Perhatian : Artikel ini ditulis bukan untuk mengajar anda menggodam, kerana penggodam ‘sebenar’ tidak menggunakan tools seperti ini (melainkan malas atau tak mahu susah berfikir?). Ia ditulis semata-mata untuk berkongsi kebaikan yang kita boleh dapat dari tools ini apabila tiba masa-masa mendesak seperti anda terlupa kata laluan dan sebagainya.
Apa Itu Kon-Boot?
Kon-Boot ialah:
Kon-Boot is an application which will silently bypass the authentication process of Windows based operating systems. Without overwriting your old password! Easy to use and excellent for tech repairs, data recovery and security audits.
Commercial Kon-Boot version works with both 64-bit and 32-bit Microsoft Windows operating systems and also include privilege escalation and sticky keys feature.
Secara ringkasnya, Kon-Boot adalah tool yang mampu membantu anda memulihkan semula akaun Windows anda yang anda terlupa kata laluannya (sebagai contoh) tanpa perlu melibatkan pengetahuan teknikal yang ‘berat’.
Ini adalah kerana Kon-Boot berfungsi secara automatik dengan melepasi skrin log masuk Windows tanpa perlu memasukkan kata laluan. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah rakam (burn) imej Kon-Boot ke dalam peranti USB dan ia siap untuk berkhidmat. Tool ini terdapat dalam dua versi iaitu percuma (sokongan terhad) dan berbayar (lebih ciri dan sokongan juga ‘lebih sedikit’. Biasa la.. marketing tu!).
Seseorang boleh mengetahui dengan mudah setiap perincian maklumat mereka yang telah menceroboh PC masing-masing dengan memasang keylogger di PC sendiri. Keylogger (Keyboard Logger), seperti yang diketahui akan merakam setiap apa yang ditaip pada papan kekunci, jadi apa jua maklumat mereka yang menggunakan PC anda akan dapat diketahui.
Namun, kelemahan keylogger ialah ia menggunakan sumber dari PC anda (RAM, CPU) dan ini boleh menyebabkan prestasi PC anda menjadi berkurangan. Bagaimana jika anda tidak mahu merakam aktiviti ‘penceroboh’ PC anda, tetapi cukup sekadar anda ‘dimaklumkan’ sahaja mengenainya?
Di sinilah Mouselock boleh membantu. Ia berfungsi dengan cukup mudah. Anda cuma perlu buka laman webnya, kemudian log masuk menggunakan akaun Google anda:
Pilih mana-mana nombor untuk dijadikan sebagai ‘kod rahsia’ anda (jangan lupa pula!):
Setelah itu, halakan anak panah anda kepada slot di tengah-tengah tersebut dan klik padanya:
Apabila seseorang cuba menggunakan PC anda ‘tanpa kebenaran’, dan dia tidak dapat meneka nombor yang sepatutnya dalam masa yang beberapa saat, Mouselock akan bertindak dengan menghantar e-mel untuk memaklumkan kepada anda aktiviti tersebut:
Kalau hendak trik ini lebih berkesan, gunakan pelayar web dalam mod skrin penuh sebelum meninggalkan PC anda kepada pengawasan Mouselock, supaya ia tidak kelihatan digunakan hanya melalui pelayar web.
Tak lupa juga Mouselock boleh menggunakan kamera web anda untuk menangkap gambar ‘penceroboh’ PC anda. Saya tak pasti sama ada gambar itu akan dihantar ke e-mel anda tetapi setakat yang telah saya cuba, tiada gambar yang telah dihantar meskipun ia telah diambil dari kamera web.
Kelemahan trik ini ialah, anda tidak akan dapat tahu siapa yang menggunakan PC anda (melainkan anda menggunakan pengawasan kamera), apa yang telah dilakukan olehnya, dan jika mereka yang tahu mengenai Mouselock ini dijalankan melalui pelayar web, mereka hanya perlu tekan kekunci Ctrl + W sahaja untuk menutupnya sebelum kiraan masa berakhir. Hahaha..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan sebuah artikel berkenaan permainan video yang amat popular di kalangan pengguna telefon pintar Android (Google) daniOS (Apple).
