3 design ini ialah versi pembaikan dari sebelumnya. Kalau anda masih tak puas hati, macam biasa boleh tuliskan komen, di ruangan komen. Hahah!
Ulasan, cadangan, dan undian anda amatlah dialu-alukan. Selepas ini, kesemua cadangan akan dikumpul dan diteliti untuk dijadikan hanya satu rekabentuk T-Shirt versi akhir. Selepas itu akan dimulakan pra-tempah dan seterusnya bermulalah episod penempahan baju yang ohseeemmm..
Sekali lagi kita bersua kembali di rancangan Ninja Boy artikel review software. Ok kali nie saya nak memperkenalkan sebuah software yang ramai belum tahu (mungkin ada yang dah tahu). Software ini diberi nama System Ninja. Apa dia boleh buat?
Dah nampak antaramuka software nie? Hitam nampak kemas… Kenapa nama dia System Ninja yek? Maklumla definisi Ninja itu sendiri kita kenal iaitu dengan kepantasan dan ketangkasan dan ternyata software ini memang ringan dan mempunyai saiz yang kecil sahaja. Ok sebenarnya software nie adalah salah satu software yang berada dalam kategori Optimize (Maintainance). Fungsi-fungsi yang ada pada software ini pun adalah lebih kurang sahaja dengan CCleaner. Apa yang menarik perhatian saya kerana iainya adalah 100% Freeware (I Love Freeware)
Software ini menyediakan beberapa tools yang hampir sama dengan CCleaner.
Antara tools dan function yang disediakn :-
Junk Scanner
Startup Manager
PC Analysis
App Uninstaller
Process Manager
Additional Tools (Windows Service Manager, Registry Cleaner, dan File Analyzr)
Untuk additional tools anda boleh dapati apabila anda selesai install software, kemudian tekan System Tools > Additional Tools dan hanya tekan “Get Plugins” bagi mendapatkan tools tambahan ini.
Apa yang membezakan System Ninja dan CCleaner?
Di dalam system ninja ada satu function yang dinamakan PC Analysis. Pada fungsi ini kita dapat melihat maklumat yang lengkap tentang pc kita dari segi Operating System, Hard Drive (Cakera Keras), Processor, Logical Disk, Motherboard, BIOS, Physical Memory (RAM) dan Network Adapter.
Jadi saya tinggalkan anda dengan beberapa screenshot.
Jadi sesiapa yang berminat untuk mencuba try test uji pandu software ini sila download software ini di bawah. Saya ada sediakan sekali untuk versi portable.
Haahhh.. tu dia.. sesi undian kembali lagi. Di sini ada dua design t-shirt untuk anda pilih:
Design yang pertama untuk lelaki, manakala design yang kedua untuk para pembaca wanita yang berhijab. Cuma kalau nak bikin untuk perempuan kita buat lengan panjanglah ok!
Design Pertama
Design Kedua
Jadi kedua-dua design ni dah masuk dalam sesi undian [Undi] Pilih Design T-Shirt OMG! Hackers? Yang Terbaik!. Mari sama-sama kita pilih mana yang paling masyukkk dalam hati nohhh. Rock n Ride! Aih.. salah tema ni.. hehe..
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Seperti biasa tajuk dalam Bahasa Inggeris. Penulisan dalam Bahasa Melayu. Jika saya menulis tajuk dalam Bahasa Melayu kemungkinan akan lebih panjang. Jadi,saya ubah kepada Bahasa Inggeris supaya dapat diringkaskan.
Setelah tiga hari saya mengalami kekusutan akhirnya saya telah berjaya menyelesaikan masalah ini. Masalah ini terjadi secara tiba-tiba. Jadi,saya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah berkenaan task manager ini. Penyelesaiannya sungguh mudah. Pelajar sekolah rendah juga mampu untuk menyelesaikannya. Oleh sebab,saya tidak pernah mengalami masalah ini. Jadi,saya tidak mengambil tahu tentang masalah ini.
Akibat tidak tahan dengan masalah ini,saya akhirnya mencari penyelesaian kepada masalah ini. Mula-mula saya menggunakan perisian ‘task manager fix’. Rupa-rupanya perisian tersebut digunakan untuk mengembalikan Task Manager semula. Dalam 3-5 percubaan untuk menyelesaikan masalah ini. Akhirnya saya jumpa juga. Perkara ini menggelikan hati saya apabila penyelesaian yang mudah pun saya tidak tahu. Dengan menggunakan katakunci “Task Manager Looks Different” pada enjin carian Google,akhirnya saya menjumpai penyelesaian kepada masalah yang saya alami sekian lama ini. Jadi,kita lihat gambar untuk menyelesaikan masalah.
