5 Tips Fotografi Mobil Bagi Pemula Untuk Menghasilkan Gambar Yang Menarik

Bila disebut fotografi, tidak dapat tidak ianya tetap akan dikaitkan dengan kamera digital DSLR.

Tetapi fotografi kini tidak lagi terhad kepada peranti itu, kerana telefon pintar jugak sudah semakin baik dan ke depan dari sudut kualiti imej yang dihasilkan.

Mungkin sensor yang ada pada telefon pintar tidaklah sebesar pada peranti DSLR, tidak dapat dinafikan spesifikasinya masih belum mampu menandingi keseluruhan kualiti DSLR tersebut. Namun kerana subjek ini adalah mengenai fotografi, dan peranti telefon pintar sudah mempunyai kamera (yang juga berkualiti tinggi), maka ia tidak dapat lari dari mengikut tips umum fotografi yang baik.

Soalnya, bagaimana hendak mendapatkan gambar yang menarik?

Berikut disenaraikan beberapa tips fotografi yang boleh diaplikasikan pada kamera telefon pintar (Ya, kerana ia masih lagi sebuah kamera).

Gambar dari Fstoppers.

1. Bersihkan Lensa

Bila kita menggunakan telefon pintar yang perlu dibawa ke mana-mana, ianya pasti akan mengundang habuk, debu, dan pelbagai kotoran sama ada dari poket ataupun jari.

Bawalah bersama sehelai kain pembersih kanta cermin mata sentiasa, supaya dapat juga dibersihkan lensa kamera telefon agar hasil imej yang diberikan menjadi lebih baik.

2. Gunakan Kedua Belah Tangan

Kebanyakan telefon yang keluar pada waktu ini sudah mempunyai Optical Image Stabilization (OIS), Electrical Image Stabilization (EIS), bahkan Artificial Intelligence Image Stabilization (AIS – dari Huawei) yang dapat membantu menstabilkan kamera ketika ingin mengambil gambar.

Tetapi pun begitu, selayaknya sebagai sebuah kamera ‘dilayan’ atau digunakan seperti sebuah kamera juga. Maka ambillah gambar menggunakan kedua belah tangan agar tangkapan menjadi lebih stabil lagi.

3. Gunakan Jejaring Rule of Thirds

Anda boleh rujuk mengenai Rule of Thirds di sini: Apa Itu Rule of Thirds?

Setiap telefon pintar berkamera, aplikasinya pasti akan mempunyai pilihan untuk mengaktifkan jejaring panduan Rule of Thirds (ROT) ini. Aktifkanlah ia, dan aplikasikan komposisi ROT ini dengan baik. Hasilnya pasti akan menjadikan gambar anda lebih menarik untuk dilihat.

4. Dekati Subjek Dan Penuhkan Bingkai

Memenuhi bingkai dapat memberikan impak yang lebih lagi terhadap subjek anda. Jika ia jauh dari viewfinder, maka komposisi bagi subjek serta latarnya akan turut berubah.

Mendekati subjek dan cuba memenuhkan ia ke dalam bingkai akan membantu menonjolkan perincian subjek, memberikan fokus, dan membuang apa-apa perkara lain yang mengganggu perincian.

5. Cari Kawasan Dengan Pencahayaan Yang Lebih Baik

Cahaya semulajadi dari matahari jika terlalu terang akan ‘merosakkan’ subjek dan komposisinya, manakala apabila ia tiada, akan menyebabkan gambar menjadi terlalu gelap (underexpose).

Carilah kawasan yang mempunyai kadar pencahayaan yang optimum, di mana cahaya semulajadi tidak terlalu menyebabkan mata terpaksa dikecilkan, tidak pula terlalu terlindung hingga anda perlu membuka lampu.

Benar, anda boleh dapatkan gambar yang menarik jika anda kreatif dalam hal memanipulasikan sudut pencahayaan. Tetapi untuk pemula, eloklah belajar terlebih dahulu gunakan pencahayaan optimum sehingga mahir.

Anda boleh rujuk lebih lanjut lagi artikel tips fotografi mobil yang pernah kami tulis dahulu di:

Tips Fotografi Mobil (Fotografi Menggunakan Telefon Bimbit)

Tips Fotografi Mobil – Fotografi Menggunakan Telefon Pintar

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x