Subway Surfers merupakan permainan yang menarik yang perlu dicuba oleh setiap lapisan masyarakat untuk mengisi masa lapang atau menghilangkan rasa kebosanan yang melanda diri. Permainan ini merupakan permainan yang ringkas. Jalan ceritanya juga ringkas. Anda perlu mengumpul seberapa banyak ‘coins’ atau duit syiling emas. Di samping itu,anda perlu lari daripada polis atau pengawal yang menjaga di kawasan atau landasan kereta api tersebut. Seperti yang telah diberitakan oleh saya tadi bahawa permainan ini cukup mudah. Anda hanya perlu berlari ke hadapan,kiri,kanan,melompat dan meluncur di landasan kereta api. Sayang sekali anda tidak boleh berhenti kecuali jika anda terlanggar halangan yang terdapat pada landasan kereta api tersebut.
Untuk versi komputer atau (PC) anda memerlukan sebuah tetikus (mouse) kecuali jika anda cekap menggunakan ‘touchpad’. Meskipun terdapat panel kawalan di bahagian ‘launcher’ sebelum anda memulakan permainan,panel kawalan tersebut tidak berguna sama sekali. Anda hanya memerlukan tetikus. Untuk melompat anda perlu sorot ke atas,untuk meluncur sorot ke bawah,untuk ke kiri anda perlu sorot ke kiri dan untuk ke kanan anda perlu sorot tetikus anda ke kanan.
Klik [di sini] untuk memuat turun permainan video Subway Surfers versi PC.
[Password: omghackers.com]
Tarikh 25hb kali ini bukan sahaja merupakan tarikh kegembiraan kakitangan kerajaan (kerana tarikh gaji..hahah..), tetapi juga buat para pengguna servis OpenVPN dari MyTunnel.me.
Ini adalah kerana fail tetapan konfigurasi (config) telah dikemaskini, dan ia sememangnya lebih kemas dan teratur berbanding versi terdahulu.
Antara pembaharuannya ialah:
1. Fail-fail config tidak lagi dibahagikan kepada port-port tertentu, sebaliknya kesemua port tersebut disekalikan dalam satu folder. Ini memudahkan pengguna untuk memilih port yang sesuai dengan firewall untuk tempat kerja/kediaman/ISP masing-masing.
2. Dari pelbagai port tersebut, ia juga dibahagikan kepada TCP dan UDP. Satu jalan penyelesaian yang baik buat mereka yang mengalami masalah high latency atau yang berkaitan dengannya (replay-window backtrack occurred error, etc), maka mereka boleh memilih sambungan TCP dari port-port yang disukai.
3. Antara port-port yang dibuka ialah 20, 21, 22, 52, 53, 55, 80, 123, 137, 443, 1194, 8080, 9200, dan juga 9201.
4. Daripada config-config yang terdapat dalam folder portnya yang masing-masing, ia dibahagikan pula kepada kategori khusus untuk pelayaran internet (Browsing), muat turun fail torrent (Torrent) dan juga permainan dalam talian (Gaming). Jadi, gunakanlah setiap config mengikut kategorinya.
5. Fail-fail config terdapat untuk Windows, Linux, Android, Mac, dan Iphone (Lebih tersusun berbanding dahulu).
Kesimpulannya, paparan antaramuka laman web MyTunnel.me kali ini lebih teratur, tersusun dan lebih mudah ‘dihadam’ oleh pengguna. Tahniah untuk saudara Fikri dan team MyTunnel.me kerana menambah baik sistem MyTunnel dari semasa ke semasa.
P/S: Dah layak ke jadi ‘partner’ MyTunnel.me bro Fikri? Heheheh..
