Utama Blog Laman 114

Xiaomi Mi 9T: ‘Raja’ Ketahanan Bateri!

1
Mi 9T yang dibeli diperoleh bersama hadiah.

Assalamualaikum semua.

Berita baik, saya telah pun membeli Mi 9T dari Mi Store.
Apa yang kurang baik ialah pesanan saya di Shopee mengalami kegagalan kerana parcel tersebut ‘tersekat’ di Hong Kong, lalu terus hilang dari dapat dikesan dari radar. Kesabaran mula teruji, hati rasa disiat-siat.

Saya rasa ia berkemungkinan dicuri oleh orang-orang di sana. Tak mungkinlah ia hilang kerana disorok hantu atau bunian pula.

Tak mengapalah, hal itu boleh dilupakan. Tapi dek kerana ia berlaku, maka saya terpaksa pula menunggu sehingga Shopee Guarantee Period tamat barulah saya dapat tekan butang ‘Refund’ dengan aman tanpa gangguan.

Saya sudah menekannya terlebih awal dahulu, lebih kurang seminggu awal. Tetapi penjual iaitu xiaomiglobal.os pula menekan butang ‘dispute’ dengan begitu yakin. Perkara ini (dispute) berulang sebanyak dua kali, dan disebabkan itulah saya terlambat memiliki Mi 9T yang diidam-idamkan. Hati memang sakit, tapi saya perlu belajar untuk ‘move on’.

Mujurlah kali kedua Shopee melepaskan wang tersebut kepada saya dengan sebab kukuh iaitu nombor pengesanan yang tidak dikemas kini sehingga tamatnya tempoh jaminan Shopee. Terima kasih diucapkan buat Shopee yang sabar melayan panggilan saya. Maklum sajalah, saya terpaksa menunggu barang yang tidak kunjung tiba sehingga sebulan lamanya, masakan tidak saya boleh bersabar. Dah tentu membara juga di hati.

Sebaik saja wang dipulangkan, apa lagi, dengan pantas saya ‘cabut’ ke Mi Store berdekatan dan sambar sebuah Mi 9T dengan penuh rasa kesyukuran. Ewah, sudah macam hari perayaan pula rasanya. Varian yang saya beli adalah 6GB RAM/128GB ROM, berharga RM1399.

Jika anda berbajet rendah, anda boleh dapatkan varian 64GB ROM pada harga RM1199.

Shopee memang platform pembelian terbaik.

 

Saya pasti akan ada yang tertanya-tanya, Mi 9T Pro sudah mula menampakkan bayangnya di pasaran Malaysia, tetapi apakah sebab konkrit yang telah meyakinkan saya untuk membeli model Mi 9T?

Adakah saya tidak perlukan prestasi?
Adakah Mi 9T sudah ‘cukup’ untuk saya?

Di sini ingin saya tegaskan, meskipun saya bukan ‘gamer’ tegar, saya masih lagi bermain dengan beberapa permainan yang saya minati sejak dulu, contohnya:

  1. Shadowgun.
  2. Samurai Vengeance.
  3. Wild Blood.
  4. Riptide GP: Renegade.
  5. Kingdom Rush (semua siri, sebab semuanya telah pun saya beli).

Apakah persamaan antara kesemua permainan ini, selain dari ianya merupakan permainan premium (berbayar/perlu dibeli)?

Buka Kotak

Sebelum saya teruskan artikel dengan menjawab persoalan tersebut, eloklah kita buka kotak dahulu. Berikut saya muat naik gambar kotak beserta isi dalamnya iaitu satu kabel USB Type-C, satu 18W Adapter (pengecaj), satu hard case, satu SIM-ejector tool dan juga buku panduan pengguna.

Pakej yang ada dalam kotak. ‘Meh’..

Kalau anda lebih ‘berahi’ untuk menonton video buka kotak, nah, saya embed ia untuk anda dari YouTube.

Mana telefonnya?

Sudah tentulah saya dah keluarkan.

Paparan skrin Mi 9T yang sangat menawan.

Saya ingin memulakan bicara dengan memberitahu kepada anda perbezaan paling signifikan antara Mi 9T dan Mi 9T Pro adalah SoC, iaitu Mi 9T/K20 mengguna pakai Snapdragon 730 beserta Adreno 618, berlawanan dengan Mi 9T Pro/K20 Pro yang menggunakan Snapdragon 855 beserta Adreno 640.

Manakala bagi jumlah RAM dan kapasiti maksimum ROM untuk Mi 9T pula adalah kombinasi 6GB/128GB.

Selain itu, apakah lagi perkara yang berbeza antara keduanya?

Bagi Mi 9T, kameranya dapat merakam resolusi maksimum pada 4K dan 30fps, dan pada Mi 9T Pro rakaman maksimumnya ialah 4K 60fps serta dibantu laser auto focus. GPS pula adalah A-GPS berbanding dual-band A-GPS pada Mi 9T Pro, dan kelajuan pengecasan pula adalah 18W berbanding 27W.

Ada lagikah beza? Jawapannya tiada.

Oleh itu, siapakah yang sesuai menggunakan Mi 9T dan Mi 9T Pro?

Pada saya jika anda mendedikasikan seluruh hidup anda untuk menjadi seorang gamer, anda lebih sesuai beli Mi 9T Pro atas dasar ‘raw power’ yang dimiliki oleh chipsetnya. Saya faham setiap gamer inginkan paparan grafik paling maksimum, kuasa SoC paling tinggi, serta harga peranti paling murah.

Ehh.

Mi 9T Pro punyai semua ciri itu.

Siapa pula lebih sesuai guna Mi 9T? Mereka adalah dari golongan seperti saya. Menjawab persoalan di atas, kesemua permainan tersebut tidak memerlukan kuasa terhebat dari SoC untuk dapat dimainkan dengan cemerlang. Bukan sekadar baik ya, tetapi cemerlang.

Setiap permainan yang saya minati dari zaman HTC One X, contohnya Wild Blood mempunyai grafik yang ‘berat’ dan cantik, tetapi ianya telah lama dikeluarkan dan kini paparan grafiknya sudah pun cukup optimum untuk pemproses generasi baru meskipun dari kelas pertengahan seperti Snapdragon 730 ini.

Anda boleh berfikir secara waras dan logik, jika permainan tersebut dapat dimainkan pada peranti seperti HTC One X dengan spesifikasi lama, iaitu 1GB RAM, Nvidia Tegra 3, kenapa tidak pula dapat dimainkan pada peranti dengan spesifikasi terbaru bukan?

Adakah Snapdragon 730, Mampu Memuaskan Hati ‘Gamer’?

Jawapan pendek, tidak, jika kategori ‘gamer’ itu jatuh kepada ‘tegar’. Bererti mahukan segala yang terbaik, tertinggi, tercantik, terhebat, dan semua jenis ‘ter-ter’ yang lain.

Jawapan bertukar kepada ya, jika anda seperti saya. Hanya mainkan permainan yang sudah optimum pengekodan dan grafiknya, serta tidak menjadikan kepermainan sebagai kerjaya.

Selain itu, apakah ciri lain yang membuat saya jatuh hati kepada Mi 9T?

Ia ada kesemua ciri lain yang dimiliki oleh Mi 9T Pro, seperti skrin Super AMOLED.

Ehh, bagaimana saya begitu pasti? Sebenarnya saya juga tidaklah pasti secara 100%, kerana ia tidak diumumkan secara terang-terangan dan rasmi seperti versi Pro, tetapi berdasarkan kepada penjelasan dari thread Xiaomi di Reddit ini, saya yakin skrinnya adalah sama dengan Mi 9T Pro.

Skrinnya juga menyokong kandungan HDR sama ada di YouTube, Netflix dan video-video HDR yang anda muat turun. Memang terasa sangat puas apabila menonton.

Kemudian, ia juga ada Hi-Res audio. Pada saya ia bukan gimik semata-mata. Jika anda ada ‘audio gear’ dari siri yang disasarkan kepada golongan audiophile, anda pasti akan terasa perbezaannya.

