uGet + FlashGot: Alternatif Pemuat Turun Video

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan menyediakan sebuah artikel tutorial bagi anda pengguna Linux khususnya.

Jika anda pengguna Windows,maka Internet Download Manager (IDM) dapat membantu anda memuat turun video yang bersifat ‘flash’ dengan mudah. Malah,terdapat juga perisian-perisian lain yang memudahkan anda untuk memuat turun video daripada sesebuah laman penstriman video.

Untuk lakukan hal ini pada sistem pengoperasian Linux tidaklah sesukar yang disangka. Anda memerlukan bantuan pihak ketiga seperti pelayar web Firefox,uGet dan bantuan add-on FlashGot. Mungkin anda pernah menggunakan add-on ‘Download Helper’ untuk menangkap setiap pautan video yang disokong untuk dimuat turun. Tapi,video tersebut akan dimuat turun melalui pemuat turun terbina dalam (default downloader).

Seperti yang anda sedia maklum perisian pemuat turun/pengurus muat turun (download manager) dibina bertujuan untuk menambahkan kelajuan muat turun anda. Terdapat pelbagai perisian pemuat turun yang dibina untuk sistem operasi Linux. Antaranya, uGet,MultiGet,ProZilla dan pelbagai lagi perisian alternatif yang dapat digunakan. Saya telah mencuba perisian MultiGet untuk menangkap fail video. Tapi,saya mengalami kegagalan. MultiGet merupakan sebuah perisian yang serba boleh bagi menjadi alternatif kepada IDM. Kelajuan apabila memuat turun menggunakan MultiGet agak berbeza berbanding menggunakan uGet. Perisian uGet setakat yang saya gunakan,saya dapati uGet merupakan perisian yang serba boleh. Menangkap setiap pautan termasuk video merupakan kelebihan perisian ini. Cuma,kekurangannya terletak pada fungsi henti dan sambung (pause-resume). Apabila anda lupa untuk menekan butang henti kemudian anda ingin menyambung kembali proses muat turun,secara automatik uGet akan membuat fail baru dan dimulakan dari awal kembali. Jika fail anda bersaiz agat tinggi. Maka,ini merupakan sebuah kecelakaan yang menimpa diri. Cukuplah celoteh pembuka bicara sehingga di sini. Kita teruskan kepada tutorial kita. Tapi,sebelum itu artikel ini merupakan kesinambungan daripada artikel yang dikarang oleh saudara Freddy.

Apa yang perlu disediakan?
1. Sistem pengoperasian Linux.
2. Sambungan internet.
3. Perisian uGet [di sini].
4. Pelayar web Firefox [di sini].
5. Add-on FlashGot [di sini].
6. Laman penstriman video. Sebagai contoh saya mengambil laman penstriman video Megashare dengan tajuk filem Bedtime Stories.

Kaedah muat turun.
1. Setelah anda memasang semua aplikasi dan juga perisian yang diperlukan serta anda telah mengunjungi laman penstriman video. Ikuti langkah dibawah.

2. Tetapkan uGet sebagai perisian pemuat turun secara lalai. Buka Menu bar klik Add-ons atau anda boleh terus menekan butang Ctrl+Shift+A. Tekan Preferences dan pilih Tab FlashGot Media. Pada ruangan Download Manager anda perlu tetapkan pilihan uGet.

 3. Mainkan video tersebut dan secara automatik FlashGot akan menangkap pautan video yang akan dimuat turun.

3. uGet akan menangkap dan anda hanya perlu klik OK.

4. Tunggu sehingga selesai. Jangan lupa klik butang henti apabila anda ingin hentikan seketika.

Selamat memuat turun.
Assalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 Comment

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Hooo… Thx sbb share!

spot_imgspot_img