Pada era PC, kita dapat melihat kebangkitan malware dan virus, lalu syarikat-syarikat sekuriti membangunkan perisian antivirus.
Pada era web, serangan-serangan berbentuk seperti phishing, cross-site scripting, mula mengancam pengguna aplikasi web.
Di era storan awan pula, advanced persistent threats (APTs) menjadi prioriti bagi langkah pencegahan dan pemulihan.
Sekarang, kita mula beralih ke era kecerdasan buatan atau AI. Apa yang menjadi permasalahan bagi era ini ialah, selain ia diaplikasikan kepada pelbagai sistem operasi, perisian dan aplikasi, penjenayah siber juga mula merancang mencipta senjata mereka yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan.
Atas sebab itu, bagi memastikan industri sekuriti berada satu langkah di hadapan penjenayah siber, IBM Research baru-baru ini membangunkan DeepLocker, sejenis senjata siber yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan.
Malware ini telah dibangunkan untuk memahami bagaimana kecerdasan buatan dapat digunakan boleh individu atau organisasi tertentu bagi melakukan serangan.
Serangan yang dilakukan adalah bersifat pintar, senyap dan beranalisis, di mana ia akan kekal dalam status tidak aktif sehinggalah ia sampai kepada sasaran. Sebaik sahaja sasaran dikenali sama ada melalui pengecaman wajah, geolokasi atau pengecaman suara, ia akan terus melancarkan apa yang dirancang.
Apa yang menjadikan ia lebih berbahaya berbanding malware tradisional atau konvensional ialah ia boleh melancarkan serangan tanpa dapat dikesan. Jika sasaran tidak dapat dijumpai, ia akan kekal berada dalam status senyap, tersembunyi dan tidak dapat dikesan oleh apa-apa perisian atau peranti.
Buat masa ini DeepLocker hanyalah berbentuk kajian. Ia bukanlah ancaman sebenar.
Tetapi pada masa akan datang, disebabkan ideanya sudah ada, maka siapa akan dapat menjangka apakah bentuk malware yang akan membuat serangan dan siapa pula menjadi sasaran.
Terkadang diakui, terasa agak serabut juga bila memikirkan apa yang hendak dimakan pada ‘hari ini’.
Apabila melihat telur, minyak, nasi, bawang, halia, dan apa yang ada dalam peti sejuk seperti daging ayam, dan sedikit sayur-sayuran, apa yang terfikir dek akal ketika itu hanyalah;
Nasi goreng.
Betul atau tidak?
Tetapi tahukah anda, terdapat satu laman yang jika anda masukkan perincian bahan-bahan apa yang anda ada di dapur, ia akan memberikan kepada anda senarai kesemua resepi yang boleh dicuba. Adakah anda mahu mendapat resepi menarik walaupun bahan sedia ada hanyalah seperti yang disebutkan di atas? Kalau anda mahu, mari kita berkenalan dengan satu laman yang dapat membantu kita di dapur.
Buka sahaja MyFridgeFood, anda akan terus ‘dihidangkan’ dengan pelbagai nama bahan-bahan masakan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah tandakan sahaja pada mana-mana bahan yang anda ada.
Kemudian, apabila anda telah berpuas hati dengan bahan-bahan yang anda tandakan, klik sahaja pada butang ‘Find Recipes’.
Seterusnya anda akan diberikan senarai resepi.
Saya pasti anda akan berasa agak terkejut dengan resepi-resepi yang terpapar. Tipikalnya kita hanya akan terbayangkan nasi goreng ayam, nasi goreng campur telur beserta ayam goreng, dan nasi goreng kosong.
Tetapi dengan senarai resepi dari MyFridgeFood, anda tidak akan lagi memasak masakan yang sama walaupun bahan agak terhad. Resepinya mungkin tidak sempurna, tetapi cukup untuk menjadi sesuatu yang berbeza setiap hari.
Laman ini juga akan memberitahu bahan tambahan sekiranya perlu, apabila resepi itu menjadi sedikit lebih ‘kompleks’ berbanding… nasi goreng.
Di sebelah kanannya pula adalah perincian tambahan, seperti resepi yang diperlukan untuk pesakit diabetes, resepi rendah karbohidrat, dan pelbagai kategori dari sarapan, sup, pembuka selera, dan sebagainya lagi.
