Bagaimana Memastikan Akaun Facebook Dipadam Selepas Anda Meninggal Dunia?

Anda dah belajar bagaimana cara untuk memastikan akaun Google dipadam secara automatik setelah anda meninggal dunia.

Tetapi bagaimana pula cara untuk kita pastikan akaun Facebook dipadam secara automatik juga?

Untuk pengetahuan anda, Facebook menyediakan tetapan untuk persediaan awal bagi menghadapi hal ini. Di sini kami ingin membangkitkan tentang kepentingan menetapkan akaun Legacy Contact.

Anda boleh baca cara menetapkan akaun ini melalui pautan: How do I add, change or remove my legacy contact on Facebook?

Kenapa ia penting? Kerana tanpa akaun ini, akaun anda akan kekal sebagai akaun orang yang hidup meskipun anda sudah 100 tahun meninggal dunia.

Terdapat dua pilihan bagi akaun Facebook orang yang sudah meninggal dunia. Pertama, minta kepada Facebook untuk jadikan ia sebagai akaun peringatan (memorialization). Kedua, minta kepada Facebook supaya akaun tersebut dipadam. Perkara ini boleh dibuat oleh rakan atau ahli keluarga, namun bagi memadam akaun, salinan sijil kematian diperlukan.

Legacy Contact pula akan dapat membuat pinned post, mengatur permintaan menjadi rakan serta mengemaskini gambar profil dan gambar penutup setelah akaun itu bertukar menjadi akaun peringatan.

1. Bagi menukarkan akaun individu yang telah meninggal dunia kepada akaun peringatan, anda boleh hala ke pautan berikut: Memorialization Request

2. Manakala bagi permintaan untuk memadamkan akaun, anda boleh pula hala ke pautan ini: Special Request for Medically Incapacitated or Deceased Person’s Account

Jika anda ingin Facebook memadam akaun anda secara automatik selepas anda meninggal, anda boleh lakukannya dengan cara:

1. Log masuk ke akaun Facebook anda.
2. Klik pada Settings.
3. Pada bahagian General, anda boleh hala ke ‘Manage Account‘.
4. Cari ‘Request account deletion‘.
5. Pilihan ini akan membuang akaun Legacy Contact anda. Sebaik sahaja ada pihak yang memaklumkan tentang kematian anda, akaun akan segera dipadamkan. Klik ‘Delete After Death‘.

Selesai. Demikianlah caranya bagaimana anda boleh bersedia dari awal tanpa perlu menyukarkan situasi. Sila maklumkan kepada pemilik akaun Legacy supaya mereka boleh bertindak dan bertanggungjawab ke atas ‘wasiat’ anda supaya akaun anda dipadam (atau dijadikan akaun peringatan).

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x