Berita Tentang Bayaran Bulanan Windows 10 Tertiris: Apa Pendapat Anda?

Sejak Windows 10 keluar,  Microsoft telah mengumumkan bahawa Windows 10 kini mempunyai perkhidmatan mereka sendiri. Pengguna Microsoft mulai berasa takut kerana perkhidmatan tersebut mungkin berbayar. Dan apa yang belaku kini menjadi kenyataan apabila berita tentang untuk mengekalkan sistem operasi windows dengan cas bulanan, bocor beritanya di internet baru-baru ini.

Dalam laporan terbaru oleh CNet, Pakar Microsoft iaitu Mary Jo Foley mengesahkan bahawa Microsoft akan melancarkan satu produk iaitu ‘Microsoft Managed Desktop‘ yang akan mengenakan bayaran bulanan bagi komputer yang menggunakan sistem operasi Windows 10 dan memastikan ia berjalan lancar dengan kemaskini perisian paling terkini.

Foley juga menyatakan Microsoft kini sudah melaksanakan beberapa bahagian yang telah memulakan pembayaran, iaitu perkhidmatan penyediaan peranti automatik Windows Autopilot, program pembiayaan peranti seperti Surface Plus dan program ‘Surface as Service’. Microsoft sebelum ini mengenakan bayaran lesen kekal dan tahunan pada Windows 10 Enterprise serta Office 365.

Adakah berita itu menggembirakan semua pihak? Foley percaya Microsoft Managed Desktop akan disasarkan kepada syarikat perniagaan. Tetapi soalan yang pasti, apa sebenarnya hala tuju syarikat Microsoft itu sendiri pada masa hadapan?.

Mungkin pada anda yang masih menggunakan sistem operasi Windows 7 dan Windows 8 berasa sangat sombong dan angkuh kerana berjaya mengekalkan diri untuk tidak berhijrah ke Windows 10.

Bagi mereka yang menaik taraf ke Windows 10 pada siri kemas kini yang lepas mungkin tertanya-tanya adakah benda baik itu sebenarnya ada tipu muslihat dari syarikat Microsoft itu sendiri? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi mereka.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x