Jadi apa tunggu lagi? Jika anda rasa pening kepala tidak tahu hendak masak apa, silakan cari resepi terbaik di MyFridgeFood.
Cuma kalau dah tahu di dapur hanya ada telur, janganlah mengada-ngada pula nak ‘pening kepala’.
Memang resepi telur rebus lah yang akan anda dapat!
Flat design vector illustration of modern creative office workspace workplace of a designer. The office of a creative worker. Flat minimalistic style and color with long shadows for Web & Mobile App
Sebenarnya saya amat runsing dengan perisian pejabat yang digunakan di pejabat ini, kerana lesennya sudah tamat, tetapi tidak diperbaharui. Akibat dari itu, saya dipertontonkan dengan tetingkap seperti di bawah setiap kali perisian Word dibuka.
Jelas sekali saya tidak mahu menggunakan crack/patch. Dalam masa yang sama saya juga tidak mahu menggunakan perisian alternatif LibreOffice, kerana paparan antaramukanya yang agak banyak berbeza dengan perisian Microsoft Word.
Untuk itu saya mencuba WPS Office 2016 (WPS – Writer, Presentation and Spreadsheets).
Sebelum ini saya sudah pun membeli versi premium untuk Android. Cuma bagi perisian versi desktop, WPS agak kurang saya kenali disebabkan sewaktu menggunakan Linux, saya hanya terdedah kepada LibreOffice dan OpenOffice.
Percayalah, WPS Office telah buat saya rasa hilang kebergantungan terhadap perisian pejabat Microsoft.
Kenapa? Mari kita lihat terlebih dahulu bagaimana WPS Writer dipaparkan pada Windows 7:
Rasa seperti biasa lihat bukan paparan antaramuka ini?
Mari kita lihat pula bagaimana rupa Microsoft Word 2010:
Perlukah saya tulis lebih panjang?
Kita lihat pula kedua paparan secara bersebelahan ( atau beratasan.. entah.):
Atas: WPS Writer dan bawah: Microsoft Word.
Adakah patut untuk saya tegaskan lagi persamaan antara keduanya?
Menariknya dengan WPS Office, apabila anda mendaftar satu akaun, anda akan mendapat storan awan bersaiz 1GB. Ianya tidak besar, tetapi cukup untuk menyiapkan kerja-kerja penting kerana padanya terdapat suite perisian pejabat lengkap – seakan Google Docs.
Anda boleh lihat sendiri WPS Cloud pada gambar di bawah.
Selain itu, jika anda cuba muat turun fail Microsoft Office, saiznya tidak akan ‘lari’ dari 3GB. Sedangkan apabila anda muat turun perisian WPS Office, saiznya pula hanyalah sekadar 74MB. Anda boleh banding sendiri betapa berbezanya ia dari segi saiz, kerana Microsoft Office mempunyai pelbagai lagi suite perisian yang boleh dikatakan jarang diguna pakai.
Sesuai dengan namanya, WPS adalah kompilasi dari Writer yang boleh disamakan dengan Word, Presentation yang boleh disamakan dengan PowerPoint dan Spreadsheets, yang sama atau seakan serupa dengan Excel.
Anda boleh lihat kedua WPS Presentation dan Spreadsheets melalui tangkap layarnya di bawah.
WPS Presentation.WPS Spreadsheets.
Oh ya, adakah saya sudah sebutkan di atas bahawa WPS Office ini juga mempunyai pembaca PDF yang tersendiri? Tidak perlu pasang perisian tambahan atau berasingan lagi.
Baiklah, rasanya cukup setakat ini pengenalan kita dengan perisian pejabat alternatif terbaik. Anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada Microsoft Office apatah lagi crack/patch yang sentiasa beserta malware. Tidak lupa juga, sebagai bonus kepada anda, WPS mempunyai aplikasi untuk Android yang boleh dimuat turun di Google Play Store.
Apa lagi? Ya, ianya percuma.
Muat turun bagi sistem operasi Windows, Linux, Android dan iOS di sini:
Sejak Windows 10 keluar, Microsoft telah mengumumkan bahawa Windows 10 kini mempunyai perkhidmatan mereka sendiri. Pengguna Microsoft mulai berasa takut kerana perkhidmatan tersebut mungkin berbayar. Dan apa yang belaku kini menjadi kenyataan apabila berita tentang untuk mengekalkan sistem operasi windows dengan cas bulanan, bocor beritanya di internet baru-baru ini.
