Utama Blog Laman 228

[ Info ] iOS 6.1.3 Tamatkan Jailbreak evasi0n?

0

 Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Jumpa lagi kita pada kali ini.
Tahniah Apple kerana dapat tamatkan jailbreak pada iOS 6.1.3, tetapi itu baru permulaan. 🙂
evad3rs mengatakan bahawa tiada jailbreak evasi0n pada iOS 6.1.3 kerana tidak berbaloi untuk jailbreak sebab terlalu sedikit features yang upgrade.

MuscleNerd memaklumkan di Twitternya bahawa Apple ada menyebut evad3rs atas penemuan 4 daripada 6 kelemahan keselamatan yang kini sudah dibaiki dalam iOS 6.1.3

  klik untuk lihat lebih jelas 😀

Ini salah satu exploit yang disebutkan dalam taklimat keselamatan :


Kernel Available for: iPhone 3GS and later, iPod touch (4th
generation) and later, iPad 2 and later Impact: A local user may be able
to determine the address of structures in the kernel Description: An
information disclosure issue existed in the ARM prefetch abort handler.
This issue was addressed by panicking if the prefetch abort handler is
not being called from an abort context. CVE-ID CVE-2013-0978 : evad3rs

evad3rs memaklumkan bahawa mereka masih ada beberapa ” majorexploit yang disimpan untuk kegunaan masa hadapan 😀
Cuma kita tidak tahu bilakah mereka akan gunakannya. Kemungkinan pada iOS 7 akan datang? 😀

Jailbreak evasi0n dicipta oleh kumpulan evad3rs yang terdiri daripada MuscleNerd, pod2g, planetbeing, dan pimskeks. Ia keluar pada 4 Februari 2013, yang mana dapat bertahan dua iOS software updates. 🙂

Itu sahaja yang saya dapat kongsi dengan anda semua. Jadi gunalah iDevices anda dengan cermat dan selamat. Jangan upgrade iOS, simpan SHSH Blobs anda, dan tunggu akan keluarnya jailbreak yang SAH, bukan kena klik survay2 :P. Bagi yang terlambat nak save, jangan risau, anda tunggu jailbreak akan datang ^_^

#dengar cerita, Apple akan keluarkan banyak product, antaranya iOS 7, iMac baru, iPad 5th Generation, iPad Mini 2, iPhone 5s, iPod Touch 6th generation, iPod Nano, pendek kata semua product Apple lah >.<.

P/s : maaf jika berita ini sudah lapuk dan saya baru post, kerana tak sempat nak post on time 🙁

Santai kali ni,

hehehe ^_^

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[ Info ] iOS 6.1.3, Pembunuh Jailbreak?

0

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
 
Maaf kerana terlalu lama tidak dapat buat entri kerana sibuk sikit.
Harap ini dapat mengubat sedikit rindu saya dengan anda semua 😀

Apple mengeluarkan iOS 6.1.3 untuk :

  • Fixes a bug that could allow someone to bypass the passcode and access the Phone app
  • Improvements to Maps in Japan

Tetapi, Apple ada agenda lain disebalik update tersebut. iOS baru ini, hampir menutup vulnerabilities ( kelemahan ) iOS mereka. Jadi memerlukan evasi0n yang terkini untuk jailbreak. Rata2 orang mengatakan iOS 5.1.1 adalah yang terbaik buat masa ni kerana dari segi ketahanan baterinya, dan lain2. Orang kata lah. iOS 6 agak kuat sikit ” makan ” bateri >.<

Jadi, sila simpan SHSH Blobs anda. Saya ingatkan sekali lagi, jika Apple mengeluarkan iOS baru, maka peluang untuk anda downgrade sangat tipis kerana mereka sudah hentikan tiket untuk downgrade iOS lama. Hanya iDevices A4 Chip yang boleh downgrade dengan mudah. Seperti iPad ( 1st Generation ), iPhone 4, Apple TV ( 2nd Generation ), dan iPod Touch ( 4th Generation ). Tetapi jika silap langkah rumit juga untuk baiki >.<

Jadi kesimpulannya, jika anda tidak suka pada Jailbreak, dipersilakan upgrade iOS 6.1.3. Jika anda sudah jailbreak, simpan sat perasaaan nak upgrade tu. Tunggu keluar dah jailbreak untuk iOS 6.1.3 baru update tau! ^.^

#terima kasih kerana baca, komen sikit >.<

P/s : lama tak jengok blog ni, tengok layout dah lain, header lain. terbaik lah boss!! ^_^, maaf lama tak post, jangan pecat saya T.T

Santai malam ni,

Jelesnya Netbook run Mac OS >.<

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Google memperkenalkan Google Keep

0

Salam sejahtera semua,
        Pada 20 Mac, Google telah melancarkan satu lagi perkhidmatan baru mereka iaitu Google Keep. Setiap hari kita semua melihat, mendengar atau memikirkan perkara-perkara yang kita perlu ingat. Tetapi kadang-kadang macam kami juga anda mungkin terlupa sesuatu.

