Tutorial – Tingkatkan Memori Muat Naik WordPress

Hai, lama tak nampak saya kemas kini artikel dalam blog ini, kan? Hilang sudah lama jangan tanya kenapa, banyak perkara yang menyebabkan itu berlaku. Yang pertama sekali, terlupa kata laluan(password) blogspot saya. Sekarang baru dapat semula. Perkara yang lain adalah sebab hal peribadi.

Ok, malas mahu bebel, kita terus ke tutorial ini. Anda yang begitu rajin untuk belajar tentang WordPress atau membina laman sesawang dengan rujuk dalam blog ini adalah tidak sia-sia. Anda juga sudah belajar tentang WordPress sebelum ini bersama Rakyat Siber. Kali ini saya buat tutorial yang seterusnya berkenaan WordPress. Untuk pengetahuan anda semua yang mempunyai laman web berbayar dengan menggunakan WordPress, pengguna hanya dibenarkan untuk memuat naik fail-fail di dalamnya dengan kadar yang terhad. Ia memberi ruang sebanyak 64MB sahaja.

Dengan itu, tutorial kali ini ialah bagaimana untuk meningkatkan memori muat naik dalam WordPress. Kita boleh naikkan memorinya hingga ratus-ratus MegaBait.

1. Yang pertama adalah anda hanya perlukan kod php di bawah ini:

memory_limit = 64M
upload_max_filesize = 64M
post_max_size = 64M
file_uploads = on

2. Kedua anda perlu ada notepad.

3. Ketiga, salin(copy) dan tampalkan(paste) kod php tersebut ke dalam notepad dan anda hanya dibenarkan ubah nombor digit itu kepada berapa pun yang anda mahu. Jika anda mahu memori muat naik WordPress anda had hingga 500MB, boleh tukarkan ia kepada 500M untuk kod php itu.

4. Setelah itu simpankan notepad itu sebagai php.ini

5. Sekarang anda perlu memuat naik(upload) fail php.ini itu ke dalam Fail Manager laman sesawang anda. Fail php.ini itu perlu diletakkan ke direktori /public_html/yourwebsite.com/wp-admin/
6. Dan setelah itu Binggo! Anda berjaya melakukan itu. Kini anda boleh lihat dalam WordPress anda untuk memuat naik fail media.

Jika anda tiba-tiba rasa tak suka ubah-ubah saiz, ianya boleh buang fail itu seperti biasa. Selamat mencuba!

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img