Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah perisian khas untuk pengguna Internet Explorer (IE).
AdFender merupakan sebuah perisian percuma yang mampu menyekat iklan pada pelayar web,klien p2p dan perisian sembang. Tapi,saya hanya mencuba pada pelayar Internet Explorer,Firefox dan Google Chrome tanpa melibatkan mana-mana perisian lain. Hasil daripada percubaan saya pada pelayar web tersebut,perisian AdFender berjalan dengan sempurna tanpa sebarang masalah.
AdFender memiliki fungsi-fungsi asas untuk menyekat iklan daripada muncul. Setelah saya mencuba daripada beberapa laman web saya mendapati AdFender berkerja dengan baik. AdFender tidak hanya menyekat iklan sahaja. Malah,perisian ini juga memberikan statistik kepada anda untuk lihat berapa banyak iklah yang sudah disekat dan berapa banyak jalur lebar yang berjaya dikurangkan.
Mengikut statistik yang saya dapati sepanjang proses percubaan perisian ini. Saya mendapati terdapat lebih kurang 130 iklan yang berjaya disekat dan sebanyak 850KB penggunaan jalur lebar yang dapat dijimatkan. Jika betul statistik ini,maka iklan bukanlah punca kepada habisnya penggunaan jalur lebar.
AdFender juga memiliki fungsi bunyi dimana jika anda mengaktifkan fungi ini,maka anda akan diberitahu bahawa terdapat iklan yang sudah disekat pada sesuatu laman web itu. AdFender juga dapat menyekat iklan di laman penstriman video Youtube. Tetapi,apa yang saya dapati hanya iklan pada permulaan video yang berjaya disekat.
Ciri-ciri/kelebihan perisian AdFender.
- Menyekat iklan pada pelbagai pelayar web seperti Internet Explorer,Firefox,Google Chrome,Opera,Safari dan banyak lagi.
- Menghentikan iklan menggunakan penapis EasyList.
- Mempercepat pemuatan sesuatu laman.
- Menjaga privasi semasa belayar di alam maya.
- Dan banyak lagi.
Beberapa gambar untuk dijadikan tatapan.
Klik [di sini] untuk memuat turun perisian AdFender.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum.