DeepLocker: Senjata Siber Berbentuk Malware Dikuasakan Oleh Kecerdasan Buatan

Pada era PC, kita dapat melihat kebangkitan malware dan virus, lalu syarikat-syarikat sekuriti membangunkan perisian antivirus.

Pada era web, serangan-serangan berbentuk seperti phishing, cross-site scripting, mula mengancam pengguna aplikasi web.

Di era storan awan pula, advanced persistent threats (APTs) menjadi prioriti bagi langkah pencegahan dan pemulihan.

Sekarang, kita mula beralih ke era kecerdasan buatan atau AI. Apa yang menjadi permasalahan bagi era ini ialah, selain ia diaplikasikan kepada pelbagai sistem operasi, perisian dan aplikasi, penjenayah siber juga mula merancang mencipta senjata mereka yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan.

Atas sebab itu, bagi memastikan industri sekuriti berada satu langkah di hadapan penjenayah siber, IBM Research baru-baru ini membangunkan DeepLocker, sejenis senjata siber yang dikuasakan dengan kecerdasan buatan.

Malware ini telah dibangunkan untuk memahami bagaimana kecerdasan buatan dapat digunakan boleh individu atau organisasi tertentu bagi melakukan serangan.

Serangan yang dilakukan adalah bersifat pintar, senyap dan beranalisis, di mana ia akan kekal dalam status tidak aktif sehinggalah ia sampai kepada sasaran. Sebaik sahaja sasaran dikenali sama ada melalui pengecaman wajah, geolokasi atau pengecaman suara, ia akan terus melancarkan apa yang dirancang.

Apa yang menjadikan ia lebih berbahaya berbanding malware tradisional atau konvensional ialah ia boleh melancarkan serangan tanpa dapat dikesan. Jika sasaran tidak dapat dijumpai, ia akan kekal berada dalam status senyap, tersembunyi dan tidak dapat dikesan oleh apa-apa perisian atau peranti.

Buat masa ini DeepLocker hanyalah berbentuk kajian. Ia bukanlah ancaman sebenar.

Tetapi pada masa akan datang, disebabkan ideanya sudah ada, maka siapa akan dapat menjangka apakah bentuk malware yang akan membuat serangan dan siapa pula menjadi sasaran.

Sumber: Security Intelligence

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x