Kita semua sedia maklum, dalam Linux terdapat kekurangan dari segi perisian pemuat turun yang menyamai IDM. Kalau ada sekalipun ciri yang hampir sama seperti flareGet, ia masih mempunyai kekurangan di sana-sini yang menyukarkan penggunanya untuk memuat turun video-video dari laman penstriman seperti Youtube, Dailymotion dan sebagainya.
Terdapat cara mudah jika anda ingin memuat turun video dari laman-laman tersebut iaitu dengan menggunakan gabungan antara pemain video VLC dan juga pemuat turun uGet.
Cara Mudah Muat Turun Video Dari Youtube:
1. Terlebih dahulu, buka VLC, klik pada menu Media -> Open Network Stream… atau Ctrl + N. Saya menggunakan URL ini sebagai contoh : http://www.youtube.com/watch?v=5jvm_9WpjcY
2. Sebaik ia mula melakukan penstriman, akan kelihatanlah video pilihan anda pada VLC.
3. Kemudian klik kanan pada VLC, pilih Tools -> Media Information atau Ctrl + I.
4. Salin URL yang tertera pada ‘Location’.
5. Buka uGet, klik pada ikon ‘Create new download’, maklumat video akan segera terpapar pada tetingkap baru seperti gambar di bawah:
6. Pilih direktori untuk menempatkan video anda, kemudian klik ‘OK’.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua cara-cara menggunakan patch untuk Stardock Start8. Pasti ada segelintir daripada anda yang telah menggunakan patch tersebut tetapi produk Start8 mereka masih lagi dalam percubaan (trial) termasuk saya. Setelah melakukan Google serba sedikit, saya mendapat caranya lalu ingin berkongsi dengan anda semua.
Sebelum ini saudara kita iaitu Angelezo telah membuat artikel tentang “Pokki Start Button” yang merupakan perisian percuma. Saya juga telah menggunakan Pokki. Tetapi adakalanya bila saya boot up Windows 8, screen saya hitam tanpa dapat masuk ke desktop. Hendak restart PC pun susah. Mujurlah saya telah tetapkan butang “On” dan “Off” pada PC untuk fungsi shut-down. Mungkin ini bug (ralat) yang terdapat pada Pokki ini. Saya cuba pasang di PC lain pun mengalami masalah yang sama. Jadi saya beralih kepada Start8 pula.
1. Ok, kita mula dengan tujuan kita. Mula-mula sekali kita download Stardock : Start8
2. Setelah pasang Start8, akan ada pilihan untuk aktifkan produk atau pilihan untuk percubaan. Tekan sahaja butang pangkah tanpa memilih mana-mana pilihan.
3. Buka tetingkap “Task Manager” dengan klik kanan pada taskbar dan pilih task manager.
4. Pilih tab “Services” dan cari Start8. Klik kanan pada Start8 dan klik “Stop”.
5. Pergi pada tab “Process” pula dan “End Task” pada program Start8 dan Start8 Services.
6. Cari pula “Windows Explorer”, klik kanan padanya dan pilih “Restart”.
7. Salin fail patch yang ada dalam RAR file tadi ke dalam “C:Program FilesStardockStart8“. Sila pastikan anda nyah-aktifkan (disable) antivirus anda terlebih dahulu kerana ia akan menggangu proses patch file.
8. Jika tiada sebarang masalah, maka tiada sebarang ralat (error) yang akan keluar. Bermakna anda telah berjaya patch Start8 anda.
9. Ulangi langkah 4, klik kanan pada Start8 dan pilih “restart”. Sila restart PC anda.
p/s: Jika ada sebarang error yang keluar semasa proses patch file, sila salin folder Start8 anda ke desktop terlebih dahulu, kemudian patch file tersebut, ikuti langkah 2 hingga 6, kemudian salin semula folder Start8 ke dalam program files.
