Tiada Lagi Sokongan Pembukaan Bootloader Pada Produk Huawei

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bertemu lagi kita, kali ini mengenai berita tentang produk Huawei. Seperti tajuk di atas, Huawei tidak lagi membenarkan pembukaan bootloader (unlock bootloader) pada produk mereka. Ini merupakan membalikkan sejarah sekian lama mereka menyokong komuniti pembangunan custom ROM. Tapi, Huawei belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Huawei menyediakan perkhidmatan memudahkan pengguna mereka untuk membuka bootloader peranti mereka pada halaman sokongan walaupun prosesnya sangat mudah untuk dilakukan. Tetapi, lebih kurang awal bulan ini, halaman sokongan tersebut secara tiba-tiba menghilangkan diri tanpa sebarang penjelasan. Huawei mengatakan mereka akan mengeluarkan kod kunci secara langsung melalui sistem sokongan e-mel.

Namun begitu, secara dramatiknya Huawei telah menghentikan semua sokongan untuk membuka bootloader. Kesemua peranti yang dijual selepas tarikh 24 Mei, tidak boleh membuka bootloader. Tapi, kesemua peranti yang dijual sebelum tarikh tersebut diberi masa selama 60 hari untuk membuka bootloader sebelum sokongan tersebut dihentikan.


Komuniti custom ROM pasti tidak gembira akan perkara ini dan peminat Huawei menjadi Super Saiyan di Reddit dan Twitter malah mereka nak berhijrah ke jenama lain. Ada pengguna yang tekad nak kembalikan semula Honor 10 dan P20 mereka di atas perubahan dalam polisi Huawei itu.

Selepas ampa mengetahui akan berita ini, pasti tak ambik kisah pasal membuka bootloader. Ada pengguna yang tujuan utama membeli peranti ia ada sokongan membuka bootloader yang membenarkan pengguna boleh melakukan apa saja pada peranti mereka. Tapi jika disekat akses bootloader, ini telah mencabuli hak pengguna!

Bawak bertenang, cuba kita lihat sudut lain, membuka bootloader ni meletakkan peranti kita dalam bahaya sekiranya tersilap langkah malah membenarkan tangan ghaib mengakses peranti kita. Salah satu sebab kenapa syarikat pengeluaran telefon pintar menyekat akses tersebut ialah untuk mengelak produk dikembalikan semula serta mendapat tinjuan yang buruk serta kalau telefon hilang atau dicuri, menyukarkan pihak tidak bertanggungjawab untuk memasang semula ROM untuk membuang keselamatan dalam peranti.

Jadi, apa pendapat ampa? Patutkah Huawei buat macam ni? Berapa ramai pengguna yang membuka bootloader untuk mencari kepuasan? Sila komen di bawah ya. 🙂

Sumber : Android Authority

Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x