Utama Blog Laman 230

ClipGrab: Youtube Downloader And Converter (Cross-Platform)

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hanya tajuk dalam Bahasa Inggeris tetapi penulisan dalam Bahasa Melayu. Pada permualaan saya melangkah ke alam penulisan alam maya di laman OMG! Hackers? Saya pernah menulis akan artikel tentang perisian pemuat turun daripada laman penstriman video YouTube. Pada penulisan tersebut,saya juga menggunakan Bahasa Inggeris sebagai tajuk penulisan,kandungan penulisan dalam Bahasa Melayu. Itu kisah lama. Saya telah buka buku baharu mengorak langkah dan menyusun strategi dalam meneruskan kehidupan duniawi untuk ukhrawi. Rasanya itu sahaja pembuka bicara untuk artikel ini. Kita teruskan kepada tujuan asal kita.

ClipGrab merupakan sebuah perisian pemuat turun video daripada laman penstriman video popular iaitu YouTube. ClipGrab tidak hanya menyokong laman penstriman video YouTube sahaja. Malah,terdapat pelbagai laman penstriman video popular lain yang disokong oleh ClipGrab. Antaranya ialah CollegeHumor,Vimeo,Dailymotion dan pelbagai laman penstriman video yang menarik.

Seperti yang tertera pada tajuk penulisan,ClipGrab tidak hanya digunakan untuk memuat turun video sahaja. Malah,kegunaannya lebih daripada itu. Anda boleh menukar format video kepada beberapa format video dan audio lain seperti WMV,MP3 dan lain-lain.

Dipetik daripada kata-kata pembina. ClipGrab tidak hanya memuat turun video berkualiti biasa. Malah,ClipGrab dapat memuat turun video berdefinisi tinggi (HD). Anda dapat memuat turun video berdefinisi tinggi daripada Youtube dan Vimeo. 

Akhir sekali,daripada apa yang anda perhatikan pada gambar pertama dimana ClipGrab menyediakan fungsi carian dimana fungsi ini digunakan untuk memudahkan membuat carian video. Seperti yang tertera pada laman rasmi ClipGrab. Perisian ini dibina oleh seorang warga Jerman yang bernama Philipp Schmieder Medien. Philipp juga menyediakan sebuah ruangan untuk para penderma bukan penderma darah atau organ tetapi penyumbang wang. Kemungkinan dengan wang tersebut akan dinaiktaraf akan perisian ini.

Kesimpulannya,perisian ClipGrab bukanlah perisian yang biasa melainkan luar biasa. Dan sebagai penutup. Mari kita tonton anak muda kacukan Malaysia-Jerman belajar mengaji Surah Al-Fatihah. Sekian.

Assalamualaikum.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Seeder & sEFix : Kurangkan Lag Pada Smartphone [Android]

0

Para pengguna telefon pintar Android pastinya tahu kelebihan sistem operasi Android yang boleh diubah suai dan dipelbagaikan kegunaannya mengikut ROM yang digunakan pada model telefon bimbit masing-masing.

Dari mendapatkan akses root, sehinggalah kepada pengubahsuaian antaramuka, dan peningkatan prestasi sistem operasi/antaramuka melalui tweak serta penyesuaian lain, semuanya dapat dilakukan jika tahu caranya.

Namun buat mereka yang sudah pun mendapat akses root dan tidak mahu ‘kerja susah’, maka anda boleh gunakan alternatif iaitu aplikasi mudah guna yang dipanggil sebagai Seeder dan sEFix.

Paparan skrin Seeder:

Paparan skrin sEFix:

Anda boleh baca mengenai cara kerja Seeder dan sEFix di sini: [APK] Seeder 2.0.0 entropy generator to provide significant lag reduction

(Maaf, sukar nak terangkan dalam Bahasa Melayu).

Seeder boleh dimuat turun secara percuma pada pautan tersebut manakala sEFix pula boleh dimuat turun dan dipasang melalui Google Play.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Undi] Pilih Design T-Shirt OMG! Hackers? Yang Terbaik!

0

Dah lama saya rancang untuk buat T-Shirt untuk blog ini, cuma hajat tidak kesampaian kerana kesibukan dan hal-hal lain. Dipendekkan cerita, saya ada meminta Angelezo untuk buat rekabentuk T-Shirt mengikut apa yang ada dalam imaginasi saya (hehe..)..

Jadi apa kata anda selaku pembaca, undi, atau berikan pendapat anda tentang rekabentuk T-Shirt ini, sama ada rekabentuk mana yang paling ngetop dalam otak anda, ataupun anda punya pendapat lain mengenainya? Jadi silakan lihat 3 rekabentuk yang telah dibuat.

