Dapatkan Kembali AdAway!

Saya baru sahaja flash ROM baru pada HTC One X ni lepas beberapa lama tak flash kerana kesuntukan masa. Lepas belek-belek beberapa kali, baru saya perasan, ada satu kekurangan pada ROM ini, iaitu ia tidak sertakan sekali penapis iklan seperti lazimnya iaitu AdAway (biasa guna AdAway, dan Ad Blocker je).

Jadi bila selidik punya selidik, saya baru dapat tahu mengenai berita pengguguran aplikasi penapis iklan dari laman Google Play, melalui laman-laman di bawah:

Google Pulls Ad-Blocking Apps From Play Store For Violating Developer Distribution Agreement

Google takes harsh stance against ad-blocking apps, removes them from Play Store

AdBlock Plus Responds To Play Store Ban: “Unilateral Move By Google Threatens Consumer Choice”

FZ150i Journey <— Eh? Macam takda kena mengena je? Hehe..

Oleh sebab itu saya terpanggil untuk berkongsi bagaimana caranya supaya kita dapat memuat turun semula dan menggunakan AdAway. Mudah sahaja, cuma gunakan aplikasi yang dipanggil sebagai F-Droid.

F-Droid ialah aplikasi yang berfungsi sebagai sebuah katalog untuk pelbagai perisian/aplikasi FOSS untuk Android. Dengan F-Droid, ia boleh dikatakan alternatif kepada Google Play sekiranya aplikasi yang anda cari telah digugurkan atas sebab-sebab tertentu.

Samalah halnya dengan AdAway. Projek ini adalah sumber terbuka dan masih diteruskan pembangunannya. Disebabkan ia digugurkan dari senarai aplikasi pada Google Play, maka F-Droid adalah pengganti untuk anda mendapatkan dan mengikuti jejak pembangunannya.

Jika terdapat kemas kini, F-Droid akan memaklumkan versi terbaru dan boleh dimuat turun secara terus melaluinya. Ini membolehkan anda sentiasa mendapat kemas kini terbaru meskipun ia tidak lagi boleh didapati melalui Google Play, sumber rasmi aplikasi-aplikasi Android. Cukuplah celoteh saya pada hari ini, anda boleh muat turun F-Droid pada pautan berikut: F-Droid.apk

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img