5 Permainan Video Cari Barang Tersembunyi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Permainan! Siapa yang tidak suka akan permainan? Terdapat pelbagai genre dalam format yang berbeza. Meskipun permainan tersebut tidak dikategorikan sebagai permainan minda. Tapi,untuk mempermainkan sesuatu permainan itu kita perlukan daya pemikiran yang kuat. Kita ambil contoh “first-person-shooter”. Permainan di bawah genre ini bukanlah sebuah permainan ‘brain games’. Tapi,kita memerlukan minda yang kuat untuk memenangi sebuah perlawanan. Jika,ditembak mengikut sesuka hati,adakah kita akan berjaya? Sudah tentu tidak. Kita memerlukan daya pemikiran dan imaginasi yang tinggi bagi memenangi sesuatu perlawanan.

Mengapa saya bercerita tentang daya pemikiran,imaginasi dan kekuatan minda? Ini kerana saya akan membincangkan tentang permainan yang memerlukan daya pemikiran dan kecekapan anggota fizikal yang tinggi. Permainan video cari barang tersembunyi lebih dikenali sebagai “hidden object games”. Entah kenapa saya secara tiba-tiba berminat untuk bermain permainan video seperti ini. Mungkin daya tarikan yang tersendiri datang daripada permainan ini yang mengajak saya untuk memainkan permainan video ini. Selain kita mengasah akal,kita juga dapat meningkatkan kecekapan melihat. Bukan mudah untuk mencari barang yang tersembunyi. Jadi,kita bakal mengasah semua perkara yang sudah tumpul. 

Untuk perkongsian artikel ini saya hanya akan kongsikan pautan muat turun dan beberapa gambar tanpa sebarang huraian/ulasan tentang permainan video yang dikongsikan. Ini kerana,hampir kesemua permainan video saya belum mencuba. Jadi,sama-sama kita mencubanya. Permainan yang akan dikongsi bersifat percuma. Jadi,manfaatkan permainan video ini sepenuhnya. Lupa untuk diingatkan bahawa bagi memainkan permainan seperti ini anda tidak memerlukan spesifikasi komputer yang tinggi.

Iklan Google

1. Great Secrets Da Vinci.

Iklan Google



2. Dr. Jekyll & Mr. Hyde: Extended Edition. 



3. The Witch’s Green Amulet.

4. Jewel Quest Mysteries: Curse of the Emerald Tear.

 5. The Mystery of The Crystal Portal.

Tambahan:- Jangan sangka permainan percuma tiada menunjukkan persaingan. Superbike Racers jawapannya.

p/s:- Main-main juga,tanggungjawab jangan lupa.

Assalamualaikum.

Iklan Google

 
 

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img