Apa itu System Ninja?

Salam OMG! Hackers?

Sekali lagi kita bersua kembali di rancangan Ninja Boy artikel review software. Ok kali nie saya nak memperkenalkan sebuah software yang ramai belum tahu (mungkin ada yang dah tahu). Software ini diberi nama System Ninja. Apa dia boleh buat?

Dah nampak antaramuka software nie? Hitam nampak kemas… Kenapa nama dia System Ninja yek? Maklumla definisi Ninja itu sendiri kita kenal iaitu dengan kepantasan dan ketangkasan dan ternyata software ini memang ringan dan mempunyai saiz yang kecil sahaja. Ok sebenarnya software nie adalah salah satu software yang berada dalam kategori Optimize (Maintainance). Fungsi-fungsi yang ada pada software ini pun adalah lebih kurang sahaja dengan CCleaner. Apa yang menarik perhatian saya kerana iainya adalah 100% Freeware (I Love Freeware)

Software ini menyediakan beberapa tools yang hampir sama dengan CCleaner.

Antara tools dan function yang disediakn :-

  • Junk Scanner
  • Startup Manager
  • PC Analysis
  • App Uninstaller
  • Process Manager
  • Additional Tools (Windows Service Manager, Registry Cleaner, dan File Analyzr)

Untuk additional tools anda boleh dapati apabila anda selesai install software, kemudian tekan System Tools > Additional Tools dan hanya tekan “Get Plugins” bagi mendapatkan tools tambahan ini.

Apa yang membezakan System Ninja dan CCleaner?

Di dalam system ninja ada satu function yang dinamakan PC Analysis. Pada fungsi ini kita dapat melihat maklumat yang lengkap tentang pc kita dari segi Operating System, Hard Drive (Cakera Keras), Processor, Logical Disk, Motherboard, BIOS, Physical Memory (RAM) dan Network Adapter.

Jadi saya tinggalkan anda dengan beberapa screenshot.

Jadi sesiapa yang berminat untuk mencuba try test uji pandu software ini sila download software ini di bawah. Saya ada sediakan sekali untuk versi portable.

Selamat Mencuba.

(Untuk
Chrome User) Jika anda berminat dengan software ini sila pastikan anda
allow pop-up block atau guna browser lain (Firefox).

System Ninja 2.4.1
 
System Ninja Portable 2.4.1
   


 

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img