Dalam laporan terbaru oleh CNet, Pakar Microsoft iaitu Mary Jo Foley mengesahkan bahawa Microsoft akan melancarkan satu produk iaitu ‘Microsoft Managed Desktop‘ yang akan mengenakan bayaran bulanan bagi komputer yang menggunakan sistem operasi Windows 10 dan memastikan ia berjalan lancar dengan kemaskini perisian paling terkini.
Foley juga menyatakan Microsoft kini sudah melaksanakan beberapa bahagian yang telah memulakan pembayaran, iaitu perkhidmatan penyediaan peranti automatik Windows Autopilot, program pembiayaan peranti seperti Surface Plus dan program ‘Surface as Service’. Microsoft sebelum ini mengenakan bayaran lesen kekal dan tahunan pada Windows 10 Enterprise serta Office 365.
Adakah berita itu menggembirakan semua pihak? Foley percaya Microsoft Managed Desktop akan disasarkan kepada syarikat perniagaan. Tetapi soalan yang pasti, apa sebenarnya hala tuju syarikat Microsoft itu sendiri pada masa hadapan?.
Mungkin pada anda yang masih menggunakan sistem operasi Windows 7 dan Windows 8 berasa sangat sombong dan angkuh kerana berjaya mengekalkan diri untuk tidak berhijrah ke Windows 10.
Bagi mereka yang menaik taraf ke Windows 10 pada siri kemas kini yang lepas mungkin tertanya-tanya adakah benda baik itu sebenarnya ada tipu muslihat dari syarikat Microsoft itu sendiri? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi mereka.
Kalau 4 hingga 5 tahun dahulu, bolehlah dikatakan ‘megapixels count’ belum begitu penting dek kerana kemajuan teknologi untuk fotografi mobil juga tidak begitu terkehadapan.
Kini kita berada di era ‘computational photography’, di mana selain jumlah megapixels, pengoptimuman perisian/firmware, peranan kecerdasan buatan, algoritma tambahan, dan saiz sensor bagi kamera telefon pintar sudah begitu maju ke hadapan dan ciri-ciri ini digabung bagi menghasilkan kamera telefon yang berkualiti tinggi.
Kebanyakan telefon perdana atau flagship telah pun ‘selesa’ dengan jumlah megapixels antara 12 hingga 16MP. Ia sudah lebih dari cukup untuk mendapat hasil gambar yang mengagumkan.
Apa yang menjadi penentu kepada hasil kualiti gambar, selain jumlah megapixels? Disebabkan kualiti adalah satu isu yang agak rumit – ia tertakluk kepada kualiti sensor pengimejan, saiz sensor, pengoptimuman perisian atau firmware (sistem operasinya), serta saiz pixel. Kesemua ini digabungkan bagi memperoleh hasil paling optimum.
Sebenarnya jawapan yang tepat untuk isu ini bukanlah tidak wujud, tetapi memerlukan lebih perincian. Jumlah megapixel yang besar tidak semestinya membantu sekiranya saiz pixel dan sensor adalah kecil. Begitu jugalah sebaliknya.
Ini belum lagi disentuh spesifikasi lain seperti saiz aperture, kualiti lensa, bantuan penstabilan imej (OIS dan EIS) sekiranya ada, kelajuan pengatup, ISO, dan sebagainya. Kesemua ini memainkan peranan, ditambah pula dengan tahun ini dipenuhi kamera beserta pembelajaran mesin dibantu kecerdasan buatan, menjadikan faktor-faktor yang menyumbang kepada kualiti imej semakin memadat.
Artikel ini akan cuba menghuraikan kekusutan yang dialami oleh ramai orang, terutamanya yang mengaku diri sebagai tech junkie dan photographer tetapi masih gagal memahami apatah lagi hendak menerangkan isu pokok kepada persoalan ini.
Gambar dari: Huawei Mobile Moments.
Apa Itu Pixel?
Imej digital yang anda lihat setiap hari adalah terbentuk melalui petak-petak kecil. Setiap satu petak tersebut boleh mempunyai warna berbeza, dan gabungan dari petak-petak kecil itulah yang menjadikan sebuah gambar tercipta. Pixel adalah nama bagi setiap satu dari petak-petak kecil tersebut.
Apa Itu Megapixels?