Kalau pakai fon kepala murah, memang akan dengar bunyi seperti mendap, tetapi apabila beralih kepada fon kepala yang bagus, bunyinya akan kedengaran lebih ‘bersih’ dan terperinci.

Ciri paling penting yang menjadi kegemaran saya ialah penghematan kuasa baterinya. Untuk penggunaan ringan, kuasa bateri boleh mencecah dua hari, ‘selamba’. Manakala bagi penggunaan ‘berat’ pula, anda masih akan dapat menggunakannya hingga ke malam. Tidak perlu lagi bimbang soal hendak bawa powerbank ke mana-mana.

Setakat ini saya dapat menikmati kesemua aplikasi penstriman seperti Spotify, TIDAL, Netflix, dan YouTube tanpa memikirkan bila waktunya saya perlu kembalikan ia semula ke pangkuan pengecajnya. Inilah yang menjadi antara sebab utama saya memilih Mi 9T.

Snapdragon 730 mungkin bukan pemproses perdana, tetapi kualitinya adalah setara dengan apa yang pernah dipersembahkan pada pemproses perdana versi yang lepas. Saya amat mementingkan penggunaan kuasa bateri, oleh itu penghematan terbaik seperti ini adalah amat dialu-alukan. Atas kerana itulah tanpa ragu saya berani menobatkan ia sebagai ‘raja’ ketahanan bateri (untuk diri saya, untuk anda mungkin berbeza. Ymmv.).

Perkara ini bukan hanya saya sahaja yang ‘menikmatinya’. Anda boleh tonton video di bawah sebagai salah satu dari pelbagai ujian ketahanan bateri yang dibuat dan dimuat naik di YouTube.

Bagaimana dengan kameranya?

Saya tahu, ramai di antara anda yang dah lama lihat kualiti kamera bagi Mi 9T ini dari sumber-sumber yang lain. Saya tidak mahu membuang masa anda dengan pelbagai terma serta istilah yang memeningkan. Cukup sekadar saya kata, kualiti gambar yang diambil adalah sama bagus dengan versi Pro-nya.

Mi 9T mengimplimentasi sensor Sony IMX582, di mana sensor ini adalah serupa dengan IMX586, cuma ‘dibuang’ atau dikurangkan padanya satu ciri iaitu pilihan rakaman 4K 60fps (tanpa laser auto focus). Ini bagi merendahkan lagi kos pembikinannya, sekaligus Xiaomi/Redmi dapat menjual Mi 9T pada harga yang lebih murah.

Disebabkan itu juga, hasil gambar diambil amat memuaskan.
Berikut adalah beberapa keping sampel gambar untuk tatapan anda.

Mode potret.

 

Tangkapan awal pagi di Warung Bunian. Lebih kurang pukul 6:55 minit pagi.

 

Suasana dalam The Mines Shopping Mall.

 

Mines Cruise.

 

Wide Angle Lens.

Ini pula antara video yang sempat saya muat naik.

Satu lagi video untuk tontonan dan penilaian dari anda.

Konklusi

Terbaru, berlegar di sekitar laman-laman teknologi akan gambar tiris yang dipercayai sebagai hasil keputusan ujian penanda aras dari Geekbench untuk Snapdragon 865. Prestasinya menyamai Apple A11 Bionic, dan walaupun ini tidak menjadikan pemproses Snapdragon 855 sebagai ‘obsolete’ atau tidak lagi relevan, ia menyebabkan sasaran peranti terbaru saya mestilah menggunakan SoC ini.

Buat yang sudah pun beli mana-mana peranti dengan Snapdragon 855, teruskan pakai. Saya pula ingin cukupkan modal agar pada waktu peranti terbaru Xiaomi/Redmi yang dikuasakan dengan Snapdragon 865 ini nanti, dapatlah saya terus membelinya untuk diulas di sini.

Ciri akhir yang saya dapat fikirkan untuk Mi 9T ini sudah tentulah harganya. Benar, contoh katakanlah model Mi 9T Pro paling ‘murah’ iaitu dengan spesifikasinya yang paling rendah;

‘Cuma’ berbeza RM300 sahaja dengan model Mi 9T dengan spesifikasi paling tinggi – Contoh ya, sebab Mi 9T Pro masih belum keluar secara rasmi, jadi harganya tidak diketahui lagi. Ini cuma anggaran sahaja.

Ada sesetengah orang tidak kisah dengan nilai RM300 tersebut. Malah ada juga yang sanggup keluarkan beza hingga RM500 ke atas asalkan dapat apa yang dicita.

Tetapi saya suka memetik kata-kata dari seorang sahabat saya, iaitu dengan RM300 itu kita boleh pergi makan dengan ‘mewah’ di KFC/McD, atau makan di restoran yang terkenal seperti Homst Recipe, sambil menghirup sajian sup sirip ikan yu ‘Maharaja’, kemudian boleh jalan-jalan pusing bandar atau pekan, masuk keluar zoo, dan pulang dengan senyuman manis sambil memegang Mi 9T yang sudah sedia ada di tangan.

Saya sudah melakukan kesemuanya itu. Anda bila lagi? Selamat berfikir, dan selamat membeli.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Coocaa 50Q5: Televisyen Android Ultra HD 4K Dengan HDR Dan Dolby

0

Satu nikmat yang selalu diambil ringan dan secara sambil lewa adalah nikmat penglihatan.

Saya selalu tak pernah kisah mengenai televisyen kerana memang dah jarang sangat menontonnya.

Tetapi apabila memiliki sebuah televisyen bersaiz 50 inci dan diletakkan di ruang tamu, barulah terasa sesuatu yang selama ini belum ketemu. Kerana apa?

Kerana apabila dapat menonton televisyen dengan skrin berdefinisi tinggi ultra 4K, HDR, sambil diiringi bunyian dengan sokongan Dolby, terasa seakan menikmati panggung wayang dalam keselesaan rumah.

Perkenalkan, televisyen Coocaa 50 inci model 50Q5.

Apakah spesifikasinya?

Ini adalah televisyen pintar dengan kualiti perdana. Bererti segala yang anda dapat dalam pakej TV ini adalah premium, sesuai dengan kadar harganya.

Skrinnya hampir kepada bezel-less atau blogger-blogger lain menggelarnya sebagai nir-bingkai. Kalau pada telefon pintar sudah terasa seronok menonton skrin tanpa gangguan ‘notch’, atau sebarang bingkai, ianya lebih lagi apabila menonton di TV.

Anda boleh cuba dapatkan gambaran betapa berbezanya saiz 50 inci dengan TV 42 inci lama saya melalui gambar berikut.

Tempoh respons panelnya adalah 9.5 mili saat, serta menyokong fungsi High Dynamic Range (HDR). Dengan resolusi 4K, skrin IPS LED ini akan memaparkan perincian yang sangat jelas dan warna yang begitu cantik sekali.

Sistem operasi adalah Android 8.0.0, dan disertakan sekali Widevine Level 1. Ia juga ‘Netflix certified’, maka setiap kandungan Ultra HD (4K) dan HDR disokong secara native tanpa perlu sebarang tweak.

Sistem bunyinya pula ialah Dolby Audio (Dolby Digital™ Plus) DTS Tru-Surround. Dengan pembesar suara stereo dua buah, bunyi yang dihasilkan terutama apabila anda memasangnya pada tahap 100% adalah amat kuat dan memberansangkan.

Paling penting pembesar suaranya tidak ‘pecah’ pada kekuatan 100%. Apa yang anda perlu berhati-hati ialah lokasi rumah jiran. Dibimbangi mereka akan berasa cemburu lalu memanggil polis kerana kesedapan bunyinya yang masuk menusuk ke rumah mereka.

Di belakang TV ini menempatkan beberapa port, antaranya satu port USB 2.0, satu port USB 3.0, 3 port HDMI, 1 port servis, 1 port antenna, 1 port LAN, dan port AV IN.