Jadi untuk menyelesaikan masalah ini Google telah memperkenalkan Google Keep, yang boleh pastikan anda  mencatat idea-idea dengan cepat jika anda terfikir. Perkidmatan ini juga boleh menyimpan senarai semak dan gambar yang penting kepada anda. Nota anda kan selamat di dalam Google Drive dan boleh disambungkan ke semua peranti untuk memudahkan anda.

Ia lebih cekap untuk bercakap daripada menulis – Oleh itu, google keep membolehkan anda
menyimpan memo suara untuk anda secara automatik.

Anda boleh mengakses, menyunting dan mencipta nota baru di drive.google.com/keep dan dalam minggu-minggu akan datang anda akan dapat melakukan perkara yang sama terus dari Google Drive. 

Google Keep juga boleh didapati untuk peranti yang beroperasi Android 4.0, Ice Cream Sandwich dan keatas di Google Play.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Periksa Antivirus Anda Berfungsi Dengan Baik Atau Sebaliknya

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan panduan mudah untuk anda memeriksa sama ada antivirus anda berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

Antivirus merupakan sebuah perisian pertahanan yang cukup sinonim bagi pengguna sistem pengoperasian Windows. Setiap hari ada sahaja virus yang dicipta dengan pelbagai tujuan. Seiring dengan kemajuan teknologi virus tidak hanya dicipta untuk sistem pengoperasian komputer malah virus telah banyak dicipta untuk sistem pengoperasian telefon pintar dan baru-baru ini kedengaran virus sudah mula merebak kepada kenderaan. Untuk pembelajaran pada kali ini. Kita akan belajar bagaimana untuk memeriksa sama ada antivirus kita berfungsi dengan baik atau sebaliknya pada sistem pengoperasian Windows.

Kaedah memeriksa antivirus ini disediakan oleh Penyelidikan Anti Virus Komputer untuk Insitut Eropah (EICAR). Fail yang akan anda buat akan dianggap virus oleh antivirus anda. Tetapi,jangan anda risau kerana fail tersebut bukanlah virus. Jika antivirus anda tidak mengendahkan fail ini,maka disarankan agar anda memilih untuk menukar antivirus yang baharu yang lebih terpercaya. Kadangkala sesebuah perisian antivirus tidak dapat mengesan fail ini sebagai virus secara automatik. Ini bermakna anda perlu klik fail tersebut dan tunggu apa reaksi antivirus anda. Tanpa membuang masa,kita teruskan kepada tugasan kita.

1. Buka aplikasi Notepad.Windows + R,taipkan Notepad.exe.

2. Salin dan tampal kod di bawah pada ruangan yang disediakan.

X5O!P%@AP[4PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

3. Simpan fail dengan format .com atau .exe. Contohnya,antivirus-test.com dan klik Save.

4. Tunggu sehingga antivirus anda mengesan fail ini sebagai virus.

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Menyambung Kembali Pautan Yang Rosak Pada Internet Download Manager

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan panduan yang mudah untuk anda manfaatkan sekiranya pautan dokumen yang anda ingin muat turun tergendala. Dalam erti kata lain,pautan anda rosak. Rosak yang dimaksudkan bukanlah bermakna pautan anda sudah hilang/dibuang daripada pelayan (server) mereka tetapi disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya:-

  • Perubahan protokol internet (IP). Ada sebahagian pelayan menyediakan fungsi jeda-sambung. Tapi,disebabkan perubahan IP maka fungsi ini tidak dapat digunakan dengan sebaiknya. 
  • Fail anda terhad untuk beberapa untuk jam. Ini biasanya terjadi pada laman perkongsian fail dimana mereka terhadkan penggunaan pelayan mereka hanya untuk beberapa jam. Contohnya,BillionUploads hanya membekalkan pelayan mereka digunakan untuk empat jam sahaja.

Daripada apa yang saya perhatikan dan alami bahawa kaedah ini tidak dapat digunakan untuk pelayan yang tidak menyokong fungsi jeda-sambung. Saya telah mencuba daripada beberapa pelayan antaranya, disk.yandex.com dan beberapa perkhidmatan lain. Cukup sekadar ini sahaja pembuka bicara kita. Kita teruskan kepada pembelajaran kita.