Buat para pengguna KDE yang masih belum mengemaskininya kepada versi terbaru iaitu 4.10, anda patut berbuat demikian kerana versi ini sememangnya lebih baik dari segenap segi.
Memilih Arch Linux sebagai distro bermakna anda perlu lakukan hampir semuanya sendiri, meskipun anda tidak bersendirian dalam menggunakan Arch Linux, kerana komuniti Arch Linux semakin ramai dan berkembang, walaupun mereka yang konsisten menjawab soalan anda dalam forum cumalah seorang-dua sahaja. Hahaha..
Apa perkara menarik yang boleh kita cuba atau lakukan pada KDE 4.10? Hmmm..
Masih banyak lagi yang belum saya ‘terokai’, tapi mari kita cuba beberapa perkara untuk meluaskan lagi skop pandangan kita terhadap KDE.
1. Kenali DreamDesktop
Apa itu DreamDesktop? DreamDesktop ialah wallpaper animasi untuk desktop KDE. Cuba tonton video pendek di bawah untuk mendapatkan gambaran:
Jadi anda boleh pasangkannya seperti pakej biasa yang lain. Jika anda mahu menggunakan versi terbaru (0.3.0), anda boleh sunting fail PKGBUILD yang disediakan dan muat turun fail tarball versi terbaru di sini : plasma-wallpaper-dreamdesktop-0.3.0.tar.bz2
Suka untuk saya ingatkan wallpaper animasi menggunakan sumber CPU dan RAM yang agak tinggi, jadi kalau anda cuma menggunakan peranti dengan spesifikasi rendah/lama, DreamDesktop mungkin tidak sesuai untuk peranti anda.
2. Auto-mount Android
Kalau tak silap saya, KDE 4.10 telah mengintegrasikan sambungan kepada peranti Android dengan lebih baik. Namun jika anda dalam kes saya, di mana peranti di-mount sebagai ‘camera’, maka cuba pasangkan kio-mtp dari repositori rasmi:
sudo pacman -S kio-mtp
Akan terpapar 3 pilihan untuk membukanya seperti gambar di bawah, pilih ‘Open with File Manager’ dari pilihan yang ketiga:
3. Buang/nyahaktif Kwallet
Kwallet menjengkelkan anda? Kalau anda memasang KDE 4.10 dari pakej meta seperti saya, maka untuk membuangnya juga agak menjengkelkan kerana pakej meta mempunyai dependency yang agak sulit. Contohnya, untuk membuang Kwallet:
sudo pacman -R kde-meta-kdeutils kdeutils-kwallet
Namun jika anda mulai semula PC anda, paparan popup tetapan seperti di bawah tetap akan keluar:
Dari sini untuk menyahaktifkan popup ini anda cuma perlu klik ‘Next’.
Sila perhatikan, pada kotak ‘Yes, I wish to bla bla bla’ tidak ditandakan. Klik ‘Finish’ untuk menutupnya.
4. Conky
Merujuk kepada ArchWiki, anda perlukan pakej feh untuk menjadikan paparan Conky kepada pandang telus (transparent). Namun ada jalan yang lebih mudah, iaitu anda cuma perlu baris berikut ditambahkan/diubah pada fail .conkyrc anda:
background no
own_window yes
own_window_type normal
own_window_argb_visual true
own_window_transparent yes
own_window_hints undecorated,below,sticky,skip_taskbar,skip_pager
double_buffer yes
Contoh paparan Conky, pandang telus:
5. Eye-candy
Gnome ada Compiz, KDE ada Kwin. Ok, ok, KDE juga boleh menggunakan Compiz sebagai Window Manager, kalau anda suka. Tetapi saya lebih kepada originality (ceh..poyo pulak..) jadi kita cuba kekalkan Kwin untuk menguruskan tetingkap.
Anda boleh teroka sendiri tetapan-tetapan yang ada pada System Settings -> Dekstop Effects
Lupa pula Arch Linux bukan spoonfeeding distro. Heheh..