Setakat ini saya hanya mencuba port USB 3.0, dan ia dapat membaca pemacu USB dengan baik. Cuma jika anda ingin memainkan video dengan pemain lain selain dari pemain lalai, contohnya MX Player Pro, saranan saya anda pasanglah terlebih dahulu aplikasi pengurus fail.

Kemudian bukalah fail media tersebut melalui aplikasi pengurus fail itu.

Saya ada mencubanya bersama pembesar suara Tronsmart Element T6 Plus, dan pendapat saya walaupun pembesar suara tersebut menambah ‘kenikmatan’ dalam mendengar bunyi-bunyian dari filem mahu pun lagu, tetapi bunyi dari pembesar suara asalnya juga sudah mencukupi.

Sebelum kita teruskan artikel, saya rasa eloklah anda lihat dahulu spesifikasi penuhnya pada tangkap layar ini.

Seperti yang anda dapat lihat, ia menggunakan chipset dari Mediatek, yang mana ia merupakan pemproses perdana untuk televisyen pintar dari syarikat tersebut. Jika anda berasa bimbang dengan prestasinya, satu sahaja perkataan yang sesuai saya katakan iaitu – JANGAN.

Jangan bimbang, kerana selepas ini saya akan demokan prestasinya. Dari kandungan berdefinisi tinggi ultra 4K dan HDR, ia dapat memainkan kesemuanya tanpa sebarang masalah ‘lag’. Lancar dan laju, itulah yang sesuai diberikan sebagai deskripsinya.

Di bawah ini saya demokan alat kawalan jauh untuk mengaktifkan Google Assistant.

 

Bagaimana cara untuk membuat ‘pairing’ antara TV Coocaa dan alat kawalan jauhnya?

Mudah sahaja. Anda masuk ke Settings – Add accessory, atau boleh juga picit butang mikrofon untuk memulakan mode pairing.

Kemudian, tekan butang ‘Home’ dan butang ‘kembali’ serentak. Disebabkan butang ‘kembali’ ada dua, saya tunjukkan ia dalam gambar supaya anda mudah faham.

Setelah itu, nama alat kawalan jauh akan muncul di TV. Klik padanya untuk menyiapkan pairing antara keduanya, dan tunggu hingga selesai.

Seperti yang saya janjikan, saya akan tunjuk kepada anda bagaimana prestasi TV ini ketika memainkan video dengan resolusi 4K serta HDR. Anda boleh tonton pada video di bawah.

Jadi, adakah berbaloi beli TV ini?

Ya, jika anda ada modalnya, dan memang sedang mencari TV baru, eloklah anda dapatkan TV dari jenama Coocaa ini. Tidak kiralah model yang mana, kerana semuanya akan memberikan kualiti dan prestasi yang sama. Mungkin ada ciri yang anda cari tiada padanya, tetapi apa yang dimuatkan adalah cukup, setara dengan harga yang ditetapkan.

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

NZXT Mengumumkan Siri Baru H Series dan H510 Elite

0

 

July 24th, 2019, Los Angeles, CA, United StatesNZXT – pembangun terkemuka bagi perkakasan janaan perisian untuk permainan komputer mengumumkan siri baru mereka H Series dan H510 Elite kini boleh didapati di pasaran. Produk baru ini kini boleh diperoleh daripada semua rakan pembekal NZXT di Malaysia.

 

 

 

Ciri-Ciri H510 Elite 

Persembahkan RGB Anda

Dilengkapi dengan dua panel kaca terbaja di bahagian atas, sesuai untuk mempersembahkan sistem RGB anda . Dua kipas Aer RGB 2  dan seutas LED RGB turut disediakan.

  • Smart Device v2 bersama pencahayaan HUE 2 RGB dan tiga saluran kipas.
  • USB 3.1 Type A dan penyambung USB 3.1 Gen 2-berserasi USB-C di panel hadapan.
  • Kit pengurusan kabel yang dipatenkan bersama saluran dan pemaut pra-pasang untuk pengurusan kabel yang mudah dan intuitif.
  • Braket radiator/kipas boleh tanggal memudahkan pemasangan AIO mahupun sistem penyejukan cecair buatan khas.
  • Cagak GPU bersepadu membolehkan anda mempamer GPU anda secara menegak ( memerlukan pembelian asing PCI riser card ).

 

 

Ciri-Ciri H Series Serba Baharu

Lebih Moden

Siri kekotak komputer NZXT yang memenangi pelbagai anugerah telah dinaiktaraf kepada standard industri terkini.

Dengan penyambung USB 3.1 Gen 2-berserasi USB-C di panel hadapan, kini anda boleh menyambungkan telefon pintar baharu, storan luaran berkelajuan tinggi, atau perkakasan terkini ke PC dengan lebih mudah.

 

Tetap Angun

Rekabentuk yang kemas, moden, bar kekemasan kabel dan cermin-terbaja jernih pada panel sisi menyerlahkan lagi binaan kekotak yang unggul.

 

Dikuasai oleh NZXT CAM (Versi i Sahaja)

Gunakan aplikasi intuitif NZXT CAM untuk memantau dan mengawal binaan anda, dengan pilihan daripada preset atau kawalan tersendiri untuk pencahayaan RGB dan kipas penyejuk demi merealisasikan PC idaman anda.

 

Lebih Pintar (Versi i Sahaja)

Smart Device v2 baharu didatangkan dengan pemproses mikro yang lebih pantas untuk kawalan dua saluran pencahayaan HUE 2 RGB dan tiga saluran kipas dikuasai oleh NZXT CAM dengan sokongan pilihan kipas voltan terkawal atau PWM.

 

Penyejukan Dirumuskan

Kipas Aer F120mm disertakan untuk aliran udara dalaman yang optimum dan panel depan bersama ambilan PSU termasuk penapis yang boleh ditanggalkan. Turut hadir bersama pendakap boleh diterbalikkan, boleh ditanggalkan, bercagakan atas yang direka untuk radiator antara 240mm – 360mm memudahkan pemasangan gelung tertutup atau penyejukan cecair gelung khas.

 

Binaan Menyeronokkan Untuk Semua

Pengurusan kabel boleh mengambil masa lebih lama daripada memasang sistem. Kelengkapan penghalaan kabel kami yang dipatenkan dengan saluran dan tali pra-pemasangan menjadikan pendawaian mudah dan intuitif dan mudah.

 

Cagak GPU Menegak H510i/H710i 

Pamerkan kad grafik anda dengan pendakap pemasangan terbina dalam untuk memasang GPU secara menegak (tidak termasuk kad PCIe riser).

 

Tawaran istimewa boleh didapati untuk pelanggan runcit: kit pencahaya percuma untuk setiap pembeli yang membeli kekotak baru H-series dalam kuantiti terhad.

 

Harga MSRP di Malaysia:

 

H210: RM 339

H210i: RM 459

 

H510: RM 309

H510i: RM 439

 

H510 Elite: RM 629

 

Pilihan Warna:

H Series: H510 Elite: 
Matte White Matte White
Matte Black Matte Black
Matte Black/Red  

Untuk lebih maklumat mengenai produk, sila layari : https://www.nzxt.com/product-overview/h-series

Untuk maklumat lanjut mengenai di mana anda boleh mendapatkan Elite dan H-Series sila hubungi NZXT DISTRIBUTOR: Dotatech

(https://www.dotatech.com.my/)

Views: 36

Iklan Newspaper Inline

Ulasan Phidisk PhantomKnight 960GB SATA SSD

0

Gambar muka depan kredit kepada: Instagram @goldfries

Phidisk Phantomknight 960GB ialah SSD berasaskan TLC NAND yang dikeluarkan dari jenama Phidisk Malaysia. Mungkin ada di antara anda mengenali jenama ini. Apa yang menarik tentang Phidisk ini setiap model ada watak atau karekter yang menjadi ikon model tersebut.

Phidisk Malaysia ialah sebuah syarikat dari negeri Pulau Pinang yang menggunakan 100% teknologi ‘controller’ Phison. Phidisk kini ialah satu ikon jenama tempatan yang kini bersaing dengan jenama antarabangsa dalam menghasilkan produk berasaskan memori mampu milik dan juga jaminan waranti terbaik. Terima Kasih kepada Phidisk Malaysia kerana memberikan peluang kepada kami untuk mencuba sendiri SSD ini.

