Bagaimana Memastikan Akaun Google Dipadam Selepas Anda Meninggal Dunia?

Salah satu dari pelbagai akaun yang berada dekat dengan hidup kita adalah akaun Google. Dari Android, membawa kepada pelbagai lagi peranti lain, akaun Google merentas kepelbagaian ini dan produk-produk Google kesemuanya terhubung melalui satu akaun.

Dari Google Photos, Maps, Gmail, Drive, Assistant, rangkaian ini saling berkait dan berbalas respons antara satu dengan yang lain.

Tetapi pernahkan anda terfikir, apa yang akan terjadi kepada akaun-akaun ini setelah anda meninggal dunia? Tahukah anda bagaimana cara untuk memastikan akaun anda dipadam secara automatik setelah ketiadaan anda nanti?

Di sini kami ingin berkongsi caranya. Mudah dan tidak merumitkan. Mari kita mula.

1. Pertama sekali, hala ke Google Account.

Setelah itu, klik pada ‘Personal info & privacy’.

2. Skrol ke bawah dan cari ‘Inactive Account Manager‘. Klik ‘Change This Setting‘.

3. Di sini anda boleh mulakan plan untuk memadam akaun apabila ia telah tidak aktif lagi digunakan. Anda klik pada butang ‘Start‘.

4. Anda boleh pilih waktu menunggu (waiting period) dari 3 hingga 18 bulan.

Selain itu, anda juga perlu menetapkan atau memasukkan info nombor telefon, alamat emel, dan alamat emel bagi tujuan recovery.

5. Di langkah seterusnya ini, anda perlu memasukkan senarai individu yang boleh dihubungi. Mereka ini boleh diberikan pilihan untuk muat turun data Google diri anda.

Anda juga boleh menetapkan ‘autoreply’ atau jawapan balas automatik bagi sesiapa yang menghantar emel kepada anda sewaktu akaun tidak aktif.

6. Di akhir pilihan ini, anda perlu mengaktifkan tetapan ‘Yes, delete my inactive Google Account‘, yang mana akan membuatkan Google memadam akaun anda secara automatik setelah tempoh menunggu tamat. Akaun akan dianggap ‘deceased‘ atau bererti pemiliknya telah meninggal dunia.

7. Sesudah selesai, anda cuma perlu klik pada ‘Confirm Plan‘. Pilihan anda ini akan dijadikan tetapan lalai atau default configuration sehingga anda memilih untuk membatalkannya.

Demikianlah tutorial kita pada hari ini. Artikel seterusnya mungkin akan membincangkan bagaimana cara untuk kita memastikan akaun Facebook pula dapat dipadam secara automatik setelah meninggalnya kita. Anda berminat untuk tahu? Kalau minat, kongsikan artikel ini. Jika jumlah perkongsian banyak, kami menganggap anda memang berminat dan artikel tersebut akan dipos secepat mungkin.

Semoga anda dapat memanfaatkan kesemua tutorial yang telah kami tuliskan buat anda.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 Comment

Apa pendapat anda?

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x