Sila ingat, rekabentuk ini masih dalam peringkat cadangan, jadi ia masih boleh diubah:

Klik untuk paparan lebih jelas

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

5 Filem Animasi Pendek 3D Menarik

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan beberapa filem animasi pendek dalam bentuk tiga dimensi (3D) yang menarik.

Sebut sahaja animasi ramai yang menggemarinya. Animasi tidak mengenal usia,darjat,pangkat mahupun harta. Semua pasti menontonnya. Lihat sahaja kejayaan rancangan animasi Upin dan Ipin yang telah membuka mata dunia tentang keunikan animasi dan juga secara tidak langsung menjadikan Malaysia sebuah negara yang bukan calang-calang penduduknya. Rancangan animasi bukan sekadar hiburan semata-mata. Jika kita lihat kebanyakkan animasi yang dicipta akan terdapat nilai yang terdapat pada animasi buatan mereka. Ini merupakan perkara utama bagi setiap animasi yang dicipta. Tanpa,membuang masa lagi marilah kita telusuri alam animasi yang menarik dalam format 3D. Susunan tidak mengikut dari terbaik hingga kurang baik kerana semua animasi yang dibina adalah baik belaka.

1. Sintel.

 
Animasi 3D Sintel merupakan animasi yang dibina menggunakan Blender Engine. Saya amat menggemari animasi ini kerana animasi ini sungguh hebat. Grafik pada animasi ini seolah-olah menggunakan sebuah perisian yang berbayar. Tapi,tidak kerana Blender merupakan sebuah perisian sumber terbuka. Sintel diarah oleh Colin Levy. Tiada apa yang perlu diterangkan. Anda perlu menonton animasi ini sendiri untuk mendapatkan hasil yang dimaksudkan.

2. Big Buck Bunny.

 
Big Buck Bunny juga merupakan sebuah animasi yang dibina menggunakan Blender Engine. Sama seperti Sintel dimana grafik pada animasi ini cantik dan menawan. Jika anda gemarkan akan animasi yang tidak bercakap dalam bahasa manusia. Maka,ini merupakan pilihan yang tepat. Jika,anda meminati animasi ini. Jangan melepaskan peluang untuk memainkan sebuah permainan video Yo Frankie!.
Animasi Big Buck Bunny diarahkan oleh Sacha Geodegebure.


3. Granny O’Grimm’s Sleeping Beauty.

 
Saya menggemari laman animasi Granny O’Grimm’s Sleeping Beauty ini apabila laman animasi ini dipersembahkan dalam bentuk flash. Jika anda sudah lama tidak mendengar cerita sebelum tidur maka anda perlu menonton animasi ini. Animasi ini banyak menerima anugerah. Animasi ini diarah oleh Nicky Phelan.


4. Oktapodi.

 
Animasi Oktapodi yang berdurasi 3 minit ini merupakan sebuah animasi yang ringkas tapi padat. Merupakan animasi yang banyak menerima anugerah. Animasi ini mengisahkan dua ekor sotong yang ingin menyelamatkan diri daripada seorang penjual sotong mungkin. Anda perlu menonton animasi ini sama ada berjayakah sotong ini atau sebaliknya. Oktapodi diarah oleh enam orang sahabat. [rujuk laman].

5. Alma.

 
Animasi Alma mengisahkan tentang seorang budak yang bernama Alma yang terjumpa akan sebuah anak patung iras-iras dirinya. Alma ingin mendapatkan patung tersebut. Apakah yang akan berlaku kepada Alma? Adakah Alma berjaya mendapatkan anak patung tersebut? Anda perlu menonton animasi ini sekiranya anda ingin tahu apakah kesudahannya. Animasi ini boleh dikategorikan sebagai animasi seram. Animasi ini diarah oleh Rodrigo Blass.

Sekian sahaja penulisan bagi animasi yang dikumpul dan dikongsikan kepada anda. Anda boleh dapatkan pelbagai lagi animasi yang menarik dan yang penting mempunyai nilai yang tersendiri.

Pautan rujukan:-
1. Youtube.com.my
2. 15 Amazing Animated Short Films
3. Short Of The Week

Assalamualaikum.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Dapatkan Kembali AdAway!

0

Saya baru sahaja flash ROM baru pada HTC One X ni lepas beberapa lama tak flash kerana kesuntukan masa. Lepas belek-belek beberapa kali, baru saya perasan, ada satu kekurangan pada ROM ini, iaitu ia tidak sertakan sekali penapis iklan seperti lazimnya iaitu AdAway (biasa guna AdAway, dan Ad Blocker je).

