#! CrunchBang: Distro Minimum Ala ArchBang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Pada penulisan kali ini saya akan menyediakan ulasan tentang sebuah distro berasaskan Debian. 

CrunchBang ialah sebuah distro yang ringkas dan menawan dari padangan saya. Distro ini merupakan distro yang ringan. Meskipun ringan,perisian asas yang terpasang sudah mencukupi dari segi keperluan asas. CrunchBang tidak menggunakan memori yang tinggi oleh kerana menggunakan Windows Manager (WM) OpenBox. Ramai yang mendakwa bahawa OpenBox sukar untuk digunakan. Tetapi,berbeza bagi saya yang beranggapan bahawa OpenBox memiliki daya tarikannya yang tersendiri. Lupa untuk diingatkan bahawa distro CrunchBang juga dikenali dengan simbol #!.

CrunchBang menggunakan warna hitam-kelabu-putih sebagai warna asas distro mereka. Sekali lihat nampak seperti distro ArchBang. Tapi,ada beberapa perubahan yang dapat dilihat. Tertarik hati saya untuk mencuba distro ini apabila terbaca beberapa artikel yang mengatakan bahawa meskipun versi terbaru distro ini belum dalam keadaan stabil,tapi distro ini dapat bekerja dengan baik. Versi stabil ialah versi 10 dengan nama Statler. Versi yang tidak stabil ialah versi 11 dengan nama Waldorf. Salah satu sebab lain yang membuatkan saya tertarik untuk mencuba distro CrunchBang ialah kerana pengguna aktif pada komuniti distro ini ramai.

Penggunaan memori secara lalai pada distro ini adalah pada kadar minimum 100-130MB. Malah,kadangkala lebih kurang daripada itu. Penggunaan cpu pula kadangkala tinggi,kadangkala rendah. Taskbar ala Windows 7 (ikon) membuatkan saya juga tertarik untuk memilih distro ini. Bukan apa,nampak lebih kemas dan mudah untuk diuruskan. Penukaran ruang kerja (workspace) dari desktop pertama kedua amat mudah. Hanya perlu klik taskbar pertama dan kedua untuk melalukan penukaran. Waldorf menggunakan pengurus fail Thunar,Geany editor teks,pemain multimedia VLC,pelayar web Iceweasel yang berasaskan Firefox (fork) dan pelbagai lagi perisian asas yang terpasang.

Kita lihat beberapa gambar sebagai tatapan umum.

Sekian. Assalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img