Saya ingin kongsikan dengan anda semua satu tool yang sangat bagus di cipta oleh seorang pembangun perisian di laman forum MydigitalLife.info. Nama perisian tersebut adalah Microsoft Toolkit yang menggunakan AutoKMS yang dipasang di dalam komputer kita untuk untuk pengaktifan KMS secara Offline.
Perisian ini dahulunya dikenali sebagai “Office 2010 Toolkit or EZ-Activator”. Ia boleh digunakan untuk pengaktifan Windows dan Office 2010 dan Office 2013 VL (Volume License) sahaja. Versi Retail hanya boleh diaktifkan sekiranya kita mempunyai retail key atau MAK key. Agak sukar untuk mendapatkan retail dan MAK key yang masih belum disenarai hitamkan (Blacklist). Disebabkan itu perisian ini diperlukan untuk menukar ISO atau fail pemasangan retail kepada Volume License bagi pengaktifan melalui KMS.
3. Selesai muat turun Office, buat satu folder dan extract fail ISO anda ke dalam folder tadi menggunakan perisian WinRAR atau PowerISO.
4. Jalankan Microsoft Toolkit dan klik logo Office. Pilih tab “Customize Setup” dan klik “Set Installer Path“. Cari fail “Setup.exe” dalam folder tadi, klik open dan klik “Change Channel“.
5. Tunggu sehingga proses penukaran selesai. Setelah itu anda boleh melakukan pemasangan Office tanpa perlu memasukkan product key.
6. Selepas siap melakukan pemasangan, buka toolkit semula dan pilih tab “Activation“. Klik butang “EZ-Activator” dan tunggu sehingga proses selesai. Kemudian anda boleh periksa pengaktifan anda dengan menekan butang “Check” pula.
7. Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Pengaktifan akan diperbaharui setiap hari. Selamat mencuba.
Info:
Jika antivirus mengesan “AutoKMS.exe” sebagai virus, itu adalah “false-alarm“. Anda perlu benarkan proses tersebut. Tiada virus di dalam tool ini seperti yang dinyatakan dalam forum mydigitallife.info. Jika anda tidak yakin, tiada paksaan untuk anda menggunakan tool ini. Sekian.
Apa khabar anda semua? Harap sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah perisian khas untuk pengguna Internet Explorer (IE).
AdFender merupakan sebuah perisian percuma yang mampu menyekat iklan pada pelayar web,klien p2p dan perisian sembang. Tapi,saya hanya mencuba pada pelayar Internet Explorer,Firefox dan Google Chrome tanpa melibatkan mana-mana perisian lain. Hasil daripada percubaan saya pada pelayar web tersebut,perisian AdFender berjalan dengan sempurna tanpa sebarang masalah.
AdFender memiliki fungsi-fungsi asas untuk menyekat iklan daripada muncul. Setelah saya mencuba daripada beberapa laman web saya mendapati AdFender berkerja dengan baik. AdFender tidak hanya menyekat iklan sahaja. Malah,perisian ini juga memberikan statistik kepada anda untuk lihat berapa banyak iklah yang sudah disekat dan berapa banyak jalur lebar yang berjaya dikurangkan.
Mengikut statistik yang saya dapati sepanjang proses percubaan perisian ini. Saya mendapati terdapat lebih kurang 130 iklan yang berjaya disekat dan sebanyak 850KB penggunaan jalur lebar yang dapat dijimatkan. Jika betul statistik ini,maka iklan bukanlah punca kepada habisnya penggunaan jalur lebar.
AdFender juga memiliki fungsi bunyi dimana jika anda mengaktifkan fungi ini,maka anda akan diberitahu bahawa terdapat iklan yang sudah disekat pada sesuatu laman web itu. AdFender juga dapat menyekat iklan di laman penstriman video Youtube. Tetapi,apa yang saya dapati hanya iklan pada permulaan video yang berjaya disekat.
Ciri-ciri/kelebihan perisian AdFender.
Menyekat iklan pada pelbagai pelayar web seperti Internet Explorer,Firefox,Google Chrome,Opera,Safari dan banyak lagi.
Menghentikan iklan menggunakan penapis EasyList.
Mempercepat pemuatan sesuatu laman.
Menjaga privasi semasa belayar di alam maya.
Dan banyak lagi.
Beberapa gambar untuk dijadikan tatapan.
Klik [di sini] untuk memuat turun perisian AdFender.
Assalamualaikum dan salam 1 dunia,
Hari ni hakim mempunyai penyelesaian semua dalam satu untuk keselamatan telefon mudah alih anda. Dua perkara yang dilakukan Advance Mobile Care untuk Telefon Android Pintar anda, salah satu adalah keselamatan dan yang kedua adalah mengoptimumkan prestasi. Aplikasi ini menyediakan perkara-perkara berikut: Features:
Anti-theft: Alarm and Cloud Backup.
