More

    Sample Page Title

    Bila sebut tentang BackTrack, perkara pertama yang akan sampai ke dalam minda newbies adalah “Yeah.. hack WiFi!”. Saya juga begitu dulu. Bila ada saja blog atau forum yang membincangkan, atau memberikan tutorial mengenai kaedah penggunaan BackTrack, pasti akan saya baca artikelnya. Namun seiring perkembangan kematangan ‘cara berfikir’, barulah saya ketahui dan dapati bahawa BackTrack adalah lebih dari sekadar ‘Hack WiFi’.

    Pun begitu, BackTrack sudah ‘tamat’. Legasi dan episodnya diteruskan oleh sebuah sistem operasi baru, yang diberi nama sebagai Kali Linux. Menurut masyarakat Hindu, ‘Kali’ atau ‘Khali’ ialah dewa kematian, dan jika dilihat dari wallpaper default Kali Linux, ia adalah seekor… errr… Naga?

    Paparan Default

    Nampaknya ‘simbol’ kebanggaan sistem operasi BackTrack masih diteruskan, meskipun telah mendapat nama yang baru. Disebabkan ia bernama Kali, saya lebih prefer sekiranya simbol itu ditukarkan kepada Grim Reaper atau yang seumpama dengannya. Well..

    Kali Linux nampaknya menggunakan persekitaran desktop Gnome 3, namun diubah kepada paparan ‘Classic Mode’:

    Paparan Persekitaran Desktop GNOME

    Terdapat pelbagai tools yang dicipta khas untuk kerja-kerja Ujian Penembusan dan lain-lain penggodaman. Namun terdapat juga tools atau perisian yang boleh digunakan untuk kegunaan harian seperti pelayar web Iceweasel dan pemain video VLC.

    Pelayar Web Iceweasel

    Buat mereka yang tertanya-tanya apakah perbezaan antara Kali Linux dan BackTrack, cuba baca dahulu post di sini: Whats New in Kali Linux?

    Kali Linux boleh didapati dalam bentuk ISO dengan saiz sebanyak 2.25GB untuk versi 32-bit dan 2.16GB untuk 64-bit. Saya akan cuba rungkai atau huraikan mengenai Kali Linux dalam entri seterusnya. InsyaAllah.

    Arya Putra
    Arya Putrahttps://omghackers.com/
    I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future. My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging. If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

    Artikel Terkini

    spot_imgspot_img

    Artikel Berkaitan

    spot_imgspot_img