Phidisk PhantomKnight 960GB 2.5 “SATA SSD mempunyai ‘controller’ Phison dan flash memory dari TLC NAND.

Ini adalah spesifikasi Phidisk PhantomKnight 960GB:

 Bentuk  2.5 Inci
 Perumah  SATA III SSD
 Kelajuan Bacaan  Sehingga 540MB / Saat
 Kelajuan Menulis  Sehingga 450MB / Saat

 

Rupa Fizikal:

Pakej yang ditawarkan sangat senang dan berbentuk menarik. Ia berbeza dengan jenama SSD yang lain kerana Phidisk mementingkan ciri kosmetik yang menyerlah.

Hanya terdapat SSD dan kotak sahaja dalam pakej ini.

Percubaan Penanda Aras

Phidisk PhantomKnight adalah pilihan terbaik jika anda memilih SSD sebagai pemacu utama atau membuat storan untuk permainan komputer. Walaupun banyak jenama SSD yang berada dipasaran sekarang ini, Phidisk gah sebagai jenama tempatan yang menawarkan kualiti terbaik untuk semua.

Oh ya, dengan harga RM599.90 untuk harga storan 960GB, rasanya memang sangat berbaloi pada mereka yang hendak membuat pilihan dalam pembelian SSD. Kami di OMG Hackers mengesyorkan anda supaya membeli jenama SSD buatan tempatan kerana selain lebih murah, ia masih mengekalkan kualiti setanding jenama luar.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

DC Dimming, Sangat Penting Untuk Skrin AMOLED

0
Gambar dari XDA Developers.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lama betul tak menulis dekat sini kan? Biasa la, nak dapatkan ‘mood’ menulis dekat sini susah sikit. (lain orang lain cara) Jadi kita cuba kembalikan semangat yang hilang. InsyaaAllah kami cuba menulis lebih banyak dari yang biasa kami pernah tulis.

Panel OLED ni mempunyai banyak kelebihan, antaranya menyediakan ketepatan dan kontras warna yang lebih baik (lagi-lagi warna hitam lebih baik) dan nipis serta lebih cerah daripada panel LCD tradisional. Jadi tak pelik la banyak pengeluar telefon pintar hijrah kepada panel OLED.

Sedangkan telefon yang ‘mid-range’ seperti Mi 9 SE/Galaxy J6 Plus mula guna panel paparan yang mahal ini. Namun, terdapat satu kelemahan pada paparan OLED ni, iaitu ia berkaitan dengan cara panel mengendalikan tahap kecerahan rendah.

Kebanyakan panel OLED guna teknologi PWM, iaitu Pulse Width Modulation untuk meredakan kecerahannya. Ia amat berbeza dengan DC Dimming, yang mana digunakan oleh panel LCD untuk mengawal paras kecerahannya.

Kebanyakan pengguna tidak dapat membezakan di antara PWM Dimming dan DC Dimming. Tapi, ya, ada bahagian yang sangat kecil dari populasi yang dipengaruhi oleh teknik yang sedia ada. Seperti mana panel OLED ‘trickle down’ ke telefon ‘mid-range’ serta ada juga pada telefon pintar bajet, malah penggunanya berkembang dengan cepat sekali.

Dengan peningkatan yang ketara dalam penggunaan AMOLED dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ampa akan dapat lihat komen seperti ini di internet:
Untuk kita paham apa itu DC Dimming, kena paham dulu apa itu PWM Dimming dan bagaimana ia membuat pengguna jadi tak selesa.

Bagaimana PWM Dimming berfungsi?
Seperti yang dinyatakan dekat atas, PWM ni ialah Pulse Width Modulation. Kalau lihat dari nama dia, ampa mengubah lebar nadi cahaya untuk mengawal kecerahan panel paparan. Bahasa mudahnya, ampa bermain dengan jumlah masa skrin nyala atau dimatikan. Apabila ampa menurunkan kecerahan, skrin akan tunggu padam lebih lama daripada ia tunggu nyala, yang dianggap sebagai kecerahan yang lebih rendah.

Mesti ampa akan kata, “bohong aih, gena skrin boleh padam bila kecerahan rendah? Tak perasan aihh”.

Ini kerana kekerapan denyutannya sangat tinggi (biasanya melebihi 200Hz), jadi mata manusia tak dapat melihat denyutan individu, melainkan ampa ni Android/Cyborg lah. Sebaliknya, mata manusia dapat lihat jumlah cahaya dari denyut ini. Jadi, nisbah panel di atas dan di luar keadaan yang memutuskan kecerahan yang dirasakan.

Rajah di bawah menunjukkan bagaimana PWM Dimming buat kerja

Sumber, OLED-info

Pada kecerahan 100%, ampa dapat tengok cahaya sentiasa aktif. Bila ampa turunkan kecerahan sampai 50%, panel bergiliran antara di dalam dan di luar pada selang waktu yang sama. Tapi, bila ampa turunkan lagi kecerahan, skrin akan kekal lebih lama daripada ia nyala. Oleh itu, pada tahap kecerahan yang sangat rendah, terdapat kesan flicker yang cukup besar.

Apa yang buruk sangat tentang PWM Dimming dan kelipannya?
Biasanya, walaupun pada tahap kecerahan rendah, mata manusia tidak akan dapat melihat kelipan dari PWM dimming. Tetapi itu tidak bermakna ia tidak akan menjejaskan ampa dengan cara apapun kerana sesetengah orang lebih peka terhadap kelipan ini. Ia akan menyebabkan ketegangan mata, sakit kepala, dan migrain jika terdedah untuk jangka masa yang lama, terutamanya apabila pencahayaan ambien rendah.

Selesai PWM Dimming, kita beralih pada DC Dimming pula.

Apa dia DC Dimming, dan bagaimana ia berfungsi?
Ia pada dasarnya mengawal kecerahan dengan memvariasikan kuasa yang dibekalkan ke litar. Oleh kerana Kuasa = Voltan x Arus, peningkatan atau penurunan salah satu daripada input ini akan mengubah kuasa yang dibekalkan kepada panel paparan, serta kecerahannya.

Bunyi yang agak mudah kan? Jadi mengapa pengeluar telefon pintar tidak menggunakan DC dimming dalam telefon pintar AMOLED depa?

Sebenarnya, pengeluar telefon pintar telah menggunakan DC Dimming pada LCD pada bertahun-tahun lamanya, tetapi baru-baru ini depa mula menambahnya dalam telefon pintar AMOLED. Tapi, DC dimming mempunyai kelemahan yang besar. Iaitu pada tahap kecerahan yang rendah, berlaku perubahan warna di panel OLED. Dalam panel OLED, perubahan voltan boleh mengubah warna yang dipancarkan. Jadi, pada tahap voltan yang lebih rendah, kualiti paparan telefon pintar dapat dikurangkan dengan ketara.

Eh, kalau jadi lagu tu, apa penyelesaian dia?

Pengeluar telefon pintar kini semakin menyedari kemungkinan masalah kesihatan yang berkaitan dengan PWM Dimming. Tapi, hanya orang yang terpilih sebenarnya yang terjejas dengan PWM Dimming dan kelemahan yang berkaitan dengan DC dimming pada panel AMOLED, maka pengeluar telefon pintar baru-baru ini memilih untuk menyediakannya sebagai ciri tambahan.

OnePlus telah mengesahkan bahawa depa sedang menguji DC dimming pada telefon pintarnya. (terdapat pada OnePlus 7/7Pro pada OxygenOS Stabil, Q DP3 dan juga pada OnePlus 6/6T pada OxygenOS Open Beta 23/15 dan juga pada Q DP3) Bukan itu sahaja, boleh dikatakan hampir kesemua pengeluar telefon pintar China menyediakan fungsi ini pada telefon pintar mereka. Seperti Xiaomi, Vivo, OPPO malah Meizu juga akan mengesahkan fungsi ini pada telefon yang sedia ada (melalui kemaskini perisian) atau akan datang.