Jadi bila selidik punya selidik, saya baru dapat tahu mengenai berita pengguguran aplikasi penapis iklan dari laman Google Play, melalui laman-laman di bawah:

Google Pulls Ad-Blocking Apps From Play Store For Violating Developer Distribution Agreement

Google takes harsh stance against ad-blocking apps, removes them from Play Store

AdBlock Plus Responds To Play Store Ban: “Unilateral Move By Google Threatens Consumer Choice”

FZ150i Journey <— Eh? Macam takda kena mengena je? Hehe..

Oleh sebab itu saya terpanggil untuk berkongsi bagaimana caranya supaya kita dapat memuat turun semula dan menggunakan AdAway. Mudah sahaja, cuma gunakan aplikasi yang dipanggil sebagai F-Droid.

F-Droid ialah aplikasi yang berfungsi sebagai sebuah katalog untuk pelbagai perisian/aplikasi FOSS untuk Android. Dengan F-Droid, ia boleh dikatakan alternatif kepada Google Play sekiranya aplikasi yang anda cari telah digugurkan atas sebab-sebab tertentu.

Samalah halnya dengan AdAway. Projek ini adalah sumber terbuka dan masih diteruskan pembangunannya. Disebabkan ia digugurkan dari senarai aplikasi pada Google Play, maka F-Droid adalah pengganti untuk anda mendapatkan dan mengikuti jejak pembangunannya.

Jika terdapat kemas kini, F-Droid akan memaklumkan versi terbaru dan boleh dimuat turun secara terus melaluinya. Ini membolehkan anda sentiasa mendapat kemas kini terbaru meskipun ia tidak lagi boleh didapati melalui Google Play, sumber rasmi aplikasi-aplikasi Android. Cukuplah celoteh saya pada hari ini, anda boleh muat turun F-Droid pada pautan berikut: F-Droid.apk

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Eternity Warriors 2 + Game Spector 4

0
Beberapa bulan yang lepas, saya ada memberitahu mengenai aplikasi Game Spector yang mampu melakukan patch untuk permainan Eternity Warriors 2 bagi menjadikan jumlah wang/emas kepada tanpa had.
Namun atas sebab-sebab yang tertentu, Game Spector telah digugurkan dari Google Play. Jadi bagi mereka yang masih belum mencuba tetapi kini ingin mendapatkannya, anda boleh muat turun versi terbaru dari pautan rasmi forum Game Spector di sini: Download Game Spector
Berikut adalah beberapa paparan skrin penggunaan Game Spector  pada permainan Eternity Warriors 2:
1. Pilih/klik permainan Eternity Warriors 2 pada senarai aplikasi. Pastikan anda bersambung dengan internet untuk membolehkan Game Spector memuat turun patch:
2. Klik pada ‘Show Patches’:

3. Klik pada ‘Unlimited money’:

4. Pilih ‘Apply Patch’. Disebabkan saya sudahpun menggunakan patch ini maka ia digantikan dengan perkataan ‘Remove Patch’:

5. Jalankan permainan Eternity Warriors 2 dan cuba periksa jumlah wang anda.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Fungsi-fungsi Google Yang Jarang Digunakan

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan kepada anda beberapa fungsi enjin carian Google yang kurang dikenali atau jarang digunakan.

Enjin carian Google merupakan sebuah enjin carian yang cukup hebat. Tidak hanya digunakan sebagai enjin carian sahaja,enjin carian Google meliputi tugasan harian. Mungkin terdapat perisian yang dapat dapat digunakan dengan mudah. Tapi,jangan pandang rendah dengan kehebatan yang Google miliki. Tidak usah berpanjang lebar menutur bicara. Kita teruskan kepada tujuan dan pembelajaran kita. Tapi sebelum itu,jangan anda terkejut beruk apabila terlihat sesuatu yang agak luarbiasa. Google Malaysia didominasi oleh blogger daripada Indonesia khusus dalam bidang teknologi informasi. Sayang,kita bukan ada sekatan internet. Internet di Malaysia masih boleh lagi dikategorikan sebagai bebas. Kita lihat statistik yang dikeluarkan oleh Google dengan kerjasama UITM rasanya. Memetik kata daripada laman Amanz.my menyatakan bahawa 18 Juta Orang Pengguna Rakyat Malaysia Kini Mengakses Internet

Adakah 18 juta pengguna ini hanya mengemaskini status di Facebook dan Twitter yang dijadikan sebagai diari elektronik. Jika anda miliki akaun Facebook. Anda masuk/turut serta dalam kumpulan Malaysia dan Antarabangsa. Sebagai contoh,anda serta dalam kumpulan yang berkongsi barangan cetak rompak (pirated). Jangan anda terkejut beruk sekiranya anda terlihat beberapa soalan “macam mana nak download video ni“. Soalan apa ni? Lainlah jika soalan itu ditujukan ke laman sesawang Hulu. Boleh tahan lagi. Jadi,saya perlu hentikan penulisan di sini atau nama bersih OMG! Hackers? bakal dirosakkan oleh saya.