Megapixel ialah satu juta pixel. Oleh itu untuk mengatakan satu imej dengan kualiti dari kamera beresolusi 12 megapixel adalah gabungan daripada 4000 x 3000 pixel, bersamaan dengan 12000000 pixel keseluruhannya.
Kepentingan Megapixels
Apabila peranti itu mempunyai lebih kiraan/jumlah megapixels, ia akan membolehkan kita untuk mengubah saiz bingkai (re-frame) gambar yang diambil tanpa menjejaskan resolusi.
Boleh juga untuk kita mengubah nisbah aspek gambar dari potret kepada landskap, juga tanpa menjejaskan kualiti imej apabila masih banyak resolusi yang boleh dimanfaatkan.
Fleksibiliti seperti ini amat penting untuk kerja-kerja fotografi, seni gambar, seni rakaman sinematik dan sebagainya lagi. Semua ini tidak akan berhasil sekiranya jumlah megapixel yang tersedia pada kamera telefon pintar bersaiz kecil. Mempunyai lebih banyak resolusi tambahan memberikan ruang kreativiti kepada pengguna untuk memanipulasi dan bereksperimentasi dengan lain-lain komposisi.
Akan tetapi bagi para pengguna profesional, mereka boleh mencetak gambar sebesar papan iklan di jalan raya (billboard), namun jangan tersilap kerana kiraan untuk papan iklan yang besar tidak memerlukan megapixels yang besar pula. Bagaimana pengiraannya?
Untuk mencetak ke papan/banner iklan, DPI atau Dots Per Inch yang diambil kira. DPI dalam konteks cetakan ini ialah titik-titik dakwat dari pencetak yang diguna untuk menghasilkan semula pixels pada gambar yang dicetak keluar.
Keperluan papan iklan yang besar adalah berbeza dengan keperluan percetakan saiz biasa. Cetakan saiz biasa atau kecil ini biasanya dilihat dari jarak dekat, oleh itu setiap pixel adalah ‘bermakna’. Manakala papan iklan pula dilihat dari pandangan mata yang jauh, jadi cetakan padanya tidak memerlukan DPI yang mampat kerana mata manusia tidak dapat pun menerjemahkan ia.
Secara kasar, jarak pandangan memainkan peranan dalam hal ini. Sifirnya ialah semakin jauh jarak pandangan, semakin kurang jumlah DPI yang diperlukan. Disebabkan papan iklan dilihat dari jarak yang begitu jauh sekali, maka DPI lebih rendah sahaja dapat diaplikasi bagi menghasilkan imej yang masih lagi ‘tajam’ pada pandangan mata.
Imej seperti ini jika dilihat dari jarak jauh, ia masih nampak cantik. Begitulah konsep papan iklan.
Berapakah jumlah megapixel yang kebiasaannya diperlukan?
Secara umumnya mengikut standard industri percetakan, untuk mendapatkan gambar yang baik, 300 ppi (pixels per inch) adalah diperlukan. Jika anda ingin mencetak gambar bersaiz 8 x 10 inci, maka anda perlu darabkan panjang dan tingginya dengan 300 – yang akan memberikan jumlah saiz pixel.
Oleh itu gambar 8 x 10 inci akan menjadi 2400 x 3000 pixel, bersamaan dengan 72 juta pixel. Dibahagikan dengan 1 juta (kerana terdapat 1 juta pixel pada 1 megapixel) jumlahnya menjadi 7.2 megapixel.
Jadi, untuk tujuan kerja-kerja profesional, anda boleh kira sendiri berapakah saiz maksimum megapixel yang anda perlukan bagi mencetak imej lebih besar dari saiz 8 x 10 inci – yang akan dilihat pada jarak dekat, dan bukan seperti papan iklan – dilihat dari jarak jauh tanpa menjejaskan kualiti dan ketajaman resolusinya.
Inilah dia sebenarnya isu yang dijawab,
“Sebesar mana saiz cetakan, dan sejauh mana jarak penglihatan dari gambar memainkan peranan tentang penting atau tidak jumlah megapixels yang besar”.
Jika cetakan anda besar dan akan dilihat dari jarak dekat, sudah semestinya jumlah megapixels yang lebih banyak amat penting. Jika cetakan anda besar dan dilihat dari jarak jauh seperti papan iklan, maka setiap DPI akan menurun dengan drastik, oleh kerana itu jumlah megapixels yang diperlukan juga menurun.
Mudah untuk difahami bukan?