DC Dimming pada OxygenOS Open Beta 23, OnePlus 6

Walaupun PWM Dimming boleh menyebabkan ketidakselesaan di sesetengah pengguna, kebanyakan orang tak perasan perbezaannya. Oleh itu, sangat la penting untuk mengetahui bahawa kepekaan ampa terhadap kesan kelipan memutuskan bagaimana ia akan memberi kesan kepada ampa.

Tapi, kalau ampa mengalami ketegangan mata atau sakit kepala dari ketagih pada skrin telefon pintar terlalu lama, jangan nak salahkan PWM Dimming pulak. Cuba la ubah cara penggunaan telefon pintar ampa tu, dengan menetapkan kecerahan rendah mengikut keselesaan ampa (daripada guna kecerahan 100%, nak cepat rosak ka mata tu) atau guna mod membaca atau Mod malam serta pastikan jarak mata ampa dengan telefon tu jauh, kalau pakai spek tu, guna spek la. (jangan jarak dekat, alasan tak nampak)

Apa pendapat ampa mengenai DC Dimming ni? Bagus atau tak? Komen kat bawah di ruang post Facebook atau dekat dalam ni pun boleh. Ikut mana yang ampa suka.

Sumber, GIZMOCHINA

Penerangan:

  • AMOLED = Active-Matrix Organic Light-Emitting Diode
  • LCD = Liquid Crystal Display
  • OLED = Organic Light-Emitting Diode

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Linksys Velop Whole-Home Mesh WiFi: Mesh Router Merangkap ‘WiFi Booster’

0

Sudah agak lama sebenarnya saya hendak memiliki sistem router berasaskan mesh. Jadi apabila datang sahaja peluang untuk mengulas mengenainya, sudah tentulah saya tidak akan sesekali melepaskan rezeki yang mendatang.

Saya dihubungi oleh seorang individu dari sebuah syarikat ‘PR’, yang mewakili Linksys dalam menyatakan hasrat mereka bagi mendapatkan slot ulasan di OMG Hackers. Seperti laman-laman lain, saya menerimanya dengan tangan terbuka. Lalu kami pun bertemu di Seri Kembangan untuk bertukar tangan terhadap satu set mesh router.

Setibanya saya di rumah, kotak pun dibuka.

Apa yang ada dalam kotak?

Eh eh? Mana pergi semua barang? Oh ya, sebenarnya gambar ini diambil setelah saya siapkan semuanya. Segala tetapan dan lokasi nodes sudah saya selesaikan.

Apa yang ada dalam kotak juga tidak banyak. Seperti yang anda lihat, pada slot kosong itu adalah dua nodes, manakala yang lainnya adalah aksesori plug 2 pin, 3 pin, wayar LAN, dan ‘manual’ yang sebenarnya tiada apa-apa ‘manual’ pun di dalamnya. Sebab apa? Sebabnya, anda memang tidak memerlukan sebarang panduan khusus.

Cukup sekadar muat turun aplikasi Linksys, dan ikut sahaja tutorial tetapan yang disediakan hingga selesai. Kepala plug untuk nodes bersaiz agak besar, oleh itu anda sebaiknya sediakan satu slot khusus untuknya jika tidak mahu ia ‘mengganggu’ plug-plug yang lain.

Pada asalnya saya menyangkakan selepas siap sahaja tetapan untuk node, anda tidak lagi perlukan router asal. Tetapi saya terlupa, akan erti sebenar ‘node’ itu. Node adalah ‘carbon copy’ atau salinan kepada tetapan rangkaian asal, di mana ia akan bertindak memancarkan 3 band bagi membantu mengurangkan masalah capaian.

Oleh itu setiap satu node adalah identikal atau serupa dengan sumber rangkaian asal. Mesh router ini menyokong fungsi tiga band serentak, yang bererti ia akan ‘memilih’ untuk anda mana-mana band yang ia ‘rasakan’ sesuai dengan lokasi dan kekuatannya. Sebagai contoh, sekiranya band 2.4GHz lebih kuat di mana anda berada, anda akan terus menggunakan rangkaian dari band tersebut.

Abaikan pengurusan wayar saya yang agak berselerak itu.

Berbeza dengan ‘WiFi Booster’, yang mana akan membahagikan kelajuan mengikut kekuatannya, nodes oleh Linksys ini akan memberikan kelajuan asal dari router. Sekiranya kelajuan yang anda langgan adalah 30Mbps, maka setiap satu node juga memiliki kelajuan sama, tidak kiralah di mana lokasi anda meletakkannya.

Sebagai contoh, node ini saya letakkan di bilik tetamu.

Untuk lebih kefahaman, eloklah anda lihat GIF di bawah.

Mari kita lihat bagaimana cara untuk menetapkan aplikasi Linksys sekaligus membuat terus tetapan untuk mesh router.


Anda harus muat turun terlebih dahulu aplikasi Linksys di Google Play Store: Linksys.

Kemudian, apa yang anda perlu lakukan adalah memilih mana-mana jenis router yang telah anda beli melalui pilihan yang diberikan. Setelah itu, ikuti panduan dari satu langkah ke satu langkah. Tidak perlu sakitkan kepala dengan pelbagai tutorial. Aplikasinya sudah lengkap dengan panduan yang sempurna.

Apabila anda dapat melihat lampu berwarna ungu seperti di bawah, itu bererti node anda sudah bersedia untuk bersambung dengan sumber rangkaian iaitu router asal.

Ia juga dapat dijadikan sebagai ‘lampu panduan’ untuk node yang seterusnya. Apa yang anda perlu buat hanyalah tetapkan lokasi di mana anda hendak letakkan node baru itu, hidupkan node, kemudian tunggu lampu ungu bernyala. Seterusnya hanya lihat dan ‘patuh’ kepada arahan dalam aplikasi Linksys.

Boleh rujuk tangkap layar berikut untuk mendapatkan serba sedikit gambaran tetapan.


Pada saya, aplikasi Linksys adalah di mana semua ‘keseronokan’ berada. Ia dapat digunakan untuk membuat pelbagai tetapan, dari membuka bahagian WiFi khusus untuk tetamu, hinggalah kepada penetapan kawalan untuk kanak-kanak.

Ya, benar. Linksys mempunyai ‘lapisan perlindungan’ atau firewall yang dipanggil sebagai Linksys Shield, dan boleh ditetapkan mengikut kemahuan anda. Jika anda mahu mencubanya, anda akan diberi tempoh percubaan selama 30 hari. Bayaran bulanan bagi Linksys Shield ini ialah RM20.99, manakala jika anda ingin melanggannya secara tahunan, bayarannya pula adalah sebanyak RM204.99.

Tetapi jika anda tidak mahu melanggan Linksys Shield, fungsi Parental Control sedia ada sudah cukup untuk menyekat mana-mana laman yang kurang sesuai untuk anak anda, dan anda juga boleh menghentikan internet untuk seketika jika anda mahu.

Selain itu, antara ciri lain yang saya amat suka pada Linksys Velop ini ialah ia akan mengemaskini firmware secara automatik setiap malam tanpa perlu penglibatan dari anda. Ini amatlah memudahkan proses
penyelenggaraan dan dapat membantu mengekalkan prestasi router berada pada tahap paling optimum.

Tidak lupa juga, ia ada fungsi ‘auto-heal’, iaitu apabila satu node tidak aktif atau rosak, ia akan segera memindahkan pengguna ke rangkaian node yang masih aktif.

Pendapat Saya?

Sistem mesh router dari Linksys ini dapat mengurangkan masalah ‘dead spot’ dan kekurangan kekuatan pancaran WiFi di mana ia menggunakan tiga band iaitu satu band 2.4GHz dan dua band 5GHz.

