang dah root telefon tu, boleh la muat-turun fail bawah ni. Bagi yang tak root lagi tu, kena root dulu laa.

Benda ni kena pasang melalui Magisk. Menariknya pasang melalui magisk ni, sekiranya tiba-tiba telefon ampa jadi tak betul, boleh untick module dan reboot. Telefon ampa kembali waras, berbanding pasang melalui TWRP, kena pasang dirty ROM untuk mewaraskan kembali telefon ampa tu.

Tekan logo tambah tu untuk cari fail yang ampa download tadi. Tengok tu, ada yang saya tak tick sebab tak ngam dengan kamera OOS. Tak perlu nak pasang dirty ROM.

Bila pasang, masuk Settings>Display>Ambient Display dan ampa akan jumpa tetapan dia. Seperti gambar kat bawah.

Tekan When to show tu, tukar kepada Always on. Display period tu kami buat 8AM-8AM, lepas tu dia jadi kelabu gutu.

Ralat yang setakat la kami perasan ialah brightness AOD tu dia ikutย kecerahan yang kita tetapkan dekat paparan. Kalau ampa tetapkan rendah, gelap la AOD tu. kalau tetapkan cerah, terang la AOD tu. hahaha. Mungkin ada kemaskini untuk penambahbaikan AOD ni. Mungkin? Atau OnePlus kembalikan balik secara rasmi.

Maka dah siap la pemasangan AOD pada OnePlus 5/5T/6 ampa. Kami pasang AOD ni pada OxygenOS Open Beta 11 pada OnePlus 5. Untuk model lain dan ROM OxygenOS lain (Official atau Open Beta), boleh la cuba dan bagi maklum balas kat bawah ni tau. Ingat, hanya OxygenOS yang pakai Android 8.1 Oreo tau!.

Selamat mencuba!

Jika ada sebarang masalah, boleh rujuk pautan ni > XDA Developers

Komen Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published.