Benar, jika diberikan kepada pengguna biasa, mereka hanya akan menggunakan kamera yang maju dari peranti perdana untuk menangkap gambar lalu memuat naik gambar-gambar tersebut di Facebook, Instagram, dan WhatsApp. Media-media sosial seperti itu tidak memerlukan kamera beresolusi gergasi.
Jika kita ingin mengambil kira kepada satu golongan ini sahaja, maka apa yang kita lakukan hanyalah menyekat kemajuan teknologi yang sedang sedia pesat membangun.
Tetapi dengan wujudnya golongan profesional yang kini lebih memilih untuk membawa telefon pintar ke mana sahaja mereka pergi, kemajuan teknologi untuk fotografi mobil ini semestinya amat dialu-alukan.
Perkembangan teknologi sensor pengimejan bagi telefon pintar semakin ke hadapan, pemproses imej dan saiz pixel yang semakin besar, isu sensor tidak dapat menyokong jumlah megapixel yang besar tidak lagi menjadi persoalan. Kita tidak lagi boleh berada di takuk lama, walaupun telefon sekarang skrinnya sudah bertakuk (takuk = notch – pun intended).
Kamera pada telefon pintar di era ini dikatakan semakin mampu bersaing dengan kamera profesional.
Google sudah membangunkan Pixel Visual Core, iaitu chip kedua bertindak sebagai pemproses imej. Huawei pula sudah membangunkan kamera dengan kerjasama Leica, beserta kecerdasan buatan yang dikuasakan oleh NPU.
Apa ertinya semua ini?
Ia bererti bahawa kamera telefon pintar sudah selangkah demi selangkah semakin hampir mendekati kualiti yang diinginkan untuk menyempurna kerja-kerja profesional.
Bukan juga bermaksud DSLR tidak lagi berguna, akan tetapi kita dapat lihat ramai jurugambar yang menggunakan DSLR pada hari ini lahir dari kelas-kelas fotografi mobil. Teknik dan tips komposisi itu bukan sahaja dapat diaplikasikan pada kamera DSLR, tetapi sudah semestinya juga pada kamera telefon pintar. Kerana tidak dapat tidak, ianya masih lagi sebuah kamera.
Sedikit fakta menarik untuk ‘dikenang’ bersama, jangan tak tahu sistem operasi Android pada asalnya telah dicipta untuk kamera, sebelum pengasas-bersama Android iaitu Andy Rubin melihat potensi sistem operasi tersebut pada telefon pintar. Dalam satu temu ramah bersama PCWorld, Andy mengatakan bahawa platform yang sama, sistem operasi yang sama mereka cipta dan bina untuk kamera, telah menjadi Android untuk telefon pintar.
Sistem operasi itulah yang anda lihat menguasakan, menggerakkan, dan mengendalikan telefon serta juga kameranya pada hari ini.
Jadi, kembali kepada persoalan, adakah megapixels itu penting?
Jawapannya mudah dan pendek, ia penting. Jawapan panjangnya, jika anda banyak menggunakan kamera untuk tujuan cetakan seperti gambar hadapan majalah, mengambil gambar landskap, mengambil gambar dalam kondisi studio, maka kamera dengan resolusi lebih tinggi adalah perlu bagi mendapatkan perincian pada subjek yang diambil. Kamera dengan resolusi 20MP pastinya memberikan lebih perincian dan ketajaman kepada gambar berbanding 12MP. Sejauh mana besarnya saiz sensor dan bagusnya kualiti pemproses imej, itu adalah dua persoalan berbeza.
Jika anda menggunakan kamera hanya sekadar hobi, muat naik gambar di laman-laman sosial, kamera beresolusi rendah tidak akan menghampakan. Jangan jadikan faktor percetakan ke atas papan iklan sebagai alasan megapixels tidak penting, kerana penerangan di atas tentang bagaimana jarak penglihatan ke atas PPI/DPI memainkan peranan kepada ‘tidak pentingnya’ jumlah megapixels tersebut setelah gambar dicetak.
Mengambil gambar bukan segala-galanya tentang cetakan. Jangan lupa dunia penggambaran juga ada istilah penyuntingan. Apabila mempunyai megapixels yang besar, resolusi terhasil juga memberikan ruang kepada pengkarya untuk menyunting dengan lebih baik. Pengubahan komposisi, nisbah aspek, dan manipulasi imej tidak akan jadi sebaiknya apabila tiada ruang pun untuk dimulakan.