6. Menjadikan Aplikasi GTK Tampil Sepadan Dengan Tema KDE
(Kredit serdotlinecho) <— orang Melayu rupanya.. Heheh..
Tekan gabungan kekunci Alt + F2 untuk menjalankan krunner, dan taipkan ‘gtk-theme-switch2’, kemudian tekan Enter. Pilih dari senarai tema yang ada -> oxygen-gtk
Tampak lebih kemas dan cantik? Terima kasih serdotlinecho atas tips yang diberikan.
7. Compiz Fusion Icon
Kadangkala apabila anda cuba membuat perubahan, contohnya pada tema dekorasi window, ia seperti ‘tidak berkesan’ atau tidak berlaku apa-apa. Jadi dengan menggunakan bantuan Compiz Fusion Icon, anda cuma perlu klik kanan padanya dan klik pula pada ‘Reload Window Manager’ untuk menampilkan perubahan.
Maaf tidak dapat post entri baru 🙁 Agak kesempitan masa sedikit. Alhamdulillah, sudah habis final exam!! 😀
Balik pada topik asal,
Cerita ni lama dah keluar, maybe 2 – 3 hari yang lepas. Maaf saya lambat update 🙁
iOS 6.1.2, direlease minggu lepas untuk semua iDevices termasuk iPhone 3GS! :3
Dikhabarkan update version kali ini seperti gambar atas, baiki ralat pada kalender Exchange, memantopkan aktiviti internet dan menjimat jangkahayat bateri. Itu secara umum Apple keluarkan kenyataan. Tapi…..
Mereka masih lagi tidak baiki bugs yang terdapat pada iOS 6.1 iaitu bypass Passcode :3
Khabar angin mengatakan iOS 6.1 tersebut banyak ralat diketahui, salah satunya bypass passcode. Adakah mereka keluarkan iOS firmware begitu cepat untuk mengejar target mereka, iaitu iOS 7? Ataupun menguji sistem ketahanan evasi0n? Atau ini semua poyo semata? hehehe..
Ini contoh Microsoft Exchange.
klik untuk lebih jelas 😀
Ini contoh gambar Microsoft Exchange ( untuk orang korporat ) yang ada ralat tu. Ralat dia kebanyakkan dikalender.
Satu lagi ralat dapat dikesan ialah bypass Passcode. Ini sedikit video mengenai bypass passcode
Berita gembiranya, iOS 6.1.2 tidak tutup exploit jailbreak, mungkin pada masa akan datang.
Jika iDevices anda, tidak masalah ( dari segi jangkahayat bateri ataupun 3G perfomance ), anda tidak disarankan untuk upgrade.
Tetapi jika anda nak upgrade juga, itu keputusan anda. Bagi saya, saya akan upgrade ke iOS yang latest untuk lihat sendiri apakah perkembangan iOS tersebut 😀
Dahulu, saya bukanlah peminat KDE (K Desktop Environment). Saya lebih menggemari Gnome 2 kerana keringkasan, kepantasan, dan ia lebih ‘ringan’ berbanding KDE yang boleh dilabel sebagai sebuah persekitaran desktop yang agak ‘berat’ tambah lagi untuk ‘ditanggung’ oleh pemproses yang lemah (Sekarang saya masih menggunakan netbook dengan Intel Atom yang sangat memanaskan jiwa).
Namun setelah menonton beberapa reviu tentang KDE 4.10 yang dikatakan sangat bagus, moden, pantas, serta serba boleh, saya tergerak hati untuk mencubanya. Ternyata reviu mereka tidak salah apabila KDE 4.10 berjaya membuat saya berasa kagum!
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, mari tonton beberapa video!
Jangan lupa tonton dalam HD!
