Zaman moden ini, kita tidak lagi bergantung harap kepada Blue Ray player, apatah lagi DVD player kerana buat mereka yang biasa bergelumang dengan dunia internet, muat turun adalah pilihan utama. Meskipun ada yang gemar kepada produk asli Blue Ray, kerana katanya lebih cantik serba-serbi, namun fakta lebih ramai yang gemar muat turun tidak dapat dinafikan lagi.
Jadi di sinilah sebuah Media Player atau Multimedia Player menyerlah. Kerana apa? Kerana saya yakin lebih ramai juga yang gemar menonton filem atau rancangan kegemaran di televisyen berbanding di hadapan skrin komputer mahupun laptop.
Noontec bukan jenama baru dalam industri pembikinan gajet-gajet media atau barang elektronik. Pelbagai produk dari syarikat ini telah berada di pasaran, termasuk Noontec Zoro, iaitu sebuah headphone entry level yang pernah saya review suatu ketika dahulu.
Baru-baru ini saya berasa teruja untuk mencuba model Noontec Moviedock A3, iaitu Media Player yang dicipta khas oleh Noontec buat para penggemar muat turun. Media Player ini hadir dengan set yang bagus iaitu Media Player itu sendiri, alat kawalan jauh, kabel HDMI, kabel standard Composite/Audio R/L RCA, USB to mini – USB adapter, bateri AAA sebanyak 2 biji untuk alat kawalan jauh, kabel kuasa dan juga manual.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat saya ambil:
Klik untuk paparan lebih jelas
Daripada gambar di atas, kita dapat simpulkan bahawa pemain media ini boleh memainkan hampir kesemua format-format utama baik video mahupun audio. Sedikit tips, untuk mereka yang berminat, jika anda ingin pemain media Noontec Moviedock A3 ini membaca sari kata (subtitle) video anda yang disertakan sekali dalam satu folder, sila namakan semula (rename) sari kata itu kepada nama yang sama dengan video tersebut.
Buat mereka yang menggunakan televisyen skrin rata (plasma, LCD, LED) yang mempunyai port HDMI, maka anda boleh menikmati filem kegemaran anda dengan paparan definisi tinggi penuh 1080P. Sangat berbaloi sekali dengan harga yang ditawarkan. Oh ya, sebut mengenai harga, anda boleh membelinya pada harga serendah RM199 di mana-mana kedai IT terpilih. Jika anda mempunyai keahlian di kedai IT Challenger, harga yang ditawarkan adalah RM176. Sangat murah dan berbaloi bukan?
Sekali lagi ini bukan entri tutorial cetak rompak!
Sekian. Harap anda mendapat sedikit info dari entri ini. Jika anda berminat, jangan lupa cepat-cepat singgah di kedai IT berdekatan kerana model ini sedang laris bak pisang goreng panas di tengah kawasan perumahan teres. Haha! Chow sin chiiiii!
Ini adalah tahun 2013. Tahun di mana kemodenan akan mula menunjukkan kematangannya. Dalam meniti arus kemodenan yang pesat, saya pasti kebanyakan perkara asas tidak lagi diceritakan kepada kalangan marhain sekalian.
Namun bukan itu tujuan blog ini wujud. Atas dasar kesedaran kepada hal yang demikian, saya terpanggil untuk berkongsi beberapa tips yang telah saya kumpul, uji, rumus, dan simpulkan menjadi satu. Tips memuat torrent yang berguna untuk para peminat setianya. Katakan ya kepada The Pirate Bay!
Torrent adalah kaedah perkongsian fail P2P yang boleh dianggap sebagai paling luas penggunaannya, paling ramai pengguna dan boleh dikatakan paling tertua. Jadi adalah amat sayang sekali andai anda tidak memanfaatkan teknologi ini, tidak kisahlah atas apa tujuan sekalipun, kerana ia dicipta sememangnya untuk memudahkan para penggunanya.
Tips Muat Turun Fail Dari Laman Torrent
1. Kelajuan Muat Turun dan Muat Naik Dari Penyedia Servis Internet
Anda perlu faham, perlu tahu, yang teknologi P2P tidak akan melakukan apa-apa bentuk ‘bypass’ terhadap kelajuan yang telah ditentukan oleh Penyedia Servis Internet anda (ISP). Jadi sebelum merungut, anda langganlah kelajuan internet yang sepadan dengan kehendak anda. Janganlah kelajuan internet anda cuma 1Mbps, anda hendak ia menjadi seperti 20Mbps pula. Memang tak padan der!