1. Pasang Internet Download Manager. Gunakan fungsi kotak carian pada laman OMG! Hackers ini untuk dapatkan perisian IDM sekiranya anda belum memilikinya.

2. Apabila anda ingin menyambung kembali fail yang anda ingin muat turun. Anda dapati anda menerima amaran seperti di bawah. Klik OK.

3. Sesudah anda klik OK. Anda diminta untuk menunggu beberapa saat.

4. Pelayar web anda dibuka dan anda dibawa kembali kepada pautan lama anda. Saya memuat turun video jadi ini halaman yang saya akan dapat kembali. Jika anda memuat turun fail,caranya sama sahaja. Anda boleh terus salin dan tampal pautan yang baru. [Rujuk no. 9].

 5. Sekiranya pautan yang anda ingin muat turun berformat video,maka anda perlu memilih. Saranan saya “Download Later”

6. Semua penjasan ada pada gambar. Lihat nombor sahaja.

7. Semua penjelasan ada pada gambar.

8. Semua penjelasan ada pada gambar. Lihat nombor sahaja.

9. Penjelasan ada pada gambar.

10. Klik ikon sambung (resume).

 11. Lihatlah hasilnya. Kini anda sudah dapat menyambung kembali pautan anda yang tergendala.

Sekiranya anda menghadapi kekeliruan. Sila jelaskan kekeliruan anda pada ruangan yang disediakan.

Sekian. Assalamualaikum.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Bina Url Shortener Hosting Sendiri

0

Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca OMG! Hackers? ^_^, hari ini kami ingin berkongsi dengan anda satu PHP script yang amat menarik untuk digunakan. Kami akan berkongsi script url shortener iaitu script untuk memendekkan url anda.

Sebagai contoh, anda pasti pernah melawati laman web seperti adf.ly dan bit.ly kan? Hah!
macam itulah kegunaan script ini. UI ia sungguh ringkas, menarik dan datang dengan penuh ciri-ciri kesederhanaan.

Antara ciri-ciri script ini;-

  • Splash Page
  • Kod QR
  • Google Safe Browsing URL Scan
  • Custom url individu Google Analytics
  • Advanced Stats
  • Menaik taraf pemberitahuan
  • Bootstrapped Statistik URL individu
  • Tetapan Panel Admin, Stats Site, Padam, Edit
  • Ajax Search
  • Social Share
  • Nama URL Custom
  • Statistik Page
  • Salinan Button Auto URL
  • iframe Bar Enable / Disable
  • Mudah digunakan untuk API pemaju.



(Maaf ini ambil dari google translate)

Untuk melihat live preview boleh ke sini. Sebenarnya script ini perlu dibeli terlebih dahulu diCodecanyon, tetapi boleh download yang nulled di internet.

Muat turun script mee.la
katalaluan DL: magice
katalaluan zip: phantom
Selamat mencuba ^_^’….

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

SoftEther VPN: VPN Percuma Terbaik 2013

0

Kalau anda tercari-cari servis VPN percuma yang boleh diharap, jangan serabutkan minda anda. Anda jangan lupa saya adalah peminat no 1 teknologi ini. Jadi boleh dikatakan saya kerap kali cuba mencari alternatif yang terbaik untuk servis yang sedang saya gunakan (MyTunnel VPN). Dalam pencarian itu kebetulan seorang sahabat menemukan satu servis VPN percuma yang bernama VPN Gate.

Oh tidak. VPN Gate hanyalah ‘plug-in’ untuk sebuah perisian VPN lain yang dinamakan sebagai SoftEther VPN. Namun tak perlu anda serabutkan lagi kepala anda, cukuplah hanya dengan membaca post ini, anda pasti akan faham segalanya: What is different between SoftEther VPN and VPN Gate?

Setelah menggunakannya selama setahun sehari, saya terpegun dengan teknologi yang dibawakan oleh SoftEther VPN dan juga extension module-nya atau plug-in iaitu VPN Gate. Suka untuk saya ingatkan bahawa VPN Gate adalah penyambung warisan kepada VPN yang asal iaitu PacketiX. Namun dari perkhabaran melalui laman web rasminya, PacketiX akan ditutup tidak lama lagi, dan akan digantikan dengan VPN Gate. Tak hairanlah jika teknologi VPN Gate agak ampuh untuk Corporate Firewall.