Apabila anda ingin menghasilkan gambar yang ‘tajam’, lebih megapixels sememangnya amat membantu. Tidak percaya? Anda boleh buka pautan ini untuk sampel gambar yang diambil menggunakan Canon PowerShot G3, dengan resolusi sebanyak 4MP dan beritahu kepada saya gambar yang diambil tersebut adalah cukup tajam untuk kepuasan mata anda: Canon PowerShot G3 Camera Samples
Oh, masih belum puas hati? Anda boleh buka pula pautan ini: Canon PowerShot G3
Kesimpulannya?
“Anda tidak boleh mengalahkan ciri-ciri dan hukum fizik/fizikal. 20 sememangnya pasti akan memberi lebih perincian berbanding 2″.
Cuma apabila ingin membeli sesuatu peranti (dalam kes ini ialah telefon pintar), jangan lupa ambil kira juga faktor-faktor lain seperti yang disebutkan awal artikel ini. Peranan lensa, pemproses imej, saiz sensor, pengesanan jarak dinamik, saiz pixel, bantuan pembelajaran mesin serta kecerdasan buatan – menjadi penentu akhir kepada penghasilan gambar terbaik.
Jika anda menggunakan kamera dari telefon low-end, janganlah anda menjangkakan dan mengharap hasilnya sama seperti peranti high-end, kerana apa yang dimuatkan ke dalam spesifikasi kameranya sudah pasti sesuai dengan kadar harga yang ditawarkan.
Anda boleh tonton video di bawah untuk penerangan yang lebih terperinci lagi.
Tetapi bagaimana pula cara untuk kita pastikan akaun Facebook dipadam secara automatik juga?
Untuk pengetahuan anda, Facebook menyediakan tetapan untuk persediaan awal bagi menghadapi hal ini. Di sini kami ingin membangkitkan tentang kepentingan menetapkan akaun Legacy Contact.
Kenapa ia penting? Kerana tanpa akaun ini, akaun anda akan kekal sebagai akaun orang yang hidup meskipun anda sudah 100 tahun meninggal dunia.
Terdapat dua pilihan bagi akaun Facebook orang yang sudah meninggal dunia. Pertama, minta kepada Facebook untuk jadikan ia sebagai akaun peringatan (memorialization). Kedua, minta kepada Facebook supaya akaun tersebut dipadam. Perkara ini boleh dibuat oleh rakan atau ahli keluarga, namun bagi memadam akaun, salinan sijil kematian diperlukan.
Legacy Contact pula akan dapat membuat pinned post, mengatur permintaan menjadi rakan serta mengemaskini gambar profil dan gambar penutup setelah akaun itu bertukar menjadi akaun peringatan.
1. Bagi menukarkan akaun individu yang telah meninggal dunia kepada akaun peringatan, anda boleh hala ke pautan berikut: Memorialization Request
Jika anda ingin Facebook memadam akaun anda secara automatik selepas anda meninggal, anda boleh lakukannya dengan cara:
1. Log masuk ke akaun Facebook anda.
2. Klik pada Settings.
3. Pada bahagian General, anda boleh hala ke ‘Manage Account‘.
4. Cari ‘Request account deletion‘.
5. Pilihan ini akan membuang akaun Legacy Contact anda. Sebaik sahaja ada pihak yang memaklumkan tentang kematian anda, akaun akan segera dipadamkan. Klik ‘Delete After Death‘.
Selesai. Demikianlah caranya bagaimana anda boleh bersedia dari awal tanpa perlu menyukarkan situasi. Sila maklumkan kepada pemilik akaun Legacy supaya mereka boleh bertindak dan bertanggungjawab ke atas ‘wasiat’ anda supaya akaun anda dipadam (atau dijadikan akaun peringatan).
Salah satu dari pelbagai akaun yang berada dekat dengan hidup kita adalah akaun Google. Dari Android, membawa kepada pelbagai lagi peranti lain, akaun Google merentas kepelbagaian ini dan produk-produk Google kesemuanya terhubung melalui satu akaun.
Dari Google Photos, Maps, Gmail, Drive, Assistant, rangkaian ini saling berkait dan berbalas respons antara satu dengan yang lain.
Tetapi pernahkan anda terfikir, apa yang akan terjadi kepada akaun-akaun ini setelah anda meninggal dunia? Tahukah anda bagaimana cara untuk memastikan akaun anda dipadam secara automatik setelah ketiadaan anda nanti?