2. Seeder dan Peers
Ini adalah faktor utama kejayaan teknologi ini. Kerana itulah ia dinamakan sebagai Peer-to-Peer (P2P), iaitu perkongsian dari seorang peer kepada peers yang lainnya. Jika anda ingin kelajuan muat turun maksima, sebaiknya pilihlah jumlah seeders yang melebihi 20 orang, lebih ramai lebih bagus, lebihlah kelajuan muat turun yang akan anda nikmati.
3. Pemuat Naik Berwibawa
Ya, bukan saya kata pemuat naik fail-fail torrent yang baru itu tidak bagus. Tidak. Cuma apabila kita ada peluang untuk memuat turun fail dari pemuat naik yang sememangnya sudah pun ‘dikenali’ ramai, seperti YIFY, maka peluang untuk anda mendapat jumlah seeders yang ramai juga adalah tinggi.
4. Klien Torrent Yang Serasi
Carilah klien torrent yang paling serasi dengan anda, klien yang boleh anda harapkan, yang boleh anda lakukan ‘tweaking’ padanya sehingga maksima. Senang cerita, klien yang paling anda faham kaedah menggunakannya. Kerana inilah dia medium pemuat turun fail torrent anda. Jika anda sendiri tidak faham selok-belok penggunaannya, bagaimana anda hendak mendapatkan kelajuan maksima? Tentu sekali tidak akan diperoleh sampai bila-bila. Anda boleh lihat senarai klien-klien di sini : Comparison of BitTorrent clients
5. Windows Firewall
Kalau anda pengguna Linux, ini mungkin tidak perlu lagi anda fikirkan. Namun sebagai pengguna Windows, terdapat 3 pilihan iaitu mematikan fungsi Firewall, menambahkan ‘exception’ dalam tetapan klien (µTorrent), atau menggunakan servis VPN.
6. Pilih Waktu Muat Turun Ideal
Yeap. Ramai yang tidak perasan perkara ini. Ramai yang tidak mengkajinya kerana menyangka semua orang tidur pada waktu yang sama. Kerana itu anda tidak mendapat kelajuan yang sepatutnya, disebabkan waktu muat turun yang tidak ideal. Pertama sekali, lihat pada fail yang ingin anda muat turun, contohnya video (filem). Jika ia bersifat antarabangsa, contohnya filem The Avengers, The Hobbit: An Unexpected Journey dan sebagainya lagi, pilihlah muat turun pada waktu siang. (Ini bukan tutorial cetak rompak!)
Perkara ini masih lagi dalam ‘kajian’ saya, masih lagi dalam pemerhatian. Namun dari apa yang saya lihat, jika ia dimuat turun pada waktu malam, kelajuan turun dengan mendadak. Mungkinkah kerana para seeders dan peersnya adalah majoriti rakyat US, maka ketika kita sedang memuat turun, mereka pula sedang bekerja?
Cuba anda juga sama-sama kaji perkara ini dan kongsikan pendapat anda.
7. Hadkan Kelajuan Muat Naik
Kelajuan muat naik jika ia tidak melebihi 80% dari kelajuan yang diberikan oleh ISP, ia tidak akan menjejaskan kelajuan muat turun anda. Jadi sebaiknya cubalah ‘bermain’ dengan tetapan yang ada dalam klien torrent. Cuba dapatkan kelajuan yang anda inginkan dengan melakukan ‘tweaking’ pada klien torrent. Caranya? Google saja.
8. Ubah Port
Nombor port 10000 ke atas adalah port yang paling sesuai untuk P2P. Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai port dan port forwarding, namun untuk senangkan kerja anda, cuma tandakan sahaja pada tetapan untuk menjadikan port klien anda kepada nombor-nombor rawak (random) setiap kali ia dimulakan.
9. Windows Tweaking
Sekali lagi jika anda pengguna Linux, anda tidak perlu lakukan apa-apa ‘tweaking’ pada sistem operasi anda untuk mendapatkan kelajuan internet maksima. Namun jika anda menggunakan Windows, sedikit-sebanyak anda perlu juga lakukan ‘tweaking’ bagi memperoleh kelajuan memuaskan. Ya, sekali lagi, Google saja caranya. Blog ini juga pernah berkongsi sedikit-sebanyak tips yang boleh anda gunakan. Cuma pada Windows 8, anda tidak perlu lakukan banyak tweaking kerana ia sudah pun dalam ‘keadaan yang memuaskan’.