Anda mahu mencuba? Sila muat turun VPN Gate dari pautan ini: VPN Gate Download

Muat turun mengikut paparan di bawah:

Berikut adalah paparan pemasangan perisian ini:

Senarai fail-fail setelah diekstrak

Klik pada fail .exe yang didapati setelah mengekstrak fail yang anda muat turun, dan sila teruskan pemasangan:

Paparan klien SoftEther VPN yang telah dipasang bersama plug-in VPN Gate

Klik dua kali pada VPN Gate Public VPN Relays Servers, tetingkap berikut akan terbuka. Dari sini anda boleh klik pada mana-mana pelayan yang anda suka dan klik ‘Connect to the VPN Server’ untuk memulakan servis pelayan VPN pilihan anda.

Tak perlu takut dengan tetingkap ini. Biasa la, tetingkap amaran mestilah kena ada kan..

Itu dia.. sudah berjaya disambungkan kepada pelayan pilihan.

Paparan klien setelah berjaya disambungkan kepada pelayan VPN:

IP baru diberi kepada peranti anda:

Selamat berhibur dalam dunia yang gelap untuk mencari dunia yang terang! Heheh.. chow sin chi aaaaa!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Kali Linux: Bukan Sekadar ‘Hack WiFi’

0

Bila sebut tentang BackTrack, perkara pertama yang akan sampai ke dalam minda newbies adalah “Yeah.. hack WiFi!”. Saya juga begitu dulu. Bila ada saja blog atau forum yang membincangkan, atau memberikan tutorial mengenai kaedah penggunaan BackTrack, pasti akan saya baca artikelnya. Namun seiring perkembangan kematangan ‘cara berfikir’, barulah saya ketahui dan dapati bahawa BackTrack adalah lebih dari sekadar ‘Hack WiFi’.

Pun begitu, BackTrack sudah ‘tamat’. Legasi dan episodnya diteruskan oleh sebuah sistem operasi baru, yang diberi nama sebagai Kali Linux. Menurut masyarakat Hindu, ‘Kali’ atau ‘Khali’ ialah dewa kematian, dan jika dilihat dari wallpaper default Kali Linux, ia adalah seekor… errr… Naga?

Paparan Default

Nampaknya ‘simbol’ kebanggaan sistem operasi BackTrack masih diteruskan, meskipun telah mendapat nama yang baru. Disebabkan ia bernama Kali, saya lebih prefer sekiranya simbol itu ditukarkan kepada Grim Reaper atau yang seumpama dengannya. Well..

Kali Linux nampaknya menggunakan persekitaran desktop Gnome 3, namun diubah kepada paparan ‘Classic Mode’:

Paparan Persekitaran Desktop GNOME

Terdapat pelbagai tools yang dicipta khas untuk kerja-kerja Ujian Penembusan dan lain-lain penggodaman. Namun terdapat juga tools atau perisian yang boleh digunakan untuk kegunaan harian seperti pelayar web Iceweasel dan pemain video VLC.

Pelayar Web Iceweasel

Buat mereka yang tertanya-tanya apakah perbezaan antara Kali Linux dan BackTrack, cuba baca dahulu post di sini: Whats New in Kali Linux?

Kali Linux boleh didapati dalam bentuk ISO dengan saiz sebanyak 2.25GB untuk versi 32-bit dan 2.16GB untuk 64-bit. Saya akan cuba rungkai atau huraikan mengenai Kali Linux dalam entri seterusnya. InsyaAllah.

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

5 Permainan Video Cari Barang Tersembunyi

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Permainan! Siapa yang tidak suka akan permainan? Terdapat pelbagai genre dalam format yang berbeza. Meskipun permainan tersebut tidak dikategorikan sebagai permainan minda. Tapi,untuk mempermainkan sesuatu permainan itu kita perlukan daya pemikiran yang kuat. Kita ambil contoh “first-person-shooter”. Permainan di bawah genre ini bukanlah sebuah permainan ‘brain games’. Tapi,kita memerlukan minda yang kuat untuk memenangi sebuah perlawanan. Jika,ditembak mengikut sesuka hati,adakah kita akan berjaya? Sudah tentu tidak. Kita memerlukan daya pemikiran dan imaginasi yang tinggi bagi memenangi sesuatu perlawanan.

Mengapa saya bercerita tentang daya pemikiran,imaginasi dan kekuatan minda? Ini kerana saya akan membincangkan tentang permainan yang memerlukan daya pemikiran dan kecekapan anggota fizikal yang tinggi. Permainan video cari barang tersembunyi lebih dikenali sebagai “hidden object games”. Entah kenapa saya secara tiba-tiba berminat untuk bermain permainan video seperti ini. Mungkin daya tarikan yang tersendiri datang daripada permainan ini yang mengajak saya untuk memainkan permainan video ini. Selain kita mengasah akal,kita juga dapat meningkatkan kecekapan melihat. Bukan mudah untuk mencari barang yang tersembunyi. Jadi,kita bakal mengasah semua perkara yang sudah tumpul. 