Di sini kami ingin berkongsi caranya. Mudah dan tidak merumitkan. Mari kita mula.
2. Skrol ke bawah dan cari ‘Inactive Account Manager‘. Klik ‘Change This Setting‘.
3. Di sini anda boleh mulakan plan untuk memadam akaun apabila ia telah tidak aktif lagi digunakan. Anda klik pada butang ‘Start‘.
4. Anda boleh pilih waktu menunggu (waiting period) dari 3 hingga 18 bulan.
Selain itu, anda juga perlu menetapkan atau memasukkan info nombor telefon, alamat emel, dan alamat emel bagi tujuan recovery.
5. Di langkah seterusnya ini, anda perlu memasukkan senarai individu yang boleh dihubungi. Mereka ini boleh diberikan pilihan untuk muat turun data Google diri anda.
Anda juga boleh menetapkan ‘autoreply’ atau jawapan balas automatik bagi sesiapa yang menghantar emel kepada anda sewaktu akaun tidak aktif.
6. Di akhir pilihan ini, anda perlu mengaktifkan tetapan ‘Yes, delete my inactive Google Account‘, yang mana akan membuatkan Google memadam akaun anda secara automatik setelah tempoh menunggu tamat. Akaun akan dianggap ‘deceased‘ atau bererti pemiliknya telah meninggal dunia.
7. Sesudah selesai, anda cuma perlu klik pada ‘Confirm Plan‘. Pilihan anda ini akan dijadikan tetapan lalai atau default configuration sehingga anda memilih untuk membatalkannya.
Demikianlah tutorial kita pada hari ini. Artikel seterusnya mungkin akan membincangkan bagaimana cara untuk kita memastikan akaun Facebook pula dapat dipadam secara automatik setelah meninggalnya kita. Anda berminat untuk tahu? Kalau minat, kongsikan artikel ini. Jika jumlah perkongsian banyak, kami menganggap anda memang berminat dan artikel tersebut akan dipos secepat mungkin.
Semoga anda dapat memanfaatkan kesemua tutorial yang telah kami tuliskan buat anda.
Bila disebut fotografi, tidak dapat tidak ianya tetap akan dikaitkan dengan kamera digital DSLR.
Tetapi fotografi kini tidak lagi terhad kepada peranti itu, kerana telefon pintar jugak sudah semakin baik dan ke depan dari sudut kualiti imej yang dihasilkan.
Mungkin sensor yang ada pada telefon pintar tidaklah sebesar pada peranti DSLR, tidak dapat dinafikan spesifikasinya masih belum mampu menandingi keseluruhan kualiti DSLR tersebut. Namun kerana subjek ini adalah mengenai fotografi, dan peranti telefon pintar sudah mempunyai kamera (yang juga berkualiti tinggi), maka ia tidak dapat lari dari mengikut tips umum fotografi yang baik.
Soalnya, bagaimana hendak mendapatkan gambar yang menarik?
Berikut disenaraikan beberapa tips fotografi yang boleh diaplikasikan pada kamera telefon pintar (Ya, kerana ia masih lagi sebuah kamera).
Gambar dari Fstoppers.
1. Bersihkan Lensa
Bila kita menggunakan telefon pintar yang perlu dibawa ke mana-mana, ianya pasti akan mengundang habuk, debu, dan pelbagai kotoran sama ada dari poket ataupun jari.
Bawalah bersama sehelai kain pembersih kanta cermin mata sentiasa, supaya dapat juga dibersihkan lensa kamera telefon agar hasil imej yang diberikan menjadi lebih baik.
2. Gunakan Kedua Belah Tangan
Kebanyakan telefon yang keluar pada waktu ini sudah mempunyai Optical Image Stabilization (OIS), Electrical Image Stabilization (EIS), bahkan Artificial Intelligence Image Stabilization (AIS – dari Huawei) yang dapat membantu menstabilkan kamera ketika ingin mengambil gambar.
Tetapi pun begitu, selayaknya sebagai sebuah kamera ‘dilayan’ atau digunakan seperti sebuah kamera juga. Maka ambillah gambar menggunakan kedua belah tangan agar tangkapan menjadi lebih stabil lagi.