10. Seed dan Jangan Jadi Leecher!
Seperti yang sama sebutkan tadi, P2P adalah mengenai perkongsian. Jika anda adalah seorang yang suka muat turun fail dari laman torrent, maka jangan teragak-agak untuk seed, sekurang-kurangnya saiz muat naik sama dengan saiz fail yang telah anda muat turun. Kalau lebih lagi bagus! Dengan cara inilah kita mampu menghidupkan rangkaian P2P tanpa perlu bergantung harap kepada pelayan. Jika anda seed dengan baik, tidak mustahil tracker akan membantu anda dengan memberikan kelajuan yang sepatutnya (walaupun teori ini masih lagi boleh disanggah).
Setakat ini sahaja perkongsian saya buat masa ini. Jika ada lagi tips-tips, saya akan cuba tambahkan ke dalam entri ini. Kita jumpa lagi di lain entri.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Pada penulisan kali ini saya akan menyediakan ulasan tentang sebuah distro berasaskan Debian.
CrunchBang ialah sebuah distro yang ringkas dan menawan dari padangan saya. Distro ini merupakan distro yang ringan. Meskipun ringan,perisian asas yang terpasang sudah mencukupi dari segi keperluan asas. CrunchBang tidak menggunakan memori yang tinggi oleh kerana menggunakan Windows Manager (WM) OpenBox. Ramai yang mendakwa bahawa OpenBox sukar untuk digunakan. Tetapi,berbeza bagi saya yang beranggapan bahawa OpenBox memiliki daya tarikannya yang tersendiri. Lupa untuk diingatkan bahawa distro CrunchBang juga dikenali dengan simbol #!.
CrunchBang menggunakan warna hitam-kelabu-putih sebagai warna asas distro mereka. Sekali lihat nampak seperti distro ArchBang. Tapi,ada beberapa perubahan yang dapat dilihat. Tertarik hati saya untuk mencuba distro ini apabila terbaca beberapa artikel yang mengatakan bahawa meskipun versi terbaru distro ini belum dalam keadaan stabil,tapi distro ini dapat bekerja dengan baik. Versi stabil ialah versi 10 dengan nama Statler. Versi yang tidak stabil ialah versi 11 dengan nama Waldorf. Salah satu sebab lain yang membuatkan saya tertarik untuk mencuba distro CrunchBang ialah kerana pengguna aktif pada komuniti distro ini ramai.
Penggunaan memori secara lalai pada distro ini adalah pada kadar minimum 100-130MB. Malah,kadangkala lebih kurang daripada itu. Penggunaan cpu pula kadangkala tinggi,kadangkala rendah. Taskbar ala Windows 7 (ikon) membuatkan saya juga tertarik untuk memilih distro ini. Bukan apa,nampak lebih kemas dan mudah untuk diuruskan. Penukaran ruang kerja (workspace) dari desktop pertama kedua amat mudah. Hanya perlu klik taskbar pertama dan kedua untuk melalukan penukaran. Waldorf menggunakan pengurus fail Thunar,Geany editor teks,pemain multimedia VLC,pelayar web Iceweasel yang berasaskan Firefox (fork) dan pelbagai lagi perisian asas yang terpasang.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan beberapa tapak web yang dapat anda manfaatkan untuk menjadi seorang penulis alam maya (blogger).
Blogger dan WordPress merupakan platform yang amat popular dikalangan pengguna internet seluruh dunia. Dengan kemudahan,kecantikan dan sifat mesra pengguna menjadikan platform Blogger dan WordPress sering mendapat perhatian kepada mereka yang ingin mengembangkan perniagaan,penulisan peribadi dan juga dijadikan sebagia pusat ilmiah. Seiring dengan kemajuan teknologi,platform ini dikembangkan dan telah mewujudkan pelbagai pilihan kepada pengguna untuk memilih yang mana platform yang terbaik bagi mereka untuk mengembangkan bakat penulisan dan sebagainya. Secara kasar pengguna memilih platform Blogger mahupun WordPress ialah kerana sifat platform ini mesra SEO. Tapi,tidak mustahil platform lain tidak mesra SEO. Semuanya terletak kepada pengguna sendiri. Adakah dengan membina dan membiarkan blog anda tidak terurus akan menyebabkan blog anda dikunjungi ramai? Sudah tentu tidak! Anda perlu sentiasa mengemaskini penulisan,membuat beberapa tetapan dan pelbagai lagi hal yang perlu dititikberatkan oleh anda. Tanpa perlu berpanjang lebar lagi kita teruskan kepada tujuan kita.