Google Sebagai Kalkulator.

Jika anda lihat. Google tidak hanya membekalkan kalkulator asas seperti +,-,/,^ tapi Google boleh dijadikan alternatif kepada kalkulator saintifik Casio.

Google Sebagai Penukar.

Anda tidak hanya dapat menukar. Anda juga turut dapat mengetahui peratusan turun naik matawang dunia. Anda juga boleh menukar suhu,panjang,berat dan lain-lain. Cuba,”fahrenheit to celcius” dari hasil carian tadi anda boleh dapat hasil carian bagi tukaran lain juga.

Google Sebagai Pencari Format Fail.

Kaedah ini memudahkan anda mengenali sesebuah format fail. Tidak kira format fail komputer dan sebagainya. Perkataan :pdf tersebut boleh digunakan untuk mencari dokumen dalam bentuk pdf. Lebih mesra dengan panggilan ‘e-book’. Cuba,”Steve Jobs:pdf

Google Sebagai Pencari Definisi Sesuatu Perkara.

Apa sahaja definisi yang anda inginkan. Jika,ada yang menulis akan perkara tersebut. InsyaAllah ada hasilnya. Mulakan dengan perkataan definisi,maksud,apa itu dan sebagainya.

Banyak lagi yang anda akan anda dapat sekiranya anda menggunakan teknologi dengan sebaiknya. Tambahan sedikit ilmu tentang Google [di sini].

p/s: Google dan penggodam memang cukup sinonim.

Selamat mencuba dan selamat menelaah.
Assalamualaikum.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Review: Lenovo G480

0

Bekerja dengan laptop adalah pilihan bagi kebanyakan orang. Untuk kebanyakan orang juga, laptop dalam ‘bajet’ adalah menjadi keutamaan. Di sinilah Lenovo G480 berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Lenovo G480 adalah laptop bajet yang mempunyai ciri-ciri begitu menarik sekali. Antara ciri yang menjadi perhatian ialah pemproses generasi ke-3 Intel® Core™ i5-3210M, Intel® Hyper-Threading Technology, ruang cakera keras sehingga 1TB, port USB 3.0, skrin 14 inci berdefinisi tinggi dan sistem audio Dolby terintegrasi dalaman.

Laptop ini, selain boleh melakukan kerja-kerja ‘heavy-duty’ seperti menyunting gambar dan video, ia juga boleh digunakan untuk permainan (gaming) kerana dengan pemproses Intel Core i5 berserta teknologi Hyper-Threading, anda boleh mendapat kepuasan pada grafik terbaik dan framerate yang tinggi.

Walaupun digasak hebat, Lenovo G480 membuktikan kemampuannya apabila tetap kekal senyap tanpa bunyi kipas penyejuk yang kuat, serta mampu bertahan lama dengan bateri 6 sel. Tak lupa juga sekiranya anda tidak menggunakan penyejuk luaran (Cooling Pad), Lenovo G480 masih mampu beroperasi pada waktu yang lama tanpa mengeluarkan haba panas.

Selain itu, keyboard yang terdapat pada laptop ini juga boleh dikatakan membantu dalam kerja-kerja seharian serta kepermainan, oleh kerana bentuknya yang agak besar dan selesa ditekan (AccuType Keyboard). Tak lupa juga ia menyokong sistem operasi Windows 7, Windows 8, dan juga Linux.

Ciri yang boleh dikatakan hebat bukanlah kerana pemprosesnya sahaja, tetapi adalah kerana harganya yang setanding dengan ciri. Dengan pemproses Intel® Core™ i5 (FreeDOS), anda boleh memperoleh laptop ini dengan harga serendah RM1400++. Amat berbaloi untuk mereka yang inginkan prestasi dan dalam masa yang sama ingin mencari laptop dalam bajet sederhana.