Lock and get location of the lost phone.
Task Killer.
Battery Saver: Extend battery life.
Game Speedups
One Tap Scan: Boost your phone’s speed with only one tap.
App Manager
Real Time Virus Scan
Supporting Devices:
Provide support for Nexus 7, Nexus 10, Galaxy
Note, Asus Transformer and most other Android tablets.
Tentang Amirul Hakim
Seorang yang simple.Berumur 17 tahun dan mempunyai minat mendalam dalam dunia it.#spm2013 #batch1996 follow saya di twitter www.twitter.com/amirulhakim20
Apa khabar anda semua? Harap anda dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ini,saya hanya ingin menulis artikel dan tutorial mudah sahaja. Selepas saya menulis artikel tentang ClipGrab dan Ubah Laman Utama Tab Baru Firefox saya teruskan kesinambungan artikel dan tutorial ringkas. Selain anda mendapat sebuah ilmu baru,anda juga dapat mempraktikkannya dengan jitu kerana tutorial ini semudah ABC.
YouTube memiliki fungsi menonton secara paparan penuh. Hanya dengan klik fungsi paparan penuh pada ruangan yang disediakan anda sudah dapat menonton dengan tenang. Tetapi jika anda seorang pengguna tegar laman sosial. Mungkin agak sukar untuk melakukan hal yang sedemikian. Mungkin juga anda seorang peniaga alam maya dimana anda memiliki pelanggan yang ramai. Untuk rehat sebentar sahaja pun agak sukar. Jadi,dengan fungsi yang akan dibincangkan sebentar lagi. Ketenangan itu mungkin wujud meskipun tidak tinggi.
Seperti yang saya katakan tadi dimana artikel ini sebuah artikel tutorial mudah dan ringkas. Jadi,tidak usahlah saya berpanjang lebar. Kita teruskan kepada tujuan kita.
Sejak diwujudkan fungsi ‘speed dial’ pada firefox,fungsi ini sedikit sebanyak telah memudahkan kita untuk mengunjungi laman yang biasa dikunjungi. Tapi,saya memang kurang gemar menggunakan fungsi ini. Mungkin kerana,saya gemar menaip sendiri di halaman Google Malaysia. Jadi,saya hilangkan fungsi ini pada pelayar web Firefox dengan menggantikan antaramuka kosong atau lebih dikenali sebagai “about:newtab”.
Sedang saya asyik belayar di alam maya saya tertarik dengan fungsi yang lama sudah tidak digunakan iaitu menetapkan laman utama pada tab baharu. Saya memang gemar menggunakan Google Malaysia. Jarang sekali saya menggunakan enjin carian lain seperti Yahoo,Bing dan sebagainya. Perkara utama setelah selesai memasang pelayar web pasti saya akan menetapkan Google Malaysia sebagai enjin carian utama. Memang tangan saya dicipta apabila membuka tab baharu pasti saya akan klik butang/ikon rumah (home button). Jadi untuk mengurangkan penggunaan tangan alangkah baiknya jika saya tetapkan terus Google Malaysia apabila selesai membukan sebuah tab baharu. Tanpa membuang masa,kita teruskan kepada tujuan kita.
1. Buka pelayar Firefox dan taipkan about:config pada ruangan carian (navigation bar).
2. Klik I’ll be careful, I promise! untuk membenarkan tugasan menetap sebarang tetapan.
3. Pada ruangan carian yang disediakan. Taipkan sahaja “newtab“.
4. Akan terdapat beberapa kekunci. Pilih kekunci browser.newtab.url.
5. Ubahkan perkataan about:newtab kepada enjin carian pilihan anda. Contoh:-
Apa dia CCleaner? (Yang dah tahu dok diam2 baca next topic)
CCleaner
is the number-one tool for cleaning your Windows PC. It protects your
privacy online and makes your computer faster and more secure. CCleaner is easy to use and a small, fast download and user interface has the modern look. CCleaner
is a freeware system optimization and privacy tool. Removes unused
files from your system – allowing Windows to run faster and freeing up
valuable hard disk space. It also cleans traces of your online
activities such as your Internet history. CCleaner
can run from a USB thumbdrive and be installed/run on a computer
without a complicated setup process. It is possible to specify files,
folders and registry keys to ignore from the cleaning process. But the
best part is that it’s fast (normally taking less than a second to run)
and contains NO Spyware or Adware!
Cleans the following:
• Internet Explorer. Temporary files, history, cookies, super cookies, Autocomplete form history, index.dat files.
• Firefox. Temporary files, history, cookies, super cookies, download history, form history.
• Google Chrome. Temporary files, history, cookies, super cookies, download history, form history.
• Opera. Temporary files, history, cookies, super cookies, download history.