1. tumblr.
tumblr. merupakan sebuah platform blogging yang ciri yang tersendiri. Kebanyakkan pengguna yang menggunakan tumblr. bertujuan untuk berkongsi gambar dan juga dijadikan sebagai blog peribadi. Jarang kita lihat pengguna menggunakan tumblr. sebagai blog perkongsian ilmu sama ada ilmu teknologi dan lain-lain. Sub-domain yang akan anda gunakan ialah [dot] tumblr [dot] com (.tumblr.com).
2. MULTIPLY.
Pernah suatu ketika dahulu. Multiply cukup mendapat tempat di hati pengguna sehingga digelarkan Blogger nombor 2. Jika dahulu kita akan lihat banyak blog agama yang dibina di bawah platform Multiply ini. Apabila kemajuan teknologi semakin terasa maka,secara tidak langsung platform Multiply semakin dilupakan oleh pengguna. Sub-domain yang akan anda gunakan ialah [dot] multiply [dot] com (.multiply.com). 3. Blog. Blog merupakan sebuah platform yang dibina di bawah platform WordPress. Antara muka yang saling tidak tumpah seperti WordPress menyebabkan platform Blog memiliki pengguna yang tersendiri. Jika WordPress menggunakan warna kelabu-biru sebagai warna antara muka platform mereka. Blog pula menggunakan warna kelabu-hijau sebagai warna rasmi bagi platform mereka. Sub-domain yang akan anda gunakan ialah [dot] blog [dot] com (.blog.com). Satu nama domain yang ringkas dan terbaik.
4. LiVEJOURNAL. LiVEJOURNAL merupakan sebuah platform yang dibina bertujuan untuk berkongsi tentang dunia hiburan. Jarang sekali kita melihat pengguna yang menggunakan platform LiVEJOURNAL berkongsi akan informasi teknologi dan sebagainya. LiVEJOURNAL juga boleh digunakan sebagai blog peribadi. Jika anda seorang yang gemar menulis tentang hal keperibadian,maka LiVEJOURNAL merupakan tempat yang terbaik selain beberapa platform yang serupa seperti platform tumblr. Sub-domain yang akan anda gunakan ialah [dot] livejournal [dot] com (.livejournal.com).
5. thoughts. Platform thoughts merupakan sebuah platform yang lebih ke arah peribadi. Rata-rata pengguna yang menggunakan platform thoughts berkongsi sebuah artikel yang ringkas dan kadangkala berkongsi hal peribadi. Tiada banyak perkara yang boleh dilakukan dengan thoughts. Hanya sekadar blog perkongsian biasa. Sub-domain yang akan anda gunakan ialah [dot] thoughts [dot] com (.thoughts.com).
Terdapat pelbagai lagi pilihan yang ditawarkan di arena alam maya ini. Jika anda mahu melihat atau mencuba platform blogging lain,anda boleh melakukan carian Google. Setiap platform yang dibina memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi,jika digunakan secara berhemah,maka anda akan dapat sesuatu kenikmatan yang tak dijangka.
Salam
warga OMG! Hackers yang telah lama saya tinggalkan atas faktor tidak
mempunyai koneksi internet akibat hujan lebat siap kilat yang kerap
berlaku di kawasan perumahan saya. Disebabkan itu modem saya telah
disambar kilat akibat kecuaian saya sendiri haha. Kemudian saya ditimpa
demam panas akibat saya keluar bekerja dan kadangkala saya mandi hujan
huhu. Semasa saya terlantar di atas katil selama beberapa hari. Saya
dibekalkan hanya sebuah smartphone dan internet. Semasa itulah saya
“menggatal” jari jemari untuk mencari apps untuk kesihatan saya ini…
dan kini masanya untuk berkongsi dengan anda semua…. Jangan risau
ianya FREE je…
Di zaman sekarang ini ramai pekerja
mahupun pelajar yang sering mengabaikan kesihatan. Sekiranya kita tidak
menghiraukan senaman ataupun menjaga pemakanan kita akan hadir lah
pelbagai penyakit yang tidak diundang.
