Kingsoft WPS Office 2016: Perisian Pejabat Alternatif Microsoft Office Paling Lengkap

Sebenarnya saya amat runsing dengan perisian pejabat yang digunakan di pejabat ini, kerana lesennya sudah tamat, tetapi tidak diperbaharui. Akibat dari itu, saya dipertontonkan dengan tetingkap seperti di bawah setiap kali perisian Word dibuka.

Jelas sekali saya tidak mahu menggunakan crack/patch. Dalam masa yang sama saya juga tidak mahu menggunakan perisian alternatif LibreOffice, kerana paparan antaramukanya yang agak banyak berbeza dengan perisian Microsoft Word.

Untuk itu saya mencuba WPS Office 2016 (WPS – Writer, Presentation and Spreadsheets).

Sebelum ini saya sudah pun membeli versi premium untuk Android. Cuma bagi perisian versi desktop, WPS agak kurang saya kenali disebabkan sewaktu menggunakan Linux, saya hanya terdedah kepada LibreOffice dan OpenOffice.

Percayalah, WPS Office telah buat saya rasa hilang kebergantungan terhadap perisian pejabat Microsoft.

Kenapa? Mari kita lihat terlebih dahulu bagaimana WPS Writer dipaparkan pada Windows 7:

Rasa seperti biasa lihat bukan paparan antaramuka ini?

Mari kita lihat pula bagaimana rupa Microsoft Word 2010:

Perlukah saya tulis lebih panjang?

Kita lihat pula kedua paparan secara bersebelahan ( atau beratasan.. entah.):

Atas: WPS Writer dan bawah: Microsoft Word.

Adakah patut untuk saya tegaskan lagi persamaan antara keduanya?

Menariknya dengan WPS Office, apabila anda mendaftar satu akaun, anda akan mendapat storan awan bersaiz 1GB. Ianya tidak besar, tetapi cukup untuk menyiapkan kerja-kerja penting kerana padanya terdapat suite perisian pejabat lengkap – seakan Google Docs.

Anda boleh lihat sendiri WPS Cloud pada gambar di bawah.

Selain itu, jika anda cuba muat turun fail Microsoft Office, saiznya tidak akan ‘lari’ dari 3GB. Sedangkan apabila anda muat turun perisian WPS Office, saiznya pula hanyalah sekadar 74MB. Anda boleh banding sendiri betapa berbezanya ia dari segi saiz, kerana Microsoft Office mempunyai pelbagai lagi suite perisian yang boleh dikatakan jarang diguna pakai.

Sesuai dengan namanya, WPS adalah kompilasi dari Writer yang boleh disamakan dengan Word, Presentation yang boleh disamakan dengan PowerPoint dan Spreadsheets, yang sama atau seakan serupa dengan Excel.

Anda boleh lihat kedua WPS Presentation dan Spreadsheets melalui tangkap layarnya di bawah.

WPS Presentation.
WPS Spreadsheets.

Oh ya, adakah saya sudah sebutkan di atas bahawa WPS Office ini juga mempunyai pembaca PDF yang tersendiri? Tidak perlu pasang perisian tambahan atau berasingan lagi.

Baiklah, rasanya cukup setakat ini pengenalan kita dengan perisian pejabat alternatif terbaik. Anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada Microsoft Office apatah lagi crack/patch yang sentiasa beserta malware. Tidak lupa juga, sebagai bonus kepada anda, WPS mempunyai aplikasi untuk Android yang boleh dimuat turun di Google Play Store.

Apa lagi? Ya, ianya percuma.

Muat turun bagi sistem operasi Windows, Linux, Android dan iOS di sini:

>>> WPS Office 2016

Terdapat juga lesen seumur hidup yang boleh dibeli di sini:

>>> WPS Office Premium

Sertai Giveaway WPS Office: WPS Office Giveaway

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

2 Comments

Apa pendapat anda?

2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x