• Apple Safari. Temporary files, history, cookies, super cookies, form history.
• Other Supported Browsers. K-Meleon, Rockmelt, Flock, Google Chrome
Canary, Chromium, SeaMonkey, Chrome Plus, SRWare Iron, Pale Moon,
Phoenix, Netscape Navigator, Avant and Maxthon.
• Windows. Recycle Bin, Recent Documents, Temporary files, Log files,
Clipboard, DNS Cache, Error Reporting, Memory Dumps, Jump Lists.
• Registry Cleaner. Advanced features to remove unused and old entries,
including File Extensions, ActiveX Controls, ClassIDs, ProgIDs,
Uninstallers, Shared DLLs, Fonts, Help Files, Application Paths, Icons,
Invalid Shortcuts and more…
• Third-party applications. Removes temp files and recent file lists
(MRUs) from many apps including Windows Media Player, eMule, Google
Toolbar, Microsoft Office, Nero, Adobe Acrobat, WinRAR, WinAce, WinZip
and many more…
Seperti yang kita semua telah baca pada tajuk. Artikel kali ini hanya lebih rileks sedikit tapi mungkin akan menjadi info tambahan kepada sesetengah golongan yang tidak tahu kelebihan terbaru pada ccleaner versi yang terbaru ini. Untuk menambah fungsi pada ccleaner maka kita satukan dengan ccenhancer. Versi ini telah dirilis pada 26 Mac 2013 dan saya rasa masih belum terlambat untuk saya berkongsi dengan anda semua.
Apa yang menarik perhatian saya selain dari fungsi yang terbaru dari ccleaner. Di sini saya juga menyediakan aktivator ccleaner untuk jadikan iainya profesional/business. Tools ini amat mudah digunakan sebab hanya hanya perlukan double klik + next + next + done. Simple semudah abc. :p
Ok apa dia penambahan terbaru nie?
Changes in version 4.00.4064 (26 Mar 2013)
– New improved graphics and icon.
– Improved internal architecture for better performance. – New Duplicate File Finder tool. – New System and Browser Monitoring (Pro Version).
– Optimized and improved Registry Cleaning.
– Added cleaning for Avast Antivirus 8, Adobe Photoshop CS6, Samsung Kies and Real Player 16.
– Improved Drive Wiper performance.
– Optimized Startup item detection algorithm.
– Optimized 64-bit builds on Windows 7 and 8. – Many performance improvements and bug fixes.
Jadi di sini saya akan terangkan satu persatu fungsi yang telah ditambah pada ccleaner ini. Saya hanya akan terangkan yang di highlightkan sahaja sebab yang lain-lain tu just normal update…. seperti optimize and improve/upgrading system.
-New improved graphic and icon.
Icon-icon yang ada pada software ccleaner kali ini telah dikemaskini dengan icon yang nampak lebih smart and more to 3D design.
– New Duplicate File Finder tool.
Duplicate file finder adalah digunakan untuk mencari file-file yang mempunyai nama yang sama dan akan dipadam bagi meringankan beban hard disk. Kerana kadang kala kita terleka/terlupa file tersebut telah ada dan kita telah meletakkan file tersebut lagi sekali cuma mungkin pada direktori yang berbeza. Jadi dalam hal ini akan menyebabkan satu proses yang dinamakan pembaziran ruangan storan hard disk anda.
– New System and Browser Monitoring (Pro Version).
System and Browser Monitoring digunakan untuk melakukan tugasan secara automatik. Ianya dipasang dengan fungsi automatic clear cookies, Internet cache, download history dan banyak lagi. Bagaimana iainya bertindak? Ok iainya diberi 4 pilihan apabila anda close saja web browser maka fungsi ini akan bertindak balas secara automatik. Jadi kalau nak senang just ambil pilihan yang ke empat iaitu “Automatic clean on closing without notification” Selebihnya boleh explore.
Kedua fungsi ini dapat melakukan tugasan cleaning pada komputer anda secara automatik iaitu dengan cara set kan masa contohnya setiap 6 jam dia akan melakukan proses cleaning. Jadi pc anda akan sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Apa itu CCEnhancer?CCEnhancer kita boleh ibaratkan iainya sebagai ajinomoto dalam makanan iaitu penambah perisa. So benda ini dapat menambah lagi proses cleaning pada application ccleaner yang sedia ada. Mari kita tengok perbezaan sebelum dan selepas di pasang ccenhancer.
Sebelum
Selepas
Sekian itu sahaja artikel santai kita pada pagi ini.Jadi di bawah ini saya sediakan beberapa link download bagi sesiapa yang ingin menggunakan ccleaner versi free dan enhancer atau versi pro/business atau kedua2nya sekali. Pilih mengikut kesusaian.