Untuk
aplikasi ini saya amat menyukainya kerana iainya membantu dari segi
bantuan kecemasan. Contoh apabila kita berada di sesuatu kawasan yang
berlaku kecemasa tetapi kita terpinga-pinga apa yang perlu dilakukan?
Maka aplikasi ini akan membantu anda dan memberitahu anda
langkah-langkah yang sepatutnya anda lakukan. Contoh pertolongan cemas
yang ada ialah serangan jantung, patah tulang, demam, luka, masalah
pernafasan, keracunan dan banyak lagi seperti yang anda lihat pada
gambar yang telah diberi.
2) Brainwave Tuner Lite
Aplikasi
sangat berguna semasa saya sedang demam dan sakit kepala (pening).
Sebab apa? Kerana gelombang frekuensinya yang memang telah dikaji dan
mampu untuk merehatkan minda. Cara penggunaanya juga amat mudah anda
hanya perlu pilih yang mana anda ingin gunakan antaranya untuk tidur,
perubatan, berehat, belajar dan banyak lagi. Untuk versi lite mereka
menyediakan beberapa track music yang saya rasa cukup untuk kita semua
mendengar dan membantu dalam kesihatan kita. Setiap audio yang dimainkan
aplikasi ini telah disetting secara automatik paras gelombang
frekuensinya mengikut kesusaian situasi itu. Untuk lebih berkesan anda
digalakkan menggunakan earphone/headphone untuk lebih kesan.
3) Hpal – Blood Pressure Tracker
Hpal
sesuai untuk seseorang yang mempunyai penyakit darah tinggi iaitu
seseorang yang sering untuk pergi periksa keadaan tekanan darah mereka
di hospital atau klinik. Kemudian mereka boleh gunakan aplikasi ini
untuk catatkan tahap tekanan darah mereka di dalam aplikasi ini. Secara
tak langsung mereka akan dapat periksa statistik tekanan darah dan tahap
kesihatan mereka yang terdahulu sama ada menurun atau menaik.
4) Calorie Counter – MyFitnessPal
Seperti
nama aplikasi yang anda lihat iaitu Calorie Counter. Ok apa dia benda
tu? Aplikasi ni bertujuan sebagai motivasi untuk golongan obesiti atau
pun yang mahu kurus tapi tidak mempunya kata-kata semangat atau
guidlines. Aplikasi hendaklah di daftarkan dahulu, dan semasa proses
pengdaftaran anda dinasihatkan memberi maklumat yang benar supaya tidak
berlaku ralat semasa proses pengurangan berat badan anda kelak. Segala
rekod-rekod anda akan diproses dan akan keluar paparan seperti di atas.
Ianya akan memberitahu berapakah jumlah kalori yang anda perlu kurangkan
hari ini untuk mencapai target anda telah tetapkan pada proses
pendaftaran anda tadi. Misalnya berat anda 100 kg dan target anda 70 kg.
Maka aplikasi ini akan bertindak sebagai pembantu anda untuk cuba kawal
permakanan dan lakukan exercise. Ianya juga ibarat diari kesihatan anda
kerana anda digalakkan untuk mencatat segala jenis apa yang anda makan
dan segala jenis senaman yang anda lakukan. Apa yang menarik tentang
aplikasi ini anda juga boleh bersama-sama rakan yang lain untuk
sama-sama berlumba untuk mengurangkan berat badan dan masing-masing
boleh update status pada aplikasi ini dan mungkin ada yang berpengalaman
untuk berkongsi dengan anda. More Friend More Best.
5) Runtastic Running & Fitness
Aplikasi ini amat menarik bagi sesiapa yang sering melakukan senaman dan menjaga kesihatannya.
Dengan
aplikasi ini akan memberi maklumat yang saya rasa agak tepat kerana
sistem yang digunakan adalah GPS. Dan dengan ini pastikan peranti anda
mempunya perkakasan GPS untuk menggunakan aplikasi ini. Antara maklumat
yang diberikan adalah kadar mendaki, kelajuan dan calories yang telah
dibakar melalui aktiviti yang anda lakukan. Di dalam aplikasi ini juga
saya dapat pelbagai aktiviti yang telah ditetapkan antaranya jogging,
marathon, bola sepak, bola keranjang, kayaking dan pelbagai lagi
aktiviti yang memerlukan anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Saya dah cuba sendiri dan memang awsome jika digabungkan dengan calorie
counter kerana anda dapat tahu berapa banyak kalori anda yang telah
berjaya anda bakar.
