Tonton YouTube Secara Muka Penuh Pelayar Web

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Harap anda dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ini,saya hanya ingin menulis artikel dan tutorial mudah sahaja. Selepas saya menulis artikel tentang ClipGrab dan Ubah Laman Utama Tab Baru Firefox saya teruskan kesinambungan artikel dan tutorial ringkas. Selain anda mendapat sebuah ilmu baru,anda juga dapat mempraktikkannya dengan jitu kerana tutorial ini semudah ABC.

YouTube memiliki fungsi menonton secara paparan penuh. Hanya dengan klik fungsi paparan penuh pada ruangan yang disediakan anda sudah dapat menonton dengan tenang. Tetapi jika anda seorang pengguna tegar laman sosial. Mungkin agak sukar untuk melakukan hal yang sedemikian. Mungkin juga anda seorang peniaga alam maya dimana anda memiliki pelanggan yang ramai. Untuk rehat sebentar sahaja pun agak sukar. Jadi,dengan fungsi yang akan dibincangkan sebentar lagi. Ketenangan itu mungkin wujud meskipun tidak tinggi.

Seperti yang saya katakan tadi dimana artikel ini sebuah artikel tutorial mudah dan ringkas. Jadi,tidak usahlah saya berpanjang lebar. Kita teruskan kepada tujuan kita.

1. Kunjungi laman penstriman video YouTube Malaysia.

2. Pilih video yang anda ingin tonton. Sebagai contoh saya memilih video “Counterplay” Live Action Short oleh SiliconGold.

3. Salin ID bagi video anda. Salin selepas simbol sama dengan (=) Contoh:-

https://www.youtube.com/watch?v=AHRMtrb7vE0

4. Buka satu tab dan taipkan pautan dibawah. Masukkan ID video selepas huruf v/.

https://www.youtube.com/v/AHRMtrb7vE0



5. Jadi,tontonlah dengan gembira.

[Kemaskini].
Daripada sumber bebasmendapati bahawa kaedah ini juga dapat digunakan untuk melepasi sekatan umur yang ditentukan pada sebuah video.

Assalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img