Berbeza dengan WiFi extender atau booster, node bertindak sebagai pemancar native, di mana kelajuan untuk setiap pelusuk lokasi node berada akan sama dan setara. Jika anda memiliki rumah yang besar dan banyak pula bilik-biliknya, apa yang anda perlu lakukan adalah beli sahaja node ekstra, dan tambahkan ia ke bilik tersebut.

Pendek kata di mana sahaja anda pergi, node akan memberikan sepenuh kelajuan kepada anda. Saya mengesyorkan kalau anda ada modalnya, jangan ragu untuk beli. Ini bukan iklan, ini adalah kebenaran.

Beli Linksys Velop Whole-Home Mesh Router di sini: Linksys Velop Intelligent Mesh WiFi System TRI-BAND.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kenapa Privasi Penting Walaupun Anda Tiada Apa Yang Hendak Disorokkan?

0

Ilmu dan pengetahuan adalah satu bentuk kuasa, dan pengetahuan ke atas diri anda adalah bentuk kuasa ke atas diri anda.

Informasi mengenai diri anda itu akan digunakan semula untuk meramal serta membuat jangkaan awal, lalu manipulasi perbuatan dapat dibuat untuk mengubah cara anda membeli, mengundi, dan berfikir tentang sesuatu perkara.

Privasi tidak penting jika anda sendiri tidak menghargai kebebasan individual. Privasi tiada lagi di situ untuk dilindungi.

Mengumpul, menggali, dan merangkai maklumat diri anda adalah satu bentuk perniagaan dan industri berbilion dolar.

Syarikat-syarikat di Amerika sahaja telah membelanjakan sebanyak 20 bilion pada tahun lepas untuk mendapatkan informasi data pengguna.

Para peruncit dan penjual barangan akan menggunakan segala kaedah yang ada untuk menyamakan sejarah pembelian dengan identiti diri anda dengan menjejak sejarah kad kredit/debit, atau membuat anda mendaftar menggunakan alamat emel atau alamat fizikal bagi membuat anda berada dalam kelompok pelanggan digital, jika anda membayar secara wang tunai di stor fizikal.

Peruncit-peruncit ini akan beralih dengan pantas kepada Facebook, Google, dan broker-broker data untuk memadankan data ID pengiklanan diri anda dengan ID sebenar melalui kad sim, informasi bank, dan pelbagai lagi perincian.

Dengan menggabungkan kesemua maklumat, sebuah pasaraya pernah suatu ketika dapat ‘meramal’ kehamilan seorang remaja jauh lebih awal sebelum ia dapat dikesan oleh ibu bapanya.

Rujuk:

How Target Figured Out A Teen Girl Was Pregnant Before Her Father Did

The Incredible Story Of How Target Exposed A Teen Girl’s Pregnancy

Remaja malang tersebut masih belum bersedia berkongsi kehamilannya dengan keluarga, tetapi pasaraya tersebut bertindak ‘bagi pihak’ dirinya dengan mula menghantar kupon-kupon diskaun bagi barangan bayi.

Cuba teka siapa yang dapat baca dahulu? Ya, bapa remaja itu telah menemui emel kupon tersebut dan meminta penjelasan secara terus dari pihak pasaraya.

Dan… terbongkarlah rahsia yang selama ini disembunyikan.

Mungkin ada sesetengah dari anda yang tidak kisah dan ‘mengizinkan’ iklan-iklan ‘relevan’ ini berlegar dengan menukarkan ia kepada privasi.

Tetapi apa yang anda korbankan adalah jauh lebih besar dari apa yang akan anda dapat.

Pengumpulan dan penggalian data pengguna bukan semata-mata untuk membuatkan iklan-iklan menjadi relevan.

Ada juga pengiklan yang akan mengeksploitasi data anda bagi mensasarkan jualan melebihi dari harga patutnya, sedangkan produk sama dijual kepada individu lain dengan harga lebih murah.

Contohnya terdapat hotel yang mensasarkan jualan melebihi harga asal kepada para pengguna MacOS, berbanding harga murah untuk pengguna Windows.

Semuanya kerana ‘data relevan’ tentang diri anda mengatakan ia begitu, dan ia ‘sesuai’.

Pernah dengar bukan lagu Joe Flizzow bertajuk Evo, yang liriknya berbunyi,

“Satu jam di balai boleh buat kamu sunyi”.

Apa yang anda fikir dibuat oleh pihak polis ketika berada di balai dan disoal siasat mereka?

Data peribadi akan digunakan semula ke atas diri anda.

Anda mula rasa tak selesa jika polis tahu pelbagai perkara mengenai diri anda, mengapa tidak jua dapat anda rasakan perkara yang sama jika data peribadi anda jatuh ke tangan mereka yang tidak boleh dipercayai?

Sekurang-kurangnya polis hanya menjalankan tugas mereka, tetapi syarikat-syarikat ini memanipulasikan data anda untuk tujuan keuntungan mereka sendiri.

Ini baru sekadar contoh pendek, dari pelbagai lagi kes untuk menjustifikasikan betapa pentingnya privasi. Hak anda boleh dinafikan, informasi anda boleh dibuat sebagai satu ‘cherry-pick’ untuk membuktikan anda melakukan sesuatu kesalahan, walaupun ia bukan ‘bukti’, serta pelbagai lagi isu-isu lain.

Anda perlu luaskan lagi skop pemikiran, dan tidak lagi hanya berfikir tentang keseronokan duniawi. Kebebasan digital secara individual perlu dititik berat agar tidak suatu hari nanti informasi diri akan diguna pakai semula bagi menyusahkan diri anda.

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

The Chrome Reaper: ‘Bunuh’ Proses Yang Tidak Diperlukan Pada Chrome

0

Chrome sememangnya terkenal dengan sifatnya yang suka memamah setiap kuasa CPU/GPu dan RAM. Jika guna PC lama terutamanya di pejabat kerajaan yang sudah bertahun lamanya tidak diperbaharui, memang akan terasa seperti berada di tahun 90an.

PC menjadi lemau dan tersangkut-sangkut.

Seorang saintis komputer, David Flater dari National Institute for Standards and Technology (NIST) cuba untuk menamatkan penderitaan ini. Beliau mencipta satu extension yang dapat mematikan proses-proses yang melampau pada pelayar Chrome.

Extension tersebut bernama The Chrome Reaper.

Masalah yang melanda Chrome kadangkala bukan berpunca sepenuhnya dari sifar pelayar itu sendiri. Adakalanya ia disebabkan oleh bugs, cryptominer di laman-laman web tertentu, fail-fail Flash, laman yang sememangnya sarat, dan juga JavaScript yang ditulis dengan lemah sekali.

Extension ini berasaskan satu lagi extension dengan fungsi dan kaedah penggunaan sedikit berbeza iaitu Process Monitor for Chrome, oleh Andy Young.

Extension ini tujuan utamanya adalah untuk memerangi kod-kod cryptomining, dan lain-lain proses yang tidak diperlukan oleh pelayar.

Ia akan menamatkan mana-mana proses apabila kuasa CPU melebihi tahap yang ditentukan untuk suatu waktu tertentu.

CUma disebabkan The Chrome Reaper mengguna pakai API experimental iaitu chrome.processes, ia tidak dapat dipasang melalui Chrome Web Store.

Anda perlu pasangnya secara manual setelah muat turun ia melalui laman ini: The Chrome Reaper.

Ia bolehlah disifatkan dalam fasa beta/percubaan dan mungkin akan mengganggu beberapa extension anda yang lain, tetapi tidak ada apa-apa isu yang terlalu menggugat setakat yang telah saya cuba. Extension SmartAdBlock saya adakala ‘dikacau’ oleh The Chrome Reaper, tetapi mungkin ketika itu malaikat maut Chrome ini sedang bosan bermain dengan cryptominer.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Akaso V50 Pro: Kamera Aksi Harga Mampu Milik Dengan Rakaman 4K Asli

0

Akaso adalah jenama pertama bagi kategori kamera aksi yang saya miliki. Setelah menggunakan Brave 4 yang boleh dikatakan sebagai ‘GoPro Marhaen’, saya terus terasa ingin menaik taraf bagi mendapatkan pengalaman dan kualiti rakaman yang lebih baik lagi.