6) Instant Heart Rate
Haaa aplikasi ni amat sesuai kepada orang amat sensitif dengan pergerakan jantung mereka sama ada berada dalam keadaan selesa atau keadaan tercungap-cungap atau tidak sihat. Apa yang menarik perhatian saya tentang aplikasi ini iainya mengesan pergerakan jantung kita dengan menggunakan kamera yang telah tersedia pada setiap peranti android anda. Tetapi anda dinasihatkan menggunakan aplikasi ini ditempat yang mempunyai cahaya yang mengcukupi. Cara aplikasi ini mengesan adalah dengan detect pergerakan darah yang mengalir dalam tubuh badan seseorang itu. Caranya mudah sahaja anda hanya perlu letakkan jari telunjuk anda di depan kamera dan pastikan jangan tekan terlalu kuat kerana bimbang darah tidak jalan, dan secara tidak langsung akan mengakibatkan berlaku ralat atau tidak berfungsi dari segi pengiraan kadar denyutan jantung anda.
7) Period Tracker (Untuk wanita sahaja)
Haha untuk aplikasi ni saya tidak boleh cakap lebih-lebih kerana saya sendiri tidak dapat mencubanya dengan lebih mendalam atas faktor-faktor kesihatan huhu (im men).
Seperti yang kita boleh lihat pada screenshot yang telah disediakan itu. Period tracker adalah sejenis aplikasi untuk memberitahu kadar-kadar period anda berlangsung selama beberapa hari untuk berakhir. Caranya juga mudah hanya tekan start dan ianya akan mula mengira perjalanan period anda. Semasa period anda juga boleh menulis note. Note apa? Wanita sahaja yang mengetahuinya.
8)OB (Pregnancy) dan Pregnancy Assistant (Untuk wanita mengandung sahaja)
Untuk OB Pregnancy sebuah aplikasi untuk wanita yang lebih dewasa iaitu yang sudah menjalani rumah tangga bersama orang yang tercinta. Cuma aplikasi ini agak lebih saintifik dan saya rasa mungkin dapat difahami oleh para-para ibu yang sedang mengandung. Apa yang menarik tentang aplikasi ini anda boleh merekod dan melihat kadar pembesaran bayi anda di dalam kandungan tu. Selain itu seperti yang anda lihat di atas saya ada menyediakan aplikasi alternatif untuk kepada yang kurang memahami aplikasi OB Pregnancy. Kerana apa yang saya lihat Pregnancy Assistant lebih mesra pengguna dari segi penggunaan grafik yang diberikan kepada pengguna. OB Pregnancy
Pregancy Assistant
9) Medicinal Herbs
Ini adalah aplikasi untuk golongan yang suka mencari jalan alternatif bagi merawat penyakit yang ada. Kepentingan aplikasi ini saya lihat memang menarik kerana ianya memasukkan tumbuh-tumbuhan herba dan penerangan yang sangat terperinci dari pengenalan sehinggala ke cara kegunaannya untuk mengubati penyakit tersebut. Bak kata orang muda… Orang Lamo la kata kan hahaha… tapi memang tidak dinafikan tumbuh-tumbuhan herba ini memang sangat membantu untuk kesihatan kita jika nak dibandingkan dengan ubat-ubat yang mengandungi bahan kimia tu. Gunakan pada kadar yang betul.
Itu lah antara aplikasi yang saya dapati di Google Play semasa saya dalam tempoh rawatan sakit. hehe. Harap iainya sedikit sebanyak membantu anda semua dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih sihat. Insyallah…
Jika anda ingin mendownload kesemua apps sekali gus dan aplikas tambahan ehem2 (kesihatan gak)
Salam. Buat para pengguna sistem operasi Linux, ‘bergelumang’ dengan dunia Terminal dan arahan-arahannya bukan perkara luar biasa. Tak lengkap rasanya jika menggunakan distro Linux tanpa penggunaan Terminal.
Distro Arch Linux contohnya, penggunaan arahan-arahan adalah satu perkara pasti dalam menjayakan sesuatu tugas. Contoh paparan/bentuk Terminal adalah seperti gambar di bawah:
Sebelum kita mulakan, mari kita tonton dulu video ini:
Berikut saya catatkan beberapa arahan berguna untuk anda, yang diambil dari Arch Handbook. Secara asasnya arahan-arahan ini boleh digunakan dalam mana-mana distro, baik Arch Linux itu sendiri mahupun Ubuntu, Linux Mint, dan lain-lain.
