SoftEther VPN: VPN Percuma Terbaik 2013

Kalau anda tercari-cari servis VPN percuma yang boleh diharap, jangan serabutkan minda anda. Anda jangan lupa saya adalah peminat no 1 teknologi ini. Jadi boleh dikatakan saya kerap kali cuba mencari alternatif yang terbaik untuk servis yang sedang saya gunakan (MyTunnel VPN). Dalam pencarian itu kebetulan seorang sahabat menemukan satu servis VPN percuma yang bernama VPN Gate.

Oh tidak. VPN Gate hanyalah ‘plug-in’ untuk sebuah perisian VPN lain yang dinamakan sebagai SoftEther VPN. Namun tak perlu anda serabutkan lagi kepala anda, cukuplah hanya dengan membaca post ini, anda pasti akan faham segalanya: What is different between SoftEther VPN and VPN Gate?

Setelah menggunakannya selama setahun sehari, saya terpegun dengan teknologi yang dibawakan oleh SoftEther VPN dan juga extension module-nya atau plug-in iaitu VPN Gate. Suka untuk saya ingatkan bahawa VPN Gate adalah penyambung warisan kepada VPN yang asal iaitu PacketiX. Namun dari perkhabaran melalui laman web rasminya, PacketiX akan ditutup tidak lama lagi, dan akan digantikan dengan VPN Gate. Tak hairanlah jika teknologi VPN Gate agak ampuh untuk Corporate Firewall.

Anda mahu mencuba? Sila muat turun VPN Gate dari pautan ini: VPN Gate Download

Muat turun mengikut paparan di bawah:

Berikut adalah paparan pemasangan perisian ini:

Senarai fail-fail setelah diekstrak

Klik pada fail .exe yang didapati setelah mengekstrak fail yang anda muat turun, dan sila teruskan pemasangan:

Paparan klien SoftEther VPN yang telah dipasang bersama plug-in VPN Gate

Klik dua kali pada VPN Gate Public VPN Relays Servers, tetingkap berikut akan terbuka. Dari sini anda boleh klik pada mana-mana pelayan yang anda suka dan klik ‘Connect to the VPN Server’ untuk memulakan servis pelayan VPN pilihan anda.

Tak perlu takut dengan tetingkap ini. Biasa la, tetingkap amaran mestilah kena ada kan..

Itu dia.. sudah berjaya disambungkan kepada pelayan pilihan.

Paparan klien setelah berjaya disambungkan kepada pelayan VPN:

IP baru diberi kepada peranti anda:

Selamat berhibur dalam dunia yang gelap untuk mencari dunia yang terang! Heheh.. chow sin chi aaaaa!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img