Sememangnya hasil rakaman dari Brave 4 boleh digunakan untuk tugas ‘bidan terjun’ ketika kamera utama tidak berfungsi. Ianya lebih dari sekadar boleh diharap, cuma saya yakin perbezaan harga antara Brave 4 dan V50 Pro pasti ada sesuatu yang signifikan bagi memisahkan antara keduanya.

Lalu kini model Akaso V50 Pro telah pun saya miliki.
Saya cuba untuk kurangkan ‘kesilapan’ tetapan ketika ujian sesi yang lalu, dan inilah hasil yang saya boleh kongsikan.

Terlebih dahulu mari kita buka kotak.

Tapi harap jangan terperanjat pula dengan gambar-gambar seterusnya.

Eh eh, apa dah jadi ni?

Begini, pakej yang saya pesan adalah terus dari China. Sebaik saya buka bungkusan, saya dapati pemegangnya telah patah. Mujurlah ia tidak diperlukan untuk menggunakan kamera ini.

Wahhh, kenapa sampai bergunting tu?

Tidak seperti bungkusan kotak Brave 4, model V50 Pro ini menggunakan gam yang tersangatlah kuat. Saya tidak mahu buka ia dari bawah kerana tidak dapat tidak, kameranya berada di bahagian ‘kotak plastik’ keras di atas. Ia perlu juga dibuka.

Dan seperti gambar di bawahlah hasilnya.

Jangan gelakkan saya. Sedih tahu? Sayang betul kotak plastik tersebut dah pun jadi sejarah hitam dalam pengalaman saya sepanjang membuka kotak produk.

Oh, masalah belum habis lagi. Mohon tahan dulu ketawa tu.

Ya Tuhan, apa masalah lagi ni?

Saya cuba sedaya upaya menggunakan tangan untuk buka pengikat kamera. Hampir saja saya patahkan ia. Rupa-rupanya apa yang saya perlukan adalah satu alat yang telah disediakan dalam kotak. Kenapalah saya tak cuba semak dahulu.

Inilah dia rupa alat yang dapat membantu saya untuk membuka pengikat kamera tersebut.

Bagaimana pula rupa kamera aksi setelah ia dikeluarkan dari kotaknya?

Beginilah rupanya setelah ia dikeluarkan ya. Memang cantik, tidak ubah seperti kamera mahal. Tetapi harganya tak sampai pun RM400. Ya, dari penulisan ini anda boleh agak yang saya amatlah berpuas hati dengan apa yang saya dapat kali ini.

Apa yang ada dalam kotak?

  • 1x Kamera AKASO V50 Pro
  • 1x Pengecaj bateri.
  • 2x Bateri berkapasiti 1100mAh.
  • 1x Bekas kalis air.
  • 1x Alat kawalan jauh.
  • 1x Bicycle Stand.
  • 10x Mount.
  • 2x Helmet Mount.
  • 1x Bandage.
  • 5x Tethers.
  • 1 x Penutup belakang.
  • 1x Kabel USB.
  • 1x Kain pengelap kanta.
  • 1x Manual pengguna.

Ini gambar yang lebih jelas untuk apa yang akan ada dapat jika anda beli ‘pakej’ V50 Pro.

Pengecaj beserta dua biji bateri.

Inilah antara sebab-sebab kukuh mengapa saya amat menyukai Akaso. Apabila anda beli saja kameranya, ia sudah hadir dengan pelbagai aksesori, dan ia juga serasi dengan mana-mana aksesori dari GoPro.

Anda tidak perlu membeli pengecaj bateri, dan baterinya juga diberikan dua biji. Apa yang anda perlu beli hanyalah kad microSD, dan jika itu pun anda sudah ada, maka apa yang tinggal hanyalah mulakan rakaman.

Kenapa model V50 Pro lebih baik dari model sebelumnya?

Model ini menyokong mikrofon luaran, yang mana ia akan dapat membantu anda terutamanya vlogger dalam mendapatkan kualiti suara yang lebih bagus dari rakaman mikrofon terbina dalaman.

Mikrofon luaran ini boleh dibeli di Shopee, dengan harga semurah RM7.99.

Selain itu, Akaso V50 Pro juga mempunyai panel skrin boleh sentuh, tidak seperti Brave 4 yang perlu dinavigasi menggunakan butang.

Cuma, kelebihan Brave 4, ia mempunyai skrin di hadapan, yang memudahkan pengguna untuk menyemak status semasa kamera sama ada ia aktif ataupun tidak.

Selain itu, anda boleh gunakan alat kawalan jauh yang juga diberikan secara ‘percuma’ di dalam kotak, atau anda boleh hubungkan ia kepada telefon pintar anda untuk mengawalnya menggunakan aplikasi iSmart Pro+.

Anda boleh lihat bagaimanakah rupa paparan antaramuka penggunanya pada gambar berikut.

Atau, jika anda buat ia melintang, ia akan kelihatan seperti ini.

Kalau nak diambil kira tentang aksesori, maka sama sahaja dengan Brave 4. Ia juga ada semua aksesori yang dinyatakan. Jadi di mana lebihnya V50 Pro?

Model V50 Pro menggunakan chipset iCatch v50 dan sensor Panasonic 34112. Gabungan kedua spesifikasi ini sudah banyak digunakan pada jenama kamera aksi bajet yang lain dalam mendapatkan rakaman 4K. Perkara ini tidak asing lagi, mungkin kerana kosnya yang lebih murah. Tetapi kualiti rakamannya bagaimana?

Mari kita tonton satu sampel video 4K yang saya sediakan. Cuma maaflah, mikrofon tersebut saya pegang terlalu dekat dengan mulut. Disebabkan itu bunyinya agak ‘pecah’ sedikit. Rakaman yang akan dibuat selepas ini saya akan letakkan ia berdekatan dengan badan supaya vokal saya tidak jadi terlalu bingit.

Biasalah, ‘pengalaman pertama’.

Kalau anda ambil gambar dengan resolusi 20MP (default) pula bagaimana? Ok atau tidak?

Anda boleh lihat sendiri hasil gambar yang saya ambil pada waktu petang semalam.

Super Wide Mode.
Super Wide Mode.
Super Wide Mode.
Narrow Mode.
Narrow Mode.
Narrow Mode.

Kamera ini punyai mode Narrow, Medium, Wide, dan Super Wide. Anda boleh cuba setiap satunya untuk lihat perbezaan.

Jadi apa kelebihan dan kekurangannya yang jelas nyata (pro dan kontra)?

Apa sahaja benda di dunia ini pastilah ada pro dan kontranya. Akaso V50 Pro juga tidak dapat lari dari hakikat itu.

Pada saya, ada dua kontra yang saya tidak beberapa suka iaitu pertamanya, ia masih mengguna pakai port Mini USB, yang juga bertindak sebagai tempat untuk anda alihkan gambar dan video ke PC, atau sebagai tempat untuk anda masukkan mikrofon luaran.

Keduanya, ia tiada fungsi rakaman 4K 60fps. Hanya model V50 Elite sahaja yang ada fungsi tersebut, itu pun tiada EIS. Anda perlu gunakan gimbal juga bagi mendapatkan rakaman yang stabil.

Selain itu, tiada apa lagi yang dapat saya coretkan mengenai kekurangannya.
Kelebihan yang ada pada model ini mengatasi kekurangan yang wujud.

Jika anda inginkan satu kamera aksi yang mampu merakamkan resolusi 4K secara asli, tetapi harganya dalam kategori mampu milik, tidak perlu tercari-cari lagi. Akaso V50 Pro adalah satu model yang berjaya menambat hati saya.

Ia ada skrin sesentuh, menyokong mikrofon luaran, boleh dibawa ke dalam kolam renang atau rakaman dalam laut dengan bantuan bekas kalis air, boleh dipautkan ke helmet dengan mount yang tersedia secara percuma di dalam kotak, ada dua bateri siap pengecajnya sekali, dan pelbagai lagi ciri yang mana jenama mahal pun belum tentu mampu tawarkan dengan harga sebegini.