Arahan-Arahan/Baris Perintah Berguna Untuk Pengguna Linux:
pacman -Rsc (buang pakej, dependency, serta pakej-pakej lain yang bergantung kepada pakej yang ingin dibuang tersebut)
pacman -Rn (buang pakej tanpa memerlukan kepada pacman untuk membuat salinan sandaran)
pacman -U (pasang pakej ‘local’, contohnya dari AUR)
….. dan banyak lagi yang boleh anda baca sendiri di sini: pacman – ArchWiki
Ok.. cukup setakat anda ambil asasnya dulu, kerana bak kata orang tua-tua zaman dahulu kala, yang asas itulah bakal membantu apabila sudah kukuh kelak. Apa? Siapa orang tua tu? Manalah saya tahu!
ATTACK just drop your fear this is my final command,
CHAOS all the war they give we couldn’t save our land, MADNESS feel our brother’s pain look inside of you’re, BLACKENED its time to move! all arise for your spears!
I am the one who madly pull the trigger,
I am the one who deadly hold for the souls,
This is the war we swear will pay with the blood,
This is the war we swear will face it with guts!
We’ll fight! we’ll fight!
For these scent, of madness!
For these scent, of madness!
Lelaki misteri
(bukan penyanyi lagu ini, tapi masih ada kena-mengena)
Mr.Hac @ Dr. Freddy: Terima kasih kepada semua perajurit-perajurit tanah air, baik polis mahupun tentera yang telah berusaha sebaik mungkin mempertahankan tanah air tercinta. Buat yang terkorban, takziah diucapkan kepada ahli keluarga. Semoga roh-roh mereka ditempatkan bersama mereka yang syahid. Amin..
Saya pernah membuat sedikit ulasan berkenaan pemain media/video UMPlayer, yang merupakan front end kepada MPlayer dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan. UMPlayer juga adalah fork kepada sebuah projek asal iaitu SMPlayer.
SMPlayer boleh dikatakan mempunyai kesemua ciri yang ada pada UMPlayer, cuma dalam kes prestasi, SMPlayer boleh dikatakan lebih baik. Selain itu, ia juga menyokong penstriman video dari Youtube, yang mana ciri ini tidak berfungsi pada UMPlayer. Pembangunan UMPlayer juga boleh dikatakan sudah lama terhenti, jadi SMPlayer tampak kembali ‘bersinar’ sebagai produk asal yang unggul.
Satu ciri SMPlayer yang paling saya sukai ialah ia akan ‘mengingati’ setiap tetapan atau kedudukan semasa video yang sedang dimainkan. Jadi jika anda terklik butang pangkah yang mengakibatkan ia ditutup secara tidak sengaja, anda cuma perlu mainkan semula video tersebut, dan ia akan dimainkan pada kedudukan terakhir ketika SMPlayer tertutup.
Tak lupa juga anda tidak perlu muat naik (load) semula sarikata pada video tersebut kerana tetapan itu juga akan ‘diingati’ oleh SMPlayer.
Untuk pemasangan pada Ubuntu, anda perlu gunakan PPA dan baris perintah di bawah:
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan menyediakan sebuah artikel tutorial bagi anda pengguna Linux khususnya.
Jika anda pengguna Windows,maka Internet Download Manager (IDM) dapat membantu anda memuat turun video yang bersifat ‘flash’ dengan mudah. Malah,terdapat juga perisian-perisian lain yang memudahkan anda untuk memuat turun video daripada sesebuah laman penstriman video.
Untuk lakukan hal ini pada sistem pengoperasian Linux tidaklah sesukar yang disangka. Anda memerlukan bantuan pihak ketiga seperti pelayar web Firefox,uGet dan bantuan add-on FlashGot. Mungkin anda pernah menggunakan add-on ‘Download Helper’ untuk menangkap setiap pautan video yang disokong untuk dimuat turun. Tapi,video tersebut akan dimuat turun melalui pemuat turun terbina dalam (default downloader).