Lenovo G480, sebuah laptop Multimedia, Gaming, dan bajet, semua dalam satu.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Spray Paint Art Paintings: Sebuah Seni Yang Menakjubkan

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan kepada anda sebuah artikel khas berkenaan “santai”. Tapi,apabila anda melihat video mereka,kemungkinan tujuan santai tersebut tidak hadir dalam diri anda.

Spray Paint Art Paintings merupakan saluran pada laman penstriman video di Youtube yang menakjubkan. Anda perlu tonton sendiri untuk lihat bagaimana sebuah contengan boleh menjadi sebuah seni. Mereka hanya menggunakan ‘spray’ dan juga beberapa barangan lain yang kita berpendapat sebagai sampah. Jika dahulu saya pernah kongsi sebuah artikel tentang Rocket Jump yang dibintangi oleh saudara Freddiew. Video yang dihasilkan oleh beliau sungguh menarik. Dengan menggunakan teknologi yang terkini,seolah-olah perkara tersebut berlaku secara nyata.

Saluran Spray Paint Art Paintings merupakan sebuah saluran yang sudah lama dibina. Sumber daripada Youtube menyatakan sekitar tahun 2006 saluran ini dibina. Saluran ini berasal daripada Amerika Syarikat. Saluran ini juga menyediakan panduan yang dijual dengan harga yang agak tinggi. Jika anda ingin mempelajari seni ini,maka anda perlu mendapatkannya.

Seperti yang saya katakan di awal permulaan penulisan bahawa pada mulanya,seni ini seperti sebuah contengan. Tapi,di akhirnya kita akan dapat sebuah seni yang indah. Mereka juga bukan sekadar memuat naik video malah mereka juga menjual hasil mereka di jalanan. Tanpa membuang masa kita teruskan untuk melihat sejauh mana sebuah contengan boleh menjadi seni.

Dijual di jalanan. Betul ke dijual atau sekadar tontonan umum?

Lebih lagi di saluran mereka.
Selamat menonton.
Assalamualaikum.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Muat Turun Pautan Terus Windows ISO Dan Office

0

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

   Hari ini saya ingin kongsikan pautan muat turun terus (Direct Download) Microsoft Windows dan juga Microsoft Office. Pautan ini merupakan muat turun terus yang menyokong fungsi “pause” dan “resume“. Di syorkan untuk guna Internet Download Manager untuk kelajuan muat turun maksima dan optimum..

Windows 8.1 with Update x86-x64 AIO English (May 2014)
SHA-1: 3C54E64D66EDC425104D8C516115A1045C47F43F

Windows 8.1 GA Rollup-1 (17/10/2013)








Pro VL x86






Pro VL x64


Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Pengaktifan dan kunci pemasangan Windows 8.1: 
[Link] atau [KMSPico] atau [KMS_VL_ALL]

Windows 8 Pro 32bit

Windows 8 Pro 64bit

Key semasa install Windows 8 Pro bukan untuk pengaktifan :

NG4HW-VH26C-733KW-K6F98-J8CK4 – Volume License

XKY4K-2NRWR-8F6P2-448RF-CRYQH – Retail

Windows 8 Enterprise 32bit

Windows 8 Enterprise 64bit




Windows 8 AIO (All-in-One)


Selepas muat turun, sila rename .avi kepada .iso

16 dalam 1



Pengaktifan Windows 8 :
[] atau [Microsoft Toolkit] atau [KMSPico]


Windows 7 Home Premium SP1




Windows 7 Pro SP1




Windows 7 Ultimate SP1




Pengaktifan Windows 7 : [Daz Loader]

Windows XP

Windows XP Professional SP3

Pengaktifan Windows XP : [AntiWPA] atau [AntiWAT]

 

Office 2013 Pro Plus VL SP1
64bit : Part 1   Part 2

Pengaktifan Office 2013 : Tukar Channel ISO daripada Retail kepada Volume License menggunakan Microsoft Toolkit dan aktifkan guna tool tersebut atau KMSPico. Pengaktifan anda akan diperbaharui setiap hari secara automatik.


Office 2010 Pro Plus SP1 VL


32bit

64bit : Part 1   Part 2

Pengaktifan Office 2010 : Tukar Channel ISO daripada Retail kepada Volume License menggunakan Office 2010 Installer Channel Switcher dan guna Microsoft Toolkit untuk aktifkan atau KMSPico. Pengaktifan anda akan diperbaharui setiap hari secara automatik.

Office 2007 Enterprise
Office 2003 Pro (Enterprise Edition)


[ Kemaskini 31/05/2014 ]



Views: 4

Iklan Newspaper Inline