Kalau berminat, anda boleh beli melalui pautan Shopee di sini: Akaso V50 Pro.

Atau boleh juga dapatkan melalui Lazada: Akaso V50 Pro (LazMall).

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Wajarkah SKMM Sekat Penjualan Android Box di Malaysia?

1

Kecoh lagi kali ini berkenaan penggunaan android box di Malaysia. Setelah pengharaman android box di Singapura pada November 2018 yang lepas, banyak ura-ura dan laporan akhbar telah memberikan ganbaran yang sama terhadap pengharaman android box di Malaysia. Tambahan lagi, langkah pengharaman android box juga telah disokong rapat oleh para penggiat filem atas alasan android box telah menyebabkan penurunan kadar kutipan filem dan juga aktiviti cetak rompak yang berluasa. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pula dilihat masih lagi samar-samar dalam pengharaman android box di Malaysia namun senada dengan para penggiat filem yang menekankan bahaya cetak rompak.

SKMM Dalam Membanteras Cetak Rompak

Pendirian SKMM dalam membanteras cetak rompak dan pencurian harta intelek adalah langkah yang tepat dan sesuai. Setelah mengambil kira permasalahan cetak rompak sejak sekian lama, SKMM kini dilihat lebih efisyen dalam membanteras cetak rompak terutamanya melibatkan kandungan filem dan telefilem televisyen yang telah dimuat naik secara haram di laman kongsi ataupun di simpanan awan dengan bantuan orang awam yang telah melaporkannya. Pelaksanaan akta cetak rompak juga jelas dijalankan antara contoh yang popular adalah di antara pihak Skop Production dan juga seorang individu yang telah berkongsi pautan cetak rompak filem Munafik 2 sedangkan filem Munafik 2 masih lagi dalam tempoh tayangan.

Di Mana Silapnya?

Dalam usaha membanteras cetak rompak SKMM seringkali dilihat secara sengaja atau tidak sengaja cuba mensinonimkan android box dengan kegiatan cetak rompak dan penstriman haram. Artikel rasmi di laman web SKMM juga dilihat celaru dan tidak tepat. SKMM dilihat masih lagi terkeliru di antara hardware dan software. Walhal, android box itu cuma sebuah peranti yang menjalankan sistem operasi android sama seperti telefon pintar android. Lihat contoh pada tangkap layar yang saya tunjukkan pada baris “aplikasi Android Box“, sepatutnya ditulis “aplikasi DI DALAM Android Box“. Begitu juga dengan penggunakan kata “setup box” untuk merujuk kepada “Android Box“. (Jika digunakan perkataan ‘dekoder‘ sekurang-kurangnya masih lagi boleh diterima).

Ini menyebabkan suatu kekeliruan di kalangan marhaen terutama sekali bagi yang masih rendah dalam literasi teknologi. Mereka yang masih lagi buta IT akan cepat menuduh dan anti kepada android box dengan membaca kenyataan demi kenyataan oleh SKMM dan ditambah pula dengan siaran media tangkapan penjualan dan pemilikan android box ini. Tidak pelik lah apabila ada pengusaha filem menyalahkan android box sebagai punca tontonan filem beliau rendah. Beliau secara terbuka mengatakan android box telah menyebabkan penonton menonton filem beliau secara haram lantas menyebabkan kutipan filem beliau merudum.

Hakikat Yang Sebenar

Sebetulnya, SKMM perlu memberi gambaran dan pendidikan yang sebenar mengenai android box memandangkan teknologi ini masih lagi boleh dikatakan baru. Walaupun HyppTV sudah lama berada di pasaran, namun terma dan pemahaman marhaen mengenai android box dan penstriman internet masih lagi rendah.  Dalam hal ini juga, kami di OMG! Hackers? turut sama berusaha memberi pendidikan dan membuat pengenalan tentang apa itu android box, cara penggunaannya dan langkah-langkah keselamatan yang perlu pengguna ambil dalam penggunaan android box.

Semakin ramai pengguna mula beralih kepada android box kerana mereka sudah muak dengan penyiar televisyen satelit tunggal di Malaysia yang menyajikan rancangan dan program sampah serta berulang-ulang. Tambahan pula, rancangan yang disajikan pula dipenuhi dengan iklan malah kadang-kadang melebihi daripada iklan siaran televisyen percuma. Sekiranya membayar langganan televisyen tetapi masih perlu menonton iklan, mengapa pelanggan masih perlu mambayar langganan? Rancangan pula berjadual dan seringkali penguna terlepas masa tontonan kerana pelbagai urusan seharian. Ini sangat memualkan.

Berbeza pula dengan android box yang menyediakan khidmat tontonan secara on-demand. Tontonan secara on-demand ini bermaksud pengguna boleh memilih apa yang ingin ditonton pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki. Tidak perlu lagi membuat jadual dan menunggu di hadapan tv untuk menonton rancangan kegemaran. Pengguna juga boleh memilih samada untuk membayar ataupun tidak perkhidmatan strim. Di YouTube contohnya, anda boleh memilih samada untuk membayar ataupun tidak kepada YouTube.

Sekiranya anda memilih untuk menonton secara percuma, maka anda akan menonton rancangan kegemaran anda tetapi disajikan juga dengan iklan secara berselang seli. Tetapi sekiranya anda membayar, akaun YouTube anda akan dinaiktaraf kepada YouTube Red dan anda boleh menonton semua rancangan tanpa gangguan iklan serta menikmati sebilangan besar koleksi video dan siri ekslusif YouTube Red. Kelebihan ini tidak terdapat pada pembekal tunggal siaran berbayar Malaysia. Bayar atau tidak bayar, anda tetap perlu menghadap iklan demi iklan sepanjang rancangan.

Apa Yang Saya Harapkan Daripada SKMM?

Dalam isu android box ini, saya berharap SKMM perlu kekal dalam peringkat mendidik sebelum melaksanakan hukuman tegas. Sepertimana langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam hukuman denda merokok di restoran, begitu juga lah langkah yang patut diambil oleh SKMM. Bagaimana SKMM hendak mengambil tindakan terhadap pemilik android box sedangkan kefahaman masyarakat ramai malah pengguna sendiri pun masih lagi rendah?

Dalam tangkapan baru-baru ini juga, bagi saya lebih berkesan sekiranya SKMM menangkap dan mendenda penjual android box tersebut di atas kesalahan cetak rompak sekiranya ada. SKMM tidak pula mengesahkan samada android box tersebut telah diubah suai dan dipasang dengan aplikasi penstriman haram ataupun tidak. Bukankah denda melakukan cetak rompak itu lebih tinggi nilainya dan lebih serius berbanding dengan kesalahan menjual android box “tanpa stiker SKMM dan SIRIM“? Kekeliruan jelas dilihat di kalangan netizen rendah literasi IT dalam tindakan dan siaran media SKMM yang secara membuta tuli menyerang penjualan fizikal android box dan bukannya penggunaannya yang menyalahi undang-undang. Inilah yang dikatakan Marahkan Nyamuk Kelambu Dibakar, Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama, Seekor Kerbau Membawa Lumpur Habis Semua Terpalit.

 

Masih ramai lagi yang keliru di antara penggunaan dan salah guna.

Kesimpulannya…

Memandangkan kita sudah bersetuju untuk mengatakan bahawa punca permasalahan adalah software dan bukannya hardware, segala-gala cakap-cakap dan ugutan mengenai pengharaman android box adalah tidak relevan lagi. Seperti yang telah saya katakan di atas, kita sudah pun sedia ada akta untuk memerangi malah memenjarakan pesalah laku lanun cetak rompak, maka teruskan lah sahaja. Hapuskan salah guna, bukan penggunaan. Sekiranya SKMM mampu dan ada daya untuk menghalang laman web porno dan kandungan berunsur hasutan, mengapa tidak pada laman web dan kandungan cetak rompak?

Views: 4

Iklan Newspaper Inline