Seperti yang anda sedia maklum perisian pemuat turun/pengurus muat turun (download manager) dibina bertujuan untuk menambahkan kelajuan muat turun anda. Terdapat pelbagai perisian pemuat turun yang dibina untuk sistem operasi Linux. Antaranya, uGet,MultiGet,ProZilla dan pelbagai lagi perisian alternatif yang dapat digunakan. Saya telah mencuba perisian MultiGet untuk menangkap fail video. Tapi,saya mengalami kegagalan. MultiGet merupakan sebuah perisian yang serba boleh bagi menjadi alternatif kepada IDM. Kelajuan apabila memuat turun menggunakan MultiGet agak berbeza berbanding menggunakan uGet. Perisian uGet setakat yang saya gunakan,saya dapati uGet merupakan perisian yang serba boleh. Menangkap setiap pautan termasuk video merupakan kelebihan perisian ini. Cuma,kekurangannya terletak pada fungsi henti dan sambung (pause-resume). Apabila anda lupa untuk menekan butang henti kemudian anda ingin menyambung kembali proses muat turun,secara automatik uGet akan membuat fail baru dan dimulakan dari awal kembali. Jika fail anda bersaiz agat tinggi. Maka,ini merupakan sebuah kecelakaan yang menimpa diri. Cukuplah celoteh pembuka bicara sehingga di sini. Kita teruskan kepada tutorial kita. Tapi,sebelum itu artikel ini merupakan kesinambungan daripada artikel yang dikarang oleh saudara Freddy.
Apa yang perlu disediakan?
1. Sistem pengoperasian Linux.
2. Sambungan internet.
3. Perisian uGet [di sini].
4. Pelayar web Firefox [di sini].
5. Add-on FlashGot [di sini].
6. Laman penstriman video. Sebagai contoh saya mengambil laman penstriman video Megashare dengan tajuk filem Bedtime Stories.
Kaedah muat turun.
1. Setelah anda memasang semua aplikasi dan juga perisian yang diperlukan serta anda telah mengunjungi laman penstriman video. Ikuti langkah dibawah.
2. Tetapkan uGet sebagai perisian pemuat turun secara lalai. Buka Menu bar klik Add-ons atau anda boleh terus menekan butang Ctrl+Shift+A. Tekan Preferences dan pilih Tab FlashGot Media. Pada ruangan Download Manager anda perlu tetapkan pilihan uGet.
3. Mainkan video tersebut dan secara automatik FlashGot akan menangkap pautan video yang akan dimuat turun.
3. uGet akan menangkap dan anda hanya perlu klik OK.
4. Tunggu sehingga selesai. Jangan lupa klik butang henti apabila anda ingin hentikan seketika.
Hai, lama tak nampak saya kemas kini artikel dalam blog ini, kan? Hilang sudah lama jangan tanya kenapa, banyak perkara yang menyebabkan itu berlaku. Yang pertama sekali, terlupa kata laluan(password) blogspot saya. Sekarang baru dapat semula. Perkara yang lain adalah sebab hal peribadi.
Ok, malas mahu bebel, kita terus ke tutorial ini. Anda yang begitu rajin untuk belajar tentang WordPress atau membina laman sesawang dengan rujuk dalam blog ini adalah tidak sia-sia. Anda juga sudah belajar tentang WordPress sebelum ini bersama Rakyat Siber. Kali ini saya buat tutorial yang seterusnya berkenaan WordPress. Untuk pengetahuan anda semua yang mempunyai laman web berbayar dengan menggunakan WordPress, pengguna hanya dibenarkan untuk memuat naik fail-fail di dalamnya dengan kadar yang terhad. Ia memberi ruang sebanyak 64MB sahaja.
Dengan itu, tutorial kali ini ialah bagaimana untuk meningkatkan memori muat naik dalam WordPress. Kita boleh naikkan memorinya hingga ratus-ratus MegaBait.
1. Yang pertama adalah anda hanya perlukan kod php di bawah ini:
3. Ketiga, salin(copy) dan tampalkan(paste) kod php tersebut ke dalam notepad dan anda hanya dibenarkan ubah nombor digit itu kepada berapa pun yang anda mahu. Jika anda mahu memori muat naik WordPress anda had hingga 500MB, boleh tukarkan ia kepada 500M untuk kod php itu.
4. Setelah itu simpankan notepad itu sebagai php.ini
5. Sekarang anda perlu memuat naik(upload) fail php.ini itu ke dalam Fail Manager laman sesawang anda. Fail php.ini itu perlu diletakkan ke direktori /public_html/yourwebsite.com/wp-admin/
6. Dan setelah itu Binggo! Anda berjaya melakukan itu. Kini anda boleh lihat dalam WordPress anda untuk memuat naik fail media.
Jika anda tiba-tiba rasa tak suka ubah-ubah saiz, ianya boleh buang fail itu seperti biasa. Selamat mencuba!