Periksa Antivirus Anda Berfungsi Dengan Baik Atau Sebaliknya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Iklan Google

Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan panduan mudah untuk anda memeriksa sama ada antivirus anda berfungsi dengan baik atau sebaliknya.

Antivirus merupakan sebuah perisian pertahanan yang cukup sinonim bagi pengguna sistem pengoperasian Windows. Setiap hari ada sahaja virus yang dicipta dengan pelbagai tujuan. Seiring dengan kemajuan teknologi virus tidak hanya dicipta untuk sistem pengoperasian komputer malah virus telah banyak dicipta untuk sistem pengoperasian telefon pintar dan baru-baru ini kedengaran virus sudah mula merebak kepada kenderaan. Untuk pembelajaran pada kali ini. Kita akan belajar bagaimana untuk memeriksa sama ada antivirus kita berfungsi dengan baik atau sebaliknya pada sistem pengoperasian Windows.

Kaedah memeriksa antivirus ini disediakan oleh Penyelidikan Anti Virus Komputer untuk Insitut Eropah (EICAR). Fail yang akan anda buat akan dianggap virus oleh antivirus anda. Tetapi,jangan anda risau kerana fail tersebut bukanlah virus. Jika antivirus anda tidak mengendahkan fail ini,maka disarankan agar anda memilih untuk menukar antivirus yang baharu yang lebih terpercaya. Kadangkala sesebuah perisian antivirus tidak dapat mengesan fail ini sebagai virus secara automatik. Ini bermakna anda perlu klik fail tersebut dan tunggu apa reaksi antivirus anda. Tanpa membuang masa,kita teruskan kepada tugasan kita.

Iklan Google

1. Buka aplikasi Notepad.Windows + R,taipkan Notepad.exe.

2. Salin dan tampal kod di bawah pada ruangan yang disediakan.

X5O!P%@AP[4PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

3. Simpan fail dengan format .com atau .exe. Contohnya,antivirus-test.com dan klik Save.

4. Tunggu sehingga antivirus anda mengesan fail ini sebagai virus.

Selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img