Untuk perkongsian artikel ini saya hanya akan kongsikan pautan muat turun dan beberapa gambar tanpa sebarang huraian/ulasan tentang permainan video yang dikongsikan. Ini kerana,hampir kesemua permainan video saya belum mencuba. Jadi,sama-sama kita mencubanya. Permainan yang akan dikongsi bersifat percuma. Jadi,manfaatkan permainan video ini sepenuhnya. Lupa untuk diingatkan bahawa bagi memainkan permainan seperti ini anda tidak memerlukan spesifikasi komputer yang tinggi.

1. Great Secrets Da Vinci.



2. Dr. Jekyll & Mr. Hyde: Extended Edition. 



3. The Witch’s Green Amulet.

4. Jewel Quest Mysteries: Curse of the Emerald Tear.

 5. The Mystery of The Crystal Portal.

Tambahan:- Jangan sangka permainan percuma tiada menunjukkan persaingan. Superbike Racers jawapannya.

p/s:- Main-main juga,tanggungjawab jangan lupa.

Assalamualaikum.

 
 

Views: 58

Iklan Newspaper Inline

Menubar Unix/Mac pada Windows?

0

Salam OMG! Hackers?

Semasa saya sedang berenang-renang dalam lautan google tetiba saya tertarik dengan satu projek yang dinamakan Nucleus. Projek ini sedang dijalankan oleh SingularLabs dan apa yang dimaklumkan bahawa projek ini di tahap Alpha. Belum lagi masuk Beta ye kawan-kawan.

Ok apa yang Nucleus nie boleh buat pada windows anda?

Setelah apa yang saya dapat rumuskan Nucleus ini mengubah menubar yang sediakala windows kepada rupabentuk dan fungsi yang sama terdapat pada Unix/Mac katanya.

Menu Notification Terminal

Apa fungsi-fungsi yang ada?

Menubar  ini mempunya sistem notifikasi (Notification System) contohnya anda mendapat email dari gmail. Jadi aplikasi gmail akan menghantar notifikasi terus ke pc anda. Ianya juga dapat menyesuaikan dengan system windows yang dipanggil Windows Integaration 


Miss the start menu in Windows 8? Nucleus provides quick access to your libraries and various Windows function, like "shut down" and "reboot."
Windows Integration
The notification system will show important system events, program alerts and even notifications from popular web services. It's accessible to other apps thanks to an open API
System Notification

Ianya dilengkapi dengan Terminal yang sudah menjadi kebiasaan kepada user Linux. Akan tetapi jangan anda ingat terminal ini 100% seperti yang ada pada Linux OS. Fungsi terminal pada peringkat awal yang saya lihat mereka meletakkan fungsi akses windows feature dan information, command to stop and start process, selesaikan masalah math, launch a website (buka web browser mayb), dan banyak lagi fungsi yang akan dimasukkan.

The terminal  lets power-users quickly access important Windows features and information. There are commands to stop and start processes, solve math problems, search the internet, launch a website and much more. It’s accessible using a keyboard shortcut so you never need to leave the keyboard.

Untuk pengetahuan anda walaupun iainya masih peringkat Alpha. Pihak SingularLabs membenarkan orang ramai menggunakan perisian ini tetapi dengan syarat yang telah ditetapkan.

Nucleus is currently in active development. This pre-release should be considered an alpha version. It is not suitable for general everyday usage. Please only use in an approved testing environment.

Agreement: Nucleus is downloaded solely at your own risk. SingularLabs cannot be
held liable for any damages resulting from the use of this computer
program.

Requirements:

The Microsoft .NET Framework (any version) needs to be installed to
use. You won’t need to download anything unless you’ve explicitly
removed the version of .NET that shipped with your Windows version.

Install Instructions

The files contained in the downloaded .zip must be placed into a folder in ‘C:Program Files.’
Ensure you configure ‘Nucleus.exe’ to run as an administrator. If you
do not know how to do either of these things, please do not download
Nucleus – come back in a few months time.

(Untuk
Chrome User) Jika anda berminat dengan software ini sila pastikan anda
allow pop-up block atau guna browser lain (Firefox).

Download Nucleus
0.2.0-alpha

Sekian itu sahaja info terkini dari saya.

Homepage

Views: 3

Iklan Newspaper Inline