Setiap telefon pintar berkamera, aplikasinya pasti akan mempunyai pilihan untuk mengaktifkan jejaring panduan Rule of Thirds (ROT) ini. Aktifkanlah ia, dan aplikasikan komposisi ROT ini dengan baik. Hasilnya pasti akan menjadikan gambar anda lebih menarik untuk dilihat.
4. Dekati Subjek Dan Penuhkan Bingkai
Memenuhi bingkai dapat memberikan impak yang lebih lagi terhadap subjek anda. Jika ia jauh dari viewfinder, maka komposisi bagi subjek serta latarnya akan turut berubah.
Mendekati subjek dan cuba memenuhkan ia ke dalam bingkai akan membantu menonjolkan perincian subjek, memberikan fokus, dan membuang apa-apa perkara lain yang mengganggu perincian.
5. Cari Kawasan Dengan Pencahayaan Yang Lebih Baik
Cahaya semulajadi dari matahari jika terlalu terang akan ‘merosakkan’ subjek dan komposisinya, manakala apabila ia tiada, akan menyebabkan gambar menjadi terlalu gelap (underexpose).
Carilah kawasan yang mempunyai kadar pencahayaan yang optimum, di mana cahaya semulajadi tidak terlalu menyebabkan mata terpaksa dikecilkan, tidak pula terlalu terlindung hingga anda perlu membuka lampu.
Benar, anda boleh dapatkan gambar yang menarik jika anda kreatif dalam hal memanipulasikan sudut pencahayaan. Tetapi untuk pemula, eloklah belajar terlebih dahulu gunakan pencahayaan optimum sehingga mahir.
Anda boleh rujuk lebih lanjut lagi artikel tips fotografi mobil yang pernah kami tulis dahulu di:
Tapi tahukah anda, di Uganda terdapat Undang-Undang baru yang mengenakan cukai ke atas semua media sosial?
Ia dilabel sebagai aktiviti yang boleh dikenakan cukai, dan ini termasuklah Facebook, WhatsApp, Twitter, Tinder, dan lain-lain lagi.
Rang Undang-Undang ini telah diluluskan pada Mei lepas oleh parlimen Uganda, ia telah menyebabkan penyedia servis internet untuk menyekat laman-laman sosial tersebut sehingga pengguna membayar sebanyak 200 shilling (0.22MYR) setiap hari.
Dalam satu kenyataan bersama, ISP MTN, Airtel, dan Africell memberitahu pelanggan mereka bahawa perkhidmatan yang disenaraikan di atas akan disekat sehingga pembayaran dibuat. Pembayaran mesti dibuat terlebih dahulu melalui telefon bimbit, dengan diberikan sedikit diskaun jika pelanggan membayar untuk ‘langganan’ sebulan.
Disebabkan oleh hal ini, maka carian untuk VPN melonjak secara mendadak kerana ia dapat membantu pengguna mengelak dari membayar cukai tersebut.
Pengarah Eksekutif Suruhanjaya Komunikasi Uganda, Godfrey Mutabazi dalam satu kenyataannya berkata, penyedia servis internet akan diarahkan untuk menyekat VPN bagi mencegah rakyat mengelakkan diri dari membayar cukai media sosial.
“We have technology that will block the VPN services so that no one dodges the taxes. Different VPN systems continue to come with more advanced features to circumvent government crackdowns but governments around the world have continued to block them.”
Ini telah menimbulkan kemarahan oleh para rakyat Uganda kerana pada hemat mereka, mereka telah pun membayar cukai apabila melanggan data internet.
Benarlah kata peribahasa kita, hujan emas di negeri orang, hujan cukai di negeri sendiri, lebih baik SST lagi.
Sekarang dah banyak plan data tanpa had ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan internet di negara ini. Cuma pengguna plan yang masih mempunyai kuota juga masih ada, dan jumlah mereka adalah ramai.
Chrome berkemungkinan akan memperkenalkan ciri baru yang diuji pada saluran Canary baru-baru ini iatu ‘Heavy Page Capping’.
Apa yang akan dilakukan oleh flag ini ialah ia akan memaklumkan kepada pengguna mana-mana laman yang banyak menggunakan data jalur lebar.
Jika pilihan/opsyen ‘Low’ digunakan, ia akan mengurangkan kadar pemakluman data kepada 1MB setiap halaman.
Buat masa ini belum ada lagi cara untuk mengehadkan data melalui tetapan pada Chrome kecuali anda gunakan extension Data Saver, juga dibangunkan oleh Google..