Antara ciri KDE 4.10 yang menarik:
1. Integrasi dengan peranti Android yang lebih baik!
Ya! Ini adalah ciri yang paling saya sukai. Saya sudah penat cuba ‘bermain’ dengan beberapa utiliti seperti go-mtpfs, tetapi masih gagal untuk mount HTC One X ini. Namun sebaliknya yang berlaku dalam KDE 4.10, apabila ia mount secara automatik. Memang mudah!
Auto-mount Android. Yeah!
Fail-fail dalam HTC One X dapat dibuka melalui Dolphin (File Manager)
2. Lebih pantas, lebih kemas dan cantik.
Tidak dapat dinafikan lagi, Arch Linux + MATE = mungkin boleh dikatakan sangat serasi sebagai persekitaran desktop dengan paparan moden tanpa mengorbankan prestasi. Tetapi Arch Linux dengan KDE 4.10 = adalah jawapan terbaik untuk keduanya. Paparan yang lebih cantik dengan ciri yang moden, ditambah dengan prestasi lebih baik berbanding versi KDE sebelumnya, anda pasti tidak akan kecewa kali ini.
Contoh paparan aplikasi/perisian dengan tema lalai (default)
3. Animasi desktop sebaik Compiz
Saya memang lebih sukakan desktop dengan ‘eye candy’, jadi alternatif kepada Compiz sangatlah dialu-alukan. KDE mempunyai Kwin, dan ia juga ada kesan visual seperti Wobbly Window, Magic Lamp serta tak lupa juga Desktop Cube yang ohsem!
Pencarian lama berakhir sudah. Saya sudah berhenti mencari distro yang serasi dengan hati apabila ‘terpaut’ pada Arch Linux. Kini pencarian persekitaran desktop pula menyusul. Mungkin ada antara anda yang lebih selesa dengan Window Manager yang ringkas seperti Awesome dan Openbox. Tetapi kalau anda terasa hendak ‘berhenti’ dari keselesaan dan mencari raksasa untuk dijinakkan, KDE sedia menanti.
KDE 4.10 bersama pelbagai ciri baharu bakal mempersonakan anda. Saya suka dengan pembaharuan yang dilakukan oleh para pembangun KDE apabila netbook dengan Intel Atom ini telah berjaya menjinakkannya. Versi sebelum ini sememangnya agak ‘berat’ dan kerap kali netbook saya terpaksa ‘force’ shutdown kerana ‘sangkut’ di sana-sini.
Buat mereka yang dulu ragu-ragu, saya sarankan anda cubalah versi 4.10 ini. Ia pasti memberikan anda satu pengalaman baru dan kenangan yang baik setiap kali anda padamkan komputer anda.
Adakah anda peminat gusti tidak kiralah sama ada WWE (RAW, Smackdown) atau TNA (Impact Wrestling)? Adakah anda ingin menonton setiap PPV dua syarikat terkenal ini secara percuma, contohnya WWE Elimination Chamber 2013? TNA Lockdown 2013 juga bakal berlangsung pada 10 Mac 2013. Tidakkah anda mahu menonton PPV-PPV yang sangat mengujakan ini?
Kalau ya, anda patut melawat laman/forum ini iaitu BollyRulez.net. Mungkin terdapat banyak lagi laman yang serupa, tapi sepanjang beberapa tahun mengenali forum ini, para Administrator sememangnya tidak menghampakan para penonton apabila telah memuat naik setiap acara dengan konsisten.
Contohnya setiap petang Isnin saya akan menonton WWE RAW, hari Rabu pula WWE NXT, Khamis dengan TNA Impact Wrestling manakala Jumaat dipenuhkan dengan acara Smackdown.
Buat yang masih belum menonton WWE Elimination Chamber 2013, anda boleh lawati pautan ini : WWE Elimination Chamber 2013
Terdapat pelbagai pilihan mirror untuk anda gunakan. Pautan muat turun juga ada disediakan. Jadi jangan lengahkan masa lagi. Tontonlah acara dan PPV yang anda suka, serta jangan lupa berikan pendapat anda.